Donut Coklat
Donut coklat dimasak untuk little laling dan rakan-rakan dikelas dramanya. Walau pun raya dah habis tapi dah janji nak masakkan makanan raya untuk semua yang ada kat drama kelas tu.
Alhamdulillah,berselera semuanya.
Kesian pulak kat budak2 tak cukup pulak donut tu. nak kena buat lagi la ni. Adunan donut ni kalau ikut resepinya memang lembik, tambahkan lagi 2 atau 21/2 cawan tepung gandum semasa mengulinya menjadi doh lembut.Tapi hasil donut ni tak pernah mengecewakan ,grenti lembut sampai ke malam.
Bahan-bahannya
- 3 cawan tepung gandum (guna lagi 2 ke 21/2 cawan gandum semasa menguli)
- 1 cawan air suam kuku
- 2 sudu besar mentega
- 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis) (P.Ros guna 4 sudu besar)
- 3 sudu besar susu pekat manis
- 1 paket yis (jenama mauripan)
- 1 biji telur
Cara-cara
- Cairkan mentega dan ketepikan.
- Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
- Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
- Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
- Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
- Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.
- Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice..
Salam, donut ni kegemaran anak saya tapi lama gak tak buat..
ReplyDeletehttp://my-mintroom.blogspot.com/
aslmkum kros.. apa kbr.. cam lama tak dtg sni.. suka klau dpt mkn donat camni..mewah coklat.. patutlah semuanya bselera tu..
ReplyDeleteLamanya Rahel tak mendonat...mood menguli belum mari...tentu sedap donat coklat ni...terliur.
ReplyDeletewow donut coklat pasti sedap ni Ros teringin nk buat jgk ni ikut ikutan orang haha tapi anak2 mmg suka ni apa lagi ada coklat pasti larisss
ReplyDeletewow sedapnye tgk donut coklat memalam cmni..terliur habisss...mnarik deco donut tu..
ReplyDelete