Mereka yang sudi.......

Saturday, March 31, 2012

Apam Beras

Salam hari  minggu.Pagi-pagi bangun teringin pula nak makan apam cicah kelapa.Belum pernah buat sebelum ni.Teringat Dapur Kak Rose My Kuali yang suka buat apam.Makanya terus melawat dapurnya dan CNP resepinya.Thank you Kak Rose. Puas hati dapat makan apam buatan sendiri ni. Biasanya kalau beli kat kedai kelapanya sikit je kan??Buat sendiri dapat la makan kelapa banyak-banyak. Suka.....suka....suka....

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar (kak rose guna gula putih sepenuhnya)
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap! 

                                                                  happy cooking






  1.  

Sunday, March 25, 2012

Peria Goreng Rangup

Salam Hari minggu.Lagi satu masakan India yang menjadi kegemaran kaum kerabat dan isi rumah ni.Peria goreng garing kalau dimakan dgn nasi daun pisang memang syok dan hanya mereka yang menyukainya saja yang tahu akan nikmatnya. Resepi yang simple dan sangat sedap dan rangup.Enak dimakan begitu saja.Buat sebiji pasti tak cukup. Bila dimakan pasti nak lagi dan lagi dan lagi.... Peria goreng ni dihidang dengan nasi dan kari ayam yang dimasak untuk dicicah dengan roti jala untuk makan tengahari tadi. wallaaaa.....pastinya nak lagi dan lagi.......

 Bahan-bahannya
* 1 batang peria
* 4 sudu besar tepung beras
* 1 sudu besar tepung jagung
* 2 sudu kecil serbuk cili
* 1 sudu besar rempah kari 
* 1 sudu kecil serbuk kunyit
* 1/2 sudu kecil garam
* 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
* 1 sudu besar air
Cara memasak
1- Basuh bersih peria dan potong bulat dan sama nipis.Buang bijinya dan bahagian bewarna putih dgn mengunakan tangan.Rendam potongan peria dgn 1 sudu garam dan 3 sudu gula selama 1/2 jam.
2-Toskan air rendaman peria dan pastikan airnya kering (boleh gunakan kitchen towel untuk mengeringkan airnya.Masukkan peria kedalam satu mangkuk besar.
3- Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk peria tadi kecuali air.Gaul semua bahan hingga rata dan sebati.
4- Masukkan 1/2 sudu air dahulu dan gaul rata.Jika ianya nampak masih agak kering masukkan 1/2 sudu air lagi.Pastikan campuran tidak terlalu cair atau terlalu pekat dan tepung bersalut cantik pada peria.
5- Panaskan minyak masak secukupnya dalam non-stick pan.Bila minyak dah betul-betul panas masukkan peria sekeping demi sekeping dan jangan digoreng terlalu banyak pada sesuatu masa.
6- Goreng peria hingga betul-betul garing.Angkat dan toskan minyaknya.Makan bersama nasi panas dan kuah kari.wala....
                                                                  happy cooking

 

Hotteok-Korean Stuffed Pancake

Annyeong hashimnikka,  Hwangyong-hamnida(Selamat pagi dan selamat datang dalam bahasa korea).
Saja-saja.....hari ni belajar bahas korea dan masak masakan korea.Anak-anak adalah peminat tegar drama korea semenjak dari winter sonata dulu.Actually maknya PUN.............
Sebenarnya dah lama nampak resepi Korean pancake ni dekat blog My Kitchen Snippets dan Treat And Trick.Dah pasang angan-angan nak mencubanyan.Dan minggu lepas ternampak pula kat blog Sonia nasi lemak lover.
Maka pagi ni dah tak boleh tahan-tahan lagi ,mesti nak cuba resepinya.
Resepinya dicnp dari  My Kitchen Snippets (thank you Mdm).Intinya dibuat 2 jenis. Sejenis mengunakan badam dan gula merah dan sejenis lagi mengunakan chicken floss seperti yang dibuat Sonia.
My laling lebih suka yang berinti manis.Makan panas2 dengan secawan kopi.
Recipe CNP from :My Kitchen snippets
Ingredients:
2 1/2 cups flour
1/2 tsp salt
140 ml milk
60 ml warm water
1 tbsp sugar
1 tsp of yeast
1tsp shortening (I added)

Filling :
1 tsp cinnamon powder
1/2 cup crushed walnuts
4 tbsp of dark brown sugar


1. Mix warm water, sugar and yeast together and set it aside for 10 minutes. After 10 minutes the yeast mixture should be foamy.
2. In a mixing bowl, combined flour, salt, milk and the yeast mixture and knead into dough. Knead until the dough is smooth and it should take about 5 minutes. Set it aside for at least 3 hours or until it becomes twice its size.
3. Mix brown sugar, cinnamon powder and walnut together.
4. Divide dough into equal portions (depend on how big you want) flatten it with your hand and put about a tbsp of filling into it. Wrap it up to form into a ball. Set it aside.
5. Warm up a non stick pan in a medium heat, add about 2 tbsp of oil to it. Flatten the dough with your palm and pan fry the hotteok on both side until golden brown. While frying continue to flatten the dough with a spatula.
                                                                                  happy cooking









Monday, March 19, 2012

Rawa Tosai Dan Chutney Kelapa

Salam untuk semua.Walau pun kami merupakan sebuah keluarga campuran melayu dan cina,namun makanan kaum India juga merupakan makanan kegemaran kami anak-beranak.Nasi daun pisang adalah suatu kemestian.Peria goreng dan popodum adalah favorite kami.kalau bersarapan dikedai roti canai,rawa tosai adalah pilihan utama P.Ros. Selalu berangan nak cuba membuatnya sendiri.Tapi takut tak jadi dan grenti tak jadi.
Disebabkan kat dapur banyak cili hijau terdetik dihati nak membuat chutney kelapa yang biasanya dihidangkan dengan tosai.Bila P.Ros bagitahu hasrat hati kat cikgu India kat tadika,katanya P.Ros boleh beli tepung tosai yang dah siap dibuat.Wah apa lagi,terus ke Giant dan beli sebungkus tepung rawa tosai cap Allagapas.
So khamis dan jumaat lepas P.Ros hidangkan family P.Ros dgn masakan cina(butter prawn dan sup telur putih dan tauhu),pagi sabtu mereka dihidang kan dengan rawa tosai bersama kari ayam dan chutney kelapa.Berbalo-baloi rasanya dapat buat tosai dan  makan anak beranak sampai ketengahari.Puas hati sungguh.Walau pun kejadiannya tak berlubang2 seperti yang kat kedai,dapat buat yang macam ni pun dah happy gila....uppss (kata budak2 muda sekarang kan?)
Untuk tosai P.Ros bancuhkan 1/2 packet tepung dgn 2 cawan air dan dicampur potongan bawang besar,parutan carrot dan cili hijau serta sedikit lada hitam.Caranya ikut je apa yang ditulis kat packet tu. Hari ni P.Ros nak tulis resepi chutney kelapa yang dibuat hari tu ya.Pasal buat tosai tu ikut aje arahan pada bungkusannya.

 Bahan-bahannya
* 100 grm kelapa parut agak putih
* 10 biji cili hijau dipotong kecil (cili hijau yang digunakan ada yang kecil dan ada yang besar sebab tu P.Ros guna 10 biji)
* 1 sudu besar sour cream
* Garam dan gula secukup rasa
* 1/2 cawan air panas
 Cara menyediakan
1- Masukkan kesemua bahan kedalam blender dan mesin sampai halus.Tuang kedalam mangkuk dan tambah garam dan gula secukup rasa.Siap untuk dihidang bersama tosai.
Nota: Tips dari kak Treat And Trick yang ditinggalkan kat coment box..tumis sedikit biji sawi dan daun kari dan siram atas chutney kelapa yang dah siap.Pasti lagi sedap.(Thank you kak)
                                                                                 happy cooking












Sunday, March 18, 2012

Kerabu Tomato Dan Daging Bakar

Salam untuk semua. Kat dapur rumah ni banyak sungguh buah tomato yang belum betul2 masak dan juga cili hijau.Ini Semua hasil tanaman my laling.Cili dan tomato berbuah dgn lebatnya.Tapi sayangnya disebabkan cuaca yang tak seperti kat cameron tu (agaknya la...) buah tomato terpaksa dipetik sebelum masak sebab kalau tak dipetik ianya jadi merekah dan terpaksa dibuang begitu saja.Sayang sungguh.
Hari ni pada mulanya P.Ros agak buntu apa nak dibuat dgn tomato yang agak banyak dan belum masak tu. Duduk dan berpikir sejenak,tomato ni kalau dipotong mesti crunchy. Maka menjelmalah idea untuk buat kerabu atau salad.Dipikir pula apa yang nak dicampur dalam kerabu ni.Buka frezer dan nampak ketulan daging yang tidak la sebesar mana.Terlintas untuk buat daging bakar.Dengan gabungan 2 bahan utama ni lahirlah resepi kerabu tomato daging bakar ni. Memang sedap dan boleh dijadikan starter yang akan membuka selera dan makan nasi perpinggan-pinggan.Salah siapa?????? kalau badan tak nak turun2....tukang kebun ke tukang masak????? but having this lovely kerabu for Sunday lunch with your beloved family..emmm...emmmm..... no body to be blamed la.......

Bahan-bahannya
 * Dalam 10 biji tomato hijau
* 1 labu bawang besar bersaiz besar dipotong halus
* 5 biji cili hijau
* 5 biji cili padi (tak boleh masuk banyak2 nanti little laling tak leh makan)
* 3 tangkai daun kesum atau daun pudina ( dua-dua pun tumbuh  dengan lebatnya) 
* Jus dari 2 biji limau
* Garam dan gula secukup rasa
* 150 grm daging lembu
Cara menyediakan
1- Potong daging menjadi kepingan besar yang nipis dan basuh hingga bersih. Gaul daging dengan sedikit  garam dan lada hitam.Biarkan sebentar. Panaskan non-stick pan diatas dapur dan atur daging diatasnya. Bakar daging dgn cara membalik-balikkannya sehingga masak dan kedua-dua belah daging menjadi brown.Angkat dan ketepikan.
2- Potong nipis semua bahan dan masukkan dalam satu mangkuk besar. Perah jus limau,masukkan garam dan gula dan gaul rata semua bahan.
3- Potong daging yang dibakar tadi secara memanjang dan halus.Masukkan kedalam mangkuk kerabu tadi dan gaul semua bahan hingga sebati. Rasa dahulu sebelum dihidang dan tambah apa2 perisa yang patut mengikut selera masing-masing. Hidang la bersama nasi panas.


                                                                   happy cooking

Sup telur Putih dan Tauhu

Salam untuk teman semua.Sup adalah masakan kegemaran kaum cina. So my laling memang suka minum sup. Untuk resepi ni actualy bukan la resepi sup yang boleh diminum.Tapi kuahnya membuatnya kelihatan seperti sup,tapi sup yang agak pekat dan boleh dicurahkan keatas sayur.Ditambah pula dengan adanya tauhu,bertambah-tambah la sukanya my laling.Resepi ni dimasak sebab ada 3 biji putih telur lebihan dari buat butter prawn kat bawah tu. So untuk dinner malam tadi kami makan masakan chinese style.And my laling said I Like....

Bahan-bahannya
* 2 keping tauhu dipotong sederhana tebal
* 3 biji putih telur
* Beberapa keping daun lettuce
* 1/2 keping stock pati ayam
* 2 ulas bawang putih dihiris halus 
* Sedikit potongan bawang besar
* secubit garam dan gula
Cara memasak
1- Potongan tauhu di golekkakn dalam tepung jagung dan digoreng hingga garing.Angkat dan ketepikan.
2- Panaskan air +  1 sudu kecil minyak makan dalam periuk dan celur lettuce untk 2 3 minit.Angkat dan toskan airnya. Atur kepingan daun lettuce dalam pinggan yang agak besar.
3- Aturkan pula kepingan tauhu yang digoreng tadi diatas daun lettuce.
4- Panaskan 1 sudu besar minyak masak dan goreng bawang putih hingga naik bau dan masukkan potongan bawang besar. Masukkan 1 cawan air dan biarkan ia mendidih.Masukkan pula kepingan stok ayam.Kacau rata.
5- Tuang telur putih kedalam kuah yang sedang mendidih dan kacau dgn laju.Kacau hingga telur kelihatan masak.
Tambah gula dan garam secukup rasa.Tutup api.
6- Curahkan sup tadi keatas pinggan tauhu dan lettuce.Hidang dengan segera bersama nasi panas.
                                                                    happy cooking


Friday, March 16, 2012

Butter Prawn

Salam untuk semua.dah lama juga tak masak butter prawn.Hari ni luangkan masa tengok video2 masak dalam internet dan terjumpa video butter prawn ni.Chefnya menunjukkan cara memasak tampa memberitahu berapa banyak bahan2 yang diperlukan. So kita main agak2la jumlah bahan2 yang nak digunakan dan hasilnya memang sedap.Boleh lah cuba jika suka.


Bahan-bahannya
* 30 ekor udang sederhana besar
* 3 biji kuning telur
* 3 ulas bawang putih
* 4 biji cili padi
* 30grm butter + 1 sudu besar
* 1 sudu besar susu pekat + 1 /1/2 sudu besar air (Resepi asal guna susu cair)
* 2 tangkai daun kari
* 1/2 cawan minyak masak
Cara memasak
1- Bersihkan udang dan potong janggut serta sedikit ekornya.Basuh bersih dan toskan airnya.Sapukan secubit garam.
2- Panaskan 30 grm butter dan masukkan juga sesudu besar minyak masak.Bila butter dan minyak panas,tuang telur kuning yang telah dikacau sedikit.Kacau dengan laju. Masak hingga garing dan angkat dan letakkan dalam penapis santan untuk toskan minyaknya.Ketepikan.
3- Dalam kuali yang sama,masukkan 1/2 cawan minyak masak dan goreng udang hingga kulitnya bertukar merah.Angkat dan ketepikan.
4- Keluarkam minyak dari kuali dan masukkan sesudu besar butter dan masukkan juga butteryang ditapis dari telur tadi.Tumis bawang putih yang telah dipotong halus hingga terbit bau.Masukkan pula potongan cili padi dan daun kari,goreng hingga semuanya sedikit garing.
5- Masukkan campuran susu dan air.Kacau hingga mendidih sedikit.Tambah sedikit garam atau gula jika perlu mengikut selera masing-masing.Kacau hingga sedikit kering dan masukkan udang.Kacau dan balikkan.Masukkan separuh dari telur yang digoreng dan tinggalkan separuh untuk hiasan semasa menghidang.
Nota: jika buat lain kali nak pastikan telurnya menjadi juraian yang halus.Mungkin boleh gunakan chopstick semasa mengacaunya.

                                                                  happy cooking

Sosej Bun

Salam untuk semua. Dah bertahun rasanya tak buat sausage bun ni.Sausage bun juga merupakan resepi pertama yang P.Ros belajar dikelas masak Bake With Yan bertahun dulu.Entak kenapa ya resepi ni bagaikan dah dilupakan pulak .
Dua tiga hari lepas terpandang  sosej bun bentuk bunga yang izah buat,nampak sangat cantik dan sedap.
Kebetulan little laling is going the spend her day at her best friends place yesterday.jadi P.Ros buat sosej bun ni untuk sarapan mereka.Sausage bun ni dibuat simple saja tampa sayur-sayuran dan juga cili sos yang sedikit sebab takut mereka tak suka makan.
Untuk yang dah terlebih dewasa pula P.Ros masukkan hirisan bawang besar supaya tak kosong sangat.Lembut dan sedap.Dah rancang nak buat lagi hujung minggu ni sebab sang2 princess yang bekerja tak sempat merasanya semalam.
Izak Kak Ros copy paste sini ya.Thank you juga untuk tuan punya resepi asal CMG.
CNP from : Izah Muffin Lover
BAHAN-BAHANNYA :
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya

CARA MEMBUATNYA :
UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....
Nota:P.Ros tak letakkan susu tepung sebab tak pernah beli susu tepung.
          P.Ros memotong sosej yang telah dibungkus dgn tepung rpti mengunakan gunting.Gunting dalam 10 keratan jangan sampai putus.

                                                                                    happy cooking

Wednesday, March 14, 2012

Oreo Brownies



Salam untuk semua teman.Biasanya musim cuti sekolah P.Ros agak banyak masa didapur,tapi cuti kali ini dipenuhi dgn upacara memunggah budak2(bunyi macam barang ya) keholiday camp diUSJ Taipan.Pagi semalam sempat curi masa buat brownies untuk minum petang my laling semalam dan resepinya dicopy n paste from here.  and
adapted from What Gaby’s Cooking.
Namanya dah ditukar kerana P.Ros rasa tak berapa berkenan le dgn nama asalnya.(heart attack brownies????? apa ke hel le nak guna nama tu,belum ready kot nak masuk spital).Memandangkan salah satu bahan dalam brownies ni ialah biskut oreo so rasanya itulah nama yang agak sesuai.Apa pun thank you pada empunya resepi.Memang mudah untuk membuatnya.Cuma bahagian bawah brownies P.Ros agak kering sikit ,mungkin disebabkan kekurangan butter atau kerana sukatan gulanya yang dah dikurangkan.Apa pun rasanya tetap sedap bagi penggemar2 coklat.Silakan mencubanya jika suka. 
Cookie Dough Layer
1/2 cup unsalted butter (115g)
1/4 cup brown sugar
3/4 cup sugar (tak letak)
1 egg
1 tsp vanilla
1 1/4 cup plain flour
1/2 tsp salt
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp baking powder
1 cup chocolate chips (P.Ros guna cooking choclate yang dipotong kecil)


Oreo Layer
1 pack (2 English rolls) Oreos
Brownie Layer
10 tbs (140g)  unsalted butter
1 1/4 cups sugar (P.Ros guna 1 cawan saja)
3/4 cup cocoa powder
1/2 tsp salt
2 tsp vanilla
2 eggs
1/2 cup plain flour


1. Line a 9 x9 inch pan with parchment paper (P.Ros guna bekas kaca tahan panas seperti dlm gambar tu) and preheat the oven to 350 F/180 C. Make the brownie layer. In a saucepan melt the butter of medium heat. Whisk in the sugar and cocoa powder once melted. Add the salt, vanilla, eggs and whisk until combined. Add the flour and mix. Set aside.

2. Make the cookie dough layer. In a large bowl cream the butter and sugar together on medium speed. Add the eggs and vanilla and mix until combined. Add the flour, salt, baking soda and baking powder and mix until just incorporated. Fold in the chocolate chips by hand.
3. Start the assembly. Press all of the cookie dough into the bottom of the pan. Layer as many Oreos that will fit on top. Pour the brownie mixture over top evenly.

4. Bake for 30-35 minutes until a toothpick inserted in the center comes out clean.

                                                                                   happy cooking

Sunday, March 11, 2012

Donut Bulat



Salam Pagi minggu dan selamat bercuti especially pada kawan2 blogger dan pembaca yang bertugas sebagai guru. Resepi donut bulat (tak tahu nak bagi nama apa) ni sebenarnya sama dgn resepi donut lembut dalam N3 semalam.Resepi donut lembut boleh dapat lebih kurang 30 biji so P.Ros saja buatkan bentuk bulat bagi separuh dari doh donut tu.Donut bulat ni pula diletakkan filling coklat putih berkeju yang P.Ros buat untuk filling Eclair yang menjadi kegemaran my laling.Resepi fillingnya disini dan resepi donutnya disini ya.
Kalau teringin resepi makanya terpaksa la kawan2 menyemaknya sebab sebagai seorang guru kami dah banyak menulis dan menaip kat sekolah,makanya hari ni malas sungguh nak ulang tulis resepi tu.
 Donut bulat ni sebenarnya P.Ros goreng pagi semalam dan simpan didalam peti.Pagi ni keluarkannya dari peti dan masukkan dalam oven selama beberapa minit dan sambil tu buat fillingnya (hari ni fillingnya agak keras sedikit,tak tau kenapa).Bila kedua2nya dah sejuk,Potong 2 donut tu tapi jangan sampai putus,letakkan sesudu inti dan hiaskan dengan coklat masakan.
Cuba ya jika suka dan hiaslah sesuka hati anda.No fixed rules for this doughnut.



Selamat mencuba.
                                                                                  happy cooking




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info