Mereka yang sudi.......

Thursday, February 28, 2013

Gyoza Dan Wanton

Salam untuk semua.
P.Ros merancang untuk masak makan malam yang agak simple malam tadi. Kuehtiaw sup  agak senang untuk membuatnya. Tiba-tiba timbul pula idea nak hidangkan kuehtiaw sup bersama wantan goreng dan gyoza. makanya yang simple tidak lagi simple jadinya bila kena bersimpuh dekat 1 jam untuk siapkan wantan dan gyoza.
Tapi hilang penat bila hubby dan anak-anak makan dengan berseleranya bersama gelak tawa dimeja makan.
untuk memudahkan kerja P.Ros buat inti yang sama untuk kedua-duanya.Biasanya gyoza mengunakan napa cabbage dan wanton mengunakan sengkuang. Hasilnya kedua-duanya sedap banget. So apa-apa la labu....

Bahan-bahannya
* 1 bungkus kulit gyoza dan 1 bungkus kulit wanton
* 30 ekor udang 
* 1 batang karot diparut halus
* Sekeping kobis kecil yang dipotong halus(lebih kurang 100 gram)
* 200 grm minced chicken
* 2 batang daun bawang dipotong halus
* 1/2 biji bawang besar dipotong halus
* 2 1/2 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar gula
* 1 sudu kecil garam
* 2 sudu besar minyak bijan (kurangkan jika tak suka)

cara-cara membuat gyoza dan wanton
1- Basuh bersih udang yang telah dibuang kulit dan setiap ekor udang dipotong 4.
1-Dalam mangkuk campurkan isi udang dan minced beef dan ramas rata.
2- Campurkan semua bahan-bahan sayuran dan perasa dan gaul semua bahan hingga sebati.
3. Ambil sekeping kulit gyoza atau kulit wantan dan masukkan sesudu kecil penuh bahan inti dan diklim kemas. Buat sampai habis.

Cara memasak gyoza.
1- Sapukan sedikit minyak masak pada nonstick pan dan panaskan dan biarkan kuali panas.
2- Atur dalam 12 biji gyoza dalam kuali dan masak hingga bahagian bawah gyoza  menjadi perang dan garing.
3- Tuangkan dalam 1/3 cawan air kedalam kuali yang berisi gyoza tadi dan tutup kuali.Masak hingga air mendidih dan agak kering. Siap untuk diangkat.Ulang proses yang sama hingga habis.
Cara memasak wanton
Wanton boleh dimasak secara mengoreng (deep fry) hinnga kulit wanton kelihatan garing, atau buat kuah sup dan masukkan wanton kedalamnya.
Resepi ini juga boleh direfer disini dan sini, juga boleh direfer bawah lebel chinese food.



                                                                                          happy cooking  



Monday, February 25, 2013

Siakap Bersos Mayo

Salam untuk semua.
Hidangan untuk diner malam ni, Ikan siakap goreng yang cadangnya nak buat sweet and sour tapi lain pula jadinya bila tangan main capai apa yang ada depan mata. Untuk kelainan rasanya P.Ros masukkan sesudu besar mayonnaise  Anak2 kata sedap mama.....Thank you girls, sekali-sekala dapat pujian teruja juga rasanya. Jom tengok bahan-bahan untuk resepinya ya.

Bahan-bahannya.
* 1 ekor ikan siakap dicuci bersih dan dipotong 3
* 3 ulas bawang putih.
* 1 biji bawang besar saiz kecil dipotong bulat
* 1 biji tomato dibelah 6
* 1/2 batang leeks
* 2 sudu besar sos tomato
* 2 sudu bessar sos tiram
* 2 sudu besar thai cili sos
* 1 sudu besar penuh mayonis
* 2 sudu tepung jagung
* sedikit kunyit serbuk dan secubit garam


Cara-caranya
1- Bersihkan ikan dan dipotong 3. Kelar setiap keping ikan dan sapukan dengan sedikit garam dan kunyit. Tabur tepung jagung dan gosok rata pada ikan. Panaskan minysk makan secukup dan goreng ikan hingga garing.
2- Dengan mengunakan kuali yang sama, keluarkan minyak goreng ikan tadi dan tinggalkan dalam 3 sudu besar minyak sahaja. Goreng ikan hingga garing dan ketepikan.
3- Tumis bawang putih yang dipotong halus hingga terbit bau. Masukkan semua sos dan kacau rata. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
4- Campurkan sesudu mayonis dan kacau hingga bahan sebati.Masukkan bawang besar dan batang leeks yang dipotong bulat.
5- Masukkan sedikit gula dan rasa sosnya. Tambah apa yan perlu dan masak hingga sos pekat.
6- Tuang sos atas ikan dan siap untuk dihidang.

                                                                     happy cooking  

Sunday, February 24, 2013

Crepe Chocolate


Salam hari minggu untuk semua. 
Crepe chocolate yang sedap ni dibuat minggu lepas sebagai  pencuci mulut selepas makan malam..Resepi asal dari sini. Terima kasih tuan punya resepi..Kak Ros buat dgn bahan-bahan yang ada dan cara yang cepat. Blend je semuanya.Cepat dan sedap.

Bahan-bahannya
* 150 grm tepung gandum- diayak
* 2 sudu besar serbuk koko-diayak
* 1 sudu kecil baking powder
* secubit garam
* 1 sudu kecil gula
*1 biji telur gred A
* 250 ml susu segar
3 sudu besar whipping cream
1 sudu kecil chocolate Emulco (P.Ros tak letak sebab tak ada)

Cara-caranya
1-Satukan tepung gandum,serbuk koko,gula dan garam dalam manngkuk dan ketepikan.
2- Dalam bekas yang lain satukan susu, telur dan whipping cream dan blend sebentar.
3- masukkan bahan kering kedalam blender dan blend semua bahan hingga sebati.Tuang kedalam mangkuk bersih dan kacau rata.Biarkan sebentar.
4- Panaskan non-stick pan dan masukkan sesenduk bancuhan crepe kedalam kuali.Ratakan hingga nipis dan masak hingga garing. Buat hingga habis.
5- Bila semua siap boleh lah dilipat crepe menjadi bentuk segitiga dan dimasukkan krim atau pun sapukan dulu creme pilihan masing-masing dan baru dilipat menjadi bentuk kon atau segitiga.

Filling Cream Chocolate
Pukul 1/2 cawan non-dairy whipping cream hingga soft peak dan masukkan beberapa sudu ganache Pukul lagi hingga cream menjadi kental.Siap untuk diguna.
                                                                                          happy cooking  

Wednesday, February 20, 2013

Almond Chocolate Cake


Salam untuk semua. kek almond chocolate yang resepi asalnya adalah kek chocolate hazelnut yang diambil dari buku masakan Food Lovers (Chocolate). Susah untuk mendapatkan ground hazelnut jadi P.Ros tukarkan pada ground almond.Hasilnya??? Kek yang tetap sedap rasanya.


Bahan-bahannya
* 70 grm ground almond (serbuk badam)
* 175 grm coklat masakan
* 175 grm butter
* 4  biji telur gred A
* 150 grm  gula
* 1 sudu kecil vanila essence
* 40 grm tepung gandum
* 1/4 sudu kecil garam
* 1 sudu kecil baking powder

cara
1- Cairkan chocolate masakan secara double boiler . Bila chocolate sudah cair tutup api dan masukkan butter dan kacau hingga butter cair dan ketepikan.
2-  Pukul kuning telur dan gula dengan elektrik mixer dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan creamy .
3- Dalam mangkuk yang lain pukul putih telur hingga bertanduk.
4- Satukan tepung gandum, garam, baking powder dan ground almond.
5- Masukkan chocolate kedalam bancuhan kening telur dan kacau sebati.Masukkan pula  campuran tepung gandum  dan telur putih yang dipukul dan kaub dan balikkan kan secara perlahan hingga semua bahan sebati.
6- Masukkan adunan kedalam bekas kek  berukuran 10" yang telah digrease.
7- Panaskan oven dengan suhu 200C dan bakar kek selama lebih kurang 30- ke 40 minit. Angkat dan sejukkan kek diatas redai.

Ganache
1- Panaskan 150 ml double cream hingga mendidih, tutup api dan masukkan 225 grm chocolate masakan yang telah dipotong kecil. Kacau hingga chocolate hancur dan masukkan pula 2 sudu besar butter dan kacau lagi hingga  chocolate dan butter betul-betul hancur.Biarkan ganache sejuk dan pekat.
2- Bila ganache telah sejuk boleh lah diputar sekejap dengan electrik mixer, dan tuangkan diatas kek yang telah sejuk..
Untuk Hiasan
P.Ros pukul 1/2 cawan non dairy whipping cream yang dicampur dengan beberapa sudu besar ganache dan pukul hingga kental. Masukkan dalam pipping bag dan guna muncung bentuk bintang dan pipekan atas kek sebagai hiasan.

                                                                                           happy cooking  

Handmade Strawberry Chocolate


Salam untuk semua. Wah dah beberapa hari tak bersiaran. Rindu pulak rasanya.Apa khabar semuanya ya?   
Sebenarnya ada beberapa resepi yang belum diupdate kan. Gambar semua siap menunggu. tapi malasnya nak menaip resepinya.
Chocolate perisa strawberry dibuat sempena pertunangan my dear niece last saturday sebagai door gift.Kali pertama membuatnya dalam jumlah yang banyak.Makanya tidak la sesempurna mana. Harus la ada banyak latihan untuk menjadikannya perfectkan.Walau apa pun P.Ros letakkan disini untuk kenangan kemudian hari.







Monday, February 11, 2013

Luncheon Bun


Salam dan selamat bercuti untuk semua.
Rasanya semua orang masih dalam mood holiday kan. Chinese New Year kami tahun ni begitu sunyi.Adik-adik ipar yang tinggal diluar negara semuanya tak balik, malah yang kat malaysia pun terbang makan angin diluar negara.Makanya beraya la kami sekeluarga dirumah.Dipenuhi dengan aktiviti sendiri masak dan sendiri makan.
Untuk 2nd day CNY P.Ros buat luncheon bun atau roti berinti oink...oink yang digemari masyarakat cina untuk sarapan pagi kami. Tapi untuk kami pastinya intinya ditukar pada inti ayam.
Bun yang rasanya manis dan intinya juga sedikit manis.. biasanya inti ni juga digunakan untuk char siew pau ,salah satu hidangan dimsum bagi kaum cina.Suka hati bila lihat my laling happy dapat makan roti  yang biasanya susah untuk dapatkan yang halal. Sebab tu la P.Ros selalu cuba belajar sebanyak mungkin resepi orang2 cina agar boleh masakkan untuk dia.
Boleh cuba jika sudi ya.

Bahan-bahannya / Ingredients
* 500 grm tepung roti/high protien flour
* 60 grm yeast mauripan
* 80 grm gula/fine sugar
* 1 biji telur/ 1 egg
* 80 grm susu segar / fresh milk
* 100-130 grm air/ water
* 1/1/2 sudu besar  lemak sayuran /shortening 
* 1 biji telur kuning/1 egg yolk
Cara-caranya /Method
1-Masukkan tepung dalam 1 mangkuk besar dan buat lubang ditengah.Masukan semua bahan lain kecuali air. Uli doh menjadi sebiji bola yang elastik dan lembut (air dimasukkan sedikit2 hingga mendapat doh yang diingini). Ketepikan selama 20 minit.
- Put the flour in the big bowl and make a well in the center. Add other ingredients into the well accept for water ( Put a water a bit at a time till you get the right texture) . Knead the dough until elastic and smooth. Set aside for 20 minutes.
2- Selepas 20 minit uli doh menjadi doh panjang dan potong seberat 25 grm setiap 1 keping.
- Knead dough into long stripe and divide into 25grm each.
3- Gelek nipis setiap keping doh. Masukkan inti dan bungkus kemas. Atur di dalam dulang dan biarkan 1 jam.
- Roll the dough into round piece . Wrap in filling and set aside for 1 hour.   
4- Sapu kuning telur dan bakar roti dengan suhu 200 C selama lebih kurang 12 ke 15 minit.
- Egg wash the bread and bake the bread at 200C for 12 to 15 minutes.  


Inti/Filling
* 200 grm dada ayam/ chicken breast cube
* 1 sudu besar kacang masin/ 1tbs bean paste
* 2 sudu besar oyster sos/ 2 tbs oyster sauce
* 2 sudu besar kicap manis/ 2 tbs sweet soya sauce
* 1 sudu besar kicap cair/ 1 tbs light soya sauce
* sedikit minyak bijan/ some sesame oil
* sedikit bijan yang dimasak tampa minyak/ some cooked sesame seeds
* 1 batang daun bawang dipotong halus / minced coriander
* 2 sudu kecil tepung jagung yang dibancuh sedikit air/ 2 tsp cornstarch mixed with  a bit of water   
* sedikit gula / some sugar
Cara-caranya / Method
1- Panaskan sedikit minyak masak dan goreng isi dada ayam yang telah dipotong kecil hingga masak.
-  Heat some oil and fry the chicken cube till cooked.
2- Masukkan semua sos dan kacau rata.masukkan sedikit air dan kacau lagi.Tambah paste kacang masin dan juga sedikit gula.
- Add in all the sauce, stir and add in some water. Next add in the bean paste and sugar and mixed well.
3- Masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh bersama sedikit air. Tambah potongan daun bawang dan kacau hingga inti pekat. Tabur sedikti bijan Angkat dan sejukkan.
- Add in the cornstarch solution and minced coriander .Mixed well and cook till filling thicken. Put  in some sesame seeds Set aside and  let it cool.



                                                                                         happy cooking 

Saturday, February 9, 2013

Chinese New Year Eve Dinner



Salam untuk semua.
Happy Chinese New Year to all my family (Hubby side) and all my Chinese friends, teachers,Parents and children.
We have a quite reunion dinner tonight (only my family) as my hubby siblings are all over the world.Jakarta ,Singapore.London,New York and Melbourne.And here we are having our nice dinner in our very own beautiful and wonderful Malaysia.
 Kami celebrate New Year Eve dinner di restaurant terapung ,Restaurant Tasik Indah Sha Alam. Simple place with a nice food.Gambar2 kenangan untuk tatapan kami dikemudian hari dan semua mereka2 yang berada nun jauh dimerata pelusuk dunia.
HAPPY CHINESE NEW YEAR AND HAPPY HOLIDAY EVERY ONE.



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info