Mereka yang sudi.......

Monday, January 28, 2013

Mangkuk ayam dan cheese

salam untuk semua. Hari ni masih bercuti kan...so dapat la berlama-lama didapur dan masak apa yang hendak dimasak.
Pagi ni P.Ros buat Mangkuk roti yang berinti ayam dan creme cheese.Memang sedap.Bagi penggemar creme cheese harus la dicuba resepi ni.Rupa mangkuk roti yang P.Ros buat ni tak secantik tuan punya resepi yang buat...tapi memang sedap.
Nak tengok resepi asal jemput la ke sini ya. 

Bahan-bahanya
* 12 keping roti
* 100 grm isi dada ayam
* 100 grm creme cheese
* 4 batang daun pasly cina
* 3 batang daun bawang
* 1/2 cawan potongan carrot
* parutan cheese secukupnya.Moza atau cheedar
* secubit garam

Cara-caranya
1- Basuh dada ayam, rebus dan angkat, sejukkkan sebentar.Bila dah sejuk carik dada ayam menjadi halus mengunakan garpu.ketepikan.
2- Potong halus semua  bahan sayur-sayuran .
3- Potong keliling tepi roti dan dicanai menjadi nipis.
4- Sapu butter diseluruh permukaan roti dan masukkan kedalam muffin pan. Buat la seperti mangkuk.
5-Dalam mangkuk bersih masukkan semua bahan yang dipotong,isi ayam,creme cheese, segenggam cheese dan secubit garam.Gaul semua bahan hingga sebati (P.Ros gaul guna tangan)
6- Isikan bahan intik kedalam mangkuk roti tadi dan taburkan sedikit cheese diatasnya.
7- panaskan oven dengan suhu 170c dan bakar mangkuk roti selama 15 ke 20 minit hingga bahagian keliling roti keperangan.
8- Hidang lah semasa panas untuk menikmati creme cheese yang lazat (jangan sampai melecur lidah ya).

                                                                         happy cooking  

Sunday, January 27, 2013

Tuna Mini Bun


Salam hari minggu.Esok sehari lagi cuti...best juga kan??
Pagi ni mengidam nak makan roti, so P.Ros godek tuna mini bun ni. Sedap dan tak puas makan pulak rasanya sebab kecik-kecik agaknya.Mari la tengok jika sudi ya.

Bahan-bahannya
* 2 1/2 cawan tepung
* 1 1/2 sudu besar yeast mauripan
* 1 sudu besar penuh shortening
* 1 sudu kecil gula dan 1/2 sudu kecil garam
* 200 ml air suam
* 1 sudu kecil bread imrover
* 1 biji telur yang dikacau sedikit dan gunakan dalam 5 ke 6 sudu
* Parutan cheese secukupnya.
Bahan Inti
* 1 tin tuna chunk
* 4 sudu kecil mayonnaise
* 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
* sedikit serbuk lada putih
Campur semua bahan dan kacau hingga sebati.

Cara menyediakan
1- campurkan yeast dan air suam dalam mangkuk dan biakan kan dalam 10 minit.
2- Masukkan semua bahan kering kedalam mangkuk.Masukkan shortening dan ramas semua baham.
3- Buat lubang ditengah dan tuangkan campuran yeast.Gaul semua bahan sambil dimasukkan telur sesudu-sesudu sambil menguli hingga bahan menjadi doh yang lembut dan tak melekat ditangan.
4- Terus mengulibahan hingga menjadi lembut dan biarkan dalam 1 jam atau doh kembang sekali ganda.
5- Bila doh dah kembang,tumbuk doh dan uli sekejap. bahagikan doh menjadi dua bebola lembut.Ambil sekeping doh dan canai hingga menjadi agak nipis dan letakkan inti diatasnya serta tabur parutan cheese..Gulung doh dengan kemas dan potong menjadi kepingan yang kecil (buat seperti membuat cinnamon roll)
6- Ambil sekeping potongan roti dan letakkan dalam kertas muffin dan tekan sedikit. Paipkan mayonis diatasnya.
7- Buat proses yang sama untuk doh yang kedua.
8- Panaskan oven dengan suhu 180C dan bakar roti hingga kuning keperangan selama lebih kurang 20 minit.


                                                         happy cooking  

Saturday, January 26, 2013

Lemak Kuning Pucuk Paku.

Salam untuk semua.
Semalam P.Ros masak lemak kuning pucuk paku bersama udang.  Sedapnya masakan kampung begini.Rasanya ini lah kali pertama memasak gulai kuning pucuk paku ni sebab tak ada permintaan kat rumah ni.
Semalam cuba memasaknya sebab terigin sangat nak makan.Memang sah tak ada orang nak makan...tapi surprise.... my litte laling enjoyed it very much.My laling makan kuah aje dan dua dara tak menjamahnya langsung.   Me...of caurse makan sampai habis nasi 3 pinggan...Tak pa simpan je resepi ni..mana tau dara2 tu dah berkahwin dan beranak-pinak nanti dapat suami yang nak makan sayur kampung kan tak tau nak masak pulak.Ni mama dah tulis resepinya ya nak..
Bahan-bahannya
* 2 ikat pucuk paku
* 2 ke 2 1/2 cawan santan
* 15 ekor udang
* 4 ulas bawang merah bersaiz agak besar
* 4 biji cila padi(tambah jika suka)
* sedikit kunyit hidup atau serbuk kunyit
* segengam udang kering
* garam gula secukup rasa
Cara-caranya.
1- Mesin bawang,cili, kunyit dan udang kering hingga hancur
2- Basuh bersih udang dan buang kulitnya.
3- Panaskan santan bersama bahan yang dimesin tadi. Kacau jangan berhenti takut nanti santan berketul.
4- Bila santan dah mendidih sedikit masukkan pucuk paku yang dah dipotong dan dibasuh bersih.Kacau sebentar.Masukkan pula udang dan masak hingga pucuk paku menjadi layu dan udang bertukar warna.
5- Tambah garam atau bahan perasa yang hendak digunakan.Kacau sebentar dan tutup api.Siap untuk dihidang.
                                                                    happy cooking  

Monday, January 21, 2013

Muffin Coffee Blueberry




Salam untuk semua.
Hujan renyai-renyai kat luar dan kami baru lepas makan malam. Mungkin disebabkan hari hujan teringin pula mengunyah sesuatu sambil nonton TV.
Langkah diayun kedapur dan terlintas nak buat sesuatu berasaskan kopi. Maka Lahir la resepi yang mudah dengan hanya mengunakan apa-apa saja  bahan yang kebetulan ada didapur. Lembut dan sedap...
Sanbil menikmati muffin dan menonton TV hati terasa gundah memikirkan kehilangan seorang budak lelaki cina berumur 6 tahun. Sedihnya hati kedua ibu bapa malah william yang masih kecil yang dipisahkan secara demikian. Hati terasa gelisah memikirkannya mungkin kerana kejadian berlaku hanya seberang jalan dari terletaknya tadika P.Ros.
Minta dipelihara semua anak-anak ditadika kami. Takut memikirkan yang The Walking Devils berkemungkinan lalu lalang di tadika kami untuk mencari mangsa untuk diculik.Selisih malaikat....Ya Allah selamatkan semua anak-anak kecil kami yang belum mengerti akan kekejaman dunia ini.
Update: muffin dah habis makan 3 biji....

Bahan-bahannya
* 125 gr butter
* 100 grm gula perang
* 150 grm tepung gandum
* 3 biji telur gred A
* 1 sudu kecil coffee emulco
* 1 sudu kecil chocolate emulco
* 2 sudu besar sour cream
* 1/2 sudu kecil baking soda
* blueberry pie filling secukupnya 


Cara-caranya
1- Putar butter dan gula perang hingga kembang dan gebu. Masukkan telur sebiji-sebiji dan putar hingga semua bahan sebati.
2- Masukkan pula sour cream dan kopi emulco + coklat emulco.Pukul lagi,
3- Masukkan gandum yang telah dicampur dgn baking powder dan pukul sekejap.
4- Gunakan spatula dan kacau dan balikkan adunan hingga semua bahan betul-betul sebati.
5- Masukkan adunan kedalam cawan muffin pilihan masing-masing.Masukkan separuh mangkuk sahaja.
6- Kemudian letakkan pula sesudu kecil blueberry pie filling dan seterusnya masukkan sesudu lagi adunan kedalam mangkun muffin untuk menutup inti.
7- Panaskan oven dgn suhu 160C dan bakar muffin selama 15 minit.
                                                                        happy cooking  



Saturday, January 19, 2013

Testing...testing


Salam. 
Testing buat coklat mengunakan mold yang baru dibeli. Memang tak cantik dan memerlukan kesabaran untuk membuatnya.Keadaan cuaca juga memainkan peranan penting.Lagi pun  P.Ros tak pernah masuk mana-mana kelas belajar buat coklat secara resmi.
Cuma belajar dialam maya dan teruja untuk mencuba dan membuat secara suka-suka jika ada keramaian untuk anak-anak buah.Nak kena practice lebih banyak lagi ni.

Gambar diletak hanya untuk suka-suka dan untuk tatapan sendiri aka syok sendiri. 



Thursday, January 17, 2013

Grilled Salmon


Salam untuk semua.
Pagi sabtu lepas 1 of my staff came to see me with a packet of salmon..Wah ada lima keping besar-besar..dalam hati,mahal ni...tapi bila ditengok harganya ..wah memang murah dan berbaloi-baloi membelinya.Thank you Ranee for the fish.
So I made this simple and nice grilled salmon served with french bean and baked potato for our Saturday lunch.

Cara menyediakan ikan
* 5 keping ikan salmon
* 1/2 sudu kecil garam
* 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
* 2 sudu minyak zaitun
- Basuh bersih ikan salmon dan keringkan airnya. sapu garam dan lada hitam pada kedua-dua belah ikan. renjis minyak zaitu dan sapu rata pada ikan.
- Panaskan non-stick pan dan grille salmon sampai masak dikedua belah permukaan dan kultnya agak garing.Angkat dan balut dengan foil sebelum sedia untuk dihidang.
Bahan Sos
* 2 sudu besar tepung gamdum.
* 1 1/2 ke 2 cawan susu segar (bergantung pada kepekatan sos yang diingini).
* 2 sudu besar butter
*1 sudu kecil mixed herb
* 1/2 keping kiub pati ayam
* secubit garam jika perlu
* Perahan sedikit lemon (jika suka)
Cara
1- Panaskan butter dan goreng bawang putih yang telah dipotong halus.
2- Masukkan tepung gandum dan kacau hingga tepung agak masak.
3- Tuang susu dan kacau hingga mendidih.masukkan mixed herb,pati ayam dan secubit gara,
4- Kacau hingga kuah pekat dan perah sedikit sos lemon.Siap untuk diangkat dan dihidang bersama ikan yang digrilled tade.



Tuesday, January 15, 2013

Cappuccino Brownie Cheesecake


Salam untuk semua.15 January  adalah harijadi puteri sulung P.Ros.Dah besar-besar ni tak ada party yang gempak atau sewaktu dengannya.Pasal kek pula jangan la dibuat apa2 yang bericing atau berkrim. Nanti tak ada sapa yang nak menjamahnya.
Puteri sulung ni memang coffee lover.So haruslah kek harijadinya berperisa coffee. Cappuccino brownie cheesecake yang sedap ni dicopy paste dari blog Zarin dengan sedikit perubahan.
Untuk anak mama, thank you dear for being a good girl. My life will not be so easy without you around. And thank you for being a wonderful sister to Hana. May god bless you all your life.Mama love you very much.


 Now  the recipe from here .
Thank you Zarin from cherryonacake for the lovely recipe.

150 gm butter
125 gm dark semi sweet chocolate
3 eggs, lightly beaten
1 1/4 cups sugar (P.Ros used 1 cup)
1 tsp vanilla
1 cup plain flour
1/4 cup cocoa powder
2 tbsp instant coffee granules (P.Ros used 2 tablespoon cappuccino paste)

1/2 cup of walnuts, chopped (P.Ros used almond chop)

Over a double boiler of simmering water, melt the butter and chocolate. Once melted take it off the heat and add in the eggs, sugar and essence. Mix well. Add the flour, cocoa and coffee granules. Stir with a spatula and fold until just mixed and no flour remains visible. Add the walnuts. Mix them in. Pour into an 8 inch removable bottomed pan that has been buttered and floured. Bake in a pre-heated oven of 150 C for about 20 to 25 minutes or until the top is quite firm but not too firm.

Note : You will not need the whole batch of brownie mix. Leave about 1/2 to a cupful of mixture behind. You can bake the extra in cupcake cases later (P.Ros used the whole batch of brownie mix)

TIP : When the brownie bottom is done you will notice that the top would have puffed up a little making a very slight dome. Don't worry. Just take it out of the oven and let it cool so that it settles down and the surface will level itself ready for the cheese layer.


The Cheesecake : (P.Ros made only 1/2 of this recipe)
500 gm cream cheese
2/3 cup castor sugar
1 tsp vanilla essence
4 eggs, lightly beaten

Cream cheese in a mixer until smooth. add the sugar, essence and continue to beat until smooth. Add the eggs a little at a time until well mixed. Pour batter over the brownie bottom and bake in 170 C oven for 40 -45 minutes or until the top of the cheesecake feels firm and is a lovely golden brown, amber almost. Turn off the oven an allow to cool in the oven with the oven door slightly ajar so that the cheesecake will not crack. (P.Ros used  the top heat only during this proses but make sure that the brownie layer is already totally cooked)

Note : I allowed the cake to cool a few hours before removing.

TIP : There is no need for a water bath with this recipe. The cheesecake cooks beautifully without it.

TIP : As I did not want the brownie layer to be over baked I padded a baking tray with some newspapers and placed the cake tin on top.The paper gives the brownie some insulation from the heat so that it does not overcook.

* Untuk hiasanP.Ros gunakan coklate putih dan milk coklate dan hias la sesuka hati.
                                                          happy cooking  

Sunday, January 13, 2013

Chocolate Oreo and Iman's b-day



Salam pagi minggu untuk semua. Pagi minggu yang agak nyaman kerana hujan yang turun dari subuh tadi. Terpikir dalam hati apa yang sedap dimakan untuk sarapan  dihari hujan.Teringat masih ada sedilkit beras pulut didapur, ada juga kelapa parut putih dan ikan kering gelama 3 keping.Oooo bestnya pulut gaul kelapa dan ikan kering. So itu la sarapan P.Ros untuk pagi ni.Tapi terpaksa juga buat popia goreng yang diminta little laling untuk sarapannya.
Tapi hari ni  bukan nak letak resepi pulut atau popia sebaliknya cerita pasal oreo coklat yang dibuat untuk harijadi my niece semalam.Masih teringat 3 tahun lepas P.Ros order 50 biji coklat oreo untuk hari jadi little laling dan dalam masa 2 tahun jadi food bloger dah pun berjaya membuatnya sendiri.
Itu la kebaikan berkawan dialam maya.Masing-masing tak loket berkongsi ilmu masakan .Siapa setuju???? 2nd mission nak cuba buat kek barbie doll macam yang kat atas tu sebelum tiba harijadi little laling June nanti.
Untuk harijadi Iman semalam P.Ros sediakan coklat oreo, coklat marshmallow dan baked potato.
Habis licin semuanya.Yang penting B-day girl happy and we all had fun.....


Untuk hari jadi little laling yg ke 5 P.Ros order 50 biji coklat oreo...


dan untuk harijadi cousin nya semalam little laling sendiri yang sibuk didapur menyediakan coklat oreo tu...betapa cepat masa berlalu....


Resepi  coklar oreo pernah letak kat sini



2nd mission nak cuba buat kek barbie ni.....

The cousin sisters...which is also BFF.....



Sunday, January 6, 2013

Sandwich Bagel


Salam pagi minggu untuk semua.
Kesibukan ditadika yang telah agak reda sedikit membolehkan P.Ros spend lebih banyak masa didapur dan sememangnya ianya merupaka terapi stress yang paling best bagi P.Ros.
Bagel disapu cream cheese atau scone panas bersama butter memang kesukaan P.Ros semenjak anak dara bahana pernah tinggal di US pada satu masa dahulu....dah lama bercadang nak buat bagel. Hari ni dah nekad nak buat sandwich bagel yang boleh dijadikan brunch.
Resepinya diambil dari MYResepi dan filling sausage bawang besar adalah ilham sendiri.mulanya nak letak chicken meatloaf tapi rupanya stock tak ada dalam ice box. Yang ada cuma sausage yang tetap sedap bila di caramelise bersama bawang besar. Dijemput mencubanya ya.Cuma kalau keluarga kecil boleh lah dibuat separuh adunan sahaja.

Bahan-bahan (dapat 14 biji)
* 15grm yeast mauripan
* 2 sudu makan minyak masak
* 500 grm tepung roti atau tepung gandum
* 2 sudu teh garam
* 50 grm gula caster
* 250 ml air suam
* 1 biji telur (untuk egg wash)
Cara menyediakan
1- Satukan yeast dan air suam dalam mangkuk dan masukkan minyak masak.Biarkan sebentar.
2- Dalam mangkuk besar campurkan tepung bersama gula dan garam dan kacau rata.Buat lubang ditengah dan tuang bancuhan yeast.Uli adunan dalam 10 minit hingga menjadi sebiji bola besar yang tak melekat ditangan (sekiranya doh agak keras tambah sedikit air bersama minyak dan teruskan mengadun).
3- Tutup mangkuhk doh dengan kain lembab dan biarkan naik 2 kali ganda.
4- Setelah doh naik tumbuk sedikit dan jadikan 14 biji bebola kecil(angaran 60 grm setiap 1). Letak bebola doh diatas dulang yang ditabur dengan tepung gandum.Buat lubang ditengah doh mengunakan jari dan tutup dulang dengan kain lembab hingga doh naik sekali ganda.
5- Panaskan air hingga mendidih dan masak bagel selama 1 minit didalam air mendidih tadi.Balik dan angkat.
6- Sementara menuggu bagel sejuk sedikit Panaskan oven dgn suhu 200C dan sapukan telur diatas bagel yang telah sejuk.Taburkan sedikit bijan.
7- Bakar bagel hingga perang dan hidang semasa suam.

Inti sausage dan bawang besar
 Potong bulat dan nipis 4 batang sausage. Hiris halus 3 biji bawang besar.Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang hingga layu.
Bila bawang telah layu masukkan sausaga dan kacau rata. Taburkan sedikit serbuk lada hitam dan secubit garam.masak hingga bawang dan sausage bertukar perang (caramelise). 

Cara menghidang bagel
1- Potong bagel dibahagian tengah menjadi 2 bahagian dan sapukan creme cheese pada bagel ( boleh dimakan bersama creme cheese saja jika suka). 
2- Letakkan daun salad dan sekeping potongan tomato. Letakkan pula sausage dan bawang besar yang digoreng tadi sebanyak yang disuka.Tutup bahagian atas bagel dan siap untuk dihidang seperti menghidang sandwich.

                                              happy cooking  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info