Apam Beras

Salam hari  minggu.Pagi-pagi bangun teringin pula nak makan apam cicah kelapa.Belum pernah buat sebelum ni.Teringat Dapur Kak Rose My Kuali yang suka buat apam.Makanya terus melawat dapurnya dan CNP resepinya.Thank you Kak Rose. Puas hati dapat makan apam buatan sendiri ni. Biasanya kalau beli kat kedai kelapanya sikit je kan??Buat sendiri dapat la makan kelapa banyak-banyak. Suka.....suka....suka....

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar (kak rose guna gula putih sepenuhnya)
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap! 

                                                                  happy cooking






  1.  

Comments

  1. la..baru tau apam ni dibuat dr nasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Herny.Mula2 kak Ros pun sama.itu la bestnya jadi blogger masakan ni.Banyak benda2 yang kita tak tahu boleh dipelajarikan???Kiss kiss untuk siputeri ya.

      Delete
  2. Slmt berhujung minggu K.Ros.apam beras....sy suka apam ni tambah mkn dgn kelapa muda byk2...
    re; k.Ros..masalah nak komen di blog mungkin sbb ada code di kotak komen.sy dah buang code.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mamsya,kak ros pun suka apam ni.Tapi dalam mulut kak ros lebih banyak kelapa dari apam.hihihi...

      Delete
  3. Salam kenal kak ros,suka sangat apam ni,tp belum ada kesempatan nak buat lgi.Jom 4low blog iza ye...

    ReplyDelete
  4. Assallamualaikum kak Ros.
    Sukanya tgk apam2 ni... Warna pun menarik. Cantik naik buncit permukaannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Naz,buncit permukaannya sama dgn perut tuannya yang terlalu banyak makan kelapa..hahhaha

      Delete
  5. Apam ni mmg my peberet la..kena plk makan ngah panas2 tu..mmg xsedar la dh berketul-ketul masuk perut ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts