Mereka yang sudi.......

Thursday, September 18, 2014

Biscuit Fondant

Salam untuk semua....
Kesibukkan berganda membuat persediaan hari pertunangan anak sulung pada 27 Sept ni...niat hati tak nak buat banyak benda dan bagi je caterer dan orng 2 berkenaan yang uruskan. Tapi hati kecil tak puas hati dan asyik berkata biasanya untuk anak buah bersusah payah membuat persedian tapi anak sendiri???
Terpaksa mengalah dgn kata hati dan banyak benda yang nak dibuat sendiri..hari ni test fondant biscuit untuk door gift. Sebab banyak lagi benda nak buat . Untuk door gift ni Pn. Ros ambil jalan mudah dengan membeli ready made tepung biskut, cuma tambah butter dan .pn.Ros masukkan sedikit serbuk badam..wallla...Sedap.
Fondant tu lagi la beli yang dah siap, gelek dan terapkan mengunakan acuan pilihan. Cuma fondant dibuat seminggu awal agar ianya sempat kering dan mengeras.

Saturday, September 13, 2014

Fondant

Salam untuk semua..entry ni sekadar mengenangkan blog yg dah berminggu-minggu tak di update.
Project door gift untuk anak yang akan bertunang 27 sept ni.
Cadang nak buat biskut berhias fondant. So hari ni cuba dulu designnya sebelum buat biskut. Takde resepinya cuma beli je fondant yang dah siap dan design  la sesuka hati.

.

Wednesday, September 3, 2014

Nutella Pods

Salam untuk semua.
Resepi nutella pods dari group rakan2 fb dan blogger. Thank you pada tuan asal resepi..sungguh sedap dan 1 adunan boleh dapat dalam 60 biji. Puas hati bila makan, lebih2 lagi bila disimpan didalam peti, ranggup dan nyumm..nyumm...

Bahan-bahannya
* 380 grm tepung gandum
* 250 grm butter
* 220grm gula halus
*1 biji telur gred A
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 1/2 sudu kecil baking powder
* 50 grm serbuk badam
* 1sudu esen vanila
Cara-caranya
1- Campukan bahan kering kecuali gula dan ayak
2- Pukul gula dan butter hingga berkrim dan masukkan telur pukul lagi dan masukkan esen vanila.
3- Masukan bahan kering dan kacau sebati hingga menjadi doh yang sangat lembut tapi tidak melekat ditangan. Rehatkan dalam 15 minit.
4-Gentelkan bulat- bulat doh tadi dan masukkan dalam bekas muffin saiz kecil. Tekan biar sama rata dengan lubang muffin.
5- Bakar dlm oven dgn suhu 170 darjah dalam 8 ke 10 minit dan keluarkan dari oven.Biarkan dlm seminit dua, :Ambil pengelek icing dan tekan ditengah-tengah permukaan pods yang dibakar tadi . buat secara perlahan agar mendapat lubang yang cantik dan tidak pecah
Masukkan semula kedalam oven lebih kurang 5 minit lagi untuk membuatnys lebih garing sedikit.Setelah itu keluarkan dari oven dan sejukkab. Bila dah betul2 sejuk baru diletak dlm 1/2 ke 1 sudu kecil nutella.
Simpan didalam peti dan keluarkan sebelum dimakan...waalah sedap



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info