Source of recipe: Wendy- table for two or more
Bahan Doh
*160 gm tepung roti
*40 gm tepung gandum
*1 sudu kecil yis
*½ sudu kecil garam
*1 sudu besar tepung susu
*40gm gula
*30grm telur
*90 grm air water (P.Ros guna 80grm macam Wendy juga)
* sedikit teung gandum untuk digunakan semasa menguli adunan jika adunan agak melekat pada tangan.
BahanTopping
*40 grm gula *sedikit vanilla essence
*30 grm tepung gandum
*¼ sudu kecil baking powder
*10 grm ground almond
*45 grm butter yang dicairkan
Cara-caranya:
1.Campurkan semua bahan kedalam mangkuk dan adun bahan-bahan mengunakan tangan.Uli lebih kurang selama 20 minit.Taburkan sedikit gandum sekiranya adunan melekat ditangan dan uli sehingga adunan lembut dan kenyal.Tutup mangkuk adunan dengan tuala dan biar kan sehingga saiz adunan mengembang sekali ganda.
2Tumbuk adunan untuk mengeluarkan angin dan bahagikan adunan kepada 6 bahagian.Bulatkan setiap adunan menjadi seperti bola dan letak kan bebola roti diatas sekeping pachment paper yang digunting dgn ukuran 5 inch diameter.
4. Ketepikan adunan supaya roti mengembang sekali ganda lagi.
Untuk toping
1. Cairkan butter dan campur bersama tepung almond .
2. Telur dipukul bersama gula sehingga gula hancur.
3.Ayak tepung bersama baking powder.
4. Campurkan bahan (5), (6) dan (7).
5.Masukkan kedalam peti sejuk sehingga bahan topping menjadi agak pekat.
10. Bila adunan roti dan mngembang boleh lah dipaipkan topping keatas adunan roti dengan membuat pusingan spiral bermula dari tengah roti dan naik keatas sehingga penuh.Batter topping akan mencair kebawah.
11. Bakar pada suhu 180C lebih kurang 20 minit atau tepi roti kelihatan garing.
Nota untuk diri sendiri.
1-Boleh letak lebih topping agar selapas masak akan mendapat lapisan topping yang lebih tebal dan lebih ranggup (sebab batter topping masih ada berbaki).
2- Masukkan perisa kopi untuk mendapat roti UFO berperisa kopi.
happy cooking






