Boxing chicken


Salam untuk semua.Boxing chicken buat untuk makan malam sbeberapa hari lepas.Kak Ros nampak resepi ni dari salah satu blog tapi lupa nak copy paste dan tanda.maka Kak.Ros cuba ingat balik resepinya ,maka Kak.Ros letakkan bahan-bahan yang semacam ingat-ingat lupa gara-gara tak jumpa cari blog siapa.Sapa2 tuan empunya resepi kak Ros nak cakap thank you dan minta maaf ya sebab tak dapat nak mention namanya kat sini.
Bahan-bahannya
* 7 keping paha ayam
* 4 ulas bawang putih
* halia muda sebesar ibu jari
* 2 sudu rempah kari
* 1 sudu besar madu
* 2 biji putih telur
* 1 cawan bread crumb warna orange
* garam secukup rasa (boleh juga dicampur bersam serbuk pati ayam secukup rasa ya.)
cara-caranya
1-Basuh bersih paha ayam dan potong serta lurutkan daging ayam kebawah hingga menjadi bulat.Ketepikan.
2- Tumbuk bawang putih, halia dan juga garam.
3- Masukan ayam kedalam mangkuk. Campur ayam bersama bahan tumbuk.rempah kari dan juga madu.Gaul hinga rata dan perap selam 20 ke 30 minit.
4- Panaskan minyak masak untuk goreng ayam secara terendam. Celup ayam dalam putih telur yang telah dipukul sedikit.
5- Celupkan pula ayam dalam serbuk roti (tak payah banyak sangat sebab takut serbuk roti hangus sebelum ayam masak). Goreng ayam hingga garing.Ayam boleh dimakan begitu saja atau bersama sos.


Comments

  1. Adehhh Kak Ros terus lapo D5, dah ler belum mkn nie tgk menu2 sedap nie bertambah2 lah lapo hehhehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. D5, memang best jugak buat ratah-ratah..tapi gambarnya betul mengecewakan!!!!

      Delete
  2. sedapnya Ros macam nak try je ni tapi kalu dpt free mmg best sngt ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak Noor...jemput ratah ya....semua dah ke laut..hihihoi

      Delete
  3. Salam,emmm sedapnya ayam boxing ni..kegemaran anak2

    ReplyDelete
  4. salam kak ros..... rasanya kali terakhir wat ayam tinju nih masa duk jepun dulu.. punyer la lamaaaaaa.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hana...nun jauh diJepun kan???bila la kak Ros nak sampai sana.Hana pasti sibuk dgn aktiviti di sekolahkan sekarang ni???

      Delete

Post a Comment

Popular Posts