Blueberry Crepe vs Durian crepe


 
Salam untuk semua.
Rasanya tak dapat nak ditepis tempias crepe durian yang terhangat dipasaran ni...Sebelum musimnya habis(macam musim haji yang kapal akhirnya 28 hb ni) maka haruslah dicuba membuatnya.
Dibuat untuk makan sendiri,jauh sekali untuk berbisnes sebab tak mungkin ada yang nak mengodernya selepas tengok tayangan tayangan gambarnya nanti. Minta maaf la kerana cara lipatan yang memang tak dapat kelulusan sirim.
Tapi  crepe hari ni sebenarnya  inti bleuberry filling sebab anak dara tak suka makan durian.Dah buat crepe durian minggu lepas cuma mak dara pak dara dan sidara  kecil saja yang memakannya.Gambar pun tak sempat ambil sebab excited nak makan.
So hari ni buat la inti blueberry agar yang tak makan durian juga tak kempunan nak makan crepe..sila la layar jika sudi...
sambungan cerita....
seminggu selepas buat blueberry crepe ni sekali lagi kita buat durian crepe dan sempat lah posing sikit..maka tambah gambarnya untuk tatapan anak2 nanti.Lagi pun adunan crepenya tetap sama, cuma inti durian crepe mengunakan non-dairy cream yang dipukul kental dan dimasukkan juga isi durian sebelu dilipat.
 

Resepi crepe yang diambil dari dapur Izah tokeh crepe durian yang tersohor tu ya. Thank you Izah dan tuan asal resepinya.Resepinya memang sedap walau pun dah dibuat perubahan kecil(telur ada 3 biji je).
 
DURIAN CREPE
(utk tuan resepi asal boleh rujuk link di atas)

Bahan2:
3 sdt gula halus
3 sdt tepung ubi
*izah campurkan sedikit tepung jagung
1/2 sdt tepung gandum
1/2 sdt butter - dicairkan
4 bj telur - dipukul sikit (Puan Ros guna 3 biji telur bersama 3 sudu kecil fresh milk)
95 ml air
1 st vanila esen



Cara2:
1) satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum dan tepung jagung.
2) masukkan butter yang dicairkan.
3) pukul sedikit telur. campurkan dalam bekas tepung.
4) masukkan air.
5) panaskan non-stik pan.
6) tuang sesenduk. gelek non-stik pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tidak tlalu tebal. masak 1 pmukaan saja.

filling (buatan sendiri)
Kocok secawan non dairy cream hingga kental.
Ambil sekeping kulit crepe dan letakan 1 1/2 sudu besar krim diatasnya,kemudian letakkan pula 2 sudu kecil bluberry filling.Letakkan 1 sudu besar lagi krim diatas blueberry dan ratakan sedikit.Lipat kemas crepe tadi. Simpan dalam peti sejuk hingga sampai masa nak memakannya.


                                                       happy cooking

Comments

  1. ohooo Kak Ros...nampaknya Amie belum sampai seru nak buat CD tapi hari2 menjamu mata dengan CD di merata blog! Ni tengah jamu selera di dapur Kak Ros pulak... memang ada yang tak makan durian kan kak, bujang sulung dengan bujang tengah kami pun tak makan durian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la sebabnya amie.asyik dok jamu mata je..hari ni kak Ros nak jamu mulut dan perut.Anak2 moden semua dah jadi mat salleh tak suka bau durian..sedih sungguh.

      Delete
  2. yuhuuu!!!! cantik love tu kakRos, saya suka DC tp x pernh buat pn order jer sbb kedai dekat tmpt kerja.....kat Melaka skrg x der musim lg...kt Ledang pn ada koret2 jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairiah..love the crepe......hihihi...kat KL ni banyak durian la..kalau kak ros gi giant je beli yang 3 bungkus rm10..tak denya nak cari D20 dsn sewaktu dengannya....

      Delete
  3. mcm sedap jer tgk crepe blueberry nih..rasanya nk gk telan 2-3 ketul tuh..

    ReplyDelete
  4. kak ros,nor suka sgt akak share kn crepe blueberry ni sbb nor pun xmkn durian cm ank akak...hihii...nmpak sedap jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nor, sedap ni..simpan dalam peti ais lama-lama sikit dan makan sejuk2 sedap.

      Delete
  5. itu dia, masuk sudah resepi crepe di dapur kak ros, saya bilalah mau datang rajin meng'crepe' ni ya, hehe...buat terliur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempiasnya kuat sangat evelyn..tak daya kak ros melawanya..hahhaa

      Delete
  6. Cantik sungguh crepe Ros ni, kalau dekat boleh tumpang makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak TnT..betul tu, kalau dekat ros pun nak singgah umah akak untuk minum petang..hihihi bagi alamat boleh???

      Delete
  7. pg td dah rasa yg blueberry serupa tu.... fuhh, mmg awesome ..sedap sgt. Nak gak belajar buat nanti..hopefully

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts