Mereka yang sudi.......

Friday, November 30, 2012

Chewy Goey Brownies

 
Salam untuk semua. Dah makan malam???
Hari terakhir di bulan November,cepat sungguh masa berlalu kan??? Resepi terakhir dibulan November,chewy goey brownies yang memang sedap dihidang untuk minum petang. Peminat choclate harus lah mencubanya.
Tapi untuk hari ni tak letak kekacang didalam brownie ni. kalau ikut preference P.Ros lebih suka jika diletakkan walnut didalamnya. Walau pun tampa walnut,rasanya tetap sedap.
Ini adalah resepi ulang tayang ya.


 Resepi asal dari Along Roz Home Kreation
 Bahan-bahannya
125g Butter*
200g Chocolate* (* melted & mix together)
3 Eggs
145g Brown Sugar
1 tsp VE
45g Flour**
50g Coco Powder** (** sifted together)
50g chopped Nuts (I skipped)

METHOD:
1. Beat eggs, sugar  VE until sugar is dissolved.
Add in melted chocolate & butter.
Add in flour & cocoa mixture.

Add in nuts.

2. Line tin with non-stick baking paper extended over the 2 sides.
Bake at 160C for 45 min.



                                                                     happy cooking

Monday, November 26, 2012

Pratha Gulung



Pratha gulung yang memang dah selalu buat dan jadi fovourite anak-anak. Intinya boleh dipelbagaikan dan diubah-ubah.Tetap sedap.
Resepinya disini. sebab malas nak buat tayangan ulangan ya....



                                                                      happy cooking


Sunday, November 25, 2012

Blueberry Crepe vs Durian crepe


 
Salam untuk semua.
Rasanya tak dapat nak ditepis tempias crepe durian yang terhangat dipasaran ni...Sebelum musimnya habis(macam musim haji yang kapal akhirnya 28 hb ni) maka haruslah dicuba membuatnya.
Dibuat untuk makan sendiri,jauh sekali untuk berbisnes sebab tak mungkin ada yang nak mengodernya selepas tengok tayangan tayangan gambarnya nanti. Minta maaf la kerana cara lipatan yang memang tak dapat kelulusan sirim.
Tapi  crepe hari ni sebenarnya  inti bleuberry filling sebab anak dara tak suka makan durian.Dah buat crepe durian minggu lepas cuma mak dara pak dara dan sidara  kecil saja yang memakannya.Gambar pun tak sempat ambil sebab excited nak makan.
So hari ni buat la inti blueberry agar yang tak makan durian juga tak kempunan nak makan crepe..sila la layar jika sudi...
sambungan cerita....
seminggu selepas buat blueberry crepe ni sekali lagi kita buat durian crepe dan sempat lah posing sikit..maka tambah gambarnya untuk tatapan anak2 nanti.Lagi pun adunan crepenya tetap sama, cuma inti durian crepe mengunakan non-dairy cream yang dipukul kental dan dimasukkan juga isi durian sebelu dilipat.
 

Resepi crepe yang diambil dari dapur Izah tokeh crepe durian yang tersohor tu ya. Thank you Izah dan tuan asal resepinya.Resepinya memang sedap walau pun dah dibuat perubahan kecil(telur ada 3 biji je).
 
DURIAN CREPE
(utk tuan resepi asal boleh rujuk link di atas)

Bahan2:
3 sdt gula halus
3 sdt tepung ubi
*izah campurkan sedikit tepung jagung
1/2 sdt tepung gandum
1/2 sdt butter - dicairkan
4 bj telur - dipukul sikit (Puan Ros guna 3 biji telur bersama 3 sudu kecil fresh milk)
95 ml air
1 st vanila esen



Cara2:
1) satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum dan tepung jagung.
2) masukkan butter yang dicairkan.
3) pukul sedikit telur. campurkan dalam bekas tepung.
4) masukkan air.
5) panaskan non-stik pan.
6) tuang sesenduk. gelek non-stik pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tidak tlalu tebal. masak 1 pmukaan saja.

filling (buatan sendiri)
Kocok secawan non dairy cream hingga kental.
Ambil sekeping kulit crepe dan letakan 1 1/2 sudu besar krim diatasnya,kemudian letakkan pula 2 sudu kecil bluberry filling.Letakkan 1 sudu besar lagi krim diatas blueberry dan ratakan sedikit.Lipat kemas crepe tadi. Simpan dalam peti sejuk hingga sampai masa nak memakannya.


