Nasi daging kabsa dan lemon
Salam untuk semua.
Lamanya tak masak nasi daging....nampak orang masak sana sini , hari ni teringin nak buat. Malangnya bahan- bahannya tak lengkap tapi kalau memang dah tukang masak kaki campak2, maka dicampakkan je apa yang ada kedalam rice cooker.Kebetulan pula ada acar dan sambal dlm peti sejuk so boleh dikira cukup syarat la untuk dihidang.

Bahan-bahannya
1- 2 paket daging yang telah dipotong kiub(lebih kurang 500 ke 600 gr)
2- 3 biji bawang putih
3- 1/2 biji bawang besar
4- 2 sudu besar rempah kabsa
Basuh bersih daging dan masukkan kedalam periuk bersama 7 cawan air, rempah kabsa, hirisan bawang putih dan bawang besar serta sekeping kiub ayam.
Masak sup daging hingga daging agak empuk.

Bahan untuk nasi
1- 5 cawan beras( cawan nasi periuk letrik)
2- 1 batang kulit kayu manis, 1 biji bunga lawang
3- 1 biji bawang besar di hiris nipis
4- 4 sudu besar minyak masak
5- 3 sudu besar tomato sos
6- 3 keping potongan buah lemon
7- garam secukup rasa
Cara memasak nasi
1- Panaskan minyak masak dalam periuk letrik dan tumis kayu manis, bunga lawang dan bawang hingga layu dan terbit bau.
2- Tambah cili sos dan kacau sebentar.
3- Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan. Kacau rata.
4- Masukkan daging bersama sup dan bawang yang ada dlm sup.
(agak2 la airnya kalau banyak tak payah habiskan sup tu dan boleh dihidang bersama nasi).
5- Campurkan garam secukup rasa dan potongan lemon.
6- Masak nasi hingga mendidih, buka periuk dan kacau sedikit dan sambung masak hingga nasi masak.
Boleh dihidang bersama sambal dan acar.

Assalamualaikum Kak Ros,
ReplyDeletelama saya tak datang sini. Terlebih dahulu nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana mendapat ahli keluarga baru, menantu lelaki... tentu seronok bila bertambah isi keluarga kan kak! Satu lagi... rasa teruja pulak tengok nasi kabsa lemon tu, kalau dekat nak jamah barang semulut... he he heee....