Macaroons ..... dibulan puasa??????


Salam Ramadhan untuk semua yang berpuasa. Hari ni dah tak ada resepi kerabu dan dah terpesong dari resepi tradisional. kita nak gi nun jauh ke Perancis untuk makan macaroon.
Sebenarnya semalam kita finally dapat belajar buat macaroon dari chef profesional ,Chef Karan Singh dari pastry kitchen Taylor Universiti di Sunway.Kupon kelas macaroon ni adalah hadiah hari ibu dari 1st pricess kita sempena hari ibu bulan mei lepas,baru sekarang boleh ditebus kerana kelas selalu penuh setiap kali kita nak daftar.Setelah berbulan menunggu rasanya berbaloi-baloi bila dapat tengok chef profesional membuat macaroon dan kita pun dapat peluang membuatnya sendiri.Tapi masa pegi kelas lupa nak bawan kamera, bila dah balik sibuk nak masak untuk buka puasa pulak(kita dapat sesi petang).So tak sempat menyempat nak snap gambar.Itu pun  My 1st princess sempat snap 1 2 gambar (dan hasilnya ...gambar yang kelabu weh..) sebelum little laling makan habis macaroon tu.Nasib baik sempat simpan sikit untuk buka puasa.Setiap peserta dapat bawa balik dalam 15 ketoi macaroon.
Yang paling best bila tengok bonda kita suka sangat makan macaroon ni.nampaknya memang nak kena cuba buat lagi lepas ni sebelum they all semua balik kampung lepas raya.
Pada sesiapa yang belum pernah buat macaroon boleh lah cuba resepi dari chef Karan ni ya.Bila tengok dia punya finished product wah tak sabar rasanya nak buat macaroon ni.  My group (4 of us in a group) punya macaroon tak ada la cantik sangat sebab we all pukul telur putih dah lama sangat sebelum dimasukkan sirap gula. Tapi rasanya memang sedap beb.

Bahan-bahannya
* 125 grm serbuk almond
* 125 grm gula icing
* 45 grm telur putih
* 125 grm gula putih*
* 45 grm putih telur *
* Sedikat air * (dalam 5 ke 6 sudu besar)
* Pewarna pilihan masing-masing

Cara-caranya
1- Campurkan almond dan gula icing serta 45 grm telur putih hingga sebati dan ketepikan.
2- Pukul telur putih * (untuk dijadikan meringue)  dengan mengunakan low speed dan pada masa yang sama  didalam periuk campurkan air dan gula untuk dijadikan sirap.Tutup periuk sirap dgn mengunakan aluminium foil dan buat 2 3 tiga lubang kecil diatasnya.Gunakan temometor untuk mamasak sirap hingga mencapai kepanasan 118 o c.
3- Semasa memasak sirap, telur putih tadi boleh dipukul mengunakan high speed dan bila sirap telah masak masukan kedalam adunan telur putih tadi secara perlahan dari bahagian tepi mangkuk adunan (untuk mengelakkan dari tepercik sirap panas) dan terus memukul dengan kelajuan tinggi sehingga meringue menjadi agak sejuk dan menjadi soft peak.
4- Campurkan meringue kedalam adunan almond dan  kaup dan balikkan hingga rata.Masukkan pula pewarna yang disukai dan kacau rata.
5- Masukkan adunan kedalam piping bag dan paipkan keatas dulang yang telah dialas parchment paper. Setelah adunan siap dipaip dulang hendak lah dihentak dengan kuat untuk menghilangkan lubang-lubang angin.(ini part yang we all paling suka sebab gamat satu kelas dengan dentuman dan hentakkan tray-tray macaroon).
6- Panaskan oven pada suhu 150 dan bakar macaroon selama 8-10 minit (bergantung pada oven masing2)



Untuk filling: boleh digunakan apa-apa filling yang disukai dan chef karan memberi 2 resepi basic filling yang boleh diubah suai mengikut kesukaan masing-masing.


Choclate ganache
* 300ml cream
* 300 grm cooking choclate
* 1 tsp vanilla
* 40grm butter
Panaskan crem secara double boiler hingga sedikit mendidih,masukkan coklat dan butter.kacau hingga semua bahan hancur dan boleh la disejukkan sebelum digunakan sebagai filling macaroon.


                                                                    happy cooking





Comments

  1. salam ramadhan kak ros cayang wah best ni cantik nampak macaroon akak tu,akhirnya dapat jugak akak buat ye

    ReplyDelete
  2. Kak Rose...

    Macaron cantik...molek je feet dia...tebal ghupa macaron ni...guna method Italian meringue ni kan...leceh sikit tapi hasilnya berbaloi...cantik menarik...tetiba teringin lak nak buat macaron...cuma setiap kali buat suspen depan oven tengok 'kaki' macaron kuar tak...he he...tahniah kak Rose akhirnya berjaya gak buat macaron...cantik lak tu...:D

    ReplyDelete
  3. Wah.. complicatednya.. nak cuba buat tp berat hati je tkt xmenjadi. hehe btw, serbuk almond tu mcm mana eh kak?

    ReplyDelete
  4. Salam mimi,akhirnya dapat juga kan.Memang puas hati la mimi dapat pergi belajar dan tengok chef profesional buat. TUnggu hari nak buat lagi ni.

    ReplyDelete
  5. Salam cik cek,Trima kaseh....memang happy tengok macaroon jadi.Betul kata cik cek kami berempat suspen tunggu depan oven.

    ReplyDelete
  6. Salam hana.Bunyi macam rumit kan,tapi tak la sangat,cuma part yang buat meringeu tu aja takut terlebih keras dan yang paling best part lambung try tu.Yang group sebelah kak ros sampai terlambung macaroonnya skali..hihihi....

    ReplyDelete
  7. e-na lum try lg wat macaron...bilalah nak rajin ni....

    ReplyDelete
  8. ya Allah..comelnya macaroon tuu.. leh buat bisnez nii... cantikkk

    ReplyDelete
  9. Salam Izzah.Trima kasih.Tapi rasanya kalau kena air tangan izah mesti lagi cantik kot.

    ReplyDelete
  10. salam.. cantik mac tu.. berbaloi belajar kan..

    ReplyDelete
  11. Assalam kak ros,
    bilalah kita nak buat mac ni kak..
    mesti nak cuba satu hari nantilah..cannot jadi like that leh..heheh tak apa kalau tak ada orang makan pun tak apa asal kita dah buat..hehehe
    kak ros kita dah buat tauhu udang tu sedapppp..kita suka thanks kak for the recipe..

    ReplyDelete
  12. Salam ayu.kalau tak habis makan mac,poskan aje kat kak Ros.Suka tahu udang ya.....kak ros pun.....Terima kasih sudi cuba ya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts