Mereka yang sudi.......

Sunday, April 28, 2013

Pan Fried Meat Dumpling

Salam untuk semua. Masa P.Ros bercuti di HongKong hari tu, Niat yang ada dalam hati adalah mesti nak cari dumpling yang halal untuk dicuba disana. Alhamdulillah jumpa juga restoran Islam yang agak terkenal diKowlon bagi penganut agama Islam mahu pun bukan Islam.
Salah satu resepi dumpling yang P.Ros order hari tu ialah dumpling goreng yang berintikan daging. Memang sedap.Kulitnya yang garing dan inti daging hancur yang juicy didalam membuatkan hati berkata.Balik nanti nak cari resepi dan buat sendiri. Tak puas makan dumpling ni hari tu sebab harga sekeping pun 28 Hong Kong Dolar.
                                       made in Hong Kong
                                   made in sinaranmenu
Bila dah balik sini P.Ros mula mengeledah blog masakan cina untuk mencari resepinya dan Alhamdulillah terjumpa resepinya kat salah satu blog yang dipunyai oleh chinese bloger Honey Bee Sweets. Thank you Honey Bee  for the recipe.Hilang la kempunan nak makan dumpling goreng ni sebab dah boleh buat sendiri. Hati lagi teruja bila anak dara berkata."mama it taste the same" Pada kawan2 yang suka makan dumpling boleh la dicuba resepi ni ya.
note: makan la semasa ia masih panas kerana kita kan dapat merasa juice daging tu..tapi awas silap haribulan jus boleh melecurkan lidah dan bibir..so hati-hati ya.

You can checkout the original recipe here

Bahan-bahan
Inti:
500g daging hancur
3 ke 4 sudu besar daun bawang
3 keping potongan halia ditumbuk
50 ml  stock ayam ( P.Ros masukkan serbuk pati ayam)

Seasoning:
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar minyak bijan
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil garam

Kulit Dumpling:
300g tepung gandum
100ml air panas mendidih
80ml air biasa
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar shortening(P.Ros tambah)
* sekiranya adunan sedikit lembik boleh ditambah tepung gandum.



  • Untuk membuat inti, campurkan semua bahan inti dan gaul semua bahan hingga sebati mengunakan chopstick.pastikan serbuk pati ayam hancur dengan sebati
  • Campurkan pulak bahan-bahan seosoning bersama campuran daging tadi Gaul lagi hingga sebati dan simpan didalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  • Dalam mangkuk, masukkan tepung gandum. Buat lubang ditengah dan tuang kan air panas kedalamnya.Gunakan senduk kayu untuk mengacau tepung gandum dan air panas. Kacau hingga sebati dan masukkan pula air sejuk sedikit demi sedikit.
  • Uli adunan hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat. Tutup mangkuk dengan kain lembab dan rehatkan selam 20 minit.
  •  Bahagikan doh kepada 16 bahagian.Bulat-bulatkan adunan doh tadi dan tutup semula. Rehatkan selama 10 minit lagi.(P.Ros dapat 12 biji saja).
  • Ambil sekeping adunan canai menjadi bentuk bulat dan leper. Letakkan 1 sudu besar bahan inti ditengah dan pleating adunan hingga semua bahagian inti tertutup.Tekan biar menjadi sedikit leper .Buat sampai habis (cara membuatnya boleh disemak pada resepi asal ya).
  • Panaskan non stick pan bersama 1 sudu besar minyak masak atas api sederhana panas. Letakkan sebanyak beberapa biji dumpling didalamnya dan tutup kuali. Masak selama 5 minit.Buka penutup kuali dan balikkan dumpling tadi. Masak selama 5 minit lagi.masaklah hingga kedua-dua belah dumpling menjadi garing keperangan.
  • Hidang kan semasa panas bersama halia yang dipotong nipis yang dicampur bersama kicap cair , cuka dan hirisan cili padi..

