Mereka yang sudi.......

Tuesday, July 15, 2014

Nasi lemak tumis


Salam untuk semua.
Cerita semalam...puasa hari ke 12 . Kadang-kadang mati akal paa yang nak dimasak untuk berbuka.
penyudahnya nasi lemak tumis ni jadi pilihan kerana ianya memang kegemaran semua ahli keluarga.

Bahan-bahannya
* 4 cawan penuh beras- pn. Ros guna cawan periuk nasi letrik.(basuh dan toskan airnya)
* 1 kotak kecil santan 200ml
* 10 helai daun pandan mesin bersama 1 cawan air dan tapis
* 1/2 sudu kecil halba
* 3 ulas bawang merah hiris nipis
* halia muda sebesar ibu jari dihiris nipis
* 1 batang kulit kayu manis
* secubit garam
* air tambahan secukupnya- bergantungp ada jenis beras yang digunakan
* setitik pewarna hijau jika suka
* 2 sudu besar minyak masak + 2 sudu besar butter

1- Panaskan minyak masak dan butter didalam periuk nasi letrik, tumis kulit kayumanis, bawang , halia dan halba.
2- Bila semua bahan dah naik bau, masukkan beras yang telah ditoskan dan kacau rata,masukkan santan dan air daun pandan. Tambah kan air mengikut sukatan beras yang digunakan.
3- Tutup periuk dan masak nasi macam biasa.
4- Apabila nasi sudah mendidih buka periuk dan kacau rata, tutup periuk dan biarkan nasi masak.
Siap untuk dihidang.
p/s Pn ros titiskan setitik pewarna hijau kedalam air daun pandan sebab lebih suka melihat nasi bewarna hijau terang. Kalau tak suka tak payah diletak pewarna dan nasi jadi warna hijau kusam.




Tuesday, July 8, 2014

Churros


Salam untuk semua.....blog sinaranmenu yang tenggelam timbul ya.Tak pe la takde sesiapa yang memaksa utuk kita berblog , ianya sekadar hobi so bila rasa rajin menulis adalah resepinya, jika tak maka sunyi la ia.
Apa pun churros ni dibuat untuk tunaikan permintaan anak dara yang berdua. Rindu kan churros yang banyak dimakan masa di Gold Coast 2 bulan lepas.
Resepi yang digeledah dari web All Recipe.Mudah je bahan-bahannya.Cuma takde tip star yang besar so jadi la ia bulat panjang je bila dipipekan kedalan minyak panas.Pn. Ros gandakan resepi dibawah, dapat la makan hingga sahur.


Bahan-bahannya
- 1 Cawan air
- 1 cawan tepung gandum
- 2 1/2 sudu besar gula
- 2 sudu besar minyak masak
- 1/2 sudu kecil garam
Cara-caranya
1- Masukkan air gula ,garam dan minyak masak kedalam periuk dan masak hingga mendidih.
2- Bila air mendidih tutup api dan alihkan periuk dari dapur.
3- Masukkan tepung gandum dan kacau hingga tidak melekat ditepi periuk.Biarkan adunan sejuk sedikit.
4- Panaskan dalam 2 cawan minyak masak.. Masukkan adunan kedalam piping bag dan gunting hujungnya guna star tip untuk mendaat lurah jika mahu.
5- Pipekan adunan kedalam minyak panas dan goreng hingga garing..Angkat dan toskan minyaknya.
6- Masukkan dalam 1/2 cawan gula halus kedalam pinggan dan campurkan dengan sedikit serbuk kayu manis.Golek churos yang telah dimasak kedalam campuran gula.Siap untuk dihidangkan.
Churros sedap dimakan bersama hot chocolate sos.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info