Mereka yang sudi.......

Monday, September 23, 2013

Painted Sandwich Bun



 Salam untuk semua
Painted sandwich bun ini adalah merupakan project tertangguh dari tahun lepas. Hati ini jatuh cinta dengannya pada kali pertama melihat resepi ini disini hhttp://cherryonacake.blogspot.com/2010/05/painted-best-ever-sandwich-buns.htmlere (sila lawat blog cherryoncake untuk melihat resepi asal). Tapi entah kenapa setiap kali hendak membuatnya asyik tak cukup bahan.Hari sebelum hujung minggu menjelang hati dah berkira-kira yang Pn Ros akan pastikan yang project ni akan dilaksanakan.
Alhamdulillah. terlaksana juga impian untuk membuatnya sebagai sarapan pagi pada hari Ahad lepas.
Pukul 5 pagi Pn Ros bangun untuk siapkan bun ni.dan lepas siap bun ini digunakan unruk dibuat chicken meat loaf sandwich.Rasanya semua orang boleh buat sandwich sendiri mengunakan apa2 filling yang disukai.So kat sini Pn Ros cuma tunjukkan cara membuat bun dan bukannya cara membuat sandwich ya. Sila la layar jika berkenan.




Bahan-bahan roti 
* 1 cawan susu
* 1/2 cawan air
* 1 sudu honey
* 1/4 cawan butter
* 1 biji telur
* 4/12 cawan tepung roti
*2 1/4 sudu yeast
* 1 1/2 sudu teh garam

 Bahan untuk melukis
* 1-2 sudu kecil sebuk koko
* sedikit air panas
* 1/2 biji kuning telur
Campurkan serbuk koko dgn air panas secara sedikit-sedikit sehingga menjadi paste koko. Kemudian masukkan telur kuning sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yang mudah digunakan untuk melukis.


Cara-caranya membuat roti
1- Masukkan susu,air,honey dan butter kedalam periuk dan panaskan dengan api kecil hingga butter hancur. Biarkan sebentar hingga campuran susu agak suam-suam kuku.Masukkan telur yang telah dipukul sedikit dan kacau sebati. 
2-Campurkan 2 cawan tepung gandum bersama yis dan garam dan masukkan bancuhan susu tadi.Kacau adunan mengunakan senduk kayu. Masukan lagi tepung gandum yang selebihnya secara sedikit-sedikit( 1/2 cawan sekali masuk. Kacau hingga sebati).
3- Bila semua bahan sebati keluarkan dari mangkuk adunan dan uli diatas papan canai selama 5 ke 10 minit hingga adunan menjadi doh yang lembut dan licin(tabur sedikit gandum diatas papan canai dan juga ditapak tangan semasa menguli)
4- Bahagikan adunan kepada 12- 16 ketul (PN.Ros dapat 12 biji dgn berat 75 grm setiap 1). Bentukkan menjadi bebola kecil yang bulat dan licin tekan sedikit dengan tapak tangan untuk menjadikannya sedikit leper. Letakkan dalam tray yang telah dialas dengan parchment paper.
5- Tutup dengan tuala kering dan biarkan naik sekali ganda.


6- Jika and tidak mahu melukis bun ini , boleh la disapu dengan sedikit telur dan ditaburkan bijan diatasnya jika suka dan bakar dalam  oven yang telah dipanaskan dgn suhu 200C selama 10-12 minit.
7- Jika and ingin melukis corak diatas permukaan bun ini, Bakar roti separuh masak (permukaannya sudah kelihatan sedikit keperangan), keluarkan dari oven dan lukis corak yang disukai diatasnya. Bakar semula lebih kurang 10 minit atau hingga permukaan roti kelihatan perang dan bun boleh dikeluarkan dari  dulang dengan senang.
8-Sejukkan bun anda dan bolehlah di buat sandwich dengan meletak bahan filling yang and sukai masing-masing.

* satu yang pastiPn.Ros tak pandai melukis, tangan keras ini saja yang terbaik yang dapat dilakukan.

 happy cooking 

Saturday, September 21, 2013

Muffin kentang dan udang geragau


Salam untuk semua.. Muffin yang dibuat untuk breakfasr  hari minggu yang lepas.
Biasanya muffin rasanya maniskan? Kali ni Pn.Ros buat savory muffin pula. Muffin yang dicampurkan dengan udang geragau boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah dgn cili sos. Juga mengeyangkan.

Bahan-bahannya
* 8 biji kentang (campuran saiz sederhana dan kecil).
* 1 batang carrot bersaiz besar
* 100 grm cream cheese
*400ml cooking cream
* 1/2 cawan susu segar
* 6 biji telur bersaiz besar
* 2 genggam besar udang geragau
* 2 pokok daun bawang
* garam + lada putih ajishio secukupnya
* garam secukup rasa
* 1/2 cawan parutan cheese mozarella



caranya
1- Parut kentang dan carrot dan perah keluar airnya, ketepikan.
2- Putar cream cheese dan sebiji telur hingga lembut dan kembang.
3- Dalam mangkuk, masukkan cooking cream, susu dan telur dan kacau hingga bahan sebati.
4- Campur bahan 2 dan bahan 3 kacau sebati. Masukkan pula parutan kentang dan carrot serta udamng garagau, kacau sebati.
5- Masukkan bahan perasa dan kacau sebati.
6- Sapu butter pada sarang muffin dan masukan adunan muffin kentang. Bakar dala oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170 selama lebih kurang 25 minit atau bahagian luar kelihatan garing dan batang pencungkil gigi keluar bersih bila dicucuk kedalam muffin.
Nota: Adunan akan menjadi berair bila dicampur, jangan bimbang kerana  muffin akan meneras  bila siap dimasak.


                                                                 happy cooking 

Thursday, September 19, 2013

Happy Mid-Autumn Festival

Salam untuk semua.
This is my last batch of my homemade mooncake  for this year.
Hari ni buat celebration dekat tadika. Saja nak bagi semua murid merasa makan kuih bulan, most of my students are Malay so many of them don't know about the festival dan tak ramai yang pernah makan kuih bulan.
So I decided to made the  homemade mooncake for them to try and walaa!!! to my surprised many of them love the mooncake.I have decided to made the snow skin type instead of the traditional one because the process of making it more easy and simple.
Among the flavour that I managed to make this year are, lotus pandan, red bean strawberry and durian. Of course the durian flavor is what my family and friends liked the most.
Cita-cita nak buat agar-agar mooncake dan coklat mooncake tak kesampaian dek kesuntukan masa. Apa-apa pun suka tengok mereka semua gembira untuk mencuba mooncake ni.


Disamping mooncake project oleh gurubesarnya , murid-murid dan guru-gurunya pula sibuk dgn tanglong project. Comelkan hand made tanglong ayam (6 tahu) dan ikan (5 Tahun) serta tanglung bentuk bintang yang dibuat oleh murid-murid 4 tahun.






Snow skin mooncake yang warna pink dan biru tu berinti Strawberry yang warna putih berinti red bean dan
yang hijau tu berinti lotus paste.
Untuk kulit bewarna hijau tu Pn.Ros gunakan air daun pandan, yang warna biru pulak adalah air dari bunga talang yang di pos kan oleh Mimie yang jauh diPenang.
 Yang putih tampa apa-apa pewarna dan yang pink dicampurkan sedikit pewarna.



Yang ni pula project durian mooncake terakhir untuk my staff and brother and sisters juga untuk kenalan blogger yang istimewa NekCik.
Yang kat bawah ni Shanghai Mooncake inti durian dan pandan lotus.



Tuesday, September 17, 2013

Nekcik namanya


Salam teman-teman semua. Ini N3 ringkas dan istemewa.
Pertemuan pertama kalinya dengan kawan yang dikenali dialam maya.Gara-gara mooncake kami dipertemukan.
Kak Jariah atau nama famousnya diblog Nekcik  dari teratak 66. Kalau kat dalam blog dia bahasakan dirinya nekcik bila jumpa diluar pangilan itu juga yang digunakan dan rasa mesra sungguh.
Perjumpaan kami di Roti Boy Subang Parade walau pun tak lama, tapi cukup mengembirakan.
Kami banyak bersembang pasal melancung ke luar negara sebab nekcik ni memang kaki melancung, boleh ternganga mulut mendengar pengalamannya melancung keluar negara.
Anak sulung yang ikut bersama hari tu pun rasa terjuja setelah pulang dari pertemuan itu. Katanya pada adiknya tip-tip yang diberikan amat berguna.
Nekcik juga ada masak laksa Johor untuk P.Ros mencubanya. Memang sedap.Ada pula buah tangan sebuah note book dan bekas garam dan lada putih yang berbentuk bunga rose. Memang kena sangat la dengan nama kita ni. Terima kasih daun keladi, lain kali kali melancung beli la apa2 lagi ya. 
Sebelum berpisah kami janji untuk jumpa lagi, Insyaalah. Pagi Ahad yang amat menyeronokkan.


Sunday, September 15, 2013

Chocolate Roses

Salam untuk semua.
Selingan pendek untuk hari ini.
Hari ni pagi-pagi practice buat chocolate roses ni . Ini adalah salah satu dari cadangan barang-barang hantaran yang akan dibawa untuk hari pertunangan untuk anak lelaki P.Rose yang akan berlangsung pada hari raya haji ni. Buat dulu beberapa kuntum baru boleh tahu berapa yang diperlukan untuk dibuat lepas ni.

Resepi mudah yang hanya mengunakan  chocolate compound perasa strawberry dan dark chocolate.
Dimasak secara double boiler dan dimasukkan kedalam mold dan di letak dalam peti ais untuk beberapa  minit. 

Esok project nak pergi ke Nilai 3 untuk melihat dan membeli apa-apa yang patut. Harap-harap mata tak berpinar dan tak hilang fokus.



Wednesday, September 11, 2013

Chocolate

Salam untuk semua, selingan sebelum  tidur dan sebelum N3 mooncake  yang seterusnya. Hand-made chocolate yang dibuat untuk dibawa   raya open house rumah kawan.
Chocolate masakan yang dimasak secara double boiler dan di masukan kedalam acuan, simpan sskejap dlm peti sejuk, tara!!!! Dah siap dan boleh masuk kotak.

Shanghai Mooncake


Salam untuk semua. 
Cerita mooncake belum habis. Hanya akan berakhir selepas 19 September nanti kerana itu adalah hari perayaan mooncake dan tanglung yang sebenar. Selepas hari itu tak akan ada lagi orang menjual mooncake sehingga la musim perayaannya tahun depan.
Shanghai mooncake salah satu  jenis mooncake yang my laling suka.
Membuatnya juga senang. Ianya hanya seperti membuat tart atau biskut . Dihidang bersama kopi panas untuk minum petang memang sedap.
Resepi yang dibuat hari ni dapat dikongsi bersama staff di tadika. Dapat la mereka bawa pulang sebiji shanghai mooncake dan sebiji durian mooncake  setiap seorang.
Sila la cuba jika sudi ya kawan-kawan.

bahan kulit
125g butter
75g icing sugar
1 biji telur dipukul sedikit (guna separuh dan1/2 lagi guna untuk  egg wash)
190g tepung Red Rose f
30g custard powder



Bahan Inti
 350-400g lotus paste
Topping
Black and White sesame seeds
Melon seeds



Cara-caranya
1. Timbang lotus paste seberat 40g sebiji, gentel bulat dan ketepikan.
2  Ayak  tepung red rose dan tepung castard..
3. Pukul butter dan gula icing hingga creamy( P.Ros cuma kacau guna spatula.
4.  Masukkan telur dan kacau bahan hingga sebati.Masukkan pula tepung red rose dan tepung kastard kacau lagi hingga sebati dan dengan mengunakan tangan gaul semua bahan dan uli perlahan hingga menjadi sebiji bebola doh yang lembut.
5. Bungkus doh dengan plastic cling dan simpan didalam peti ais selama 30 minit.
6.  Timbang doh anggaran  50g setiap sebiji dan jadikan seperti bentuk bola.
7.  Ambil sebiji doh tadi dan leperkan ditapak tangan, letak sebiji inti diatasnya  dan bungkus dengan kenmas.Bentukkan setiap satu dgn bentuk melonjong atau pun bulat.
8. Sapukan eggwash diatasnya dan tabur kan dgn sesame seed atau melon seeds.
9.  Bakar mooncake dalam oven yang telah dipanaskan dgn suhu 160C selama lebih kurang 20 ke 25 minit.Angkat dan sejukkan sebelum dimakan.



