Bread Muffin

Salam Aidilfitri untuk semua. Pastinya semua masih dalam mood raya kan?? Belum jemu makan rendang ke???
  Pagi hari raya ke 3 hati digamit rasa rindu nak menguli roti sebab sebulan bulan puasa langsung tak meroti. Dan ini la resepi roti yang agak senang untuk dibuat.Bila dah dipotong dan dimasukkan dalam bekas muffin nampak bukan macam roti pulak, tapi rasanya tetap macam roti jadi sebab tu la P. Ros namakan bread muffin.

Sebab masih mood raya maka nak juga interprem dgn gambar raya
                                        Raya pertama kami

Resepi ni dah dibuat beberapa kali, cuma  kali ni P.Ros tak masukan cheese sebab tak ada stock dan sausage pula diganti dengan chicken meat loaf .Masih lagi mood raya so tak berminat nak ke Giant atau Tesco untuk membeli bahan-bahannya maka gunakan apa yang ada.

Bahan-bahan

* 2 1/2 cawan tepung gandum / hieght protein flour
* 1/2 cawan susu suam
* 1 biji telur (gunkan 1/2 biji sahaja dan 1/2 lagi digunakan untuk egg wash)
* 1 sudu besar yis mauripan
* 50 grm butter
* 1 sudu besar gula
* 1/2 sudu kecil garam
* lembutkan sedikit butter untk disapu diatas doh sebelum digulung
Bahan Filling
* 3 batang sausage dipotong kecil Ganti dgn 4 keping chicken meatloaf)
* 6 pokok daun kucai dipotong halus
* 2 batang daun bawang dipotong halus
* 1/2 labu bawang besar dipotong nipis
* Parutan cheddar cheese (agak-agak sebanyak yang disukai, lebih banyak lagi sedap)

                                     Raya ke 2 kami


cara-caranya
1- Campurkan susu suam bersama yis dan biarkan dalam 10 minit.
2- Masukkan semua bahan kedalam mangkuk dan gaul hingga tepung gandum dan butter sebati. masukkan 1/2 biji telur yang telah dipukul sedikit.
3- Tuang campuran susu dan yis kedalam adunan dan uli hinnga menjadi doh yang lembut.
4- Tutup mangkuk doh dengan tuala kering dan biarkan adunan naik sekali ganda.
5- Setelah adunan naik sekali ganda, tumbuk sedikit dan jadikan ia sebiji bola besar.Bahagikan bola doh kepada 2 bahagian.
6- Ambil sebiji bebola doh dan gelek menjadi bentuk 4 segi tepat yang tidak tebal dan tidak terlalu nipis.
7- Ambil dalam 2 jemput butter yang telah lembut dan sapu rata pada doh yang telah digelek.
8- Tabur potongan sayur-sayuran, diikuti dengan potongan sausage dan parutan cheddar.
9- Gulung doh roti dengan kemas dan potong saiz sederhana besar. Ulang proses yang sama untuk bahagian doh yang kedua.
10- Letak cawan kertas muffin didalam acuan muffin dan masukkan potongan roti tadi.Rehatkan selama 10 minit.Sapu sedikit  eggwash pada permukaan dan bahagian tepi roti.
11- Panaskan oven dgn suhu 160C dan bakar roti selama lebih kurang 15 minit.
 







                                                                                 happy cooking 

Comments

  1. selamat hariraya Ros amboiii cantik menarik tertarik lah, dan bread muffin tu aduss terliur akak nengok kan macam nak try jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya kak nor, kalau dekat ros pun rasa nak bertandang kerumah kak nor.

      Delete
  2. comey jer bread muffin tu, secomey akak Ros sekeluarga di hari raya :D...

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya kak ros, sedap nampak roti muffin tu :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Kak Ros....Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Kak Ros sekeluarga...Emmm sedapnya bread Muffin ni....

    ReplyDelete
  5. Cantik gulungan roti ini! Anak dan ibunya sama2 manis....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts