Baked Potato With Sauce


Salam semua dah 2 3 hari tak tulis blog.Busy sangat kat kindy.With a few activities to prepared for children before school holidays.I baked the potato before pergi kindy pagi tadi.Siapkan sos sekali so balik dari kindy nanti boleh terus bakar aja for lunch.Sumber resepi dari Ana olson programe(afc) tapi bahan sosnya, resepi Puan Ros sendiri.


Bahan Untuk Kentang
5 biji potato yang agak besar saiznya
1 sudu besar butter (disapu pada kulit kentang)
1/2 sudu kecil garam

1/3 cawan fresh milk 
1 sudu besar yogurt (boleh ganti dgn sour cream)
1 tangkai daun parsley dipotong halus
1 sudu besar butter(dilenyek bersama kentang)

Bahan Sos 
3 sudu besar butter
3 sudu besar gandum
2 cawan air
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 ketul chicken stock
1 sudu kecil garam
2-3 sudu besar kicap pekat manis 
beberapa titik sos wochestershire(optional)
serbuk lada hitam (optional)



Cara memasak kentang
1- Basuh bersih potato dan keringkan.Lumurkan  semua kentang dengan butter dan garam .Bakar dalm suhu 200c selama 30 minit dan turunkan suhu kepada 180c selama 30 minit lagi.
2- Bila potato masak potong sedikit diatasnya dan keluarkan isi potato.Biarkan potato berlubang. Isi potato dicampurkan bersama susu.yogurt,dan butter.Lenyek hancur potato bersama bahan-bahan tadi semasa potato masih panas. masukkan juga daun parsley
3- Setelah kentang siap di lenyek masukkan semula kedalam kulit kentang tadi dan ketepikan . Tinggalkan sedikit ruang untuk sos.


Cara Memasak Sos
1- Panaskan butter dan masukkan bawang besar.Setelah bawang layu masukkan tepung gandum,Kacau jangan sampai hangus.
2- Masukkan 2 cawan air dan juga kiub ayam.Biar sampai mendidih. Masukkan kicap garam dan sos.Kacau lagi sehingga pekat dan masukkan lada hitam jika mahu.
3- Atur kentang dalam mangkuk pembakar.Siramkam sos kedalam kentang. Tabur cheedar cheese diatasnya dan bakar dalam suhu 180c selam 10-15 minit.


p/s : Puan Ros masukkan terus kacang buncis dalam mangkuk pembakar dan siram sedikit dgn sos sebelam dibakar.Tak payah lagi nak sibuk buat salad.



















Comments

Popular Posts