Jejari Tauhu


Salam makan malam. Malam ni P.Ros masak jejari tauhu yang walau pun rupanya tak seberapa tapi rasanya agak sedap.Laling and the girls suka.Memandang kan all the tukang makan are very clever to choose the food that they want to eat,if they said sedap! kiranya sedap la tu.Cuma yang lecehnya proses memasaknya dua kali.Mula-mula kukus dan kemudian goreng.Idea asal dari salah 1 buku masakan dalam simpanan,Tapi paham-paham aja la biasanya guna idea aja dan bahan-bahannya kena la ikut apa yang ada dalam peti ais.Jom layar..


Bahan-bahannya
* 4 keping tauhu pejal
* 150 grm minced beef
* 2 biji telur gred A
* 2 sudu besar potato starch
* 1/2 biji carrot diparut halus
* 2 pokok daun pasly di potong halus
* 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
* 1 sudu kecil garam
* 1 sudu kecil gula
* sedikit lada sulah
* 1/2 biji cili merah dipotong halus
Cara memasak
1- Dalam mangkuk ramas hancur tauhu dan masukkan semua bahan lain dan gaul  hingga sebati.
2- Masukkan adunan kedalam mangkuk yang boleh diguna untuk mengukus. Buat potongan memanjang seperti jejari diatas tauhu.Kukus selama 20 ke 25 minit.
3- Angkat dan sejukkan.Pastikan tauhu betul-betul sejuk sebelum dipotong memanjang mengikut potongan yang sudah dibuat sebelum dikukus. 
4- Jejari tauhu tadi disapu atau digolekkan dengan potato starch dan digoreng(deep fry) sehingga garing.
5- Angkat dan hidang bersama sos pilihan.
Note: Boleh disimpan didalam peti ais 1 hari selepas dikukus jika suka dan menyenangkan kerja memotong tauhu lebih kecil jika mahu.


Comments

Popular Posts