Donut Coklat Bakar

Salam Maal Hijrah untuk kawan2 blogger yang beragama Islam.
Resepi donut yang lembut seperti kek. Sedap dimakan bersama kopi o panas. Topping nya boleh dibuat ikut suka hati masing2. Yang ni Pn.Ros celup cream caramel.
Bahan-bahannya
* 1 3/4 cawan tepung kek
* 1 1/4 cawan gula perang
*  2/3 cawan serbuk koko
*  1 sudu kecil baking powder
*  1 sudu kecil soda bicarbonat
*  1 sudu kecil garam
*  2 biji telur
*  3/4 cawan butter milk
*  125 grm butter
*  2 sudu kecil vanila
*  3 sudu besar air kopi o atau coffee emulco (optional)
Cara- caranya
1- Cairkan butter ketepikan.
2- Campurkan semua bahan kering dalam mangkuk, gaul rata dan buat lubang ditengah.
3- Masukkan butter yg dicairkan dan susu kedalam butter milk.Kacau biar bahan larut dan sebati.
4- Masukkan bahan cair kedalam bahan kering dan kacau dgn hand mixer hingga bahan bercampur sebati.
5- Tuang adunan kedalam acuan donut(jangan tuang hingga penuh sebab adunan akan naik bila dibakar).
6- Bakar donut dlm oven yg telah dipanaskan dgn suhu 170 selama 10 ke 15 minit.
7- Keluarkan donut yang telah masak dari oven dan biarkan sebentar sebelum di keluarkan dari sarangnya.
8- Sejukkan dan celup donut dlm coklat cair atau cream caramel.

Comments

Post a Comment

Popular Posts