Luncheon Bun
Salam dan selamat bercuti untuk semua.
Rasanya semua orang masih dalam mood holiday kan. Chinese New Year kami tahun ni begitu sunyi.Adik-adik ipar yang tinggal diluar negara semuanya tak balik, malah yang kat malaysia pun terbang makan angin diluar negara.Makanya beraya la kami sekeluarga dirumah.Dipenuhi dengan aktiviti sendiri masak dan sendiri makan.
Untuk 2nd day CNY P.Ros buat luncheon bun atau roti berinti oink...oink yang digemari masyarakat cina untuk sarapan pagi kami. Tapi untuk kami pastinya intinya ditukar pada inti ayam.
Bun yang rasanya manis dan intinya juga sedikit manis.. biasanya inti ni juga digunakan untuk char siew pau ,salah satu hidangan dimsum bagi kaum cina.Suka hati bila lihat my laling happy dapat makan roti yang biasanya susah untuk dapatkan yang halal. Sebab tu la P.Ros selalu cuba belajar sebanyak mungkin resepi orang2 cina agar boleh masakkan untuk dia.
Boleh cuba jika sudi ya.
Bahan-bahannya / Ingredients
* 500 grm tepung roti/high protien flour
* 60 grm yeast mauripan
* 80 grm gula/fine sugar
* 1 biji telur/ 1 egg
* 80 grm susu segar / fresh milk
* 100-130 grm air/ water
* 1/1/2 sudu besar lemak sayuran /shortening
* 1 biji telur kuning/1 egg yolk
Cara-caranya /Method
1-Masukkan tepung dalam 1 mangkuk besar dan buat lubang ditengah.Masukan semua bahan lain kecuali air. Uli doh menjadi sebiji bola yang elastik dan lembut (air dimasukkan sedikit2 hingga mendapat doh yang diingini). Ketepikan selama 20 minit.
- Put the flour in the big bowl and make a well in the center. Add other ingredients into the well accept for water ( Put a water a bit at a time till you get the right texture) . Knead the dough until elastic and smooth. Set aside for 20 minutes.
2- Selepas 20 minit uli doh menjadi doh panjang dan potong seberat 25 grm setiap 1 keping.
- Knead dough into long stripe and divide into 25grm each.
3- Gelek nipis setiap keping doh. Masukkan inti dan bungkus kemas. Atur di dalam dulang dan biarkan 1 jam.
- Roll the dough into round piece . Wrap in filling and set aside for 1 hour.
4- Sapu kuning telur dan bakar roti dengan suhu 200 C selama lebih kurang 12 ke 15 minit.
- Egg wash the bread and bake the bread at 200C for 12 to 15 minutes.
Inti/Filling
* 200 grm dada ayam/ chicken breast cube
* 1 sudu besar kacang masin/ 1tbs bean paste
* 2 sudu besar oyster sos/ 2 tbs oyster sauce
* 2 sudu besar kicap manis/ 2 tbs sweet soya sauce
* 1 sudu besar kicap cair/ 1 tbs light soya sauce
* sedikit minyak bijan/ some sesame oil
* sedikit bijan yang dimasak tampa minyak/ some cooked sesame seeds
* 1 batang daun bawang dipotong halus / minced coriander
* 2 sudu kecil tepung jagung yang dibancuh sedikit air/ 2 tsp cornstarch mixed with a bit of water
* sedikit gula / some sugar
1- Panaskan sedikit minyak masak dan goreng isi dada ayam yang telah dipotong kecil hingga masak.
- Heat some oil and fry the chicken cube till cooked.
2- Masukkan semua sos dan kacau rata.masukkan sedikit air dan kacau lagi.Tambah paste kacang masin dan juga sedikit gula.
- Add in all the sauce, stir and add in some water. Next add in the bean paste and sugar and mixed well.
3- Masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh bersama sedikit air. Tambah potongan daun bawang dan kacau hingga inti pekat. Tabur sedikti bijan Angkat dan sejukkan.
- Add in the cornstarch solution and minced coriander .Mixed well and cook till filling thicken. Put in some sesame seeds Set aside and let it cool.
happy cooking
Ermmm kak rose nampak bun tu sedap nyer :D..
ReplyDeleteCantik berkilat! Untung Kak Ros kahwin campur... macam2 dapat belajar resepi baru!
ReplyDeletewow.... bestnya. Untung laling Puan Ros... dapat makan masakan home made yang lazat
ReplyDeleteHa..ha Nekcik pun dah lama tak meroti ni Ros!!!!
ReplyDeleteai,kak ros.lama nor xjengah sini...nmpk sedap roti tu agak menggoda berkilat jer rupanya.nk amik resepi yer kak,tQ (^_^)
ReplyDelete