Kerepek ngaku

Arrowhead atau buan sengkuang cina bersaiz kecil/ngaku yang biasanya popular bila menjelang tahun baru cina.
Senang dibuat dan sedap dimakan.
Kali ni Pn.Ros gaulkan tepung beras dan  taburkan chili flakes untuk mendapat rasa kerepek yang ranggup dan pedas.

Bahan-bahannya
* 10 ke 15 biji buah ngaku
*  1 1/2 ke 2 sudu besar tepung beras
* secubit garam
* 11/2 sdu kecil cili flakes
Cara-caranya
1- kupas kulit dan basuh bersih buah ngaku
2- potong nipis bulat atau gunakan pemarut3- Masukkan kepingan ngaku tadi kedalam  sebiji tupperware atau pun zip lock plastic bag.
3- Masukkan pula tepung beras dan garam. Goncang tupperware atau bag plastik hingga semua kepingan ngaku sebati.
4- Panaskan minyak masak secukup nya dan goreng ngaku hingga garing. Sejatkan minyak mengunakan kitcgen roll. Masukan kerepek kedalam bekas dan taburkan cili flakes.
Tips mengoreng,
Sekiranya semasa mengoreng ngaku ada letupan2 kecil berlaku,gunakan penutup periuk dan tutup kuali, biarkan kerepek garing. Tutup api nya dan angkat ngakuú. Siap untuk dimakan.
Pengunaan tepung beras membatkan kerepek lebih rangup dan tak mudah patah.
Letakan sekeping sekeping kedalam kuali semasa mengoreng.

Comments

  1. sedap...tapi nak buat malas...nak kupas kulit ngaku

    ReplyDelete
  2. Fazianbatrisyia, kak ros tengah makan kerepek yang dibuat semalam, rangup dan sedap ni, afa pula rasa pedas..emmm.

    ReplyDelete
  3. kaknoor pun dah buat mmg sedap esuk nak beli lagi dan buat lagi hahaha macam nak sambut new year lah pulak ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak nor kunyah sampai tak nampak orang lalu. Memang nak sambut new year la ni....hahaha

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts