Lemon Chicken
As salam untuk semua. Dah lama tak masukkan resepi lauk pauk.
Hari ni terasa nak makan lemon chicken dan resepi ni dah lama disimpan. Biasanya bila buat lemon chicken Pn.Ros beli sos yang dah siap, tapi kali ni sosnya dibuat sendiri dan cukup sedap.Terima kasih pada tuan punya resepi. Tak susah membuat lemon chicken ni.Tapi untuk resepi ni Pn Ros tambah gula sebab jus dari sebiji lemon tu terlalu masam.
A-Bahan-bahannya
* 2 keping whole leg chicken yang dah dibuang tulangnya
* 1 biji telur
B- Bahan Perap
* 1/2 sudu kecil garam
* 1/2 sudu kecil lada putih
* 2 sudu besar tepung ubi
* 1 sudu kecil tepung kastard
* 1 sudu besar air
C- Bahan Coating
* 3 sudu besar tepung naik sendiri
* 3 sudu besar tepung ubi
campur sebati kedua-dua tepung
Bahan Sos
* 1 sudu besar butter
* jus dari 1 biji lemon
* 3 sudu besar gula
* 1/2 cawan air
* 1 sudu kecil tepung kastard
* 1/2 sudu besar tepung ubi
* sedikit potongan kulit limau
* 1 sudu besar air
Cara memasak
1- Bersihkan ayam dan perap bersama bahan B selama 1/2 jam.
sementara menunggu ayam diperap boleh lah dibuat sosnya dahulu.
Cara memasak sos
1- Panaskan butter hingga cair dan masukkan jus limau yang telah dicampur bersama air, dan juga potongan kulit limau,masak diatas api sederhana hingga mendidih.
2- Masukkan gula dan secubit garam dan kacau rata.
3-Masukkan kedua-dua jenis tepung yang telah dibancuh bersama air dan kacau sos hingga pekat. Tutup api (tambah gula sekiranya sos agak masam).Angkat sos dan tapiskan kedalan mangkuk bersih dan ketepikan.
Cara memasak ayam
1- Setelah ayam siap diperap, Pukul sebiji telur dan celup ayam kedalam telur.
2- Seteleah dicelup dalam telur, gaul ayam kedalam bahan C hingga semua bahagian ayam rata.
3- Panaskan minyak secukupnya dan goreng terendam ayam hingga garing dikedua-dua bahagian.
4-Angkat dan toskan ayam dan boleh lah dipotong nipis dan atur didalam pinggan.
Curah sos diatas ayam dan lemon chicken siap untuk dihidangkan.

happy cooking
salam k.ros…..sedapnya ayam lemon ni. xpernah bt sendiri & kalau mkn pun @chinese restoren. tq for sharing
ReplyDeleteRos sila cuba , dah tak payah gi chinese restaurant
Deleterasa nak cuba jugak, tapi ayamnya lak takde kak ros... tunggu dulu lah
ReplyDeleteCeg Sue sila cuba...gi beli ayam
DeleteSedapnya kak Ros... bertahun rasanya tgak masak lemon chicken... terliur pulak tengok di sini.
ReplyDeleteAmie Kak Ros pun dah lama tak masak, teringin nak makan terus cari resepi, jadi pun
Delete