Mereka yang sudi.......

Sunday, January 26, 2014

Karipap Roti Inti Cheese

Salam Ahad untuk semua.
Resepi karipap roti inti cheese yang memang ummp bila dimakan masa panas-panas.
Resepi asal dari fb bukuresipi, P.Ros olahkan menjadi bentuk karipap dan disalut serbuk roti. Memang sedap. Pencita cheese harus lah mencuba resepi yang sangat senang untuk disediakan ini.

Bahan-bahanya
* 6 keping roti gardenia dipotong bulat mengunakan mangkuk atau cawan.
* Parutan cheedar cheese secukupnya
* Serbuk roti warna oren secukupnya
* putih telur saiz besar
* sedikit chili flakes (optional)
Cara-caranya
1- Potong roti bentuk bulat, parut kan cheddar cheese dan masukan parutan cheese kedalam roti secukupnya. Taburkan sedikit chili flakes, dan bentukkan roti menjadi seperti karipap.Tekan tepinya dengan kemas agar cheese tak terkeluar semasa mengoreng.
2- Celup roti dalam putih telur dan salutkan dengan serbuk roti.
3- Panaskan minyak secukupnya dan goreng roti hingga garing dengan api sederhana, toskan minyak dan siap untuk dihidang.

Lava coklat cupcakes

Assalam. Pagi sabtu yang dikejutkan oleh little laling(Hana). Katanya' mama let's go down and bake some coklat cupcakes for breakfast'. I will get the recipe from youtube and you go and get ready ok. Yes mdm kecik!
Walau pun pada mulanya terasa annoyed sebab teringin nak bangun lambat dan tiada cadangan untuk menyediakan sarapan pagi ni,tapi lepas tu rasa puas dan happy dapat melayan kerenahnya dan main masak-masak dgnnya dipagi minggu. Siap buat video bidan terjun lagi.
Thank you anak(Hana Helena Harith Thean) buah hati pengarang jantung kami semua.

Bahan- bahannya
* 1 1/3 cawan tepung gandum
* 1 cawan gula
* 1 cawan susu segar
* 1/2 cawan minyak masak
* 1/2 cawan serbuk koko
* 2 biji telur gred A
*  2 sudu kecil baking powder
* secubit garam

Cara-caranya
1- Campurkan tepung gandum bersama garam dan baking powder dan masukkan kedalam bekas adunan.
2- Masukan pula gula dan serbuk koko dan kacau biar bahan sebati.
3- Tuang minyak dan telur kedalam bahan kering tadi dan kacau sebati.
4- Masukkan separuh susu kedalam adunan dan kacau bahan hingga sebati dan perlahan-lahan tuangkan semua baki susu.
kacau hingga bahan tidak lagi bergentel.
5- Masukkan lebih kurang 2/3 penuh batter kedalam muffin cup.
6- panaskan oven dgn suhu 180o dan bakar cupcakes selama lebih kurang 15 ke 18 belas minit.
* Jika inginkan bahagian dlm kek mengalir keluar bila dipotong bakar ke selama lebik kurang 12 minit dan sekiranya inginkan kek yang masak sepenuhnya , bakar kek selama lebih kurang 18 minit.

Saturday, January 25, 2014

Spaghetti Goreng Basah

Assalam semua. Resepi yang amat mudah dan menjadi kegemaran setiap ahli keluarga. Rasanya tak payah nak susah hati bila terasa nak makan mi goreng, tapi tak ada stock mee basah, guna je sphagetti.Jom tengok bahannya ya?

Bahan-bahannya
* 1/2 paket sphagetti
* 200 grm minced chicken
* potongan kubis secukupnya
* 1 biji parutan carrot saiz kecil
* 2 pokok daun bawang
* 1 keping chicken stock

Cara-caranya
1- Panaskan air dalam periuk bersama sedikit garam hingga mendidih dan rebus sphagetti hingga lembut.
2- panaskan sedikit minyak masak dan tumiskan 3 ulas bawang putih yang dipotong halus.
3- Masukkan pula daging ayam dan goreng hingga masak.
4- Masukkan potongan sayur-sayuran bersama kepingan chicken stock dan secubit garam.
5- Siram dalam 4 senduk air rebusan sphagetti tadi kedamlam sayur yang sedang digoreng. Gaul semua bahan dan masukkan sphagetti yang telah ditoskan airnya.
6. Gaul dan masak sphagetti dalam 2 hingga 3 minit lagi dan tambah sedikit garam jika perlu. Tutup api.
7- Taburkan chili flakes diatas sphagetti semasa menghidangnya.

Tuesday, January 21, 2014

Kerepek ngaku

Arrowhead atau buan sengkuang cina bersaiz kecil/ngaku yang biasanya popular bila menjelang tahun baru cina.
Senang dibuat dan sedap dimakan.
Kali ni Pn.Ros gaulkan tepung beras dan  taburkan chili flakes untuk mendapat rasa kerepek yang ranggup dan pedas.

Bahan-bahannya
* 10 ke 15 biji buah ngaku
*  1 1/2 ke 2 sudu besar tepung beras
* secubit garam
* 11/2 sdu kecil cili flakes
Cara-caranya
1- kupas kulit dan basuh bersih buah ngaku
2- potong nipis bulat atau gunakan pemarut3- Masukkan kepingan ngaku tadi kedalam  sebiji tupperware atau pun zip lock plastic bag.
3- Masukkan pula tepung beras dan garam. Goncang tupperware atau bag plastik hingga semua kepingan ngaku sebati.
4- Panaskan minyak masak secukup nya dan goreng ngaku hingga garing. Sejatkan minyak mengunakan kitcgen roll. Masukan kerepek kedalam bekas dan taburkan cili flakes.
Tips mengoreng,
Sekiranya semasa mengoreng ngaku ada letupan2 kecil berlaku,gunakan penutup periuk dan tutup kuali, biarkan kerepek garing. Tutup api nya dan angkat ngakuú. Siap untuk dimakan.
Pengunaan tepung beras membatkan kerepek lebih rangup dan tak mudah patah.
Letakan sekeping sekeping kedalam kuali semasa mengoreng.

Sunday, January 19, 2014

Lempeng lembut

Another blog post using my levono smartphone. Harus lah resepi yang simple agar tidak terhegeh-hegeh menaipnya.
Masih lagi mengunakan sarang waffle untuk memudahkan dan memaximumkan kegunaanya sebelum masuk almari semula.
Lempeng ni boleh dicicah apa saja, namun dgn sambal ikan bilis ni, ummpnya hingga tak terkata.
Bahan-bahannya
* 2 cawan tepung naik sendiri
* 3 biji telur saiz A
* 1 cawan susu segar
*1 cawan air
* 1/3 cawan minyak masak
* secubit garam dan serbuk kunyit

Masukkan semua bahan kedalam blender dan blend hingga semua bahan sebati dan tidak berketul.
Bolehlah mengunakan non stick pan atau waffle maker untuk memasaknya.

Friday, January 17, 2014

Sandwich Chicken Meatloaf

Assalam untuk semua.
Ini kali pertama nak cuba buat posting mengunakan smartphone lenovo.
Terhegeh-hegeh rasanya.Gambarnya pun dimasukkan secara berderet je sebab tak tahu cara nak menyusunnya.
Tak pa la ya, bukan nak masuk apa2 pertandingan pun. Resepinya pun yang mudah je untuk memudahkan kerja menaip.
Bahan-bahanya
* 12 keping roti
* 6 keping chicken meatloaf
* 6 keping Cheddar cheese
* Daun salad secukupnya
* Sedikit butter
Cara menyediakan
1. Sapukan sedikit butter pada sekeping roti dan letakkan sekeping meat loaf yang telah di goreng tampa minyak untuk mengeringkan airnya.
2. Letakkan sekeping cheese diatasnya diikuti dengan daun salad.
3. Letakkan sekeping roti lagi diatasnya dan bakar guna pemanggang ( P. Ros guna sarang membuat waffle).
Siap untuk dihidang.

Monday, January 13, 2014

Donut Cheese


Salam tahun baru 2014 untuk semua.
Lamanya tak berblog, rindu sungguh, tapi kesibukan kerja tak mengizinkan untuk duduk depan lapy lama-lama.
Hari-hari masak tapi malas sungguh nak ambil gambar, maka tak adalah bahan yang boleh ditulis.
Donut ni dibuat hari Sabtu lepas kala keinginan nak makan something yang berchezzzy  datang melanda.
Maka digodek je resepi yang dah pernah dibuat dan chedar cheese yang ada seketul tu diparut je untuk ditabur diatasnya.
Chocolate Melting Pot yang baru dibeli ni betul-betul menyenangkan kerja.

Bahan-bahan untuk donut
* 2 cawan tepung roti
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar susu tepung 1 sudu besar gula
* 2 sudu besar butter
* 1 sudu besar shortening
* 1.2 sudu kecil garam
* 1 biji telur
* 6 grm yis
* 100ml air suam
* 80grm coklat putih

Cara-caranya
1- Campurkan semua bahan dalam 1 mangkuk dan gaul sebati.
2- Masukkan air secara sedikit demi sedikit dan uli adunan menjadi doh lembut.
3- Tutup mangkuk adunan dengan tuala kering dan biarkan seketika hingga adunan naik sekali ganda.
4- Bila adunan sudah naik, tumbuk adunan sedikit dan buat adunan bulat kecil lebih kurang 50grm setiap 1.
5- Biarkan seketika. Ambil sebiji adunan dan buat lubang ditengah.
6- Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng donut hingga garing.Angkat dan toskan minyaknya.
7- Cairkan coklat masakan dan celup permukaan donut kedalam coklat putih tadi.
8- Taburkan pula cheddar cheese yang telah diparut. Siap untuk dihidang.

                                                                      happy cooking 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info