Nota: Telur yang meleleh keluar dari tauhu didalam pinggan boleh dimasukkan semula kedalam tauhu.lakukan proses ini jika perlu sehingga baki bancuhan telur habis digunakan.
Sunday, July 31, 2011
Tauhu Udang
Nota: Telur yang meleleh keluar dari tauhu didalam pinggan boleh dimasukkan semula kedalam tauhu.lakukan proses ini jika perlu sehingga baki bancuhan telur habis digunakan.
Salam Ramadhan Untuk Semua Food Blogger Dan Rakyat Malaysia Yang Beragama Islam
Salam Ramadhan 2011
Kad Ucapan dari Along HomeKreation .Thank u Along.Kak Ros panjangkan kad ni juga pada blogger-blogger yang lain ya.Semuga bulan yang mulia ini memberi keberkatan pada kita semua.
Friday, July 29, 2011
Ikan Aya singge
So memandangkan keadaan kepala yang masih sakit maka sah-sah la kita tak masak malam ni.Jadi gambor kat atas tu apa ya????? Sebenarnya gambar tu ada lah gambar ikan aya singge kita masak minggu lepas.Makanan top ten orang klate tu.Bukan semua orang tahu makan,tapi laling kita cicah ikan tu dengan budu serta ulam dan makan nasi berpinggan-pinggan.bravo la ling......mama join you makan nasi berpinggan-pinggan juga kan? so kita serupa....
Sape-sape yang rasa nak blajar masak ikan singge ni , mari lah tengok resepi ni.
Bahan-bahannya
* Seekor ikan aya (ikan tongkol la tu...) dipotong menjadi 5 keping
* 4 cawan air
* 5 ulas bawang putih dipotong nipis
* 10 keping lengkuas yang dipotong nipis.
* 5- 6 tujuh biji cili padi
* 2 biji cili merah dibelah 2
* 1 sudu besar budu (another top ten food ni...)
* Garam secukup rasa
* 3 keping asam gelugor(asam keping)
cara memasak
1-Masukkan semua bahan kedalam periuk kecuali budu.Masak hingga air mendidih
2- Bila Kuah dah betul-betul mendidih masukkan budu.Rasa lah asam garamnya dan tambah apa yang patut.
3- Kecilkan api dan biar kuah mendidih hingga airnya kering sedikit.Angkat dan siap untuk dihidang.
Mesti nak hidang ni dengan budu dan ulam ya!!!!
Wednesday, July 27, 2011
Stuffed Potato
Salam untuk semua yang membaca.Stuffed potato ni kita masak untuk makan tengahari semalam.Hari-hari pun makan sampai tak tahu apa nak dimasak.So i picked this easy recipe and asked my 2nd princess to make a coleslaw to eat with this stuffed potato. Idea resepi asal boleh tengok sini dan yang dibawah ni adalah hasil godekan sendiri dengan mengunakan bahan-bahan yang ada kat dapur.Breadcrumb pun tak banyak.Sesetengah bahannya tak sama tapi hasilnya tetap memuaskan.Cuma pastikan stuffed potato ni dibuat dalam 1 ke 2 jam lebih awal dan simpan didalam peti ais sekiranya mengunakan lebih kentang supaya process menggorengnya menjadi lebih senang dan tak mudah hancur ya.Check out the recipe...
Bahan-bahannya
* 5 biji potato russet yang sederhana besar
* 100 grm breadcrumb
* 1 biji telur
* 50 grm butter
* 1 sudu kecil garam
* 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
Bahan inti
* 150 grm minced chicken
* 1 ulas bawang putih
* potongan daun bawang
* 1/2 labu bawang besar dipotong dadu
* segenggam mozarella chesse atau sebanyak yang disukai
* secubit garam
1- Panaskan sedikit minyak masak dan goreng bawang putih,masukkan daging ayam dan masak hingga ayam masak dan airnya kering.Tutup api angkat dan sejukkan.
2- Campurkan daun bawang , potongan bawang besar dan cheese kedalam ayam, gaul rata dan ketepikan
cara membuat stuffed potato
1- Rebus potato sampai empuk dan toskan airnya.
2- Campurkan potato,butter,garam dan lada putih didalam mangkuk dan lenyek potato hingga halus.Masukkan pula telur dan kacau sebati,campurkan pula bread crumb dan kacau lagi.
3- Sapu kedua tangan dengan minyak masak dan ambil segumpal potato dan leperkan diatas tapak tangan,masukkan inti secukupnya,tutup dan gentel potato menjadi bentuk oval.Buat sampai habis.
4- Simpan stuffed potato didalam peti ais selama 1 ke 2 jam baru dikeluarkan dan goreng terendam hingga garing.Angkat dan toskan minyaknya.
5- Boleh dihidang bersama cili sos dan amat sesuai untuk dimasak untuk anak-anak kecil.
Selamat mencuba ya.

Monday, July 25, 2011
Solok Ikan
Salam makan malam.Resepi solok ikan ni mengingatkan kita pada bulan puasa.Resepi yang ibunda suka masak masa kita dialam persekolahan.lebih kurang sama dengan solok lada,tapi yang ini mengunakan ikan.Cuma ikan kembong yang boleh digunakan untuk buat solok ikan.Jom semak resepi.
Bahan-bahannya
* 3 ekor ikan kembong (pilih yang agak besar dan segar)
* 200 grm kelapa parut (boleh kurangkan dan lebihkan isi ikan)
* 5 biji bawang merah (boleh ganti dengan bawang besar)
* Halia sebesar ibu jari
* 1 sudu kecil serbuk lada hitam
* 1 sudu kecil garam
* 1/2 sudu kecil gula
* beberapa biji cili padi dipotong halus (kita lupa masukkan)
* 1 biji telur saiz kecil
cara memasak
1- setiap ekor ikan dipotong 2. keluarkan perut ikan secara berhati-hati supaya perut ikan tak pecah (jika pecah tak apa).Bersihkan ikan dan tos airnya.
2- Picit keluar isi ikan mengunakan ibu jari.Bila separuh dari isi ikan dah dikeluarkan,masukkan jari telunjuk dan ibu jari kanan kedalam kulit ikan dan pegang tulang ikan.Dengan mengunakan jari telunjuk dan ibu jari kiri patahkan tulang ikan dihujung ekor ikan dan tarik keluar tulang ikan mengunakan tangan kanan.picit keluar lebihan isi ikan yang masih berada didalam ikan(lakukan proses ini secara perlahan untuk tidak memecahkan kulit ikan.
3- Tumbuk bawang ,halia,garam,gula dan lada hitam.Gaulkan bahan tumbuk ini dengan kelapa dan isi ikan. Tumbuk sekali lagi bahan yang digaul tadi supaya halus dan sebati.Pecahkan telur dan masukkan cili padi dan gaul rata.
4- Isikan bahan tumbuk tadi kedalam kulit ikan.Tolak bahan inti mengunakan satu jari supaya padat dan ratakan semuanya .buat sampai inti habis.
5- Panaskan minyak dan goreng solok ikan sama seperti mengoreng ikan.Angkat,toskan minyak dan siap untuk dimakan.(gunakan api sederhana semasa mengoreng supaya solok tidak cepat hangus).
* Boleh kurangkan kelapa atau tambah isi ikan sekiranya mahu lebih rasa ikan.

Kari Kerisik Ayam Dan Acar Kubis Mentah
Bahan-bahan untuk kari ayam
* 1 ekor ayam dipotong kecil
* 300 ml santan pekat dalam kotak + 2 ml air.
* 1/2 paket rempah kari ayam
* 1 keping kiub pati ayam
* 1 keping asam keping
* 3 sudu besar kerisik
* Garam dan gula secukup rasa
* 5 sudu besar minya untuk menumis
Bahan untuk dikisar dan ditumis
* 2 batang serai
* 3 ulas bawang putih
* 1 1/2 biji bawang besar Sebiji dipotong dan diblend dan 1/2 biji dimayang halus
* 1 biji tomato dipotong 4
* halia sebesar 1bu jari
* 2 sudu besar cili giling
* 1 batang kayu manis
* 2 biji bunga lawang dan 2 mbiji buah pelaga
Cara memasak
1- Panaskan minyak dan masukkan bawang besar yang dimayang halus bersama kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga .Goreng sebentar.
2- Masukkan pula bahan kisar bersama cili giling.Goreng hingga mesra.Tuang rempah kari yang telah dicampur sedikit air.Goreng hingga terbit bau.
3- Masukkan ayam dan kacau sebati.Biarkan ayam hingga separuh masak dan mendidih sedikit.
4- Masukkan santan pekat,kacau ayam hingga rata.Masukkan pula air diikuti kerisik dan kacau lagi.Biarkan ayam hingga betul2 mendidih.
5-Masukkan kiub pati ayam,asam keping,gula dan garam secukup rasa.Kecilkan api dan masak ayam hingga empuk dan kuah menjadi pekat dan mula pecah minyak selama lebih kurang 25 minit.Siap untuk diangkat.
Nota:jangan bimbang sekiranya kari ayam tidak nampak pecah minyak.Ianya akan pecah minyak selepas diangkat jika kari dimasak hingga betul-betul masak dan pekat.
Untuk acar
* 1/2 potong kubis dihiris halus
* 1/2 biji carrot di parut
* 1/2 biji bawang besar dimayang halus
* 1/2 biji cili merah dan beberapa biji cili padi dipotong halus.
* 4 sudu makan cuka makan + 1 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
Campurkan semua bahan sayur kedalam mangkuk dan tuangkan bancuhan cuka tadi.Kacau rata dan simpan didalam peti ais sehingga sampai masa untuk dihidangkan.
Sunday, July 24, 2011
Nasi Lobak Merah
Salam hari minggu.Hari ni kita rajinkan diri memasak nasi istemewa sikit untuk 1st princess yang baru balik dari kursus malam tadi dan akan pergi semula petang ni.Sebelum balik semalam dia dah sms suruh masak something nice untuk dikongsi bersama roommate. So I decided to cook carrot rice with kari krisik ayam dan acar mentah.Untuk dessert kita buat apple crumble muffin.
Dan hari ni kita tulis resepi carrot rice dulu ya. Kari ayam dan acar tu nanti kita masukkan dalam N3 seterusnya.
Bahan-bahannya
* 5 cawan beras basuh dan toskan
* 2 biji carrot diparut kasar (1 1/2 biji guna untuk masak nasi dan 1/2 biji untuk acar)
* 5 1/2 cawan air (air bergantung pada jenis beras yang digunakan ya)
* 2 sudu butter + 3 sudu minyak masak
* 1 sudu kecil garam
Bahan untuk menumis
* 1 biji bawang besar dimayang halus
* 2 sudu besar rempah kurma
* 1 biji cili hijau dipotong bulat
* 1 batang kayu manis
* 2 keping bunga lawang
Cara memasak
1- Masukkan butter dan minyak masak kedalam rice cooker dan tekan butang.Tunggu hingga butter cair dan minyak menjadi panas.
2- Masukkan bawang besar ,bunga lawang dan kayu manis dan cili hijau.Kacau sebentar.Masukkan pula rempah kurma kacau dan tutup periuk dan biarkan rempah garing sedikit.
3- Masukkan air dan tutup semula periuk.Bila air dah mula mendidih masukkan beras dan carrot serta garam.Kacau rata.Tutup periuk dan masak lah seperti biasa hingga nasi empuk.Siap untuk dihidang.

Saturday, July 23, 2011
Award Lagi
Latest Award dari Story of mama.
Thank you Mama Noor for the award.It's nice to get to know a person like you walau pun sekadar di alam maya.Mayb 1 of this day kita dapat jumpa in person kan? Terima kasih juga sebab tak bagi homework.Takut.......

Friday, July 22, 2011
Bun sardin
Salam untuk semua.Buat bun sardin untuk sarapan pagi tadi. Hari ni kita terjaga pukul 4 pagi.Tak tahu apa nak buat lalu selongkar bekas barang2 buat kek dan jumpa tepung roti.Teringat pula dah lama tak masak untuk cikgi-cikgi kat kindy.So kita godek bun sardin ni untuk sarapan yang boleh dikongsi dgn mereka.Dah pernah buat ni.Lembut dan sedap rotinya . Resepi doh roti dari CMG.Jom tengok resepi
Basic
Sweet Dough
Bahan-Bahannya :-)
Bahan-Bahannya :-)
- 400 g tepung roti (high-protein flour)
- 1 biji telur gred A
- 4 gm bread improver
- 5 gm gluten (P.Ros guna bread softener)
- 80 gm gula halus
- 11 gm instant yeast
- 6 gram garam
- 190 ml air
- 30 gm mentega
- 30 mg shortening
Cara
membuatnya :-)
- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan lemak sayur, kedalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah shortening dan mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.(Tambah gandum sekiranya adunan agak lembik dan melekat ditangan)
- Rehatkan 10 minit, tutup dengan kitchen towel.
UNTUK
BUN SARDINE :-
- Bagi2 kan doh kepada 16 bahagian (atau mengikut kuantiti yang diinginkan), leperkan doh, isi satu camca besar inti, dan cantumkan.
- Bulat2kan, susun dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan mentega.
- Buat hingga siap. Sapu sedikit air pada permukaan doh roti.
- Tutup dengan kitchen towel dan biar 45 minit
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 15 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas....
UNTUK INTI SARDINE
1- Hancurkan 1 tin sardin (Saiz sederhana).
2- Panaskan 1 sudu besar minyak masak.Tumis 1/2 biji bawang besatr yang
dipotong dadu bersama 2 ulas bawang putih juga dipotong halus.
3-
Masukkan 1 sudu kecil rempah kari dan goreng hingga terbit bau. Masukkan
sardine.Kacau sebati.Masukan hirisan potongan cili merah. Kacau lagi.Tutup api,angkat dan sejukkan.
Thursday, July 21, 2011
Stew Ayam
Bahan-bahannya
* 15 kepingan ayam yang dipotong kecil
* 1/2 cawan tepung gandum
* 3 biji kentang dibelah 4
* 1 biji kentang dipotong bulat
* 1 labu bawang besar dipotong 4 segi
* 1/2 cawan minyak masak
* 6 cawan air
Bahan Tumisan
* 2 ulas bawang putih dipotong kecil
* 1/2 labu bawang besar dimayang halus
* 1 batang kayu manis
* 1 biji bunga lawang saiz kecil
* halia sebesar ibu jari di potong halus dan memanjang
* 2 sudu besar tomato puree
* 2 sudu besar tomato sos
* 1 sudu kecil McComix mix herb
* 1 sudu kecil rempah chicken cajun(optional)
* Garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak.
1- Basuh bersih ayam dan golekkan didalam tepung gandum.
2- Panaskan minyak dalam kuali besar dan goreng ayam dalam 4 ke 5 ketul pada satu masa.Goreng ayam hingga tepung gandum nampak kekuningan.Angkat dan ketepikan.
3- Dalam kuali yang sama,masukkan halia,.bawang putih,bunga lawang dan kayu manis.Tumis sebentar.Masukkan pula tomato puree dan tomato sos.Goreng sampai semua bahan garing dan terbit bau.Kerak dari tepung gandum akan membuatkan bahan tumis berbau harum.
4- Masukkan 6 cawan air kedalam bahan tumisan tadi dan biar sampai mendidih.Bila air mula mendidih masukkan carot dan kentang.Kuah kelihatan agak cair pada masa ini.
5- Masukkan bahan-bahan perasa dan rempah,kacau rata,.masak sampai kentang agak empuk.Masukkan pula ayam yang telah digoreng tadi.
6- Keluatka dalam 4 5 biji kentang yang telah empuk dan lecek hingga hancur.masukkan semula kedalam stew tadi.kentang yang dilecek dan gandum dari ayam goreng akan memekatkan stew ayam ini.biarkan stew mendidih dgn api perlahan sehingga ayam betul2 masak dan kuah menjadi agak pekat.rasalah garam gulanya mengikut cita rasa masing-masing.
&- Tutup api .Siap untuk dihidangkan bersama nasi atau pun roti.
Tuesday, July 19, 2011
Apple Fritters/ Cokodok Apple
Salam untuk semua.Apples fritters atau cokodok apple untuk minum petang tadi.Nampak resepi ni dalm foodbuzz beberapa hari lepas.Kebetulan ada apples so kita pun cubalah resepinya.Ok jugak dan sedap. Laling dan little laling pun suka.Cuma 1 barang dari bahan-bahannya yang kita tak ada so tak masukkan lah.tetap menjadi.Anyway its only cokodok dan janji sedap dimakan.Pekena dgn kopi dan bau cinnamon yang emmmm...memang enak.
* 2 cawan tepung naik sendiri (kita guna 2 cawan gandum + 2 sudu kecil baking powder dan di ayak)
* 1/4 cawan gula perang
* 1/2 sudu kecil garam
* 1 cawan buttermilk (Kita campur kan 1 cawan susu segar dgn 1/2 sudu kecil cuka makan dan biarkan sebentar)
* 3 biji telur gred A
* 5 biji apples (2 biji diparut dan 3 biji di potong dadu.)
* 1 sudu makan lemon juice, fresh
* 1 1/2 cawan. gula halus (kita tak ada dan guna gula kasar sebanyak 1/2 cawan sahaja)
* 1 sudu kecil serbu cinnamon (Kita masuk 1 1/2 sudu)
* 4 cawan minyak masak untuk mengoreng
Cara memasak
1- Masukkan tepung gandum yang telah diayak dan garam kedalam mangkuk dan masukkan telur dan kacau sebati.masukkan pula susu dan gaul hingga semua bahan sebati dan tak bergentel.
2- Masukkan pula gula perang dan kacau.Campurkan apple yang diparut dan dipotong dadu tadi.Kaub dan balikkan adunan hingga sebati.
3- Panaskan minyak masak dengan api sederhana dan masukkan sesudu besar batter kedalam kuali .Masukkan dalam 6 7 biji adunan setiap kali mengoreng.Goreng lah hingga garing.Angkat dan toskan minyaknya.
4- Campurkan gula halus dan serbuk cinnamon didalam mangkuk dan gaulkan cekodok apples tadi didalamnya.Siap untuk dihidang.
Monday, July 18, 2011
Laughing Ball (Bebola Labu Yang Tersenyum)
Salam minum petang.Resepi ni kita masak petang ahad lepas.Resepi dapat dari salah 1 koleksi buku masakan china (Fortune Gourmet) yang ada dalam simpanan.
Resepi asal mengunakan bijan.Kita gunakan bijan untuk sepuluh biji yang pertama,lepas tu tak gaul dengan bijan lagi sebab bijan mudah hangus dan tepung kat dalam belum masak.Walau pun tak gunakan bijan rasanya tetap sedap.Kulitnya rapuh dan garing dan isi didalam lembut.Tahu tak kenapa namanya laughing ball (bola yang tersengeh ke tersenyum ke..apa-apa yang you all nak panggil la ya) sebenarnya semasa mengoreng bebola ni,bila ianya dah nak mula garing bebola akan mula merekah dan macam tersengih-sengih dalam kuali kat orang yang mengorengnya.Resepi dibawah boleh dapat dlm 50 biji, so kalau tukang makannya tak ramai buat la separuh dari resepi tu aja ya.kita buat banyak untuk dibawa kerumah adik .
Bahan-bahannya
*200 grm isi labu yang dikukus dan disejukkan
* 2 biji telur
* 60grm margarine yang dicairkan (kita guna butter)
* 160 grm gula icing
* 240grm tepung naik sendiri
* 200 grm tepung gandum
Cara memasak
1- Campurkan butter,telur dan labu yang telah dilecek didalam mangkuk dan kacau hingga sebati.Masukkan pula gula icing dan kacau sebati.
2- Ayak tepung gandum dan baking powder.Masukkan tepung gandum kedalam bancuhan labu tadi dan uli hingga menjadi doh yang lembut.sekiranya adunan terlalu lembik guna kan gandum yang didalam mangkuk.Adun hingga adunan lembut dan sedikit lembik.Biarkan adunan selama 20 ke 30 minit.
3- Semasa hendak menggentel bebola celupkan tangan kedalam mangkuk gandum dan letak sedikit gandum diatas 1 tapak tangan supaya ianya tidak melekat pada tangan.Gentel lah bebola seperti menggentel onde-onde (jangan terlalu besar sebab bebola akan mengembang bila digoreng).
*jika mengunakan bijan,basahkan sedikit bebola dgn air dan celupkan kedalam mangkuk bijan hingga rata dan terus goreng.
4- Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam bebola.Pastikan anda mengunakkan api yang kecil sahaja.Gentel bebola dan terus masukkan kedalam minyak panas.Buatlah dalam sepuluh biji.Balik-balikkan bebola dan angkat bila ianya kelihatan garing dan tersenyum pada anda ya.
Tos kan minya mengunakan kitchen roll.
5- Lakukan proses yang sama (gentel dan terus goreng) sehingga adunan habis. Hidang dan makan sewaktu panas.Memang sedap.selamat mencuba ya=

* Kita cuma guna 450 grm tepung gandum dicampur 3 sudu kecil baking powder dan 1 mangkuk kecil gandum yang digunakan semasa menggentel bebola.
* Bijan secukupnya sekiranya nak gunaCara memasak
1- Campurkan butter,telur dan labu yang telah dilecek didalam mangkuk dan kacau hingga sebati.Masukkan pula gula icing dan kacau sebati.
2- Ayak tepung gandum dan baking powder.Masukkan tepung gandum kedalam bancuhan labu tadi dan uli hingga menjadi doh yang lembut.sekiranya adunan terlalu lembik guna kan gandum yang didalam mangkuk.Adun hingga adunan lembut dan sedikit lembik.Biarkan adunan selama 20 ke 30 minit.
3- Semasa hendak menggentel bebola celupkan tangan kedalam mangkuk gandum dan letak sedikit gandum diatas 1 tapak tangan supaya ianya tidak melekat pada tangan.Gentel lah bebola seperti menggentel onde-onde (jangan terlalu besar sebab bebola akan mengembang bila digoreng).
*jika mengunakan bijan,basahkan sedikit bebola dgn air dan celupkan kedalam mangkuk bijan hingga rata dan terus goreng.
4- Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam bebola.Pastikan anda mengunakkan api yang kecil sahaja.Gentel bebola dan terus masukkan kedalam minyak panas.Buatlah dalam sepuluh biji.Balik-balikkan bebola dan angkat bila ianya kelihatan garing dan tersenyum pada anda ya.
Tos kan minya mengunakan kitchen roll.
5- Lakukan proses yang sama (gentel dan terus goreng) sehingga adunan habis. Hidang dan makan sewaktu panas.Memang sedap.selamat mencuba ya=
Sambal Terutup Ikan
Salam semua.Juadah makan malam 2 hari lepas.Jumpa resepi masa jalan2 kat dapur Kjee.Copy and paste kat sini.Halal kan ya Kjee.Kalau bulan puasa resepi ni mesti boleh membuka selera.Hari ni kita guna ikan selar je.Lain kali nak try ikan siakap pulak,mesti sedap.Bunga kantan tu separuh kita blend dan separuh kita potong halus dan dimasukkan dalam sambal semasa menumis.
BAHAN2NYA:
3 ekor ikan digoreng (kjee guna 3 potong ikan parang) (P.Ros guna 3 ekor ikan selar)
1 labu bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci kunyit hidup*
1 inci lengkuas *
2 batang serai *
1 batang bunga kantan (optional) *
segenggam cili kering direbus, tos * (Kalau nak pedas tambah ler lagi)
garam, gula
3 sudu air asam jawa(P.Ros guna 1 sudu kecil pes asam jawa adabi)
CARA MEMBUAT:
Ikan
dibersihkan, bagi garam kunyit dan goreng. Blend semua bahan bertanda *
kecuali cili kering (blend asing). Tumis bahan2 blend hingga wangi.
Pastu masukkan cili kering yang juga telah dikisar halus. gorenglah
sampai garing dan naik minyak. Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Tadi kjee bubuh dua sudu besar gula. Kacau sampai rata. kemudian rasa.
Kalau dah cukup rasa, masukkan ikan yang telah digoreng dan golekkan
dalam sambal. Perlahankan api. Siap. Selamat mencuba.
Sunday, July 17, 2011
Award Dan Homework Yang Terbengkalai
Award from Ayu Singapore
1-Kak Ros berasal dari Kelantan dan tak ada sapa percaya yang kita org kelantan.Maybe sebab kita free hair( kita punya falsafah tak mahu bertudung hanya sebab semua org bertudung),biarlah datang dari hati sendiri..insyaalah masanya akan tiba.
2-Kita pernah mengikuti rancangan pertukaran pelajar AFS dan tinggal bersama keluarga angkat di USA selama setahun.Menjadi pelajar senior di North Dakota High School.Satu pengalaman yang tak boleh dibeli dgn wang ringgit.Menjadi kenangan sepanjang hajat.
3-Dipertemukan jodoh dgn jejaka cina yang kini bernama Harith Thean Abdullah. Mungkin sebab kita memang punya darah cina,my great grandmother juga cina peluk islam.So org kata setelah beberapa genarasi akan ada salah seorang yang akan balik ke asal usul darah keturunanya.Kita la tu agaknya... Beza umur kami 14 tahun.Ada sesapa nak lawan ke??? kalau 10 tahun biasakan,tapi 14 tu...eeemmm,tapi kita tetap tak boleh lawan Siti Norhaliza weh.......
4-Kemana-mana kita pergi sudah biasa diajukan dgn soalan "are u from Philippine?" atau " are u from sabah?"Tak tahu kenapa asyik-asyik soalan tu.Sometime masa ibubapa datang register anak kat sekolah pun soalan yang sama diajukan.Anyway sudah lali.
5-Kita dikurniakan anak pertama pada tahun k3 perkahwinan dan anak ke 2 pada tahun ke 4 perkahwinan.Wah masa tu dlm usia yang muda kita sudah ada 2 anak kecil yang bagaikan kembar.Bila anak menangis kita ikut menangis sebab stress (dari seorang yang bekerja sepenuh masa dah kahwin pada usia 21 kini jadi ibu sepenuh masa.Stress wok......tapi kini melihat 2 puteri sulung yang dah mengjangkau usia 20an dan kita dialam 40an,rasa macam kawan pulak Happy sungguh.People use to asked are you guys sisters?Kembang la hidung yang memang dah kembang pun....
6-Satu kejutan berlaku dalam kehidupan kita bila diberitahu kita mengandung pada usia 40 tahun.Happy pun ya ,takut pun ya.Kita duduk dalam gelap sorang-sorang dari pukul 3 pagi sampai 7 pagi memikirkan apa nak buat ni????bukan apa pikirkan umur yang dah tua.Nak ada baby lagi ke????sedang kan anak bungsu masa tu dah nak masuk umur 17 tahun.......Tapi jodoh pertemuan dan rezeki ditangan tuhan kan...dan khabar gembira tu kita war-warkan pada suami dan anak-anak semasa meraikan harijadi suami kita.Dia pun sama happy yang bercampur-baur.Apa takut ling..yang nak bertarung nyawa melahirkan mama ni,bukannya you kan????
7-So sekarang anak ke 3 kita Hana Helena aka little laling dah berusia 6 tahun.Sama macam ayu la jugak.Sometime orang tanya cucu ke???? kita just angguk (dalam hati kita kata I owe you no explanation). So sekarang hidup bahagia dengan suami dan 3 puteri.
Rasanya cukup lah untuk hari ni kan.kena simpan setengah crita kot ada sapa-sapa lagi yang nak bagi homework.
Saturday, July 16, 2011
Apam Durian Dan Kek Kukus Durian
Musim durian dah menjelma ,maka dapat la kita melihat resepi berasaskan durian disana sini.Kita pun tak mahu ketinggalan.Kalau dulu musim durian my laling akan beli satu guni,tapi sekarang disebabkan kesihatannya tak berapa elok dia tak lagi makan durian macam dulu(sebenarnya dulu pun dia beli banyak sebab dia tahu kita suka makan..) tapi sekarang itu semua jadi kenangan surprisingly my little laling pulak yang suka makan durian,jadi ada lah teman masa makan durian ni.The 2 chair-chair pandang pun tak mahu bak bak buah durian ni.
Semalam singgah kat Giant nampak lah org jual durian dlm packet,maka kita belila beberapa paket sebab memang dah 2 3 hari berangan nak makan kuih inti durian.
Mula2 kita buat apam,dah separuh jlndan siap masak apam dalam 7 biji angin malas melanda , little laling asyik merengek nak tolong buat dan tak sabar nak makan, maka kita campurkan lebihan inti durian yang masih ada kedalam adunan apam dan simpan dalam peti.So semalam kita makan apam inti durian for tetime dan hari ni kita guna adunan sama buat kek kukus durian for breakfast. My laling and little laling dengan jayanya menghabiskkan kedua-dua hidangan tu.
* 200 grm tepung gandum
* 1 sudu besar double acting baking powder
* 400 ml susu segar/santan pekat
*2 biji telur
*200 grm isi durian di lecek halus
* 160grm gula
*1 sudu kecil garam
* Sedikit pewarna kuning
* 300-400grm isi durian dikukus selama 10 minit untuk dijadikan inti
Cara memasak
1- Pukul gula dan telur hingga kembang..Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersam double acting baking powder dan kacau rata.
2- Masukkan pula susu dan kacau lagi.campurkan isi durian yang telah di lecek halus dan gaul semua bahan hingga sebati.Biarkan selam 30 minit sebelum dimasak.
3- Panaskan sedikit minyak pada non stick pan dan masukkan setengah senduk kecil adunan kedalam kuali dan masak apam hingga garing.Angkat apam dan letakkan sesudu besar inti durian yang telah dikukus diatasnya dan lipat mengikut bentuk kesukaan masing-masing.
Untuk kek Kukus
1- campurkan inti durian kedalam adunan apam.Kacau sebati.
2- Masukkan adunan kedalam acuan pilihan dan kukus diatas air mendidih selama 15- ke 20 minit.Sedia untuk dihidangkan.
Thursday, July 14, 2011
Wantan Goreng
Salam semua.Wantan goreng untuk minum petangh tadi.But my laling said he want to eat for dinner.So for me tea time and dinner la.Petang tadi makan sebab nak makan panas-panas,malam makan lagi sebab nak temankan laling makan malam.Inti wantan ni sama saja dgn inti dumpling yang dibuat sebelum ini.Boleh tengok sini ya.
Masa buat dumpling soup tu kita guna acuan dia,Yang ni cuma masukkan inti dan pusing kulit wantan kemas-kemas dan goreng aja.Cicah la dengan cili sos jika suka
Masa buat dumpling soup tu kita guna acuan dia,Yang ni cuma masukkan inti dan pusing kulit wantan kemas-kemas dan goreng aja.Cicah la dengan cili sos jika suka
Wednesday, July 13, 2011
Yee Mee
Salam makan malam.Malam ni masak yee mee yang simple saja.Kesibukkan ditadika dan pikirkan my 1st princess yang tengah stress menghadiri Management training kat genting,selera nak masak pun kurang sikit.tapi makan,tetap kena makan kan? So jom la tengok resepi yang simple tapi sedap dimakan ni.
Bahan-bahannya
* 3 keping yee mee (mee sanggul )
* 1 keping dada ayam dipotong dadu
* beberapa ekor udang jika suka (kita tak ada udang hari ni)
* 2 batang sawi
* 3 keping kubis cina
* 1 batang kecil carrot dipotong halus
* 1/2 labu bawang besar
* 2 ulas bawang putih
*1/2 biji cili merah
* 1 batang daun bawang potong halus
* 2 biji telur
* 2 mangkuk besar air(tambah air ikut keperluan kuah ya)
* 1 sudu tepung jagung dibancuh bersama sedikit air.
* garam secukup rasa
* sedikit lada sulah(jika suka)
* 1 sudu kecil minyak bijan(jika suka)
Cara memasak
1-Panaskan 2 sudu makan minyak masak.Tumis bawang putih hingga terbit bau.
2- Masukkan kepingan ayam dan kacau rata.Masukkan pula 2 mangkuk air dan biarkan mendidih.Masukkan pula udang jika mengunakannya.
3- Bila bahan sup mendidih masukkan kiub ayam.Kacau hingga kiub ayam larut dan boleh la dimasukkan semua sayur-sayuran.Biarkan hingga sayur kelihatan agak empuk,masukkan sedikit garam ikut citarasa masing-masing.
4- Pecahkan 2 biji telur didalam mangkuk dan masukkan sebiji sebiji kedalam kuah tadi.Pastikan kuah dikacau semasa telur dimasukkan.
5- Setelah telur kelihatan masak,masukkan bancuhan tepung jagung sambil kuahnya dikacau. Masukkan lada sulah dan minyak bijan.Masak lagi selama 2 minit dan sedia untuk diangkat.
6- Masukkan sekeping yee mee kedalam pinggan dan siram kuah diatasnya.Tabur daun bawang.
* Hidanglah yee mee bersama potongan cili padi yang direndam dalam kicap cair.

Saturday, July 9, 2011
Murtabak Roti Dan Daging
Salam semua.Esok kita nak ke Genting Highland to sent my 1st princess for training.Petang tadi nampak ada dua paket roti kat atas meja.kalau tak dikerjakan roti ni nanti berkulat atau keras bila dah balik dari genting isnin nanti.Sibuk la kita pikir apa nak buat dgn roti ni.Pernah nampak kat beberapa dapur blogger buat roti dilapis daging.Rasanya 1 idea yang bagus untuk sarapan esok.Makan esok ke?????? Sekarang pun dah separuh tray habis kot!!!anyway resepinya kita tak ikut 100% sebab kita main capai dan campak apa yang ada dalam peti dan kat dapur aja. Apa pun thank you pada blogger2 terbabit for the idea and resepi yang sedapJom tengok resepi.
Bahan-bahannya
*12 keping roti High 5
* 1 biji bawang besar dipotong dadu
* 2 ulas bawang putih potong halus
* 1 paket daging hancur(Ramly burger)
* 1 biji cili merah potong halus
* 3 1/2 sudu besar rempah kurma
* 1 biji ubi kentang dipotong dadu
* 5 biji telur
* 2 cawan susu segar
* 1/2 paket cheese mozarella
* sedikit minyak untuk menumis
Cara memasak inti
1- panaskan dalam 3 sudu besar minyak dan tumis bawang putih hingga retbit bau.masukkan pula rempah kurma yang dibancuh bersama sedikit air.Goreng hingga garing.
2- Masukkan daging hancur kedalam kuali dan kacau hingga air agak kering.Masukkan pula bawang besar,cili merah dan kentang.Kacau biar sebati.
3. Masukkan kiub ayam dan kacau lagi.Masukkan pula lada putih.kacau dan biar sampai kentang empuk dan daging agak kering.Angkat dan sejukkan.
Cara menyediakan murtabak daging
1- Kocok susu,telur dan 1 sudu kecil garam hingga sebati
2- Celupkan 4 keping roti kedalam campuran susu dam atur dlm loyang 4 segi yang telah di sapu dengan butter.Tuang bahan inti diatas roti dan ratakan.
3' Ulang langkah no 2 dengan roti menjadi lapisan terakhir dan tuangkan semua baki campuran susu dan telur diatas roti.Taburkan cheese sebanyak yang disukai diatas lapisan roti yang terakhir.
4- Bakar lah dengan suhu kepanasan 220o c selama 40 minit dan lapisan cheese garing kekuningan.

Subscribe to:
Posts (Atom)