Mereka yang sudi.......

Tuesday, May 31, 2011

3 in 1 (plate) breakfast


Salam pagi.Nyaman sungguh pagi ni .Hujan turun bermula 6.30 pagi tadi.Dapat la menghilangkan bahang kepanasan yang dah berlarutan selama beberapa hari.Sempena cuti sekolah ni adalah masa sikit nak masuk kedapur.
Pagi ni buat 2 resepi yang memang dah selalu dibuat untuk my 1st princess to take to office.Hari ni hari terakhir dia kerja with  UMW.Sedih la tu sebab dah 6 bulan dia kat situ dan dah mula selesa dgn kerja yang dibuat serta kakak-kakak(staff) yang banyak membantu.Harap-harap ada good news for her to continue working there when there are ready to take a new staff.Kak Ros letakkan gambar tuna horn dan Oreo cheese cupcakes ya.


Oh ya yang 3 in 1 (plate) tu sebenarnya little laling breakfast.Dah siap buat sandwich sardin skali untuk anak dan bapa.Sukala dia org nak makan pagi ke,tengahari ke.Janji they all kenyang.

Rasanya mulai sekarang kenala kurangkan baking-membaking ni memandangkan bill electric akan naik mulai hari ni.Sedihnya.........

Thursday, May 26, 2011

Baked Chicken

Hi semua.I baked this chicken the night before we left for Singapore. Served with kentang putar dan coleslaw.Actually resepinya adalah resepi campak-campak je .Nak habiskan apa-apa yang ada dlm peti sebelum kita pergi.Resepinya pun macam ingat-ingat lupa je...

 Bahan-bahannya:
* 5 keping whole chicken tight
* Perahan jus dari 1 biji lemon
* 3 sudu kecil McCormick mixed herbs
* 2 sudu kecilMcCormick Montreal chicken herbs
* Secubit garam
* 2/ 3 sudu minyak masak
* 1/2 sudu serbuk lada hitam
Cara memasak
1- Campur semua bahan dalam mangkuk kecil.
2- Cuci bersih ayam dan lap kering.Tuang bahan-bahan yang dicampur tadi keatas ayam dan gaul rata.Perapkan dlm setengah jam.
3- Panaskan oven 200 C dan bakar ayam selama lebih kurang 1 jam.Bakar lah ayam hingga keperangan.Jus dari ayam yang dibakar tu boleh dimasukkan dlm brown sos yang dimasak untuk dimakan bersama ayam.


Resepi brown sos secara ringkas
Panaskan butter dan goreng bawang besar hingga layu dan masukkan tepung gandum.Bila gandum dah masak,masukkan pula susu segar atau cream
 dan jus dari ayam tadi.Masukkan 1/2 keping kiub pati ayam.Cuba rasa mengikut selera masing-masing.Masukkan juga dalam 1 sudu kechil Lea & Perins sos dan kicap pekat/manis untuk mendapatkan sos bewarna coklat.Masukkan pula  serbuk lada hitam sebanyak yang disukai.Masak hingga mendidih dan hidangkan bersama ayam atau kentang putar.

Wednesday, May 25, 2011

Kembali Bersiaran




Salam semua.hampir seminggu kita tak bersiaran dan makan makanan kedai sepanjang percutian di Singapore. I went for vacation  ahead of the school holidays in order  to avoid the  crowd .Little laling and the 2 chair-chair of course enjoyed themselves at the universal studio.Tapi mak little laling ni of course la sakit kaki dan rindu nak makan own cooked food.
We arrived home around 5.00pm on sunday.Seronoknya dapat tidur atas katil sendiri.The next day went to work.Masuk office meja penuh dgn buku ,need to double check teachers work before parent-teachers day which is today.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Kena pula duduk depan lappy berjam-jam at night to choose the Sports day pictures for parents to buy.Ayoo....tak pergi holiday pun penat,balik holiday lagi penat laaaaa!
Sampai hari ni kita belum berkesempatan untuk betul-betuk masak.Kadang2 beli lauk yang dah masak  dan tinggal masak nasi aja atau makan terus kat kedai.Sambili lepak-lepak dan ambil nafas lega ni,kita masukkan sedikit gambar little laling and her 2 chair-chair ya.Bila dah masak nanti,kita masukkan pula N3 nya.Sebenarnya ada lagi 2 resepi yang dimasak sebelum kesingapore yang belum dimasukkan N3,tapi malas sungguh nak tulis resepinya.Tunggu sat ya...



















