Hong Kong Dimsum Sedap... Own Dimsum Pun sedap!!!

 Ini dipanggil fried dimsum ..nampak macam gyoza yang P.Ros selalu buatkan??? tapi yang ni pastinya original. Sedap...
Salam untuk semua. Malam ni tak masak. Masih kepenatan dan tak tahu apa nak masak.
Hari ni nak cerita sikit pasal Hong Kong Dimsum.
Dimsum memang makanan kegemaran kami anak beranak.kalau kawan2 perasan P.Ros selalu masak dimsum dan letakkan resepinya didalam blog ni (search dekat label makanan cina ya).
Semasa di Kowloon Hong Kong kami berpeluang menikmati dimsum buatan orang Hong Kong yang halal.
Restoran makanan orang-orang Islam ni terletak hanya 2 blok dari hotel penginapan kami.
Makanan yang dihidangkan memang sedap dan pastinya sedikit mahal. Kebanyakkan dimsumnya lembut dan berkuah didalam. Sedap.....

                              Islam Food Restaurant yang sempat kami kunjungi sebanyak 2 kali
 Kerusi disedikan untuk pelanggan menunggu giliran sekiranya restaurant penuh. Kami pula sampai terlebih awal pukul 11.00 pagi kerana kelaparan dan restaurant dibuka pukul 11.30... kena la melepak  kat luar restaurant

Menu yang disedikan diluar restaurant .Sambil menunggu ianya dibuka lebih baik tengok menunya dulu...tapi sayangnya 1 patah perkataan pun tak paham.Orang Hong Kong ni pelik sikit , malas nak belajar bahasa Inggeris.. walau pun pernah dijajah orang putih...dia orang ni hidup dalam tahun berapa ya?????
Kat dinding tu ada gambar Mawi dan isterinya serta Farah AF yang kesini untuk buat rancangan Rasa Halal Orient terbitan Astro.
                                 
                                Hong Kong Dimsum... nak tunjuk dimsum yang P.Ros buat jugak


Ynag ni memang terbaik ...(lupa pula apa namanya) masa kat luar restaurant dah teruja nak cuba bila tengok gambarnya. Order dua keping dan memang super sedap...harganya lebih kurang RM 10,00 sebiji. Nak kena cari resepi dan cuba buat sendiri.
 Tak paham bahasa punya pasal...walau pun masa order dah ditunjukkan gambar dia tetap hidangkan benda yang salah. Akhirnya kami dapat 3 pinggan nasi goreng..dan yang kat atas tu yang kami tak habis dan suruh mereka tapau (bungkus). Cakap saja perkataan tapau terus faham...ish...betul la dia orang ni hebat..bahasa dia je yang diutamakan.
                      Sambal tu kami makan dengan semua benda...sedap walau pun sedikit masin..




                                  gambar-gambar ni lah yang membantu kami untuk order makanan.
                                                  Apa pun kami enjoyed dan kenyang



Comments

  1. Wah! Balik dari Hongkong, now can ceritakan about hongkong dimsum! hahha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chu King....hahah nak juga cerita pasal dimsum dan tunjuk masakan sendiri...hihihi.Tapi dimsum kat sana tu sedap la.

      Delete
  2. salam k.ros......haiyaaaa!!!!apa macam kami pegi tatak jmp ini tmp...lugi looo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rostina...haaha manyak kesian lo...ini lestolant aa.. dekat kowloon lo....

      Delete
  3. Salam Ros...alohai dimsum..mana ini alamat maa...kita mmg suka dok kat area masjid kowloon tu..depan masjid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nekcik...lupa pula nama jalan tu..nanti Ros geledah. Tapi dekat je dengan Regal Oriental Hotel Kowloon. Dari hotel tu ros jalan kaki je pergi ke lestolant ni...dalam 5 ke 10 minit je.

      Delete
  4. Replies
    1. Hi sonia, yes halal dimsum pun sedap....sangat teruja untuk mencubanya di Hong Kong.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts