Roti Kastard Cheese


Salam untuk semua. Roti berkastard cheese ni dibuat hari sabtu lepas.Kebetulan bakal menantu ada , sukanya dia makan roti ni. Senang je resepinya. Macam biasa Pn.Ros suka buat resepi yang main campak2 apa yang ada kat dalam peti ais.Tapi hasilnya menjadi jugak.Bagi family kecil boleh la buat separuh resepinya dan harus la dimakan semasa panas baru dapat rasa kerangupannya.Kalau ada yang lebih boleh lah dipanaskan semula dalam oven bila hendak dimakan.

Bahan-bahannya
* 5 biji telur gred A
* 120 grm cream cheese
* Lebih kurang 1 1/2 cawan susu segar
* 1 keping kiub pati ayam
* secubit garam
* cili flakes sebanyak yang disuka
* 10 batang sausage dipotong 2

Cara-caranya
1- Campurkan semua bahan dalam blender dan blend sekejap.
2- Gelek roti sehingga leper dan cantumkan kedua-dua hujungnya.Picit sedikit agar roti betul-betul bercantum.
3- Sapukan sedikit butter  pada muffin pan dan masukan roti kedalamnya.Tekan sedikit agar roti menjadi kemas.
4- Curahkan bahan kastard kedalamnya. dan letakan separuh sausage didalamnya . Taburkan chili flake.
5- Panaskan oven dengan suhu 17-C dan bakar roti selama lebih kurang 15 ke 20 minit hingga kastard dan sausage masak. Siap untuk dihidang.



 happy cooking 

Comments

Post a Comment

Popular Posts