Mereka yang sudi.......

Monday, January 25, 2016

Kimchi Pancakes

Salam tahun baru, post pertama untuk 2016. Something simple, something mudah..
Bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1/2 cawan atau lebih kimchi yang dihiris halus
3 pokok daun bawang potong halus
Segengam atau lebih ikan bilis jepun(yang halus)
Secubit garam

Caranya:
Dalam mangkuk  masukkan semua bahan dan masukkan air, masukkan sedikit jus kimchi.
Gaul semua, pecahkan telur dan kacau hingga bahan rata dan mesra.
Panaskan sedikit miyak dan masukkan 2 senduk adunan  dan ratakan menjadi bulat.Boleh dapat dlm 4 biji panncakes saiz besar.
Masak hingga kedua belah pancakes garing sedikit.
Boleh dihidang dgn kicap jepun atau sambal ikjan bilis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info