                                                      happy cooking 

Sunday, September 8, 2013

Durian Mooncake




AsSalam untuk semua. P.Ros  masih lagi dalam mood membuat mooncake. Sebenarnya berbagai jenis dan perasa mooncake yang boleh dibuat. Ketiga-tiga entry masih lagi mengunakan resepi snow skin.Ada 3 jenis lagi didalam list yang masih belum sempat nak membuatnya.

Project seterusnya nak buat Shanghai mooncake dan jelly mooncake. Traditional mooncake berada ditangka akhir dalam list sebab kami tak berapa menggemarinya.
Untuk hari ni ,Pn. Ros buat mooncake durian yang tentunya menjadi kegemaran mana-mana pengemar durian. Memang sedap.Sebenarnya durian dibeli untuk dibuat crepe durian, tapi lain pula jadinya. Apa-apa pun En. laling senyum sampai ketelinga sebab dah berkali-kali dia tanya dah buat ke belum mooncake durian?Akhirnya hari ni dapat dia merasa homemade mooncake durian. Sila la cuba ya .



Bahan untuk kulit ( 2 biji saiz besar dan 4 biji saiz kecil)
* 65 grm koh fun (tepung beras pulut goreng)
* 80 grm gula icing
* 75ml air sejuk dari peti ais
* 1 sudu besar shortening
* 1 sudu besar susu segar sejuk
* 1 sudu esen durian (tak letak pun tak apa)
* 2-3 tiitik pewarna kuning

Bahan inti
8 ke 10 ulas isi durian (P.Ros guna (D24)
1 sudu besar gula
2 sudu besar koh fun (tepung beras pulut yang digoreng


Cara menyediakan inti
Campukan semua bahan didalam kuali dan masak dengan api sederhana  selama lebih kurang 20 minit atau isi durian kelihatan agak kering dan kelihatan urat-urat isi durian.Pastikan ianya dikacau tampa henti. Angkat sejukkan dan simpan dalam peti ais selama  beberapa jam. ( Pn.Ros simpan semalaman)
Keluarkan inti durian dari peti ais dan bahagikan kepada 25grm untuk saiz kecil dan 50 grm nagi saiz besar. Gentel menjadi bulat.


Cara-caramenyediakan kulit mooncake
1- Ayak tepung beras  pulut dan gula icing. Masukkan shortening dan gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.
2- Campukan pula essence durian dan susu cair.
3- Masukkan pula air yang telah dicampur pewarna kuning sedikit demi sedikir dan gaul adunan sehingga menjadi doh yang lembut dan licin.
4- Biarkan selama 10 minit.

Cara menyediakan mooncake
1- Bahagikan doh kepada 50grm setiap sebiji bagi saiz kecil dan  lebih kurang 75 gram setiap 1 bagi saiz besar 
2- Sapu sedikit tepung beras Koh fun) pada tangan dan juga pada papan canai.
Gelek 1 biji doh dan letakan inti ditengah. Tutup kemas.
3- Tabur sedikit tepung beras pada acuan  dan masukkan adunan yang telah diletak inti tadi.
4- Tekan-tekan sedikit biar kemas dan dan ketuk acuan untuk mengeluarkan mooncake.
5- Simpan beberapa jam dalam peti ais sebelum dihidangkan.
*Mooncake ni sedap dimakan  semasa sejuk

Nota: Pn ada lebihan kulit yang tak cukup intinya. jadi dimasukkan lotus paste sebagai inti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info