Mereka yang sudi.......

Saturday, June 29, 2013

Coklat Muntou / Green Tea Muntou


Salam untuk semua.
Hari ni teringin nak makan pau. Tapi malas pula nak membuat inti.Akhirnya buat keputusan untuk buat muntou yang tak berinti (adik beradik pau la ni).
Muntou boleh dimakan begitu saja, atau pun dicicah dgn apa-apa yang disukai. Untuk pagi ni saja P.Ros buat sambail ikan bilis yang sempoi untuk dicicah dgn muntou ni. My laling dan little laling pula makan muntou dengan kaya.Dihidang bersama secawan kopi puas hati dapat makan muntou yang dibuat sendiri walau pun kejadianya tak secantik yang dibeli di pasar raya.
Untuk melihat cara membuatnya disini P.Ros letakkan link resepi muntou yang dibuat buat sebelum ni dan ada disertakan videonya sekali ya. Cuba la lihat video tu kalau teringin nak makan muntou buatan sendiri.


Bahan-bahannya
* 4 cawan gandum
* 2 cawan air (guna sebanyak yang diperlukan saja)
* 2 sudu kecil yis
* 1 1/2 sudu besar serbuk koko
* 1 1/2 sudu kecil serbuk green tea
* 1/2 cawan gula



Cara-cara
1- Gunakan 3 mangkuk. kosong Masukkan  2 cawan gandum dalam mangkuk pertama dan 1 cawan gandum dalam mangkuk ke 2 dan ke 3.
2- Dalam mangkuk pertama masukkan 1 sudu kecil yis,  dan gula (yang telah dikeluarkan 3 sudu besar dari jumlah asalnya).
3- Masukkan  2 sudu serbuk koko dan 1/2 sudu kecil yis serta 1 1/2 sudu besar gula dalam mangkuk kedua.
4-Dalam mangkuk ke 3 masukkan 1 1/2 sudu kecil serbuk green tea, 1/2 sudu kecil yis dan 1 1/2 sudu besar gula.
5- Guna 1 cawan air untuk mangkuk pertama Masukkan air sedikit-sedikit semasa menguli adunan dan uli hingga adunan lembut dan licin. Tutup mangkuk dengan kain dan biarkan adunan naik selama lebih kurang 45 minit. (air digunakan sebanyak yang diperlukan saja).
6- Gunakan 1/2 cawan air untuk mangkuk ke 2 dan ke 3. Buatlah proses yang sama pada adunan ke2 dan ke 3.
7-Setelah adunan naik buka kain penutup . Tabur sedikit gandum atas papan canai dan  adunan dari mangkuk pertama dibahagikan kepada 2 bahagian.
8. Ambil satu bahagian dari aduna pertama dan gelek menjadi bentuk rectangle yang bujur. 
9- Ambil adunan berperisa coklat dan gelek menjadi bentuk yang sama seperti adunan pertama tadi. Letakan adunan berperisa coklat diatas adunan pertama dan gulung dengan kemas Potong  menjadi 8 potongan kecil dan letakakn muntou atas sekeping kertas parchmment.
10- Buat proses yang sama bagi bahagian ke 2 dari aduna pertama dan dilapis dgn adunan berperisa green tea.
11- Panaskan kukusan dan kukus muntou selama 5 ke 7 minit dgn api yang besar. Siap untuk dihidangkan.
* Simpan muntou atau pau dalam tupperware bertutup supaya muntou atau pau tidak menjadi kering dan keras.
                                                               happy cooking

Wednesday, June 26, 2013

kerutub ayam


Salam untuk semua.
Bulan puasa dah hampir tiba kan ? Teringat pula dengan hidangan hidangan dipagi raya.
Seingat P.Ros masa zaman-zaman sekolah dulu, kami di kelantan tak ada masak rendang dan lemang untuk hari raya. Sebaliknya salah satu hidangan hari raya dinegeri kami adalah nasi dagang dan biasanya dihidang bersama ayam atau daging yang digulai atau dimasak kerutub. Kerutub daging lebih dianggap masakan istimewa untuk pagi raya atau majlis kahwin. 
Dikelantan rempah kerutub dijual secara timbang dipasar. Jadi kalau balik kampung haruslah dibeli banyak-banyak sebab murah. simpan dalam peti ais berbulan-bulkan pun tak apa.Hari ni teringin rasanya nak makan kerutub tapi tak ada daging, jadi P.Ros gunakan ayam. Digandingkan dengan nasi beriani dan acar timun mentah juga salah satu resepi orang Kelantan yang amat senang untuk membuatnya.
Hari ini seluruh isi rumah makan dengan seleranya macam makan dipagi raya pula rasanya. Ini lah gambar hidangan  makan malam kami hari ni.

