Taufo Pok Goreng Berinti



Salam untuk semua. Hari ni P.Ros hidangkan anak2 dan hubby dengan salah satu masakan cina yang kami semua gemari. Biasanya dihidangkan sebagai kudapan waktu petang.Tapi hari ni P.Ros hidangkan sebagi lauk sampingan untuk makan malam tadi. Taufo pok goreng berinti ni sememangnya sedap dimakan begitu saja bersama sos cili Thai. 
Setiap kali membuatnya anak-anak dan hubby tak pernah jemu memakannya, selera makan mereka biasanya menjadi pendorong untuk P.Ros rajin kedapur. Sila la cuba membuatnya kawan2. Cukup mudah dan sedap dimakan.Sebab banyak makanan cina yang sedap diluar sana yang tidak halal, maka jalan penyelesaiannya adalah dengan membuatnya sendiri dirumah.
Kepada mereka yang suka masakan cina boleh lah menyemak hidangan2 cina yang dah pernah P.Ros paparkan dibawah label masakan Cina tu ya.
Bahan-bahannya
* 2 bungkus taufo pok goreng
* 15 ekor udang
* 1/2 packet daging ayam hancur
* lebih kurang 1 batang carrot
* 1/2 biji bawang besar
* 1 batang daun bawang
* 1 keping serbuk pati ayam
* beberapa titik minyak bijan
* 1 biji telur
* Minyak masak secukupnya untuk goreng terendam


Cara membuatnya
1- Buang kulit udang dan bersihkan.Potong isi udang halus-halus.
2- Dalam mangkuk campurkan isi ayam,isi udang, dan semua bahan sayuran yang telah dipotong halus.
3- Pecahkan sebiji telur didalamnya dan masukkan bahan perasa serta minyak bijan.Gaul rata.
4- Gunting sedikit bahagian tengah taufo atau buat je lubang mengunakan jari dan terbalikkan taufo tadi.(bahagian licin berada didalam dan bahagian yang kasar sekarang berada diluar).
5- Masukkan inti kedalam tauhu dan goreng hingga garing.Siap untuk dihidang


                                                                    happy cooking  

Comments

  1. Akak Ros nie ler pebret D5 tau, luar nyer rangup dalam nyer lembut gitu, D5 mmg suker makan masakkan cina hehheh thanks akak sudi kongsi resepi..

    ReplyDelete
  2. DZ kak ros pun suka taufo pok ni.Kalau buat 1 pinggan penuh, sekejap je licin.

    ReplyDelete
  3. pasti sedap. bundo pun suka ni..

    ReplyDelete
  4. terliur sudaaahh

    done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts