Mereka yang sudi.......

Wednesday, December 4, 2013

Pulut Tai-Tai

Assalam semua.Resepi pulut tai-tai yang agak lama tertangguh.Sebenarnya ini adalah kali kedua membuatnya.kali pertama warnanya tak mengancam sangat sebab bunga telang tu direndam sekejap je.
Untuk kali ni Puan Ros rendam 1 malam dan esoknya baru digunakan.Terima kasih MiMie sayang yang jauh diPenang sebab bersusah payah hantar bunga telang ni melalui pos.Puas hati dapat makan pulut ni dengan kaya (PN Ros beli je kaya tu) dan dihidang bersama  teh panas kurang manis.
Bahan-bahannya
* 800 grm beras pulut
* 600 ml santan
* 1/2 sudu kecil garam
* 1 sudu besar gula
* Beberapa helai daun pandan
* 40 kuntum bunga telang kering
* 1 cawan air panas  \

Cara Memasak
1- Rendam bunga telang dengan ai panas dan biarkan sejuk. Setelah sejuk boleh lah disimpan didalam peti sejuk semalaman(boleh dibuat sehari lebeh awal.
2- Beras pulut dibasuh bersih dan bahagikan kepad 2 bahagian. Rendam 1 bahagian dengan air biasa dan 1 bahagian lagi dengan air bunga telang. Biarkan semalaman (air rendaman mesti la melepasi paras pulut.) 
3- Buang air rendaman dan masukkan beras pulut kedalam bekas kukusan  seperti dalam gambar Lapik kukusan dengan 2 3 helai daun pandan dan letakan 1 atau 2 helai diatas beras pulut.

4- Kukus pulut hingga separuh masak dan angkat, tuang pulut separuh masak kedalam mangkuk bersih yang agak besar( biarkan kedua dua colour bercampur)
5- Siram santan yang telah dicampur garam dan gula kedalam pulut dan gaul rata mengunakan senduk kayu (masukkan santan sedikit-sedikit) Kacau rata hingga pulut menyerap semua santan dan menjadi sedikit berminyak.
6- Masukkan semula pulut kedalam periuk kukusan dan kukus pulut untuk kali kedua hingga masak.
7-Angkat pulut dan kacau lagi biar agak berkilat.Masukkan kedalam bekas 4 segi dan dgn mengunakan sarung tangan plastik tekan pulut hingga padat dan rata. Pastikan pulut betul betul ditekan rata dan atasnya kelihatan licin (lakukan semasa pulut masih panas untuk memudahkan ia menjadi padat).
8- Biarkan pulut selama 30 minit sebelum dipotong.
9- Siap untuk dihidang bersama kaya.


 happy cooking 

Tuesday, December 3, 2013

Muffin Lemak Isi ketam


Assalam semua,
Biasanya kita makan muffin yang manis-manis kan? Jarang orang buat muffin yang savory atau lemak2 masin.
Kali ni Pn Ros mencuba resepi dari BBC network dengan mengolah sedikit bahannya mengikut apa yang ada didapur.
Dan hasilnya , dapat la makan muffin yang lemak dan sedap untuk breakfast pagi tadi.
Bahan-bahannya
* 2 cawan tepung naik sendiri(self raising flour)
* 1 sudu teh baking powder
* 1 sudu teh garam(boleh dikurangkan)
* 1/2 potong Zucchini yang diparut(warna hijau)
* 1 batang carrot size kecil yang dikupas dan diparut
* 2  biji telur 
* 3/4 cawan susu segar
* 125 grm butter yang telah dicairkan
* 1 cawan parutan chedar cheese atau secukupnya
* 1 sudu besar sour cream
* 10 ke 11 batang crab stick
 Cara menmasak
1- Parutan zucchini dan carrot diperah keluar airnya.ketepikan
2- Dalam mangkuk campurkan semua bahan kering dan masukkan parutan carrot dan zucchini.
3-Potong kecil crab stick, separuh dicampur bersama bahan kering tadi dan simpan separuh untuk diletakkan diatas muffin sebelum dibakar.
4- Masukkan juga 3 sudu besar cheese kedalam bahan kering tadi dan gaul rata.
5- Dalam mangkuk lain masukkan bahan basah dan pecahkan telur didalamnya, kacau bahan hingga sebati.
6- Masukkan bahan kering kedalam mangkuk bahan basah dan dgn mengunakan senduk kayu kacau semua bahan hingga betul-betul sebati.
7- Masukkan muffin cup kedalam bekas muffin dan sendukkan adunan muffin kedalamnya agak2 3/4 penuh.
8- Taburkan potongan crab stick dan cheddar cheese diatasnya.
9- Panaskan oven dgn kepanasan 200C dan bakar muffin lebih kurang 20-25 minit atau bila dicucuk lidi kedalammnya , batang lidi keluar bersih dah bahagian atas muffin juga kelihatan kuning keemasan.

Hidang la sewaktu masih panas,memang sedap untuk buat sarapan pagi mengantikan beberapa jenis cokodok yang biasa kita masak untuk sarapan.
 happy cooking 


Sunday, December 1, 2013

Moist Eggless Chocolate cake



Assalam untuk semua.
Kek yang dibuat secara express dan tampa mengunakan telur, pernah dibuat sebelum ini. 
Tapi kali ni Pn. Ros tambahkan 2 bahan baru iaitu sour cream dan serbuk badam.Memang moist dan sedap.
Bahan yang digunakan simple dan cara membuatnya juga mudah.Memang kena dgn jiwa malas berblog sekarang ni.Malah gambarnya pun main suka-suka snap je.

Bahan-bahannya
  * 1 cawan tepung gandum
  * 1 tsp baking powder
  * 1/2 tsp bicarbonate of soda
  * 1/2 serbuk koko
  * 2 tbs tepung susu
  * 1 1/4 cawan air sejuk dari peti
  * 1 cawan gula perang
  * 1 tsp vanilla essence
  * 2 tbs kopi emulco
  * secubit garam
  * 1/2 cawan minyak masak
  * 2 tbs sour cream
  * 1/2 cawan serbuk badam


Cara-cara 
1- Campurkan semua bahan kering dan ayak
2- Campukan semua bahan basah dan gula dan pukul sekejap mengunakan electrical whisk.
3- Masukkan bahan kering dan kacau rata.
4- Sapukan sedikit minyak pada keseluruhan bekas kek dan tuang adunan kedalamnya.
5- Panaskan oven dgn suhu 170C dan bakar selama lebih kurang selama 40 minit atau bila dicucuk dgn lidi , ianya keluar bersih.

Untuk topping 
 Pn Ros letakkan chocolate ganache (panaskan sedikit cooking cream bersama cooking chocolate/chocolate compound secara double boiler.Sejukkan sebentar dan tuang diatas kek).
 happy cooking 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info