Fried Dumpling / gyoza


Salam Pagi sabtu.Dumpling or dimsum adalah makanan peberet kami anak beranak.Tapi bukan senang untuk mendapat halal dimsum.Biasanya kami akan ke restoran china yang halal di Dorset Hotel/Shereton Subang Jaya atau Maju Palace kuala lumpur.Harga pun boleh tahan jika makan 1 keluarga. Biasanya kami akan kesana bila ada family gathering belah my laling atau pun pada musim perayaan tahun baru china.
Fried dumpling bagi kaum china atau pun gyoza bagi orang2 jepun ni memang sedap.So untuk kawan2 yang teringin nak makan dimsum boleh la cuba membuatnya sendiri.Tentunya tak secantik dan selembut yang dihotel tapi rasanya tetap sedap.Minyak bijan dan daun bawang memainkan peranan penting dalam setiap masakan cina.Sama lah juga dengan dumpling ni.Cara memasaknya juga membuatkan dumpling menjadi juicy seperti ada sedikit.sup didalamnya bila digigit (tentunya dimakan masa panas-panas untuk dapat merasa jusnya).Yang penting bahagian bawah dumpling mesti la garing.
Sesiapa yang berkenan sila abaikan bentuknya yang tak seperti yang original ya.Hanya orang2 yang tangannya berseni atau sudah expert akan mendapat bentuk yang cantik.Puan Ros tak kisah bentuknya janji sedap dimakan.
P.Ros melayari beberapa video masakan untuk fried dumpling ni dan berkenan dgn resepi yang Hana buat.Jangan bandingkan kejadian dumpling tu ya.Siapa la kita dibandingkan dgn Hana kan???
Dumpling ni boleh dimakan tampa sos jika fillingnya cukup perasa.Mari la cuba.
 Hana Kak Ros copy Paste kat sina ya.Thank you.
  
RESEPI GYOZA
Source: hanamemories.blogspot.com


Bahan-bahan
Untuk Skin
  • 250g tepung gandum
  • 1/2 - 3/4 cawan air sejuk - ader setengah resepi gune air panas, dan ada setengah campuran sejuk+panas
  • 1/4 sk garam
  • Extra tepung gandum utk canai
  • 1/2 sudu kecil baking powde (P.Ros tambah)
Untuk Inti
  • 250g daging kisar/ ayam/ udang (P.Ros guna 200 grm daging hancur)
  • 1/2 genggam daun kucai - potong kecil (P.Ros ganti dgn daun bawang)
  • 50g kubis - cincang dadu halus (P.Ros gunakan lebih kurang 100 grm sebab nak habiskan kubis yang ada)
  • 1 sudu makan halia parut
  • 2 sudu makan bawang putih parut
  • 1sk minyak bijan (Puan Ros guna lbih kurang 1 1/2 sudu)
  • 1sk gula
  • 1/4 cawan bawang besar - potong dadu
  • Daun negi - jika suka (tak masuk)
  • garam dan pepper
  • Puan Ros masukkan 1 sudu kecil tepung jagung kedalam adunan filling
  • 1 sm tepung jagung/katakuriko + air - bancuh utk stim gyoza (Puan ros stim guna air tampa tepung jagung)


 
Cara-cara
  • Untuk membuat skin - Uli semua hingga elastrik (P,Ros rehatkan selama 10 minit dan tutup mangkuk dgn tuala lembab. Taburkan tepung gandum di atas papan canai. Canai nipis kemudian terapkan dengan cutter atau muncung gelas/cawan. Buat sehingga abis dan taburkan dengan tepung jagung/ubi (hana gune tpg gandum je) supaya setiap keping tidak melekat antara satu dengan lain.
  • Untuk Inti - Campurkan semua bahan inti sebati. Ambil sekeping skin gyoza, dan masukkan inti kemudian kelim seperti SINI. atau boleh gunakan acuan gyoza.
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Susun gyoza, tuang air bancuhan tepung jagung (boleh juga guna air sahaja), kemudian tutup kuali tersebut. Biarkan sehingga air kering dan bawah gyoza keperangan. Bila dah masak, ambil pinggan, terbalikkan kuali ke atas pinggan .Hidangkan dengan sos gyoza. 
  • Nota dr chef jepun, stimkan dahulu baru masak hingga kering utk mengelakkan gyoza `kotor` bila tuang air kemudian. 
  •                                                                                happy cooking
     

Comments

  1. kak ros!! dh lama tun cari resepi nii..... weee~~ tq! arini nk kuat beli groceries, blh beli bahan dia siap2! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Tun pastikan kulitnya digrlrk nipis ya.Tapi tak boleh la nak jadi macam yang retoran punya.

      Delete
  2. Assalamualaikum kak Ros,
    lama dah teringin makan dumpling.... yang halal, kecur liur kalau nampak gambar2nya, terima kasih kongsi resepi ye, bolehlah cuba bila senang nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Amie, tak payah kecur air liur lagi ya...buat sendiri dan makan sampai puas hati.

      Delete
    2. Salam kak ros...memang iza teringin sangat nak rasa dumpling ni,selalu tengok dlm cerite cina,nampak sedap depa makan.Nak copy resepi ye kak..

      Delete
    3. Salam Iza.Silakan,tapi jangan la harapkan jadi macam yang kat hotel ya.Rasanya sedap cuma rupanya tak brapa cantik.

      Delete
  3. Aslmkm KakRos. Along pun suka mkn dumplings tapi xpnh cuba buat sbb kat Miri ada 2 hotel yg halal & we all selalu makan kat sana. Rajin nya KakRos.... nampak nyummy buat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Along ,best kan kalau ada rest cina yang halal.Banyak makanan cina yang kita nak makan tapi tak dapat.Sebab tu le nak kena rajin buat sendiri.

      Delete
  4. Allah kakk.. kite pon bukan terer sgt buat mende alah ni pon.. aritu buat pon pestaim.. nmpk yg elok jer.. yg tak elok berguni duk blkg tabir.. kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam han,hihihi...macam make-up artist kan tampal sana sini semuanya jadi cantik kan???

      Delete
  5. Kak ros cayang cheq tak pernah makan heheheh tapikan nampak sedap ingatkan guna wonton skin tadi,saya nak try buat wonton soup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mimi..kita orang ni biasala dah bapanya keturunan yang makan benda2 macam ni kan? Kalau nak buat wanton sup tu,beli kulir yang dah siap je.cuma buat fillingnya je.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts