Butter Prawn

Salam untuk semua.dah lama juga tak masak butter prawn.Hari ni luangkan masa tengok video2 masak dalam internet dan terjumpa video butter prawn ni.Chefnya menunjukkan cara memasak tampa memberitahu berapa banyak bahan2 yang diperlukan. So kita main agak2la jumlah bahan2 yang nak digunakan dan hasilnya memang sedap.Boleh lah cuba jika suka.


Bahan-bahannya
* 30 ekor udang sederhana besar
* 3 biji kuning telur
* 3 ulas bawang putih
* 4 biji cili padi
* 30grm butter + 1 sudu besar
* 1 sudu besar susu pekat + 1 /1/2 sudu besar air (Resepi asal guna susu cair)
* 2 tangkai daun kari
* 1/2 cawan minyak masak
Cara memasak
1- Bersihkan udang dan potong janggut serta sedikit ekornya.Basuh bersih dan toskan airnya.Sapukan secubit garam.
2- Panaskan 30 grm butter dan masukkan juga sesudu besar minyak masak.Bila butter dan minyak panas,tuang telur kuning yang telah dikacau sedikit.Kacau dengan laju. Masak hingga garing dan angkat dan letakkan dalam penapis santan untuk toskan minyaknya.Ketepikan.
3- Dalam kuali yang sama,masukkan 1/2 cawan minyak masak dan goreng udang hingga kulitnya bertukar merah.Angkat dan ketepikan.
4- Keluarkam minyak dari kuali dan masukkan sesudu besar butter dan masukkan juga butteryang ditapis dari telur tadi.Tumis bawang putih yang telah dipotong halus hingga terbit bau.Masukkan pula potongan cili padi dan daun kari,goreng hingga semuanya sedikit garing.
5- Masukkan campuran susu dan air.Kacau hingga mendidih sedikit.Tambah sedikit garam atau gula jika perlu mengikut selera masing-masing.Kacau hingga sedikit kering dan masukkan udang.Kacau dan balikkan.Masukkan separuh dari telur yang digoreng dan tinggalkan separuh untuk hiasan semasa menghidang.
Nota: jika buat lain kali nak pastikan telurnya menjadi juraian yang halus.Mungkin boleh gunakan chopstick semasa mengacaunya.

                                                                  happy cooking

Comments

  1. aslmkum k ros.mmg nampak sedap.. tak pernah lagi buat sndiri ni kak.. boleh lah sy cuba nnti..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Puan Ros,
    sedap ni... memang menu pilihan kalau makan di restoran atau hotel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Amie,dah tak payah gi hotel le...buat sendiri je,jimat sikit

      Delete
  3. Tergoda akak tengok udang ini, nak sikit boleh?

    ReplyDelete
  4. assalam ros..acik pun pernah juat sekali..tak jadi jurai nya..tu le sekali acik cuba..lepas tu tak cuba..macam biasa..acik buat masak lomak cili api je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik,tak jurai halus pun tak apa la janji sedap kan.Kita mesti nak buat lagi.

      Delete
  5. hehehe..akak saya buat hari tu pun jurai nya tak halus sgt...tapi sedap...hehehe..itu lagi penting..kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Q kita pun bukannya tauke restoran yang nakkena buat jurainya halus2kan? Janji sedap dimakan.

      Delete
  6. Assalam Kak Rose, apa khabar? lama tak singgah dapur akak ni..sedapnya tgk udang ni kak..lama tak buat teringin la pula.kalau dpt ni ratah gitu jer ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nieza, memang masakan yang macam ni diratah je,tak payah ada nasi pun tak apakan?

      Delete

Post a Comment

Popular Posts