Bahan-bahan 
* 1 ekor ayam
* 300 ml santan 
* 1/3 cawan minyak masak
* 4 sudu besar rempah kerutub( rempah ni dari kelantan)
*  11/2  paket kerisik
* 3 biji cili hijau dibelah 2
* 3 keping asam keping 
* 2 biji bunga lawang
* 1 batang kulit kayu manis
* 2 biji buah pelaga
* garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk diblend
* 4 ulas bawang merah(saiz agak besar) + 1/2 biji bawang besar
* 4 batang serai
* halia sebesar ibu jari
* lengkuas sebesar ibu jari (jangan blend- diketuk sahaja)
* 2 biji cili merah dipotong kecil

Cara-cara
1- Panaskan minyak masak dan goreng bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis untuk beberapa minit.
2- Masukan bahan yang diblend kecuali lengkuas. Goreng hingga bahan garing dan terbit bau.
3- Masukkan kan pula rempah kerutuk yang telah dibancuh bersama sedikit air.Masak hingga semua bahan garing dan terbit minyak.
4- Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau lagi.Masukkan lengkuas dan kacau sebentar.
5- Masukkan ayam yang telah dibasuh bersih. kacau hingga rata. masak hingga air dari ayam agak kering sedikit.
6- Masukkan pula santan dan potongan cili hijau, kacau rata.Masukkan asam keping.Biarkan kuah mendidih.
7- Masukkan kerisik dan masak hingga ayam masak dan kuah agak pekat dan terbit minyak.Tambah bahan perasa secukup rasa.


                                                                    happy cooking 

Saturday, June 22, 2013

Pavlova


Salam untuk semua.
Hari-hari cuaca sungguh panas kan?? Ditambah pula dengan jerebu....Berdebu dan berhabuk buat ramai orang sakit.
Little laling pun dah mula running nose dan sakit tekak.Risau betul kalau dia dapat running nose nanti kalau tak bagi makan ubat boleh dapat asthma pulak.  
Petang tadi saja luangkan masa untuk buat pavlova. Simpan dalam peti sejukdalam sejam dua baru dimakan, memang sejuk anak tekak. dah lama tak buat pavlova , Sedap sungguh.
Resepinya P.Ros copy paste dari resepi yang dibuat sebelum ni.


Bahan-bahannya
5 biji putih telur gred B
1 cawan gula halus ( boleh kurangkan sedikit jika tak suka manis) 
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanila
1 cawan non-dairy whipping cream-putar hingga kembang
Buah-buahan segar seperti strawberry ,mangga dan kiwi



Cara:
1.Panaskan oven pada suhu 180'C,buat satu bulatan berukuran 9'' pada kertas minyak.
   Kemudian terbalikkan kertas tadi dan alaskan pada loyang pembakar (gunakan bayang
   bulatan tadi sebagai ukuran pavlova nanti).Ketepikan.
2.Putar telur hingga berbuih,guna kelajuan tinggi,masukkan gula halus sedikit demi sedikit
   hingga habis dan terus putar lagi hingga menjadi meringue yang kental dan berkilat.
   Ayak tepung jagung,kacau rata dengan spatula.
3.Masukkan esen vanila dan cuka makan,gaul rata.Tuang atas kertas minyak tadi dan bentuk-
   kan bulat dan tinggi sedikit,tak perlu kemas-kemas sangat.
4.Turun suhu oven pada suhu 130'C dan bakar pavlova selama 1 jam 20 minit,guna api atas
   dan bawah.Bila pavlova nampak pucat dan sedikit perang,matikan api oven,renggangkan
   sedikit pintunya dan biar pavlova sejuk sendiri dalam oven.
5.Bila sejuk,berhati-hati,alihkan pavlova tadi ke dalam pinggan sesuai.
6.Tuangkan non-dairy whipping cream yang sudah diputar tadi ke atas pavlova dan ratakan.(biasanya krim diletakkan diatasnya saja,tapi kali ni P.Ros sapu pada keseluruhan pavlova.
   Hias dengan buah-buahan segar pilihan masing-masing.


                                                     happy cooking 

Tuesday, June 18, 2013

Bebola Kentang Bercheese


Salam untuk semua.
Ada dua tiga resepi yang masih belum diupdate..malas menguasai diri...tapi sekali dah berblog patutlah teruskan berblogkan. Cuma tak perlu nak jadi so excited macam masa mula2 berblog dulu. Janji masih ada  resepi yang diupdatekan walau pun jarang-jarang.Bukan pingat yang dikejar ..berblog sekadar menghilangkan rasa stress setelah penat bekerja , juga kerana memasak adalah bagaikan 1 hobi.Hobi yang membawa untung pada tukang-tukang makan kat dalam rumah ni.
kentang inti cheese dibuat untuk minum petang.Mulanya nak masukkan daging,tapi yang ada dalam pet iais hanya lah sedikit cheese. Sedikit cheese moza dan sedikit cheese cheedar saja.Maka jadi lah kentang inti cheese. Jom layar....




Bahan-bahannya
* 5 biji kentang russet (agak besar)
* 250 grm parutan cheese( campuran moza dan cheedar.( boleh tambah jika suka-lebih banyak cheese lebih sedap)
* 1 sudu besar chili flake
* 1 keping pati ayam
* 3 biji telur
* 1 mangkuk bread crumb warna oren
* sedikit renjisan sebuk lada putih
* secubit garam
cara-caranya
1- Cuci bersih kentang dan potong kecil (untuk mudah empuk). Masukkan kedalam periuk dan rebus kentang bersama secubit garam hingga empuk.
2- Bila kentang telah masak , sejukkan sebentar. Masukkan semua bahan lain kecuali cheese.Lenyek kentang bersama bahan perasa hingga halus dan lembut.
3- Ambil sejemput cheese dan buatkan bentuk bulat lebih kurang sebesar ibu jari dan ketepikan (lagi banyak cheese lagi sedap).
4- Bahagikan kentang lecek tadi kepada 16 ke 17 biji bebola . Ambil sebiji bebola kentang , leperkan sedikit dan letakan sebiji bebola cheese didalamnya.Tutup kemas inti cheese dan gentel bulat kentang tadi.Buat proses sama hingga habis.
5- Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul sedikit. 
6- Celup semua bebola kentang kedalam bread crumb (ini celupan kali pertama).Pastikan breadcrumb menutupi bebola kentang dengan rata.Buat sampai siap.
7- Bebola kentang yang bersalut bread crumb tadi celupkan pula kedalam telur dan celup sekali lagi kedalam bread crumb.
8- Panaskan minyak secukupnya dan goreng bebola kentang hingga garing.Angkat dan toskan minyaknya.Siap untuk dihidang.


  happy cooking 

Sunday, June 16, 2013

Double celebrations


Salam untuk semua, Wah dah seminggu lebih rasanya tak upload blog. Alasan yang sama. tak ada masa dan malas nak menaip.
Entry ni bukan pasal resepi . tapi entri nak simpan gambar dalam blog je... Every year pada bulan 6 pastinya ada double celebrations kat rumah ni sebab b-day little laling jatu pada 17 Jun dan Father's day celebration pula pada minggu kedua bulan Jun. Makanya dapat la sibungsu dan siayah berkongsi hari gembira dalam hidup mereka bersama-sama.

Kami adakan suprise untuk little laling buka hadiah lebih awal 1 hari sebab 17hb jatuh pada hari Isnin. Tak boleh buat party nanti dia ponteng sekolah lagi....







Untuk hari ni kami pergi makan2 kat Alicafe (tak jauh sangat dari rumah)  sebab tak nak duduk lama2 dalam kereta kerana musim panas.Makanan disini memang sesuai dengan selera kami dan kalau order set menu memang berbaloi....cuma tambah je apa2 side dishes yang rasa nak dimakan.






Chocolate untuk fathers day tu dibuat pagi tadi dan B-Day kek order je sebab little laling dah pesan awal-awal nak icecream cake. Cakenya pun simple sebab masa nak pergi tempah, dia orang dah tutup order, banyak tempahan untuk fathers day.So rembat je apa yang ada dalam peti ais mereka dan suruh simpan untuk diambil hari ni.Janji sikecik makan sampai puas hati aiscream cake dari Baskin Robbin tu. Kalau sudi layar je le gambar-gambar ni ya...


Akhir kata Happy B-day hana..mama love you very  very much..muah..muah... and Happy Father's day Papa (My dear laling)...love you very much also...

Friday, June 7, 2013

Cheddar & Sausage Bun


Salam untuk semua. 
Cheddar bersama sausage bun yang sungguh lembut dan sedap.Walau pun pada hari kedua, dengan menyimpannya dalam tupperware kedap udara, texturenya masih lembut.
Puan Ros mengunakan resepi yang sama untuk roti cinamon  yang dibuat pada hari Ahad lepas (cuma yang ni buat 1/2 adunan). Malah yang ini ada kesalahan teknikal. Resepi roti ni sepatutnya mengunakan high protin, tapi entah macammana tangan mencapai tepung gandum biasa. Bila tengah menguli baru perasan yang P.Ros hanya mengunakan tepung gandum. Tapi hasilnya memang mengembirakan. Mungkin disebabkan sapuan butter diatas doh sebelum digulung membuatnya lebih lembut. Memang sedap kawan-kawan. Cubala jika sudi.


Bahan-bahan
(boleh dapat 20 biji bun saiz seperti dalam gambar tu)
* 2 1/2 cawan tepung gandum / hieght protein flour
* 1/2 cawan susu suam
* 1 biji telur (gunkan 1/2 biji sahaja dan 1/2 lagi digunakan untuk egg wash)
* 1 sudu besar yis mauripan
* 50 grm butter
* 1 sudu besar gula
* 1/2 sudu kecil garam
* lembutkan sedikit butter untk disapu diatas doh sebelum digulung
Bahan Filling
* 3 batang sausage dipotong kecil
* 6 pokok daun kucai dipotong halus
* 2 batang daun bawang dipotong halus
* 1/2 labu bawang besar dipotong nipis
* Parutan cheddar cheese (agak-agak sebanyak yang disukai, lebih banyak lagi sedap)



cara-caranya
1- Campurkan susu suam bersama yis dan biarkan dalam 10 minit.
2- Masukkan semua bahan kedalam mangkuk dan gaul hingga tepung gandum dan butter sebati. masukkan 1/2 biji telur yang telah dipukul sedikit.
3- Tuang campuran susu dan yis kedalam adunan dan uli hinnga menjadi doh yang lembut.
4- Tutup mangkuk doh dengan tuala kering dan biarkan adunan naik sekali ganda.
5- Setelah adunan naik sekali ganda, tumbuk sedikit dan jadikan ia sebiji bola besar.Bahagikan bola doh kepada 2 bahagian.
6- Ambil sebiji bebola doh dan gelek menjadi bentuk 4 segi tepat yang tidak tebal dan tidak terlalu nipis.
7- Ambil dalam 2 jemput butter yang telah lembut dan sapu rata pada doh yang telah digelek.
8- Tabur potongan sayur-sayuran, diikuti dengan potongan sausage dan parutan cheddar.
9- Gulung doh roti dengan kemas dan potong saiz sederhana besar. Ulang proses yang sama untuk bahagian doh yang kedua.
10- Letak cawan kertas muffin didalam acuan muffin dan masukkan potongan roti tadi.Rehatkan selama 10 minit.Sapu sedikit  eggwash pada permukaan dan bahagian tepi roti.
11- Panaskan oven dgn suhu 160C dan bakar roti selama lebih kurang 15 minit.



    happy cooking 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info