Mereka yang sudi.......

Tuesday, February 28, 2012

Puding Roti Koko


Salam malam untuk semua .Puding roti koko dibuat untuk minum petang tadi.Taburan lapisan koko yang mengingatkan kita pada kek alunan kasih yang sangat famous satu ketika dulu.Saja2 koko ditabur sebab tak ada apa2 bahan lain yang ada kat dapur.So sebab tak nak puding kosong yang tak ada walau sebiji kismis atau taburan badam,maka koko digunakan untuk menambah perisa.P.Ros tak berani taburkan banyak sangat koko sebab tak tahu macamana rasanya nanti.Tapi kalau buat lagi lain kali boleh ditabur lebih sikit sebab kokonya tak terasa sangat untuk resepi hari ni.Jom tengok resepi.

Bahan-bahannya
* 8 keping roti (jangan dipotong tepinya)
* 2 1/2 cawan susu segar
* 200 grm gula
* 4 biji telur
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon (tak payah masuk jika tak suka)
* serbuk koko secukupnya untuk ditabur
*Secubit garam
* Sedikit butter

Cara memasak
1- Setiap keping roti dipotong 2
2- Dalam mangkuk masukkan susu,gula telur,garam dan cinnamon.Kacau bahan hingga gula hancur dan ketepikan.
3- Ambil loaf pan dan sapukan butter disekelilingnya.Aturkan 4 keping roti didalamnya.Taburkan serbuk koko mengunakan penapis kopi/teh menutupi permukaan semua roti.
4- Susun 4 keping lagi roti diatas lapisan koko tadi dan ulang proses hingga roti habis.Jangan ditabur serbuk koko pada lapisan terakhir roti.
6- Curah bahan susu yang di pukul tadi kedalam lapisan roti.ketepikan selama 20 minit.(Setelah 10 minit roti direndam tekan bahagian atas roti dengan sudu supaya lebih banyak bahan susu akan menyerap pada bahagian atas lapisan roti.
7-Panaskan Oven dengan kepanasan 170C dan bakar puding roti selam 45 minit atau bahagan atasnya nampak garing.
8- Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.
                                                                happy cooking

Sunday, February 26, 2012

Pau sardin..lagi....

Salam untuk semua.Menu breakfast  untuk hari sabtu lepas. This pau was made  at 3 0'clock in the morning due to my insomnia.......even after steaming it and eating it I'm stilll awake until the next day and proceed to attend the PIBG meeting at little laling school at 8.15 saturday morning.What a day.....still not sleepy till Sunday night, sigh...
Anyway pau sardine memang peberet kat umah ni.So that is why I made it over and over again.Kadang2 kembang cantik dan kadang2 tak menjadi. Hari ni kembang dan gebu dgn cantiknya.Sedang elok untuk menjamu mata yang memang langsung tak mengantuk ni. Resepi pau disalin dari sebuah buku masakan yang dibaca semasa bawa little laling ke bookshop minggu lepas.(kita suka ambil beberapa biji buku dan cari satu sudut untuk duduk dan tulis/curi...resepi dari buku2 masakan kat kedai buku).Buku masakan tu tak dibeli dan lupa pula nama tajuk buku tu.Apa2 pun ini memang resepi pau yang gebu.
Bahan-bahannya
* 500grm tepung Pau
* 2 tsp double action baking powder
* 11 grm yeast
* 120 grm caster sugar (P.Ros letak !00 grm)
* 50 grm shortening
* 230ml air suam (bergantung pada tepung yang digunakan, sebab P.Ros guna dalam 260 ml air, air ditambah semasa proses menguli tepung sebab adunan terasa sedikit keras)

Cara membuat doh pau
1- Campurkan gandum,baking powder,shortening dan gula didalam mangkuk.
2- Campurkan yeast kedalam air suam.Biarkan dalam 10 minit hingga yeast kembang.
3- Setelah yeast kembang, tuang kan bancuhan yeast tadi kedalam adunan gandum dan adun menjadi adunan yang licin,lembut dan agak berkilat selama lebih kurang 30 minit.(P.Ros adun guna tangan je) .
4- Setelah adunan siap tutup mangkuk dgn tuala dan biarkan selama 1 jam atau adunan naik sekali ganda.
5- Bahagikan adunan kepada 15 biji bebola dan biarkan 5 minit.
6- Ambil sebiji bebola tadi, letakkan atas tapak tangan.Leperkan adunan dan masukkan sesudu kecil sardin dan tutup adunan pau dan letak diatas sekeping kertas parchment yang telah dipotong (P.ros guna cupcake paper je sebab malas nak gunting kertas).
7- Panaskan alat pengukus dan kukus pau selama 7 ke 8 minit. Angkat dan makan semasa panas.
Bahan Inti sardin dan cara memasak
* 1 tin kecil sardin dihancurkan
* sedikit potongan bawang besar dan daun bawang
* 1 sudu kecil rempah kari
* 2 ulas bawang putih
* secubit garam dan gula
Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang putih yang dipotong halus hingga terbit bau.Masukkan sardin dan kacau.Masukkan pula sebuk kari dan goreng sardin hingga masak.
Masukkan potongan bawang garam dan gula. Kacau sebati.Angkat dan sejukkan.
                                                                     happy cooking

      

Cheese Crusted Sausage Roll

Salam pagi minggu untuk semua.Wah pagi minggu yang agak malas untuk bergerak kemana-mana.Nak masuk dapur pun terasa malas....tapi ada 4 perut.......yang perlu diisi dipagi minggu ni.Emmmm masak apa ya. Paling senang resepi yang berasakan roti . So pagi ni bagi nama yang vogue sikit untuk resepi ni. Sausage gulung dalam roti tapi serbuk roti dah dicampur dgn parutan cheese. Memang sedap.The simplest is always the best kan?????

Bahan-bahannya
*  8 keping roti
* 8 batang sausage
* 2 biji telur gred B
* 1 cawan bread crumb
* 2 jemput parutan moza or cheddar cheese (nak masuk lebih pun boleh).
Cara memasak
1- Ambil sekeping roti dan gelek sampai nipis dan ketepikam.Campurkan serbuk roti bersama cheese dan digaul hingga sebati,ketepikan.
2- Letak sebatang sausage diatas roti dan gulung kemas.Sapu kan telur pada hujung roti supaya betul2 melekat.
3- Celup roti kedalam telur yang telah dipukul bersama secubit garam.
4- Golek roti kedalam serbuk roti yang telah dicampur bersama parutan cheese tadi.Pastikan kedua-dua belah hujung roti juga dicelup kedalam telur dan dicelup pula kedalam sebuk roti.Buat hingga roti dan sausage habis.
5- Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng hingga roti garing keseluruhannya.Tos kan miyak dan siap untuk dihidang bersama chili sos atau makan begitu sahaja.
                                                                   happy cooking


Friday, February 24, 2012

Cheese Brownies

Salam.Tak tahan tengok cheese brownies ni  kat rumah yat Singapore minggu lepas.Kebetulan cheese pun ada,maka menjadi la dia.Brownies ni dibuat pada ahad lepas.This is 1 of my laling"s favorite. Separuh darinya habis dimakan,tapi secara sikit-sikit.P.Ros masukkan dalam tupperware bertutup dan simpan kat peti.Setiap hari dia keluarkan tupperware dan makan sekeping dua tak kira lepas lunch ke,dinner ke atau teatime atau......as a supper. You are super la laling. Abaikam marble effect yang bukan marble kat atas permukaan cheese tu. Saja2 buat garisan yang tebal.janji sedap dimakan.
Yat thank u dan Kak Ros CNP kat sini ya.



Ingredients
Brownie
250g butter
1 cup of cocoa powder (i used valrhona cocoa powder)
3 eggs (grade B)
1 1/2 cup castor sugar
1/2 cup evaporated milk (P.Ros guna susu segar)
1 1/2 cup flour (flour has to be sifted with baking powder and soda bicarbonate)
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate)
1 tsp vanilla essence

Method
1. Melt butter... Mix cocoa powder and stir till well blended.
2. Handwhisk egg and sugar till combine. Add it to ur butter-cocoa mixture.
3. Add in evaporated milk till incorporated.
4. Add flour mixture bit by bit and stir well. Lastly add ur vanilla essence
5. Heat oven 175C. Grease 10" x 10" pan with grease proof paper... let the paper stick out on both side so as its easy for u to take out ur brownies once bake.
6. Pour brownies mixture.. leave 2 - 3 tbsp of brownie mixture for marble effect on cheese layer.
7. Bake for 20 mins... i baked mine for 30min

Ingredients
Cheese Layer
250g cream cheese
1 cup castor sugar
1 egg grade B

Method
1. Beat cream till fluffy and light
2. Add sugar and beat well.
3. Add egg and mix till well blended
4. Bake at 175C for another 20 mins

Note: Pour cheese mixture onto bake brownie... pipe marble effect on cheese mixture


                                                                   happy cooking


Wednesday, February 22, 2012

Sotong Santan Pekat

Salam muah muah untuk semua.Resepi dinner malam tadi. Actually resepinya sama dengan resepi ikan goreng santan 2 hari lepas.With a bit of twist and turn dan ikan ditukar dengan sotong maka terjadilah resepi sotong yang membuatkan princess yang tengah berdiet pun tak jadi nak diet. Sorry girl...bukan salah ibu mengandung kalau mama suka masak sedap-sedap (u all tak letakkan mama dalam bakul dan angkat,makanya mama angkat bakul dan masuk sendiri...ngeeeee...).Apa pun jom tengok resepinya ya.
Bahan-bahannya
* 10 ekor sotong
* Santan pekat dari sebiji kelapa
* 5 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 1 batang serai
* 2 biji cili hijau (boleh ganti dgn cili padi )
* 1 helai daun kunyit
* Garam dan gula secukup rasa + 1 keping asam keping
* 2 biji terung bulat
* Potongan bawang besar dan cili merah
Cara memasak
1- Sotong dibasuh bersih.Buang kulitnya,dipotong bulat dan ditoskan airnya atau lap dgn kitchen roll.
2- Blend semua bahan kecuali daun kunyit
3- Panaskan minyak dan tumis bahan yang diblend tadi hingga garing .Masukkan santan.Biar sampai kuah mendidih.Kacau selalu.
4- Bila kuah dah betul-mendidih,masukkan pula sotong.kacau dan biarkan sotong mendidih didalam kuah.Masukkan juga daun kunyit yang telah dipotong halus. Masukkan asam,garam dan gula.Masak hingga kuah agak pekat.
5-Boleh lah dimasukkan potongan terung dan potongan bawang besar dan cili merah.Masak hingga terung sedikit lembut tapi jangan sampai lembek.Biar kuah merenih sebentar.Tutup api.Siap untuk dihidang.

                                                                    happy cooking

Tuesday, February 21, 2012

Solok Lada Goreng

Salam. Solok adalah salah 1 makanan yang amat P.Ros suka.Dimakan pula dengan nasi kerabu...pergh...tapi kat sini susah nak dapat cili hijau muda macam kat kelantan. Asal jumpa P.Ros pasti beli dan resepinya tentu la solok lada.
Hari ni saja cuba tukar cara memasak solok ni.Biasanya solok mengunakan ikan,tapi kali ni P.Ros gunakan udang dan digoreng(kalau tak silap pernah tengok rahel buat solok yang digoreng).Walau pun cara memasak dan bahannya ditukar rasanya tetap sedap.Sungguh enak diratah begitu saja.

Solok Lada Goreng
Resepi:P.Ros @sinaranmenu
Bahan-bahannya
* 10 biji cili hijau muda
* 100 grm kelapa parut
* 12 ekor udang sederhana besar dibuang kulitnya
* 2 biji telur
* 4 ulas bawang merah
* 1 inci halia
* Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak
1- Cili di basuh bersih . Belah ditengah jangan sampai putus dan keluarkan bijinya.
2- Cuci bersih udang dan dibuang kulitnya.
3- Kelapa parut,udang,bawang,halia dan garam+gula dan telur dimesin bersama dalam food processor.(Boleh juga di tumbuk dan digaul telur selepas itu).
4- Masukkan bahan yang dimesin tadi kedalam lada yang telah dibelah tadi.Buat sampai siap dan simpan didalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam.
5- Panaskan minyak dan goreng solok hingga kelihatan garing.Angkat dan toskan minyaknya.
Nota: bahan inti ada lebih dan P.Ros gorengkan begitu saja.Dapat 4 biji.Tak cukup la pulak,nak kena buat lagi.
                                                     happy cooking






Apam Dot..Dot...

Salam untuk semua.Dah agak lama tak mengapam. Sekolah little laling buat sambutan maulidur rasul hari jumaat lepas. Semua murid diminta membawa makanan dan untuk tahun 1 requestnya adalah kuih muih.Maka ini le makanan yang disediakan untuk my little laling dan kawan-kawanya.Sebelum masuk tupperware buat tayangan perdana dulu walau pun orang lain buat lagi cun melecun dengan gambar setanding professional photographer.Kita tak kisah.Sendiri buat sendiri syok tengok apam kecik2 berjerawat pink tu...perlukah diletakkkan resepinya?????rasanya tidak...semua org pun tahu buat dan ada menyimpan resepinya kan????? 
Bottom line???? ini N3 untuk apa ya????? memang kadang2 syok sendiri kan????
                                                     happy cooking





Ikan Goreng Santan

Salam untuk teman2 semua. Masakan yang simple.untuk dinner semalam.Cuma ikan goreng.Tapi campuran potongan daun kunyit membuatkan rasanya lebih sedap sampai mengadap nasi 2 pinggan.Tapi ini versi tak pedas sebab ikan adalah lauk kegemaran little laling dan ianya dimasak khas untuk dia hari ni.Kalau ada yang sudi mencuba pastikan ianya lebih pedas.For sure akan terancam dan makan nasi berpingan-pingan.
Bahan-bahannya
* 4 ekor ikan kembong
* Santan pekat dari sebiji kelapa
* 5 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1inci halia
* 1 batang serai
* 2 sudu cili giling + 1 biji cili hijau(tukarkan dengan cili padi ya,pasti lagi sedap)
* minyak masak secukupnya
* 2 helai daun kunyit
* Garam , gula secukup rasa + 1 keping asam keping
* Potongan bawang besar dan cili besar secukupnya
Cara memasak
1- Ikan yang telah dicuci bersih digaul bersama garam dan serbuk kunyit.Goreng hingga sedikit garing dan ketepikan.
2- Kisar bahan2  bertanda * hingga halus.Gunakan separuh dari minyak mengoreng ikan tadi untuk menumis bahan yang telah dikisar tadi hingga garing dan terbit bau. Pastikan bahan tumisan digoreng hingga pecah minyak.
3- Apabila bahan yang digoreng telah garing dan pecah minyak,masukkan pula santan pekat dan dikacau rata. Masak santan seketika dan masukkan bahan-bahan perasa secukup rasa.
4- Apabila santan telah mendidih dan agak pekat masukkan ikan diikuti dengan sekeping potongan daun kunyit.Masak ikan dan kuah hingga mesra dan pekat.
5-Masukkan pula potongan bawang besar dan cili besar.kacau hingga mesra dan siap untuk diangkat.
6- Taburkan potongan daun kunyit yang kedua semasa menghidang. Makan bersama nasi panas. 
                                                                   happy cooking

Monday, February 20, 2012

Tauhu Udang ------Ulangan


Salam Isnin.Tauhu udang dibuat tampa perancangan untuk makan malam tadi .Kebetulan dalam peti ada 2 bungkus tauhu yang dah nak expired dan udang yang dibeli dipasar malam jumaat lepas.bahan lain semuanya memang dah ada kat peti ais.'
My nice came for a visit last nigh so.tauhu udang kali ni adalah hasil airtangan dia.P.Ros cuma jadi tukang ambil gambar dan tukang makan je.Nasib baik sempat udang tu bergambar sebelum semuanya masuk dan hilang didalam mulut.Sesiapa yang berkenan boleh la semak resepi kat sini ya.
Dah ramai teman2 blogger yang mencuba tauhu udang ni dan menyukainya.Mana yang belum sila la cuba,memang tak rugi....Tak payah makan dgn nasi..boleh diratah begitu saja.

                                                    happy cooking


Friday, February 17, 2012

Tart Telur Dan Bayam

Salam Jumaat untuk semua rakan alam maya yang disayangi.Menu breakfast pagi semalam.Kes banyak daun bayam  dan daun bawang segar2 yang dipetik dari pokok kat tepi rumah.Terus teringat nak buat pai,tapi malas pulak nak buat pastrinya.dan rasanya resepi ni la yang paling senang malah sedap dan mengenyangkan.Jom lihat bahan2 yang diperlukan ya.


Bahan-bahanya
 * 100 grm daun bayam
* 1 cawan cream
* 5 biji telur gred B
* 100 grm cheddar cheese
* 3 batang sausage
* 2 pokok daun bawang
* garam dan lada sulah secukup rasa

Cara memasak
1- Dalam mangkuk masukkan telur dan cream Kacau hingga sebati.
2-Daun Bayam dipotong halus dan direbus hingga lembut.Bila dah masak sejat airnya dan perah daun biar hingga semua airnya keluar.Masukkan kedalam bancuhan telur tadi.
3- Sausage dipotong halus dan masukkan kedalam bancuhan telur.
4- Masukkan Cheese,taburkan garam dan lada hitam secukup rasa.Kacau semua bahan hingga bergaul mesra.
 5- Sendukkan bahan kedalam muffin pan yang telah disapu sedikit butter atau minyak masak.Taburkan hirisan daun bawang diatasnya.
6- Panaskan oven dgn suhu 170C dan bakar tart selama 20 minit atau bila tray digoncang adunannya tidak lagi bergoyang.
7- Hidang bersama cili sos atau makan begitu sahaja.

                                                     happy cooking

Tuesday, February 14, 2012

Poket Tauhu

Salam untuk semua teman-teman blogger. P.Ros menyepi  2 3 hari sebab ada hal-hal baik dirumah mau pun di tadika yang perlu diselesaikan.Juga bawa anak2 pergi bercuti hujung minggu di PD.
So sekarang rasa lega sikit dan ada sedikit masa untuk duduk didepan lappy.
Tauhu ni dibuat pada hari ahad 2 minggu  lepas.Paginya P.Ros ke pasar tani dan bila balik dah tak kuasa nak masak (bukan apa sebab banyak makanan yang dibeli).Jadi buat tauhu ni je untuk lunch hari tu.Sesuai la untuk anak dara yang sibuk nak berdiet tu..
 Bahan-bahannya
* 6 keping tauhu  
* 1/2 biji carrot yang di parut
* 1 mangkuk kecil parutan sengkuang
* 1/2 biji timun yang dibuang biji dan di potong halus
* 2 ke 3 genggam udang geragau
* Daun salad secukupnya(basuh bersih dan keringkan airnya)
 Cara menyediakan
1- Sapukan sedikit serbuk kunyit dan garam pada tauhu.Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga garing.
2- Dalam minyak yang sama goreng udang geragau yang telah dibasuh bersih dan ditoskan airnya.Angkat dan keringkan minyak atas kitchen roll.
3- Dalam mangkuk campurkan carrot,sengkuang dan timun.Gaul rata.Tabur udang dan gaul lagi hingga semuanya bercampur mesra.
4-Tauhu yang telah digoreng di potong 2.Belah tengahnya dan keluarkan sedikit isinya.(untuk menyenangkan memasukkan sayur-sayuran).
5- Ambil sekeping tauhu dan masukkan sehelai daun salad.Letakkan pula campuran sayur-sayuran tadi.Buat sampai semua tauhu habis.
6- Siap untuk dihidang bersama sos pilihan masing-masing.
P.Ros hidang kan 3 sos berbeza dan P.Ros lebih suka sos manis berbijan.
Resepi sos manis
Masukkan 3 sudu besar sos Hoisin kedalam mangkuk.Campurkan bersama air panas(jumlah air bergantung pada kepekatan yang dikehendaki).kacau hingga sebati dan taburkan bijan yang telah di goreng tampa minyak.
                                                     happy cooking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info