                                                       happy cooking

Saturday, November 24, 2012

Tangy Lemon Chicken


Salam untuk semua.
Resepi makan malam yang simple dan dibuat beberapa hari yang lalu.Mencuba dengan sedaya upayanya untuk mengingati resepinya kerana sudah menjadi kebiasaan kalau memasak main campak-campak saja. Oleh kerana resepi2 ini ditulis untuk rujukan anak2 dibelakang hari nanti makanya resepi ini harus la ditulis juga.
Resepi ini bagi setengah orang mungkin sedikit masam ,Tapi bila ditanya anak2 dan suami, jawab mereka " ok..I like it ".Sapa-sapa yang tak suka masam boleh lah kurangkan jus orenya ya.

Bahan-bahannya
* 1 keping dada ayam bersaiz besar 
* jus dari 1 biji lemon
* 2 sudu besar tepung beras
* 2 1/2 ke 3 sudu besar gula
* 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
* Garam secukupnya
* 2 ulas bawang putih
* sedikit serbuk lada putih
* 1 cawan minyak masak 

Cara Memasak
1- Ayam dibersihkan dan dipotong menjadi kepingan nipis dan bersaiz kecil.Perap ayam bersama garam kunyit,serbuk lada putih dan tepung beras selama 10 ke 20 minit.
2- Panaskan minyak masak dan goreng ayam hingga garing ( Goreng sedikit-sedikit bukan sekali gus).
3- Bila semua yam dah digoreng buang minyak dan tinggalkan dalam 2 sudu minyak dalam kuali yang sama.Tumis bawang putih hingga garing.
4- Masukkan jus lemaon dan gula.Kacau hingga sos mendidih dah kelihatan sedikit pekat. 
5- Masukkan ayam yang digoreng tadi dan kacau rata.Boleh ditamnag sedikit gula jika rasanay terlalu masam.
Sedap dimakan bersama nasi panas.

                                                                                     happy cooking

Tuesday, November 20, 2012

Apple Struessel cake yang ke ??????


Salam malam.Kek ni dibuat malam tadi, untuk dessert selepas makan malam. Bukan la rajin sangat nak buat dessert2 ni,tapi dah jadi kebiasan dan habit budak2 ni, especially my 1st princess. Dia mesti nak makan dessert selepas dinner dan kalau tak ada apa-apa...simama pun jadi runsing apa dia nak makan lepas dinner nanti.Lagi pun penat balik kerja,biar lah dia makan dengan hati yang puas.
Kek ni baru keluar dari oven dia dah bertanya, "mama can I cut the cake????"..."silakan-silakan memang i baked it for you..." sebenarnya kek ni juga kegemaram my laling and me because of the coffee taste. Setiap kali membuat kek ni akan ada sedikit perubahan. Kali ni P.Ros guna 2 biji apple Grany Smith yang bersaiz besar,jadi jumlah applenya  lebih sedikit dan kek menjadi lebih lembab.Lagi sedap dan moist setelah disimpan semalaman dalam peti ais.


Resepinya disini   or  disini

 Kali ni P.Ros gunakan gula merah untuk crust kat atas kek ni...dan lebihkan sedikit coffee pastenya...emmm heaven.........
                                                   happy cooking

Saturday, November 17, 2012

Pleated Tuna Bread

Salam sabtu.Roti ni dibuat untuk sarapan pagi tadi. Memang puas hatikan  bila makan roti yang panas-panas dari oven dan dari airtangan sendiri. Dah agak lama juga tak meroti.
Pagi tadi teringin pula nak makan roti dan lama tak buat roti berpintal-pintal ni.Ada 1 tin tuna, maka jadi lah roti pintal tuna ni.Dapat 6 batang.Tak payah nak berebut.Sapa bangun cepat dapat makan yang panas-panas.Mana-mana yang bangun lambat tu makan la yang sejuk atau panaskan semula dalam oven. Tapi roti ni memang lembut sampai kepetang. Resepi yang sama diulang-ulang. Sila jamu mata ya.
Bahan-bahan untuk roti
  250 gram tepung roti 
 20 gram gula halus 
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
1/2 biji telur (Pecahkan sebiji telur dan kacau sedikit,gunakan lebih kurang separu saja)
6 gram instant yeast
25 g shortening
125 ml air suam 
 
Bahan untuk inti
1 tin tuna
4 sudu kecil mayonnaise
1/2 biji bawang besar potong dadu
campur semua bahan hingga sebati

Cara menyediakan doh
1-Masukkan yeast kedalam air suam dan biarkan sehingga berbuih.
2- Dalam mangkuk, campurkan tepung dan semua bahan lain.Ramas sebati.Tuangkan bancuhan yeast kedalam adunan dan uli hingga menjadi adunan yang lembut dan sedikit lembik.(P.Ros uli adunan mengunakan tangan dan putar adunan mengikut putaran jam, putar hingga adunan tidak melekat ditangan.Sekiranya adunan agak lembik taburkan tepung dan terus menguli adunan dengan terus memutar adunan tadi hingga siap).
3- Tutup mangkuk adunan dengan tuala dan biarkan sehingga kembang sekali ganda.
4- Bila adunan dah kembang,tumbuk sedikit untuk keluarkan angin dan bentuk menjadi sebiji bola besar.
5- Dari sebiji bola besar bahagikan kepad 6 biji bebola kecil (lebih kurang 100g setiap biji)
6- Ambil sebiji bebola kecil tadi dan canai menjadi nipis dan memanjang.Kelar kedua-dua belah roti seperti dalam gambar dan letakkan bahan inti ditengah.
7- Lipat roti berselang seli. Buat hingga siap semuanya.
8- Sapu permukaan roti dgn kuning telur dan taburkan sedikit bijan diatasnya.
9- Bakar roti dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 15 ke 20 minit.
10- Hidang roti panas-panas bersama secawan roti atau kopi panas.

                                                                 happy cooking

Thursday, November 15, 2012

Donut Berlauk


Salam maal Hijrah untuk muslimin dan muslimat semua.
Pagi ni buat donut berlauk.Asyik makan yang manis-manis, buat yang savoury pulak la ya. Sedap dimakan begitu saja atau bersama chili so.
My laling kata.".mama put  a bit of minced beef and cicah sambal,I think will be very nice! " cicah sambal pulak dah????laling..laling...makan tak ada sambal memang tak boleh.....But i made this for breakfast la ling!!! takkan nak cicah sambal dan minum kopi pagi-pagi ni??????Layan je la la kawan-kawan ya..tang dia nak cicah sambal tu,kita simpan la dua biji untuk dia.

Bahan-bahannya /Ingredients                                           
* 4 biji telur   
- 4 eggs                                                     
* 1 cawan susu segar atau krim    
- 1 cup fresh milk or cream                                                                                           
* 1 batang carrot diparut  
- 1 grated carrot                                   
* 1/2 biji bawang besar potong dadu   
- 1/2 diced onion              
* 1 ikat bayam . 
- A small bundle of spinach                                                                                                   
* 2 batang sausage atau minced beef    
*2 pieces or sausages (cut small) or  minced beef             
* 2 sudu kecil mayonnaise 
- 2 tsp mayonnaise  
* 4 sudu kecil tepung gandum
- 4 tsp flour                              
* secubit garam dan 1 sudu serbuk lada hitam 
- A dash of pepper and salt 

Cara-caranya       :    Method
1- Basuh bayam dan celur sebentar.  Sejukkan dan perah keluar airnya dan dipotong halus.
- Wash spinach and blanched for a few minutes. Put a side to cool. Squeeze out the water and cut into small pieces.
2- Pukul telur bersama susu dan masukkan pula mayonnaise.Kacau bahan hingga sebati.
- Beat the eggs and the milk.Put in the mayonnaise and mix well.
3- Masukkan bahan-bahan sayur kedalam telur dan kacau rata dan masukkan pula gandum,kacau lagi.Tabur garam dan serbuk lada hitam , kacau sebati.
- Put in all the vegetables , flour ,salt and pepper and mix well.
4- Sapukan sedikit butter pada acuan donut dan tuang adunan telur kedalamnya.(P.Ros dapat 12 biji donut telur dan lebihannya dimasukkan dalam 1 mangkuk remekin)
- Buttered the donuts mold and pour in the eggs mixture. (This will give you about 12 pieces of egg donuts and the balance can be pour in the small ramekins)
5- Bakar donut telur dalam oven yang berkepanasan 180C selama 10 ke 15 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dipicit sos cili diatasnya.Siap untuk dihidang.
- Bake the egg donuts in the hot oven (180C) for about 10 to 15 minutes. Cool and pipe the chili sauce on top and donuts is ready to be serve.


                                                                   happy cooking

Wednesday, November 14, 2012

Chocolate Mousse Cake In A Jar



Salam untuk semua. Kek in a jar yang memang dah habis musimnya, sebab sekarang ni orang sibuk dok buat durian crepe.
Tapi seperti biasa kita selalu ketinggalan bas bercampur dengan tak berapa suka nak bersesak-sesak,makanya baru sekarang terbuka pintu hati nak mencuba cake in a jar ni.Untuk permulaan P.Ros memilih non-bake cake in a jar kerana lebih mudah untuk  menyenangkannya. Dan yang paling best boleh guna jar plastik.
Chocolate Mousse Cake yang memang sedap dimakan sejuk-sejuk.....buat 5 jar, so dapat la makan 1 seorang. Resepi dari dapur nun jauh di Singapore.Thank you  tested and tasted.

Chocolate Sponge - Ingredients: 
 Recipe copy paste from 
Bahan chocolate sponge kek
80 gr Boiling water          80 gr air panas mendidih
20 gr Cocoa Powder          20 gr serbuk koko
20 gr Sugar                         20 gr gula
4 Egg yolks                          4 biji kuning telur
15 gr Sugar                        15 gr gula
40 gr Oil                            40 gr minyak masak
55 gr Cake four                55 gr tepung kek

3 Egg whites                       3 biji putih telur
40 gr Sugar                        40 gr gula



Method: Cara-cara
- Shift cocoa powder and sugar in bowl, then pour in the boiling water and stir well incorporated.

1-Campurkan serbuk koko dan gula dalam mangkuk dan tuangkan air panas,kacau hingga semua bahan larut dan sebati.
- Preheat oven 200 degree.

2-Panaskan oven dengan suhu 200C.
- Hand whisk egg yolks and sugar until pale. Add in oil & the cocoa mixture, mix well.

3- Pukul kuning telur dan gula dengan hand whisk sehigga warna bertukar minjadi pucat. Masukkan serbuk koko dan minyak dan kacau lagi hingga semua bahan sebati.
- Fold in cake flour until combined.

4- Masukan tepung kek dan kacau sebati.
- In separated bowl, whisk egg white until foamy, add in 40gr sugar, whisk until stiff (soft peak).

5- Dalam mangkuk berasingan pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan gula dan pukul lagi hingga mendapat soft peak.
- Pour 1/3 egg white mixture into egg yolk-flour mixture and mixed well, then pour this into the rest of the egg white and mixed well.

6- Masukkan 1/3 adunan telur putih kedalam adunan kuning telur dan kacau hingga sebati.kemudian masukkan semua bahan kedalam adunan telur putih dan kacau hingga semua bahan betul-betul sebati.
- Pour into tray (12"x12"x1") and bake for 10-15 mins.

7- Tuang adunan kedalam loyang (12"x12"x1") dan bakar selama 10-15 minit.
- Leave to cool on a wire rack

8- Sejukkan diatas wire rack 
 
Mousse - Ingredients: bahan untuk mousse
150 gr Chocolate                     150 gr chocolate masakan
50 gr Whipping Cream              50 gr whipping cream

45 gr Boiling Water                45 gr air panas mendidih
10 gr Gelatin                            10 gr serbuk jeli     
15 gr Sugar                               15 gr gula

200 gr Whipping Cream         200 gr whipping cream

Method: Cara-cara
- Chocolate Cream: Using double boil method, heat the whipping cream until hot (no need boil), add in Chocolate
stir until well incorporated. Leave aside or until cool.
1- Chocolate Cream: Panaskan whipping cream mengunakan double boiling method, campurkan choclate dan kacau hingga chocolate larut ,kacau rata dan sejukkan.
- Mix gelatin, sugar in the boiling water, stir well until gelatin dissolved. Leave aside to cool.
2- Larutkan serbuk jeli dan gula bersama air panas, kacau dan biarkan sejuk.
- Whisk fresh cream at high speed until stiff.
3- Pukul cream dengan kelajuan tingi hingga kental.
- Mix chocolate cream with gelatin mixture, stir well before pour into the fresh cream, stir until incorporated.
4- Campurkan chocolate cream denag larutan jeli dan kacau rata.Masukkan semua bahan kedalam cream yang dipukul tadi dan kacau sebati.


Assembly: Cara menyusun kek dalam jar
- Cut the chocolate cake using round cutter (dia 5cm), then wrap in with plastic to make a circle.
1- Potong kek dgn mengunakan cutter berbentuk bulat (Puan Ros guna mulut jar itu sendiri)
- Pour the chocolate mousse by piping it onto the cake, then add another layer of cake, continue with another layer of mousse.
2- Pipekan chocolate mousse dan sekeping kek dan ulang proses yang sama hingga jar penuh.
- Decorate the top with melted chocolate
3- Hias bahagian atas kek denagn cooking chocolate yang dah dicairkan boleh hias sesuka hati.. 
- Chill in refrigerator till set. 
4 Sejukkan didalam peti ais sebelum dihidangkan.
Selamat mencuba...memang sedap dan nyaman anak tekak makan kek dan mousse yang sejuk
                                                                   happy cooking




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info