                                                                    happy cooking 

Donut Bavarian

Salam sabtu. Untuk minum petang tadi P.Ros rajinkan diri membuat  donut bavarian ni. Dapat resepi dari Spice Journey. Thank you Shiela.Memang sedap buat untuk minum petang bersama teh atau kopi.Tapi hari ni cuaca diluar agak panas maka kami pekena donut ni dgn teh o ais.
Donut yang simple dan sedap. Puas hati dengan hasilnya.Tak payah lagi la ke Dunkin donut untuk membelinya.


Bahan-bahan untuk donut
* 2 cawan tepung roti
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar susu tepung 1 sudu besar gula
* 2 sudu besar butter
* 1 sudu besar shortening
* 1.2 sudu kecil garam
* 1 biji telur
* 6 grm yis
* 100ml air suam
Cara-caranya
1- Campurkan semua bahan dalam 1 mangkuk dan gaul sebati.
2- Masukkan air secara sedikit demi sedikit dan uli adunan menjadi doh lembut.
3- Tutup mangkuk adunan dengan tuala kering dan biarkan seketika hingga adunan naik sekali ganda.
4- Bila adunan sudah naik, tumbuk adunan sedikit dan buat adunan bulat kecil lebih kurang 50grm setiap 1.
5- Biarkan seketika. Ambil sebiji adunan dan leperkan ditapak tangan.masukkan 1 sudu kecil filling custard dan tutup adunan menjadi sebiji bola kecil.Kemudian bebola tadi boleh la ditekan agar menjadi sedikit leper.
6- Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng donut hingga garing.Angkat dan toskan minyaknya. Atur donut kedalam pinggan dan boleh la ditaburkan dengan gula icing. Siap untuk dihidangkan.

Untuk Filling
* 2 biji kuning telur
*1 sudu besar tepung castard
* 1 sudu besar tepung jagung
*1 sudu besar tepung gandum
*3 sudu besar gula caster
* 1 cawan susu cair
* 1 sudu besar butter
Cara memasak.
1- Campurkan semua bahan gandum dan gula bersama susu.Kacau hingga semua bahan larut.
2- Pukul telur bersama garam dan masukkan dalam bancuhan tepung dan susu tadi.kacau sebati dan tapis bahan kedalam periuk non-stick.
3-Masak bahan filling mengunakan cara double boiler.Kacau tampa berhenti hingga bahan custard menjadi pekat berkilat dan masak.
4- Angkat dan sejukkan sebelum digunakan.

                                                                               happy cooking 

Friday, April 26, 2013

Crispy Bayam 2

Salam untuk semua. Minta maaf nak tayang crispy bayam lagi. Tak puas makan kali pertama buat, petang semalam P.Ros buat lagi sekali.

Untuk kali ni P.Ros tambahkan 1 sudu besar bijan dan dalam 1/2 sudu kecil chili flakes.Dihidangkam masa anak-anak balik kerja .Sekejap saja...krup..krappp..krupp..krapp..licin semuanya.
Resepinya sama macam yang kat sini ya.Selamat mencuba.

                                                                                          happy cooking  

Wednesday, April 24, 2013

Crispy bayam



Salam untuk semua. Semalam P.Ros buat crispy sotong untuk dinner dan crispy bayam ni pula dibuat untuk minum petang.
Sungguh sedap dan tak puas menguyah...krupp..krapp..kruppp..krap..minggu lepas ada tengok Sonia nasi lemak lover buat crispy daun kaduk. Kat sini tak ada daun kaduk tapi daun bayam memang banyak, sebab huby P. Ros ada tanam bayam kat tepi rumah.
Alhamduliilah hasilnya memang sedap.Tukang kebun la yang paling suka sebab hasil tanamannya boleh dijadikan  salah satu resepi yang sedap. Untuk adunan tepungnya Puan Ros ambil dari dapur Sonia. Thank u Sonia..Memang menjadi betul la tepung tu cuma P.Ros tambahkan secubit serbuk kunyit untuk naikkan warnanya..Walau pun telah beberapa jam gorengan bayam ni masih rangup dan sedap dicicah bersama Thai cili sos.





Bahan
* 200 grm air
* 100 grm tepung naik sendiri
* 20 grm tepung beras
* secubit garam
* 1/4 sudu kecil serbuk kunyit


  
cara-cara memasak
1- Campurkan semua bahan didalam mangkuk dan kacau hingga adunan sebati.
2- Panaskan minyak masak secukupnya untuk goreng terendam. 
3- Ambil sehelai daun bayam dan celup dalam adunan batter.Goreng sehinnga tepung menjadi garing.
4-Angkat dan toskan minyaknya dan hilang bersama Thai cili soso.

                                                                                      happy cooking  

Tuesday, April 23, 2013

Crispy Sotong


Salam untuk semua. Ada cerita di sebalik mangkuk bentuk perahu ni.
P.Ros dan family ke Pulau pinang pada 13 Mei yang lepas sempena upacara konvokesyen anak buah (yang sebenarnya macam anak sendiri).
Kami kesalah sebuah restorant makanan laut ditepi pantai dan terpikat untuk makan malam diatas perahu lama yang ditukar menkadi tempat makan.Salah satu menu yang kami order ialah crispy sotong yang dihidangkan dalam mangkuk bentuk sampan ni.
Hati betul-betul terpikat dengan mangkuk kapal ni,tapi tak tahu kat mana nak beli.Terus letak gambar dalam fb dan rupanya salah seorang dari emak kepada murid P.Ros tahu mana nak beli dan dia belikan 1 untuk P.Ros ...Tara...samakan

                                                   ini yang kami makan kat restorant tu...

                                                                 Ini yang P.Ros buat sendiri...

Untuk resepinya P.Ros ambil dari MYRESEPI. Memang sedap dan rangup. Puan Ros buat separuh dari resepi asal. Sangat senangmembuatnya.

Bahan-bahannya
* 8 ekor sotong
* 1  cawan tepung jagung
* 1/2 cawan tepung beras
* 1 biji telur
* 3 sudu besar sebuk kari
* 1 sudu kecil garam
Cara-caranya
1- Bersihkan sotong dan potong bulat. Toskan airnya dan lap sotong mengunakan kitchen towel agar semua airnya kering/ (Ini bagi mengelakkan sotong dari meletop semasa digoreng.
2-  Gaul sotong bersama 1 sudu serbuk kari dan  1/2 sudu garam .Perapkan sebentar.
3- Gunakan tupperware yang berpenutup, masukkan kedua jenis tepung, serbuk kari dan garam. kacau biar semua bahan bercampur rata.
4- Pecahkan sebiji telur kedalam sotong yang diperap tadi dan gaul sebati.
5- Bahagikan sotong kepada 2 bahagian. Masukkan sotong kedalam tupperware dan tutup rapat.Goncang tupperware (tonggang terbalik pun tak apa) agar sotong bersalut sepenuhnya dengan tepung.
6- Panaskan dalam 3 cawan minyak dan goreng sotong hingga tepungnya kelihatan garing .
7- Ulang proses yang sama untuk bahagian kedua sotong. sedap dihidangkan bersam Thai cili sos.





                                                                happy cooking  

Sunday, April 21, 2013

Roti Jala

Salam hari minggu. Wah dah lama tak menjala, tahun ni sekali pun belum lagi menjala. Jalaan pagi ni pastinya menjadi kegemaran semua tukang makan sebab lama dah tak makan roti jala. Oleh itu awal2 dah tahu nak kena doublekan resepinya. So pagi ni buat roti jala guna 4 cawan tepung gandum dan dapat dalam 43 biji roti jala. Dapat la mereka semua makan lebih sikit. Kari ayam sengaja dibuat tak pekat sangat sebab semuanya suka cicah kuah yang banyak. Habis seekor kari ayam dikerjakan.
Puan Ros masih guna resepi yang sama cuna digandakan resepinya.

Bahan-bahan
4 cawan tepung gandum
2 cawan santan
2 cawan air (kali ni air dicampur susu segar)
3 biji telor
secubit garam
beberapa titis pewarna kuning telur
cara-cara
Masukkan semua bahan dalam blender dan blend hibgga semua bahan sebati. Tuang adunan kedalam mangkuk dan kacau rata.Masukkan adunan kedalam botol 3 muncung . Panaskan non stick pan dan mula kan proses menjala.
Lipat roti jala satu persatu dengan bahagian atas dijadikan bahagian luar. 
Cicah bersama kari ayam.


                                                                happy cooking  

Wednesday, April 17, 2013

Boxing chicken


Salam untuk semua.Boxing chicken buat untuk makan malam sbeberapa hari lepas.Kak Ros nampak resepi ni dari salah satu blog tapi lupa nak copy paste dan tanda.maka Kak.Ros cuba ingat balik resepinya ,maka Kak.Ros letakkan bahan-bahan yang semacam ingat-ingat lupa gara-gara tak jumpa cari blog siapa.Sapa2 tuan empunya resepi kak Ros nak cakap thank you dan minta maaf ya sebab tak dapat nak mention namanya kat sini.
Bahan-bahannya
* 7 keping paha ayam
* 4 ulas bawang putih
* halia muda sebesar ibu jari
* 2 sudu rempah kari
* 1 sudu besar madu
* 2 biji putih telur
* 1 cawan bread crumb warna orange
* garam secukup rasa (boleh juga dicampur bersam serbuk pati ayam secukup rasa ya.)
cara-caranya
1-Basuh bersih paha ayam dan potong serta lurutkan daging ayam kebawah hingga menjadi bulat.Ketepikan.
2- Tumbuk bawang putih, halia dan juga garam.
3- Masukan ayam kedalam mangkuk. Campur ayam bersama bahan tumbuk.rempah kari dan juga madu.Gaul hinga rata dan perap selam 20 ke 30 minit.
4- Panaskan minyak masak untuk goreng ayam secara terendam. Celup ayam dalam putih telur yang telah dipukul sedikit.
5- Celupkan pula ayam dalam serbuk roti (tak payah banyak sangat sebab takut serbuk roti hangus sebelum ayam masak). Goreng ayam hingga garing.Ayam boleh dimakan begitu saja atau bersama sos.


Tuesday, April 9, 2013

Butter Prawn

Salam untuk semua. Hidangan makan malam semalam. Salah satu kegemaran kami sekeluarga. Butter prawn pastinya salah satu menu yang akan dioder kalau kerestoran masakan cina. Masa kat Hong Kong hari tu tak sempat nak order butter prawn makanya balik Malaysia kempunan nak makan.Dan semalam Puan Ros buat untuk makan malam.
Bahan-bahannya
* 25 ekor udang 
* 1 sudu besar rempah kari
* 3 ulas bawang putih
* 2 tangkai daun kari
* 4 biji cili padi
* garam dan kunyit secukupnya
* 4 biji  kuning telur gred c
*1 sudu besar susu pekat atau pun  1 sudu gula
 * 3 sudu besar butter
* 2 cawan minyak masak

Cara-caranya
1- Bersihkan udang dan potong janggut serta sedikit ekornya.Basuh bersih dan toskan airnya. Masukkan garam dan serbuk kunyit secukup rasa. Taburkan juga serbuk kari.Gaul rata dan ketepikan.
2- Potong halus bawang putih dan cili padi.Daun kari dibasuh bersih dan ketepikan.
3- Masukkan secawan minyak dan sesudu besar butter kedalam kuali dan panaskan.Bila minyak sudah panas masukkan udang dan goreng udang hingga bertukar warna merah. 
4- Bila semua udang dah bertukar warna merah masukkan , potongan bawang, cili padi dan daun kari.Goreng hingga semua bahan layu dan sedikit garing. Angkat udang dan toskan.
5- Dalam kuali yang sama tambahkan minyak dan butter yang masih ada dan biarkan minyak betul -betul panas.
6- Kacau kuning telur bersama susu pekat/gula dan secubit garam. Tuang bancuhan kuning telur dengan sebelah tangan dan tangan yang 1 lagi kacau kuning telur secara laju mengunakan 2 batang chopstik.Kacau mengikut putaran jan  secara laju.  Jangan masak kuning telur terlalu lama. sebab ianya akan menjadi hitam. Goreng hingga nampak sedikit kekuningan dan masak. Angkat dan toskan minyaknya mengunakan penapis santan atau senduk berlubang.
7- Setelah minyaknya dan berkurang masukkan kedalam pinggan tahan panas dan masak dalam microvawe selama beberapa saat untuk mendapat serbuk telur yang garing.
8- Tuang keseluruhan minyak dari kuali kedalam sebiji mangkuk.Masukkan udang dan separuh dari gorengan telur tadi dalam kuali yang tak ada minyak tadi.Kacau sebati telur dan udang atas api kecil untuk seketika saja. Masukkan udang kedalam pinggan dan tabur lebihan serbuk telur diatas udang.
                                                                               happy cooking  

Sunday, April 7, 2013

Double Choc Mickey Mouse Muffin



Salam untuk semua. Belum habis lagi cerita pasal Hong Kong ya.Tapi yang ni istimewa sikit. Sebenarnya tak ada apa yang P.Ros teringin nak beli untuk diri sendiri semasa di Disneyland hari tu.
Masa anak2 sibuk memilih souvenier untuk sepupu-sepupu serta kawan-kawan mereka dari satu kedai kesatu kedai, P.Ros sibuk melayan kerenah Little laling yang kalau boleh nak beli semua barang dalam setiap kedai yang kami kunjungi.
Kami berjalan keserata sudut untuk melihat semua barang yang dipamerkan dan tiba-tiba disatu sudut P.Ros ternampak silicon muffin pan berbentuk Mickey Mouse ni.Wah!!! mata terus terbeliak dan tangan cepat je mencapainya.Dan ini la satu-satunya barang yang dibeli tanda kenangan yang P.Ros pernah jejak kaki Ke Disneyland Hong Kong.
Hari ni makanya menyibukkkan diri bersama Little Laling dan supupunya Iman buat double choc muffin ni. Sedap muffinnya dan abaikan je deconya yang tak seberapa tu sebab main-main dgn budak-budak ni.


Bahan-bahannya
* 2 cawan tepung gandum
* 1 cawan gula
*3/4 cawan chocolate chips
* 1/2 cawan serbuk koko
*  1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil vanilla
* 2 biji telur gred c
* 1 cawan sour cream
* 1/2 cawaan susu
* 1/2 cawan minyak masak

Cara-cara
1- Campurkan tepung gandum,gula,baking powder, serbuk koko dan chocolate chips dalam 1 mangkuk dan kacau biar semua bahan bercampur rata.
2- Dalam mangkuk yang lain campurkan semua bahan basah dan juga telur. Kacau hinggga sebati (P.Ros kacau guna spatula je).
3- Masukkan Bahan basah kedalam bahan- bahan kering tadi dan kacau dengan spatula secara kaub balik.Pastikan semua bahan bercapur rata dan sebati.
4- Masukkan kedalam muffin pan dan bakar dalam oven bersuhu 170 C sela 15 ke 20 minit. Angkat dan biarkan silicon pan tu sejuk diatas redai untuk 15 ke 20 minit..
5- Bila muffin dah agak sejuk masukkan kedalam peti sejuk selama lebih kurang 1/2 jam untuk memudahkan proses mengeluarkannya.





                                                                   happy cooking  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info