Donut Chocolate

Salam isnin.Buat donut coklat simple untuk minum petang semalam.Ingat nak buat glazy donut,Tapi little laling made so much noise nak main dgn doh dan suruh kita goreng jugak figurine yang dia dah buat tu,putus angin dibuatnya so jadi la donut chocolate.Lain hari nak buat lagi la sebab kita memang nak makan glazy donut.Emmmmm geram betul dgn sikecik sorang ni.Jom tengok resepi


Bahan-bahannya
* 500 grm gandum
* 1 cawan susu segar suam-suam kuku
* 1 paket yis mauripan
* 1 biji telur
* 100 grm butter
* secubit garam
* 1 sudu besar gula
Cara-caranya
1- Campurkan yis bersama susu suam .Biarkan sebentar hingga kembang.
2- Dalam mangkuk besar campurkan tepung gandum,gula dan garam.Masukkan pula butter dan gaul rata.
3- Tuang campuran yis kedalam gandum.Gaul rata dan uli adunan hingga menjadi lembut dan tidak melekat dijari(tambah sedikit lagi butter jika agak keras)
4- Tutup mangkuk adunan dgn tuala lembab dan biar adunan naik sekali ganda lebih kurang dlm 40 minit
5- setelah adunan naik buka tuala dan tumbuk-tumbuk adunan dan uli sekejap lagi.
6- Sediakan papan canai dan rolling pin.Taburkan sedikit gandum diatas papan canai dan canai adunan setebal lebih kurang 1/2  inci.Terap adunan dgn sarang donut. Buat sampai adunan habis.
7- Panaskan minyak dgn api sederhana dan goreng donut hingga kuning keemasan.
8- Celup donut dlm ganache coklate.Hiaslah sesuka hati

Choclate ganache
200grm cooking choclate dicampur 3 sudu besar cream dan 1/2 sudu kecil butter.Masak secara double boiler atau masukkan kedalam microwave sekejap.Bila bahan semua cair siap untuk digunakan
ni pun nak kena goreng ke little laling oooiii..... sabor aje la!

Comments

  1. sedapnua kueh roda ni.. gebu je..

    ReplyDelete
  2. Ok jugak ya norlie,kita tukar nama donut ni kueh roda ke kueh tayarke?????????

    ReplyDelete
  3. Assalam puan ros,
    heheh..biasalah budak2 ni..kalau kita sibuk menguli doh apa pun dia orang siap duduk kat sebelah menanti ..nak negecek sikit doh tu buat main2..haha..lepas tu disuruh masak hasil tanagn dia orang..hahah..donut puan ros, nampak lembut aje tuu..

    ReplyDelete
  4. Salam puan ros,
    Baru plan nak buat donut minggu ni, barang dah ada cuma tunggu cik rajin singgah je.

    ReplyDelete
  5. Ayu...agak-agak nak masak tak yang little laling buat tu .Skali nampak macam oin..oin aje????hhiii hiii hihii

    ReplyDelete
  6. Hai hazlia,donut tu nampak macam tayar ajekan??

    ReplyDelete
  7. kak ros...nak sebiji donut...:)

    ReplyDelete
  8. salam kak ros...samela ngan anak sy yg sulung.. sibuk kite menguli die pun nak menguli..sibuk kite membentuk doh sibuk jugak die nak buat...psti sebok soh grg jugak yg dye godeh tu... adoi... huhu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts