Mereka yang sudi.......

Friday, August 31, 2012

Selamat Hari Merdeka

 

Anak-anak P.Ros menyambut merdekaraya ditadika semalam. Sukanya mereka dapat pulang dgn lukisan bendera dimuka dan menjamu selera dengan juadah hari raya yang dimasak ibu-ibu mereka.Gambar-gambarnya boleh dilihat disini.
Selamat hari merdeka untuk seluruh rakyat Malaysia.Berbangga la kita dapat menjadi rakyat 1Malaysia.
Merdeka.....Merdeka....Merdeka......    

                                                                                Love



Sunday, August 26, 2012

Kek Gulung kasih


Salam untuk semua.Salah satu juadah kek pada raya pertama.Resepi dari Dayang Jack. P.Ros gandakan adunannya.Thank you Dayang.Akak copy paste resepinya dan diminta halalkan sempena raya ni ya. 

Kek Gulung Kasih
Rujukan resepi: Dayang jack

        bahan-bahan:
  • 70 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • Pewarna merah, hijau dan kuning
cara-cara :
  1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega. 
  2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu. 
  3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula. 
  4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau. 
  5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
  6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
  8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri. 
  9. Gulung kek dengan kemas. 
  10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan.
  11.                                                               happy cooking
     

Friday, August 24, 2012

Salam Lebaran



Setelah lebih seminggu tak update blog,rindu sungguh rasanya. Maka ku hidangkan gambar2 raya pertama dan kedua untuk hidangan hari ni...Raya pertama di KL dan raya ke2,3 dan 4 dirumah bonda dikelantan.




















Happy Raya every one.

Thursday, August 16, 2012

Salam Aidil Fitri

Salam Aidil Fitri untuk semua rakan-rakan blogger yang disayangi. Kita akhiri N3 SinaranMenu dengan kad ucapan ni ya untuk bulan Ramadhan ni.
Diucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf zahir batin untuk semua yang sudi berkunjung. Terima lah sekeping kad raya ni melalui alam maya untuk anda semua ya.

Thursday, August 9, 2012

Biskut Donut / Chocolate Chips Cookies

Salam Ramadhan untuk semua. Wah dah lebih seminggu rasanya tak berblog.Kesuntukkan masa dibulan puasa ditambah kemalasan mengadap PC memang tahap kronik...
Sebenarnya setiap hari P.Ros masak dan alahai malasnya nak angkat kamera dan snap gambar makanan-makanan tu..
Malam ni gagahkan tangan untuk mengedit gambar 2 jenis biskut ni untuk tatapan anak2 dikemudian hari. Dua jenis biskut yang diambil resepinya dari sini dan sini.Thank you Naz cute oven small kitchen dan Fiza Damia untuk biskut chocolate chips tu dan thank you juga pada Ita masam manis dan Kak1 citarasawan untuk resepi biskut donut tu.

 


BISKUT DONUT / SNOW WHITE COOKIES 
 Rujukan : Resepi Citarasa Wan dan Blog Masam Manis

Bahan A

150 gm mentega
30 gm shortening
100 gm gula caster
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh emplex

Bahan B

200 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
30 gm nestum ~ dikisar
3 sudu besar susu tepung

Hiasan

Coklat masakan putih (P.Ros guna Chocolate masakan putih dan pink perisa strawberry)
Manik berwarna warni


Satukan bahan A dan pukul hingga sebati
Masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh
Canai doh dan terap dengan acuan berlubang berbentuk donut
Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 20 minit atau sehingga biskut masak sempurna
Setelah masak susun atas redai hingga sejuk

Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler

Celupkan sebelah permukan biskut
Taburkan manik
Tunggu coklat mengeras dan simpan dalam bekas kedap udara .



BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS (HOME MADE)
Sumber Resepi: Fiza Damia 
                           Naz's Cute Oven Small Kitchen

Bahan-bahan ayak :
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam
Bahan-bahan lain :
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional
  • Cara-cara :
  • Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  • Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  • Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  • Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  • Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.  Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  • Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  • Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
  •  
                                                     happy cooking

Wednesday, August 1, 2012

Tauhu Udang


Salam Ramadhan untuk semua.
Tauhu udang yang pastinya dimasak setiap kali bulan puasa.Sebab selain dari dimakan dengan nasi.ianya juga sedap dikan seperti memakan cucur udang dan resepi-resepi yang seangkatan dengannya.
Seperti biasa bulan puasa ni sebenarnya malas nak menaip panjang-panjang.Maka kawan-kawan yang budiman sila la semak resepinya kat sini ya.
                                                       happy cooking
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info