Wednesday, May 18, 2011

Black Bottom Cupcakes


.
.Salam  semua.Dah lama teringin nak buat cupcakes ni.Semalam sempat beli cheese so hari ni pagi-pagi kita bangun membaking.Semua blogger pun tahu resepi ni dari sini.http://www.joyofbaking.com/So P.Ros cut and paste je kat sini.Thank you joy of baking.

Cream Cheese Filling:
8 ounces (227 grams) cream cheese, room temperature
1/3 cup (65 grams) granulated white sugar
1 large egg
1/2 teaspoon pure vanilla extract
Chocolate Cupcakes:
1 1/2 cups (195 grams) all purpose flour
1 cup (200 grams) granulated white sugar
1/3 cup (30 grams) natural unsweetened cocoa powder (not Dutch processed)
1 teaspoon baking soda
1/4 teaspoon salt
1 cup (240 ml) water
1/3 cup (80 ml) vegetable,corn or canola oil (or other flavorless oil)
1 tablespoon white vinegar
1 teaspoon pure vanilla extract

Black Bottom Cupcakes: Preheat oven to 350 degrees F (177 degrees C) and line 12 muffin cups with paper liners.
Cream Cheese Filling: In your electric mixer, or with a hand mixer, beat the cream cheese until smooth. Add the sugar, egg, and vanilla extract and beat until creamy and smooth. Set aside while you make the Chocolate Cupcake batter.
Chocolate Cupcakes: In a large bowl sift together the flour, sugar, cocoa powder, baking soda, and salt. In a separate bowl mix the water, oil, vinegar, and vanilla extract. Make a well in the center of the dry ingredients and stir in the wet ingredients until nice and smooth. Evenly divide the batter among the 12 muffin cups. Then spoon a few tablespoons of the cream cheese filling into the center of each .cupcake.
Bake in the preheated oven for about 25 minutes, or until the cream cheese filling has set and the cupcakes feel springy to the touch (a toothpick inserted into the chocolate part of the cupcake will come out clean). Remove from oven and place on a wire rack to cool. The cupcakes can be covered and stored in the refrigerator for about 3 - 4 days.


Tuesday, May 17, 2011

Terima Kasih Teman

  Salam semua.Hari ni kita ada masa terluang dan ambil peluang ni untuk bawa balik hadiah yang dibagi rakan-rakan blogger.Hadiah untuk hari ibu dan hari guru ni kita angkut waktu yang sama sebab kita adalah seorang ibu dan seorang guru.Thank you so much ya mama dan cik cek for the beautiful and meaningful gifts. Semuga tuhan mempermudahkan jalan untuk kita mendidik anak-anak mahu pun dirumah dan ditadika


Monday, May 16, 2011

Otak-Otak Taufu Pok

Salam to all.Malam ni kita masak saja tapi tak makan nasi. Tak lapar la pulak.Tapi bila laling kata dia suka otak2 taufu ni kita pun duduk la sebelah dia makan lauk saja.Kebetulan goreng kicap udang dan kangkung.Udang la yang jadi mangsa lepas sekor-sekor.So apa yang tak makannya???? makan la tu namanya....tak apa la tengok la resepi ni.mana tahu berkenan nak cuba kan?

Bahan-bahannya
* 15 keping taufu pok(2 Paket)-kat rumah ni semua org suka tauhu so buat banyak pun tak apa
* 1/2 packet tauhu lembut
* 200 grm minced chicken(boleh diganti dgn isi udang atau ikan)
* 1 biji telur
* 3 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 3 keping kecil potongan lengkuas
* 3 batang serai
* 1 biji cili merah (boleh masuk cili padi)
* beberapa batang daun kesum(Sebanyak mana yg disukai dan ambil daunnya saja)
* Lebih kurang 100 ml santan pekat (P.Ros guna santan kotak)
* Garam dan gula secukup rasa
                            ada lebihan daun kesum,so saja letak kan atasnya
Cara memasak
1- Panaskan dalam 3 sudu besar minyak masak dan tumis bahan * yang telah dimesin sampai terbit bau dan masukkan santan.Biarkan diatas apa sederhana sehingga mendidih.Masukkan juga garam dan gula secukup rasa .Angkat dan sejukkan.
2- Bila bahan rempah telah sejuk,masukkan tauhu lembut yang telah di lecek halus kedalamnya dan kacau rata.Masukkan pula minced chicken dan telur.kacau hingga semua bahan sebati.
3- Ambil sebiji tauhu dan gunting sedikit bahagian atasnya serta korek keluar sedikit bahagian dalam tauhu.Bahagian dalam tauhu yang bewarna putih boleh dicampur kedalam bahan inti tadi jika mahu.
4- Masukkan bahan inti kedalam lubang tauhu dengan mengunakan sudu kecil.masukkan dalm 2 1/2 ke 3 sudu dan ratakan bahagian atasnya.Letakkan sehelai daun kesum jika suka.
5- Panaskan kukusan dan kukus taufu pok selama lebih kurang 10 ke 15 minit.Angkat dan hidangkan semasa panas.
Sedap dimakan bersama nasi atau begitu sahaja.Selamat mencuba

Popia Telur Dan Sausage

Salam pagi semua.Hari ni kita rest kat umah.Tadika cuti sebab semalam sports day.Hari ni cikgi-cikgi serta pengetua sekali perlu rehatkan badan dan betulkan mana-mana urat yang tersimpul semalam.Tuan rumah ni pun sebenarnya sakit badan dan tumit kaki.
Hari ni buat popia untuk b-fast.Kulit popia tu dah lama beli.Harap-harap dgn makan popia perut laling kenyang lama sikit sebab sakit tumit kaki la nak berdiri lama-lama kat dapur tu. Rasanya there is no fixed rules for inti popia kan??? Masuk saja apa yang anda suka.I always like to have an eggs in my popia.So sila la tengok resepi yang senang ni ya

 Bahan-bahannya
 * 15 keping kulit popia
*  Hirisan 1 keping kobis
* 1 batang carrot diparut
* 1/2 labu bawang besar dihiris halus
* 1 biji cili merah dihiris nipis
*  1/2 biji hirisan capsicum hijau dan kuning
* 1 batang daun bawang dipotong kecil
* 2 ulas bawang putih dicincang halus
* 2 biji telur
* 2 batang sausage
* 1 keping kiub pati ayam
* secubit gula dan garam jika mahu


Cara memasak
1- Panaskan sedikit minyak masak dan goreng bawang putih hingga wanggi
2- Masukkan hirisan sausage kacau sebentar.Pecahkan 2 biji telur kedalam kuali dan kacau rata.Tunggu hingga telur masak dan kacau biar telur hancur.
3- Masukkan pula hirisan semua sayuran dan kiub ayam.Kacau rata dan rasa lah garam gula mengikut selera masing-masing.Tak payah goreng sayur lama sangat sebab takut layu dan lembik.Angkat dan sejukkan.
4- Bila inti sejuk ,masukkan 1 sudu besar inti kedalam kulit popia dan gulung kemas.sapukan sedikit air sejuk untuk melekatkan bahagian tepinya.
5- Panaskan minyak dan goreng popia hingga garing dna hidang bersama  sos pilihan masing-masing.






Sunday, May 15, 2011

N3 PENAT / I LOVE YOU CIKGU

Salam semua.Hari ni tak ada N3 masak. Sebab tuan rumah memang terlebih penat.Hari ni hari sukan untuk Tadika sinaran Intelek.Syukur alhamdulillah,semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang,especially a surprise teacher's day celebration that I carefully planned for my teachers.It's nice to see how happy they are to received the roses from each one of their students..Esok 16 May 2011 adalah merupakan hari guru.Kita baru saja menyambut hari ibu,tapi jangan lupa guru juga adalah merupakan seorang ibu bagi anak-anak kita.Jangan lah dilupakan jasa mereka.
Kita masukkan dulu 1 gambar ni sebab kita nak tunjuk gambar cikgu-cikgu kita yang memang very hard working dan berdedikasi. Gambar-gambar yang lain tu semuanya dalam camera our photographer.Dia dah bagi copynya nanti boleh la kita tunjukkan gambarnya ya.
I love you cikgu.

Thursday, May 12, 2011

Blueberry Jam Bars

salam malam.Dah beberapa hari rasanya oven kak dapur tak dipanaskan.petang tadi teringin nak makan sesuatu yang manis.dan teringat blueberry filling yang masih ada didalam peti.Mula-mula ingat nak buat muffin.tapi malas rasanya nak keluarkan mixer dan muffin pan.So kita teringat bluebery bar yang resepinya ingat2 lupa dari blog mana kita lihat.Tapi disebabkan cara nak mmbuatnya senang tak pakai banyak bahan dan perkakas kita berjaya lah buat bluebeery bars ni.Sesiapa yang tak suka manis,boleh kurangkan gula.Tapi P.Ros suka sebab  kita makan blueberry bars ni dengan teh tampa gula.


Bahan-bahannya
* 3 cawan gandum
* 1 cawan gula
* 250grm butter sejuk
* 1 biji telur
* 1 sudu teh baking powder
* 8 sudu besar blueberry jam (blueberry filling)



Cara memasak
1- Dalam mangkuk Campurkan gandum ,gula dan baking powder dan kacau sebati.
2- Potong kecil  butter dari peti sejuk dan masukkan kedalam campuran gandum tadi.Guna tangan dan ramas adunan menjadi seperti breadcrum dan masukan pula sebiji telur.Gaul lagi.
3- Masukkan adunan kedalam tray dan tekan-tekan adunan setebal 1/2 inci hingga rata.(P.Ros guna dua loyang kecil).Jangan lupa tingalkan sedikit adunan untuk diparut diatas lapisan jam.
4- Setelah adunan rata sapukan blueberry filling keatasnya.Baki adunan dikepal bulat dan diparut keatas lapisan blueberry filling tadi.
5- Panaskan oven dengan suhu 200c dan bakar blueberry bars selama lebih kurang 45 minit.Letakkan loyang pada rak bawah.Sekiranya bahagian atas sudah garing dan bahagian bawahnya belum boleh lah gunakan aluminium foil untu menutup lapisan atas sementara menuggu lapisan bawah garing(Sebenarnya bergantung pada oven masing-masing.)

Selamat mencuba ya.



Telur Foo Yung

Salam semua.1 minggu yang stress.Ulang alik ke klinik kerana Little laling yang kena asthma for the first time.
Dekat kindie pula akan berlangsung hari sukan pada hujung minggu ni dan hari perjumpaan ibu-bapa dan guru-guru lagi 2 minggu.So banyaklah persedian yang perlu dilakukan.Nasib baik la semua my cikgi-cikgi baik-baik dan pandai-pandai dan tahu apa nak buat.Hi  hi  hi   lega rasa.....
Pada masa-masa begini dapur kadang-kadang berasap dan kadang-kadang tidak. Kalau berasap pun hanyak masak benda -benda yang senang dan simple aja.Telur ni salah satu darinya.Actually telur foo yung ni boleh buat macam-macam version.Suka masing-masing la apa nak letak ya!
Gambar pun sempat cekup....sekeping saja sebab little laling make noise wana go upstairs and sleep.


Bahan-bahan untuk telur
* 10 ekor udang sederhana besar dibuang kulit dan dipotong halus
* 5 biji telur
* 1 packet enoki mushroom
* 1/3 biji capsicum merah dan kuning dipotong halus dan memanjang
* 8 batang daun kucai dipotong memanjang
* 1/2 biji bawang besar potong nipis
* 1 pokok daun bawang
* 1 sudu besar kicap cair
* secubit garam jika mahu
Cara memasak
1-Panaskan sedikit minyak masak dan goreng bawang besar biar sedikit layu dan masukkan udang .Goreng hingga air udang kering dan udang masak..
2- Masukkan semua hirisan sayuran dan cendawan enoki.kacau sekejap dan masukkan pula kicap cair.
3- Angkat dan biarkan sejuk sebentar.Masukkan sayur kedalam mangkuk dan pecahkan lima biji telur kedalam nya.Masukkan secubit garam dan kacau rata.
4- Panaskan secukup minyak.Goreng telur menjadi sekeping telur dadar yg agak besar.Goreng higga kedua-dua belah garing dan angkat.


Bahan sos
* 1 pati kiub ayam dicampur bersama 1 cawan air suam
* 1 biji bawang putih dihiris halus
* 1 sudu kecil kicap cair dan 1 sudu kecil kicap manis/pekat
* 1 tin cendawan butang potong nipis(boleh guna sebanyak mana yang disukai)
* 2 sudu kecil tepung jagung dibancuh bersama sedikit air
Cara memasak
1- panaskan 1 sudu makan minyak masak dan masukkan hirisan bawang putih.Goreng hingga terbit bau dan masukkan cendawan.Kacau lagi hingga cendawan layu.
2- Masukkan pula 1 cawan air kiub pati ayam tadi.Tuang kicap dan perasakan secukup rasa.Masukkan pula campuran tepung jagung.kacau hingga pekat.Tutup api
3-Angkat kuah dan tuang keatas telur tadi.taburkan sedikit potongan cili dan daun bawang jika mahu.Hidangkan semasa panas.



Tuesday, May 10, 2011

Cencaru Goreng Sambal Daun Kesum


Salam.....Resepi ikan ni dah lupa pun hari apa kita masak.Tiba-tiba ternampak gambar yang masih kat sim card.Walau pun ikan tu dah lama berlabuh dlam perut semua orang kat sini ,tapi resepinya kita masih ingat,so gerenti la kita yang masak! Sebenarnya kita msak 3 ekor ikan cencaru hari tu.Sebelum apa-apa kita dah bedal seekor.Makan sorang-sorang.Mengalahkan ibu kucing.Tapi lebih baik dari jadi ibu rimau(Kadang-Kadang kat kindie kita memang macam ibu rimau) hi..hi..hi...jom layar


Bahan-bahannya
* 3 ekor ikan cencaru dibersihkan dan buat belahan dibelakangnya
* 3 ulas bawang putih
*1 biji bawang besar sederhana besar
* 1 biji cili merah
*1 biji cili hijau
* 2/3 tangkai cili kering
* Beberapa pokok daun kesum(suka hati masing-masing)
* 1 sudu kecil pes asanm jawa
* Garam dan gula secukup rasa
* Minyak untuk menumis dan mengoreng ikan
Cara-caranya
1-Kisar semua bahan-bahan *.Panaskan dalm 3 sudu besar minyak makan dan tumis bahan yang telah dikisar tadi.masukkan pes asam jawa,gula dan gara.Perasakan sesuai dgn selera masing-masing.Angkat dan sejukkan.
2-Bila sambal suduah sejuk masukan sambal kedalam perut ikan.Boleh juga dimasukkan beberapa helai daun kesum jika suka.Ratakan sambal pada ikan dan goreng ikan hingga garing.Hidang lah semasa panas-panas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info