Nasi lemak tumis


Salam untuk semua.
Cerita semalam...puasa hari ke 12 . Kadang-kadang mati akal paa yang nak dimasak untuk berbuka.
penyudahnya nasi lemak tumis ni jadi pilihan kerana ianya memang kegemaran semua ahli keluarga.

Bahan-bahannya
* 4 cawan penuh beras- pn. Ros guna cawan periuk nasi letrik.(basuh dan toskan airnya)
* 1 kotak kecil santan 200ml
* 10 helai daun pandan mesin bersama 1 cawan air dan tapis
* 1/2 sudu kecil halba
* 3 ulas bawang merah hiris nipis
* halia muda sebesar ibu jari dihiris nipis
* 1 batang kulit kayu manis
* secubit garam
* air tambahan secukupnya- bergantungp ada jenis beras yang digunakan
* setitik pewarna hijau jika suka
* 2 sudu besar minyak masak + 2 sudu besar butter

1- Panaskan minyak masak dan butter didalam periuk nasi letrik, tumis kulit kayumanis, bawang , halia dan halba.
2- Bila semua bahan dah naik bau, masukkan beras yang telah ditoskan dan kacau rata,masukkan santan dan air daun pandan. Tambah kan air mengikut sukatan beras yang digunakan.
3- Tutup periuk dan masak nasi macam biasa.
4- Apabila nasi sudah mendidih buka periuk dan kacau rata, tutup periuk dan biarkan nasi masak.
Siap untuk dihidang.
p/s Pn ros titiskan setitik pewarna hijau kedalam air daun pandan sebab lebih suka melihat nasi bewarna hijau terang. Kalau tak suka tak payah diletak pewarna dan nasi jadi warna hijau kusam.




Comments

Post a Comment

Popular Posts