Kerabu Soo Hoon
Salam to all.P. Ros buat kerabu malam tadi.Laling tanya "salad ke ? I like.." ya la laling, I only cook what you like mah....lagi pun memang you tukang makan.Nampak krabu ni kat dapur mama noor tadi.Thank u mama noor ,tapi kita buat cara kita dan dengan bahan-bahan yang kita ada saja ya.Kerabu ni lagi pedas, lagi sedap, tapi P. ros buat kurang pedas takut little laling cannot eat.Jom tengok resepi.
Bahan-bahannya
* 100 grm soohoon- direndam hingga lembut dan dipotong pendek-pendek
* 1 ekor ikan kembong/selar -direbus dan ambil isinya
* 3/4 batang kacang panjang dipotong halus
* 1 biji cili hijau -dimayang halus
* 1 biji tomato masak- buang biji dan potong halus
* 1/2 bawang besar - mayang halus
* beberapa biji cili padi(suka hati banyak mana)- dipotong halus
* segenggam kelapa- digoreng garing (jangan hangus)
* 1 batang serai-mayang halus
* 3 ulas bawang merah + 1 ulas bawang putih
* segenggam udang kering halus digoreng garing-angkat dan toskan minyak
* 2 biji asam limau/limau kasturi
* garam dan gula secukup rasa
Cara menyediakan
1- Tumbuk ikan rebus,bawang putih, bawang merah dan kelapa.Tambah garam dan gula.Tumbuk lagi hingga bahan sebati.
2- Dalam mangkuk, masukkan semua bahan sayuran.tambah bahan-bahan yang ditumbuk tadi.Gaul hingga sebati.
3-Masukkan pula udang kering halus dan gaul rata. Perah asam limau/limau kasturi dan rasa lah masam manisnya.Tambah garam dan gula jika perlu mengikut cita rasa masing-masing.
4- Boleh dihidang terus atau simpan didalam peti dan makan yang sejuk jika suka.
p/s udang kering boleh ditabur diatas kerabu semasa menghidang jika mahu.

salam ros...jd jugak ya Kerabu Soo Hoon Versi Ros...hehehe..
ReplyDeleteYa la mama,Hubby suka...thank u ya
ReplyDelete