Mereka yang sudi.......

Sunday, July 29, 2012

Jambalaya

Salam Ramadhan.
Jambalaya dimasak untuk hidangan buka puasa semalam. Not by me....cooked and presented by my second princess. 
Papanya kata " sedap". " Can you cook nasi beriani gam next time girl????" All eyes roll up!!!!! . 
Anyway dia dah penah masak ni kat sini ,cuma kali ni kami lebihkan kunyit dan warnanya jadi lebih menarik.Daun bay juga diguna 2 keping. So kalau nak resepinya sila refer kat situ ya.
                                                                  happy cooking

Cheezy Roti Popia

Salam Ramadhan untuk semua.
Cheezy roti popia buat buka puasa malam tadi.Resepi dari dapur ibundo. Thank you la bundo.Resepinya sedap. Kita letak inti sardine,dengan potongan bawang merah dan cili padi.Sang princess kata mama ....perfect...
Bundo nak copy paste resepinya sebab malas nak tulis nih!!!! boleh ya.
P.Ros buat 8 biji je,sebab kulit popia tak banyak dan sardine pun ada 2 keping je.Cukup la untuk kami berlima.
 Bahan-bahannya
 10 keping roti sandwic gardenia atau seumpamanya
Inti karipap (P.Ros guna inti sardin + bawang + cili padi)
10 keping cheese kraft
10 keping kulit popia
2 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan air

Caranya
 -Tepung dimasukkan kedalam mangkuk dan satukan dengan air hingga sebati.  Ketepikan.
-Ambil sekeping roti gardenia, gelek nipis nipis.
-Letak sekeping cheese di atas roti.  Kemudian letak inti di atas cheese.  Gulung kemas. Buat seperti itu sehingga habis.
-Bentang sekeping kulit popia, bahagian runcing menghadap ke dada.  Celupkan roti ke dalam tepung dan letak di atas kulit popia. Gulung dan kelim di bahagian tepinya. Sapu air tepung di bahagian hujung sebagai perekat.
-Panaskan minyak dan goreng garing.

                                                                 happy cooking

 



Saturday, July 28, 2012

Home-made chocolate

Salam Ramadhan untuk semua.
Selingan dipagi sabtu, dibulan Ramadhan.Malam tadi dapat berita dari adik bongsu yang anaknya yang baru berumur 7 tahun akan menjalani pembedahan pagi ni.Kesian Nabil. Doktor menjumpai cyst pada gusinya dan 8 batang dari giginya terpaksa dibuang untuk pembedahan pagi ni.Semuga semuanya berjalan lancar.
Tengahari ni niat hati nak pergi jenguk Nabil sekejap.
Chocolate ni dibuat untuk cheer him up. Tentunya dia tak boleh makan apa-apa selepas pembedahan lebih-lebih lagi chocolate ni.Tapi tak pe ya Nabil, mama boleh simpan chocolate ni dalam peti ais dan Nabil boleh makan bila dah sembuh nanti.Gambarnya pun si Dora dan bukan Ben 10. kat sini ada little laling hana, makanya bak-bak edible image yang dibeli selalunya yang girlish punya.
cara membuat chocolate yang paling senang.
Panaskan chocolate compound secara double boiler (dlm 500grm atau sebanyak yang disukai). Bila chocolate dah cair semuanya,masukkan 1 sudu beasr chocolate kedalam mould dan letakkan sekeping biskut oreo.Letakkan 1/2 sudu lagi chocolate diatas oreo dan hentak-hentakkan sedikit mould tadi.Siap untuk disimpan didalam peti selama lebih kurang 20 minit. Keluarkan chocolate dari mould dan sapu sedikit chocolate yang masih cair di permukaan chocolate yang telah dikeraskan dan letak sekeping gambar edible image pilihan masing-masing.Dah pun siap.
                                                          happy cooking 

Wednesday, July 25, 2012

Kentang Inti Sardin

Salam Ramadhan untuk semua. Kentang inti sardin dah dibuat beberapa kali. Salah satu dari 2nd princess fovourite finger food.Yang berbeza kali ni P.Ros celupkannya dalam telur yang telah dipukul sebelum digoreng.
Lebihan telur tu digoreng dan ditabur.Memang agak sedap dengan saluran telur tu.Resepinya ada disini ya.


                                                        happy cooking

Monday, July 23, 2012

Siakap Kukus

Salam Ramadhan untuk semua.Hari ketiga berpuasa..tapi dah kehabisan idea nak masak apa???Hemmm....teringatkan dua puteri yang bekerja keras diopis tu,kesian pula.Tercari-cari resepi yang sedap tapi simple untuk dibuat,Tengok kat ais box,macam-macam ada rupanya. Hari ni turn si siakap ni,untuk menghambakan diri dimeja makan waktu berbuka nanti.
Resepinya resepi koboi je..main bantai apa yang ada..janji sedap.. tengok le daun parsly yang dilonggok atas badan ikan tu,,,tapi habis dibantai dek orang2 yang memang sedang kelaparan masa berbuka tadi...Alhamdulillah.mai jengok resepi koboi ni ya..
Bahan-bahannya
* 1 ekor ikan siakap sederhana besar
* 3 ulas bawang putih
* Halia sebesar ibu jari
* 1/2 biji bawang besar
* 3 batang serai
* 1 biji cili merah
* beberapa biji cili padi
* 2 tangkai daun pasly
*1 1/2 ketul kiub perisa tomyam
* 1 sudu kecil kicap cair
* sedikit gula
* 1 ke 1/2  cawan air 
Cara memasak 
1- Ikan dibasuh bersih dan dikelar.Lumurkan sedikit garam dan taburkan bawang putih dan halia yang telah dicincang halus.
2- Panaskan air dan kukus ikan sampai masak.Ketepikan.
3- Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang besar,bawang putih,potongan cili merah dan cili padi yang dibelah dua.Kacau sebentar dan masukkan pula serai yang dititik.
4- Kacau bahan hingga terbit bau dan masukkan 1 1/2 cawan air.Tambah kiub tomyam dan kacau hingga kiub hancur, Masukkan pula beberapa sudu air kukusan ikan tadi dan baki selebihnya boleh la dibuang (sebab takut kuah berbau hanyir kalau terlalu banyak air ikan yang digunakan.tapi pastikan bawang putih dan halia tidak dibuang).
5- Masak kuah hingga mendidih,masukkan kicap cair dan sedikit gula.Kacau sebentar lagi.Tutup api.
6-Tuangkan kuah keatas ikan hanya apabila sudah sedia untuk dimakan dan potong daun pasly dan taburkan diatas ikan tadi.(Kuah boleh dimasak awal dan panaskan semula sebelum dihidangkan).

                                                         happy cooking


Sunday, July 22, 2012

Sira Roti

Salam Ramadhan untuk semua. Ini adalah resepi nostalgia masa kecik-kecik diwaktu bulan puasa. salah satu resepi untuk berbuka yang akan dimasak oleh ibu P. Ros. Dan P.Ros suka sangat sira roti ni.Dah siap masak pukul 1 tadi dan masukkan kedalam peti ais. masa kecik2 kat kampung tak ada pun peti ais,sira roti ni tetap sedap. Sekarang je ada pilihan untuk simpan dalam peti ais sebelum dimakan.Mana yang sudi sila la cuba.
Bahan-bahannya
* 1 bantal roti yang belum dipotong (P.Ros beli di Tesco)
* 1 1/2 cawan gula
* 4 biji telur saiz besar
* 2 cawan air
* 3 helai daun pandan
* 5 biji bunga cengkih
* setitik pewarna kuning

Cara memasak
1- Masukkan gula,air, daun pandan dan bunga cengkih kedalam periuk.Masukkan juga pewarna.
2- Masak sirap hingga mendidih.
3- Potong roti menjadi kepingan sederhana besar dan celup dalam telur yang telah dipukul. Masukkan kedalam sirap yang sedang mendidih.Masukkan dalam 4 keping roti pada satu-satu masa.
4- Balik-balikkan roti tadi hingga roti nampak lembik dan sirap telah menyerap kedalam roti.Angkat roti dengan menekan keluar sirapnya dengan senduk ditepi periuk.Masukkan roti kedalam mangkuk hidangan.
5- Buat proses yang sama hingga roti habis.Akhir sekali sirap yang masih berbaki didalam periuk boleh lah dituangkan keatas roti didalam mangkuk hidangan tadi.
6- Biarkan roti sejuk seketika dan simpan didalam peti sejuk sebelum dihidang.

Brokoli Goreng

Salam Ramadhan. Dah hampir dapat 2 hari puasa kita kan??? Ini resepi malam tadi.Makan  dengan nasi dan buat kudapan depan TV waktu malam.Brokoli adalah salah satu sayuran kegemaran little laling.Jom tengok resepi.
Bahan-bahannya
* 2 ketul besar brokoli
* 2 cawan tepung gandum
* 1 1/4 cawan tepung beras
* 1/4 cawan serbuk roti
* 1 sudu besar chili flakes
* 1 biji telur
* 1 1/2 cawan air
* Garam secukup rasa dan sedikit serbuk kunyit
Cara Menyediakan
1- Campurkan semua bahan kering dalam mangkuk dan pecahkan sebiji telur.Kacau rata.
2- Masukkan air sedikit-sedikit dan kacau hingga dapat kepekatan yang bersesuaian.
3- Brokoli dipotong kecil dan celup kedalam tepung tadi.
4- Panaskan minyak dan goreng brokoli hingga garing.Angkat dan toslkan minyaknya.
5- Hidang bersama sos pilihan.(P.Ros campurkan sos cili dan mayonis )

                                        

Saturday, July 21, 2012

Gulai ikan tongkol

Salam untuk semua. Hari pertama berbuka dengan akok dan jus mangga.lauk nya pula gulai ikan tongkol,sah-sah la kita orang kelantan kan???Akok yang agak senang untuk dibuat dan gulai ikan tongkol yang juga mudah untuk dimasak.Dua resepi yang mengingatkan kampung halaman. Tapi bila kita dah punya keluarga sendiri,mereka juga perlu diutamakan. 

Bahan-bahannya
* 1 ekor ikan tongkol yang agak besar
* 4 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 2 sudu besar  penuh rempah gulai nasi dagang (ada dijual diGiant atau Mydin)
* 1 biji timun
* 2 biji cili merah
* 5 biji cili padi
* garam dan gula secukup rasa
* Santan pekat dari sebiji kelapa
 
Cara memasak
1- Ikan yang telah dibasuh bersih dan dipotong 4 direbus hingga masak bersama 2 mangkuk air. Campurkan  1 sudu garam dan 3 keping asam gelugor.Biarkan ikan terendam didalam periuk selama beberapa jam atau semalaman.
2- Blend bawang merah.bawang putih dan cili padi.Campurkan bersama rempah gulai nasi dagang. kacau rata dan masukkan kedalam periuk ikan tadi dan kacau rempah bersama air rebusan ikan.Letak periuk diatas api dan biar rempah mendidih sebentar..
3- Tambahkan santan pekat kedalam periuk.Masak hingga kuah betul betul mendidih.Masukkan pula potongan buah timun dan cili merah.Kecilkan api.
4- Tambah garam dan gula dan biar gulai masak dan sedikit pecah minyak.Tutup api dan angkat gulai.
                                                          happy cooking

Akok

Salam untuk semua.Akok bulat.....dah siap untuk buka puasa malam ni. Masih lagi panas-panas.Pernah buat beberapa kali. Memang sedap.Cuba ya. Resepi kat sini.


                                                          happy cooking

Kerabu Lemak Jantung Pisang

Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua rakan blogger dan pengunjung sinaranMenu yang disayangi.
 Dah beberapa hari tak bersiaran dek kesibukan kerja dan sedikit angin pus-pus kemalasan mengadap laptop. Kerabu jantung pisang yang dibuat 2 hari lepas. Pekena pula dgn ikan kering memang sedap la.. boleh makan nasi perpinggan-pinggan.Layar saja resepinya yang memang senang saja untuk membuatnya.

Bahan-bahan
* 1 biji jantung pisang sederhana besar
* 200 ml santan kotak
* 2 ekor ikan kembong
* 1/2 biji bawang besar
* 4 ulas bawang merah
* beberapa batang daun kesum
* beberapa biji cili padi + 1 biji cili merah
* 1 paket kecil kerisik kelapa
* Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak
1- Jantung pisang dipotong 2 dan dihiris nipis-nipis, Basuh bersih bersama sedikit garam.Ramas-ramas sedikit semasa membasuhnya.Bilas bersih selama beberapa kali.Masukkan kedalam periuk dan rebus hingga empuk.Toskan airnya dan ketepikan.
2- Ikan direbus hungga empuk dan ambil isinya. Tumbuk isi ikan bersama bawang merah dan sedikit garam dan gula.
3-Masukkan santan kedalam mangkuk tahan panas. Campurkan pula isi ikan yang ditumbuk tadi dan kerisik,.Kacau sebati.Masak santan dalam microwave  selama 1 ke 2 minit. Keluarkan santan dan sejukkan (santan juga boleh dimasak diatas dapur hingga mendidih).
4- Setelah santan sejuk, gaulkan jantung pisang dan santan tadi.Campurkan juga hirisan bawang besar cili padi,cili merah dan daun kesum.Jika perlu tambah garam atau gula.(boleh juga diperah sedikit asam limau jika suka). Siap untuk dihidang.
                                                      happy cooking

Sunday, July 8, 2012

Pavlova


Salam Ahad untuk semua. Akhirnya .....terjadi juga pavlova ni.Dari tahun  lepas berangan nak buat bila 1st time tengok kak jun dari cupcake kasih tayang pavlovanya.Lepas tu tengok kak1 dari citarasawan dan ramai lagi rakan2 bloger yang mula buat.. 2 3 minggu lepas my own dearest sister tayang anak2nya makan pavlova yang dibuatnya kat FB,dan yang terakhir nampak kat dapur Rahel. Hari ni nekad nak buat dan tara.....Resepi asal dari tok guru CMG. My laling kata sedap.....but my 1st princess kata..mama it's too sweet....so terpulang la pada citarasa masing-masing kan???? Me???? aik kita masak..kita makan...mesti la sedap...
Rahel dan Che Mat...kak Ros copy and paste dan tayang kat sini ya..  

Pavlova
Sumber:Dapur Tanpa Sempadan dan Rahel


Bahan:
4 biji putih telur (Rahel guna telur gred A)(P.Ros guna 5 biji telur gred B)
1 cawan gula halus
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanila
3/4 cawan non-dairy whipping cream-putar hingga kembang
Buah-buahan segar seperti strawberry,blueberry,peach (pilihan)

Cara:
1.Panaskan oven pada suhu 180'C,buat satu bulatan berukuran 9'' pada kertas minyak.
   Kemudian terbalikkan kertas tadi dan alaskan pada loyang pembakar (gunakan bayang
   bulatan tadi sebagai ukuran pavlova nanti).Ketepikan.
2.Putar telur hingga berbuih,guna kelajuan tinggi,masukkan gula halus sedikit demi sedikit
   hingga habis dan terus putar lagi hingga menjadi meringue yang kental dan berkilat.
   Ayak tepung jagung,kacau rata dengan spatula.
3.Masukkan esen vanila dan cuka makan,gaul rata.Tuang atas kertas minyak tadi dan bentuk-
   kan bulat dan tinggi sedikit,tak perlu kemas-kemas sangat.
4.Turun suhu oven pada suhu 130'C dan bakar pavlova selama 1 jam 20 minit,guna api atas
   dan bawah.Bila pavlova nampak pucat dan sedikit perang,matikan api oven,renggangkan
   sedikit pintunya dan biar pavlova sejuk sendiri dalam oven.
5.Bila sejuk,berhati-hati,alihkan pavlova tadi ke dalam pinggan sesuai.
6.Tuangkan non-dairy whipping cream yang sudah diputar tadi ke atas pavlova dan ratakan.
   Hias dengan buah-buahan segar seperti dalam gambar.

*Rahel isikan meringue ke dalam piping bag dan paipkan ke atas kertas pembakar sebab

  Rahel buat pavlova yang kecik*(Kak Ros pun sama...buat pavlova kecik-kecik macam Rahel)


                                                      happy cooking

Wednesday, July 4, 2012

Mochi





Salam Rabu yang tak bisu.
Mochi atau sweet rice cake dari Jepun.
Mochi...my laling kata mochi ke kuih kochi??
Kedua-duanya dibuat dari tepung beras pulut.
Setiap minggu beli Mochi di7E dalam perjalanan nak hantar little laling kesekolah sebab dia suka makan mochi for breakfast.
Hari ni nekad nak cuba buat sendiri dan si little laling makan sampai puas sebab dia sendiri yang gentel intinya.
My old laling pulak ..bila makan ni teringat dekat japenese friend dia, bila balik jepun selalu belikan mochi untuk diberi pada kawan2 kat offices.
Lepas dinner tadi dia makan lagi sebiji dan katanya eh..eh.. actually mochi ni rasanya lebih kurang sama dengan kuih kochi kan??? Pulak...betul la tu kot..kedua-dua dibuat dari tepung beras pulut dan ada inti.Cuma cara masaknya aje berlainan.
So hari ni kita pekena Mochi aka Kochi untuk minum petang ya.

Resepi copy paste from here 
Thank you very much to Little Corner Of Mine for the Recipe.

1 cup glutinous rice flour
1/2 tsp. green tea powder (for baking) (P.Ros omit this)
180ml water
1/4 cup sugar
Red bean paste for filling
Cornstarch for dusting (microwave cornstarch for 2 mins, let it cool completely before using)


Method:

1. In a glass bowl, combine flour, green tea powder and water. Stir to mix well. Then add in the sugar, stir til sugar dissolved.

2. Cover with a plastic wrap and microwave for 2 minutes. Remove and stir well. Return to microwave for another 30 seconds. Stir-well and check for doneness. If not, put it back for another 30 seconds, be careful not to burn it.

3. Flour the working surface with cornstarch and use a spoon to drop a ball of mochi on top and quickly cover it with starch. Divide into 8 or 10 pieces. Wrap the filling inside and cover with more cornstarch. Shape into balls and ready to serve
p/s simpan dalam peti ais sebelum dihidangkan..lagi yummyy..tau.

                                                          happy cooking
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info