Mereka yang sudi.......

Monday, June 27, 2011

Donut Chocolate

Salam isnin.Buat donut coklat simple untuk minum petang semalam.Ingat nak buat glazy donut,Tapi little laling made so much noise nak main dgn doh dan suruh kita goreng jugak figurine yang dia dah buat tu,putus angin dibuatnya so jadi la donut chocolate.Lain hari nak buat lagi la sebab kita memang nak makan glazy donut.Emmmmm geram betul dgn sikecik sorang ni.Jom tengok resepi


Bahan-bahannya
* 500 grm gandum
* 1 cawan susu segar suam-suam kuku
* 1 paket yis mauripan
* 1 biji telur
* 100 grm butter
* secubit garam
* 1 sudu besar gula
Cara-caranya
1- Campurkan yis bersama susu suam .Biarkan sebentar hingga kembang.
2- Dalam mangkuk besar campurkan tepung gandum,gula dan garam.Masukkan pula butter dan gaul rata.
3- Tuang campuran yis kedalam gandum.Gaul rata dan uli adunan hingga menjadi lembut dan tidak melekat dijari(tambah sedikit lagi butter jika agak keras)
4- Tutup mangkuk adunan dgn tuala lembab dan biar adunan naik sekali ganda lebih kurang dlm 40 minit
5- setelah adunan naik buka tuala dan tumbuk-tumbuk adunan dan uli sekejap lagi.
6- Sediakan papan canai dan rolling pin.Taburkan sedikit gandum diatas papan canai dan canai adunan setebal lebih kurang 1/2  inci.Terap adunan dgn sarang donut. Buat sampai adunan habis.
7- Panaskan minyak dgn api sederhana dan goreng donut hingga kuning keemasan.
8- Celup donut dlm ganache coklate.Hiaslah sesuka hati

Choclate ganache
200grm cooking choclate dicampur 3 sudu besar cream dan 1/2 sudu kecil butter.Masak secara double boiler atau masukkan kedalam microwave sekejap.Bila bahan semua cair siap untuk digunakan
ni pun nak kena goreng ke little laling oooiii..... sabor aje la!

Sunday, June 26, 2011

Sup Tauhu Lembut Dan Timun Tua

Salam hari minggu.Menu malam tadi.Musim panas ni memang bagus buat sup ni untuk sejukkan badan.Lagi pun timun tua ni memang org cina suka buat sup.Masaknya pun senang dan cepat.My nephew love it, so do I....my laling lagi la suka.......makanan nenek moyang dia kan????Jom tengok resepi.


Bahan-bahannya
* 1 biji timun tua buang kulit dan bijinya (jika suka boleh dimasak bersama kulinya-tapi budak2 ni suruh buang kulit) dan potong sederhana besar
* 2 paket tauhu lembut atau tauhu telur dipotong bulat
* setengah biji bawang besar di mayang
* 1 ketul kiub ayam
* 1 pokok daun bawang
* 2 ulas bawang putih dipotong halus
* sedikit soohon jika suka
* 3 1/3 cawan air (Ikut suka nak kuah banyak mana)
gambar dari blog ini sebab kita dah masak tampa ambil gambar timun tu Ada yang tanya macammana rupanya?.Search di google dan jumpa ni.Thank you cookingcrave

Cara memasak
1- Panaskan dalam 2 sudu minyak masak dan tumis bawang putih hingga terbit bau
2- Masukkan air dan kiub ayam ,biarkan sebentar dan kacau rata,bila air dah nak mula mendidih masukkan timun.
3- Masak sup hingga mendidih dengan api sederhana.Masak hingga timun menjadi lembut.
4- Masukkan pula tuhu dan bahagian bawah daun bawang.Masukkan garam dan sedikit lada putih jika suka.
5- Bila timun dah betul betul lembut tutup api dan taburkan hirisan daun bawang .Siap untuk dihidang.

Saturday, June 25, 2011

Roti Jala

Salam hari minggu.Roti jala untuk brunch.Hari minggu memang malas nak nak dok lama-lama kat dapur.Hari ni kita mask roti jala guna resepi dari dapur kak Jee.Memang lemak dan lembut dan yang bestnya jalaan pertama kita terus menjadi dan tak melekat.Tapi jalaannya tak ada lah secantik jalaan tuan punya resepi. Kita buat roti jala ni kaler maler dan bekas tu dibeli kat daiso IOI mall Puchong dah lama dulu.Buat dalam dua adunan dan makan bersama kari ayam.
Jom tengok resepi yang di copy paste dari kak Jee.Halalkan ya kak jee.



BAHAN2NYA:
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan(boleh guna susu cair)
1 cawan air
1 biji telor
secubit garam
beberapa titis pewarna egg yellow




CARA:
Masuk semua bahan dalam blender (kecuali kulit telor) dan trrrrr sambil sebati. Tuang dalam botol acuan. Boleh guna acuan biasa. Pastu panaskan non stick pan dan oleskan mentega ke seluruh kuali. Kjee guna Olive Oil. Biar kuali panas dan mulalah menjala. Mula2 buat mesti tak cantik tapi lama kelamaan okaylah. Bila sekeping sudah masak, alihkannya ke pinggan, terbalikkan supaya permukaan atas yang licin mengadap ke bawah. Kemudian gulung. (Kena simpan dalam bekas kedap udara supaya tidak menjadi kering dan keras)  Ulang sampai habis. 



Yam basket

Salam sabtu.Diner malam tadi,Yam basket is 1 of my family's favorite.Beli yam ni dua hari lepas.Seketul dekat RM8.00 harganya.Ding,dong ,ding,dong pikir nak buat apa.Teringin nak buat kueh talam yang  sememangnya terhangat dikalangan blogger2 masak.Tapi budak2 ni tak brapa makan..sob..sob.Nanti kita dgn laling juga yang kena habiskan.Pikir punya pikir teringat pasal makan yam basket kat restoran Chan Abdullah 2 bulan lepas.Cinonet aja saiznya dan tak cukup makan budak2 ni dibuatnya.Problem solved.Yam Basket kegemaran tukang-tukang makan kat sini dan terutama skali tukang masak sendiri.Buat gimik aja cakap org lain suka padahal diri sendiri yang terlebih suka.
Tapi sayur-sayuran yang dimasukkan hari ni tak cukup sifat.Main baling apa2 yang ada je.Isi dada ayam pun tak ada.Kita bantai potong 5 keping paha ayam.Janji sedap..... dan puas makan!
Yam basket ni ada juga yang panggil yam ring.Cara masak pun ada versi yang berlainan.Ada yang kukus dulu yam baru dilecek dan dibentuk dan digoreng.Kita buat tak ada kukus mukus,sebab kaki pemalas loh!Kita parut yam dan goreng aje.Jom tengok resepi.

Bahan-bahan untuk yam basket
* 1 ketul yam dlm 700 ke 800grm (dibuang kulit dan diparut halus)
* 2 sudu besar tepung jagung
* secubit garam dan lada sulah
Cara membuatnya
1- Campur semua bahan dan gaul rata.
2- Masukan kedalam acuan yang berbentuk seperti mangkuk.P.Ros guna senduk besi yang bersaiz besar.
3- Keluarkan adunan dari acuan secara perlahan dan panaskan dalam 1 kilo minyak dan goreng yam basket hingga garing.
note:.P.Rose masukkan yam basket bersama acuannya kedalam minyak panas,tapi melekat sedikit pada acuan semasa mengoreng.Kenalah pandai-pandai untuk mengeluarkannya.
Bahan Inti
* 5 ketul paha ayam dipotong kecil(guna dada ayam jika ada)
* 1 batang carrot(gunakan snow peas jika ada)
*  Beberapa biji baby corn
* 1 tin cendawan butang dibelah 2 (boleh guna cendawan segar)
* 1/2 biji bawang besar dipotong besar2
* 2 3 bartang cili kering potong serong(Optional)
* 2 ulas bawang putih dipotong halus
* 1 sudu kecil  5 spices powderP.Ros tak ada ni dan ganti dgn chinese BBQ sos)
* 2 sudu besar sos tiram
* 1 sudu besar kicap pekat manis
* 1 sudu besar kicap cair
* 1 sudu kecil minyak bijan
* garam secukup rasa
Cara memasak
1- Panaskan sedikit minyak,goreng bawang putih dan cili kering hingga terbit bau.Masukkan daging ayam dan bairkan hingga air ayam agak kering.
2- Masukkan semua bahan sos dan kacau rata.Tutup kuali sekejap.
3- Buka penutup kuali dan masukkan semua bahan sayur dan goreng hingga sayur agak masak.Masukkan minyak bijan dan lacau sedikit.
4- Bancuh 1 sudu kecil tepung jagung bersama sedikit air dan masukkan kedalam kuali.Kacau hingga sos agak pekat dan padam kan api.

Bahan hiasan.
Panaskan minyak yang diguna untuk menggoreng yam basket tadi hingga betul-betul panas.Masukkan soohon yang dah dipotong dan goreng hingga soohon kembang.Boleh lah diangkat.
Letak soohon goreng didalam pinggan besar dan letakkan yam basket diatasnya.Masukkan inti kedalam yam basket dan siap untuk dihidang.












Thursday, June 23, 2011

Puding French Loaf berkeju

Salam minum petang.Hidangan minum petang yang cepat dan ringkas.
Bahan-bahannya
* 1 batang french loaf dipotong kecil(dalam 15 keping)
* 3 cawan susu segar
* 1 cawan gula perang
* 4 biji telur gred A
* sedikit esen vanila
* sedikit serbuk kayu manis (jika suka)
* Parutan keju sebanyak yang disuka



Cara memasak
1- Atur french loaf dlm loyang pembaka
 2- Dalam mangkuk campur susu dan telur dan pukul biar sebati.
3- Masukkan 2/3 gula perang dan pukul lagi hingga gula hancur
4- Curahkan adunan telur keatas roti.gunakan baki gula untuk ditabur diatas roti
5- Biarkan rroti terendam selama 5 minit.Kemudian terbalikkan roti tersebut.
6- Tabur gula pada roti yang baru dibalikkan tadi.taburkan pula serbuk kulit kayu manis dan parutan cheese.
7- Bakar dalam suhu 180 c selama lebih kurang 30 minit hingga bahagian atas roti agak garing dan kekuningan.




Mangkuk Tauhu


Salam makan malam.Mangkuk tauhu yang sedap.Boleh dimakan semasa minum petang atau dihidang bersama nasi.Apa-apa pun sangat sedap dimakan semasa panas-panas.Juga boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah sos-pilihan masing-masing.Dapat makan tauhu ni terubat sikit rasa rindu kat dimsum.Bukan senang nak dapat dimsum yang halal.We will normaly  go to hotel Dorset Subang jaya for the halal dimsum.Sapa-sapa yang suka tauhu cuba la buat resepi ni.Walau pun gambarnya agak kelabu tapi tahap kesedapannya boleh buat mata terang benderang untuk habiskan sepinggan sorang-sorang.cuba lah!
Bahan-bahanya
* 2 packet tauhu kering (ada 18 biji semuanya)
*200 grm mince chicken
* 1 biji tauhu pejal(tukar dgn udang jika suka)
* 5 sudu besar bread crumb
*1/2 biji bawang besar dipotong dadu
* 1 pokok daun bawang dipotong halus
* beberapa biji cili padi (sebanyak yang disukai) dipotong halus
*1 biji cili hijau dipotong halis
* 1 ketul chicken kiub
* 1 sudu kecil garam
* 1 sudu sos Lea and Perins
* 1 sudu kecil sos ikan
* 3 biji telur



Cara memasak
1- Buat potongan bentuk + dibahagian atas tauhu.Korek keluar sedikit bahagian dalam tauhu dan terbalikkan bahagian dalam tauhu menjadi bahagian luar untuk membentuknya seperti mangkuk bagi memudahkan kerja memasukkan inti.
2- Campurkan semua bahan didalam sebiji mangkuk.Pecahkan telur dan gaul rata.
3- sudukan inti kedalam tauhu dan ratakan permukaannya.
4- Panaskan 1 1/2 cawan minyak masak dan goreng tauhu .Balik-balikan tauhu hingga semua bahagian garing.angkat dan toskan minyaknya.
5- siap untuk dihidang bersama nasi atau makan begitu sahaja.Hidang la bersama sos kegemaran and.

Note: 1- Boleh dicampurkan  hirisan daun kesum jika suka.
          2- Tauhu ini boleh digoreng atau dikukus mengikut pilihan masing-masing

Wednesday, June 22, 2011

Kurma Cili Hijau Ayam

Salam Rabu. Dah beberapa hari tak ada N3 masak ya.Actualy hari-hari pun masak ,tapi yang simple dan memang resepinya dah dimasukkan sebelum ni.Kurma ni pun simple .cuma sebelum ni kita masak kurma tak pernah dimesin cili hijau bersama bahan-bahan lain.Hari ni terasa nak cuba pula.Rasanya tetap macam kurma ....hi.hi..hi.Boleh cuba jika suka.


Bahan-bahannya-
* 1/2 ekor ayam
* 350ml santan
* 2 sudu besar rempah kurma
* 1/2 biji bawang besar
* 2 biji cili hijau
* 2 ulas bawang putih
* Sedikit halia
* 1 batang kayu manis
* 1 biji bunga lawang
* 2 biji buah pelaga
* 1 keping asam keping
* gula dan garam secukupnya
* 2 biji kentang dibelah 4


Cara memasak
1- Panaskan 4 sudu besar minyak masak, tumis bahan-bahan * yang telah dimesin hingga garing dan wangi.
2- Rempah kurma dicampur sedikit air dan masukkan kedalam tumisan bawang tadi.Tumis dan kacau hingga terbit bau.
3- Masukkan daging ayam dan tutup periuk sebentar. Buka tudung periuk dan kacau,bila air ayam dak agak kering masukkan santan.ubi kentang dan asam keping.
4-Masak kurma hingga mendidih dan masukkan garam dan gula secukup rasa.Kecil kan sedikit api dan masak lah hingga kentang empuk dan kuah nampak pecah minyak.Hidang denagn nasi panas.

Sunday, June 19, 2011

Aktiviti Dihari Bapa

Salam hari bapa untuk semua bapa-bapa diluar sana.Pagi hari ni bermula dgn little laling membuat bising yang dia kena sediakan sarapan untuk papanya sempena hari bapa.Walau pun sarapan pagi ini adalah waffle pisang dan sandwich telur.tapi papanya dipaksanya makan sekeping roti  bersama butter dan jam serta secawan kopi.Katanya teacher (P.Ros la tu....) suruh bangun pagi buat kopi dan roti bersama butter untuk fathers day.
The 2 chair-chair memang dah rancang nak ketaman pertanian(Bukit cahaya) Shah Alam untuk activiti berbasikal bersama papanya sempena hari bapa.Seronok sungguh tengok mereka gembira beriadah bersama sambil menunggang basikal.Outing kami hari ini juga disertai oleh 1 of my nephew which is more like a son to me and my laling (lagi pun kita tak ada anak laki-laki,so inilah pengarang jantung my self and my other half)Tapi agak sengsara sebab kita tak pandai tunggang basikal,so kena lah kejar mereka pakai 2 kaki bukan 2 tayar.Apa pun laling tetap setia temankan kita berjalan (sorry ling u tak dapat naik basikal because of me).Love u laling and 'Happy Father's Day'.








 A note from Little laling (Hana)

Wednesday, June 15, 2011

Puff Pisang

Salam to all.Puff pisang  ni dibuat untuk teatime hari ahad lepas.Sesikat pisang yang dibeli dan 4 biji daripadanya dah dibuat kek pisang dan ada lagi beberapa biji.Tak tahu apa nak buat dengannya??????????????????????
Sambil duduk-duduk sambil belek beberapa buku masakan dan terjumpa resepi ni dari buku decoding chinese  pastry.
Rupa bentukyan nampak macam cokodok pisang,tapi rasanya tak sebab dibuat dari telur putih.Resepi asal mengunakan kacang yang ditumbuk dan gula untuk ditabur diatasnya.P.Ros gunakan honey sebab tak ada kacang tanah.Sedap untuk minum petang beersama teh atau kopi.Puan Ros gandakan dari resepi asal kat bawah sebab nak habiskan semua pisang2 tu.


Bahan-bahannya A
* 3 biji putih telur
* 3 biji pisang 
* 15 grm tepung gandum
* 15 grm tepung jagung
* 1/2 sudu kecil gula
Bahan-bahan B
* 200grm kacang ditumbuk
* 90 grm gula halus
Puan Ros gantikan bahan-bahan diatas dengan honey
Cara-caranya
1- Potong kecil pisang dan ketepikan
2- Pukul putih telur dan gula hingga stiff dan campurkan tepung gandum dan tepung jagung dan kacau perlahan sehingga bahan sebati.
3- Panaskan minyak.Celup pisang didalam adunan dan goreng hingga garing.Angkat dan kering kan minyaknya.
4- Letak pisang didalam pinggan dan taburkan kacang tumbuk dan gula diatasnya (P.Ros tuang honey keatasnya).Siap untuk dihidang.





Sunday, June 12, 2011

Chicken Calzone


Salam hari minggu.Hari minggu boleh lah kita masak something yang boleh dipanggil brunch dan rakyat jelata kat sini dibenarkan makan pada bila-bila masa yang mereka suka (b-fast or lunch).Maalum lah hari minggu semua pun nak bangun lambat melainkan tukang masak,tak ada excuse nak bangun lambat.Huk..huk..huk...kalau bangun lambat perut sendiri yang lapar.Lagi pun kita kena bangun pagi untuk minum kopi.Kalau tak boleh pengsan.....
Ok lah resepi asal untuk Calzone ni kita dapat kat sini. Dohnya kita ikut 100% tapi intinya biasalah,ikut apa yang ada kat dapur.Janji sedap beb!Makan pun kenyang.Puan Ros coppy and Paste the original resepi here.Thank you Aarthi for sharing.
For Dough:
All Purpose flour-2 cup
Yeast-1 tblspn
Sugar-1 tsp
Salt to taste
Warm Milk-1 cup or as needed
Olive oil-1 tblspn

For Filling:

Onion-1 sliced (1 used 1 and 1/2 big onions)
Mushroom-1 cup sliced (there's 1 packet of Enoki mushroom in my fridge so I used it for the filling)
Capsicum-1 sliced
Tomato Ketchup- ½ cup*
Garlic-1 tblspn minced*( I replaced this 2 * with  kimball ready made pasta sauce)
Salt to taste
Pepper-1 tsp
Cheese-1 cup grated(I used cheedar cheese)


Method:
Preheat the oven to 200° C(400° F).
Mix tomato ketchup with minced garlic and set aside.

Take flour in a bowl and mix salt with it.Mix yeast,sugar with warm milk and set it aside till it foam up.Mix the flour with the yeast water till it forms a soft dough.Apply oil in it and cover it..Set this aside in a warm place till it doubles in size.
When it doubles,knock out the air and knead the dough for 3 min.Divide it into two equal portions and set it aside.
Roll one dough into round shape...Apply the garlic ketchup generously on the rolled dough.Add onions,mushrooms,capsicum,salt,pepper on one side of the rolled dough.Sprinkle cheese generously over the veggies.Fold the dough so that it forms a semi circle shape.Seal the edges.Apply some oil on top of the calzone..
Do exactly same to the other dough.Place both the dough in a well oiled baking tray and set it in the preheated oven.
Cook for 35-40 min till the top become golden in colour.
Remove it from the oven and apply some butter on the top so that the top looks glossy.
Cut it half and serve..

Saturday, June 11, 2011

Manggo Jelly



1 petang yang hangat dan panas.Jumpa pula 2 packet mango dessert jenama holly farms dalam drawer.
Laju saja tangan ikut arahan dikotak.Cuma didihkan 4 cawan air dan masukkan 2 packets manggo dessert tadi dan kacau sampai hancur.Tuang dalam acuan sejukkan sebentar dan masukkan kedalam peti untuk lebih menyejukkan lagi anak tekak bila dimakan nanti.Em...nyaman memang nyaman....Belum apa-apa little laling dah ngap dua ketoi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info