Mereka yang sudi.......

Monday, February 28, 2011

Apple pai

Salam semua.I cooked this for tea time yesterday.Its a bit too sweet.kalau sapa-sapa yang tak suka manis boleh lah kurangkan gula.But for my laling yang punya sweet tooth tu tak ada hal. Dia boleh ngap 2 pinggan.Puan Ros tak buat apa-pa hiasan untuk pai ni, malas.....Tepi pai tu boleh dibuat bentuk dengan mengunakan garpu dan tekan sekelilingnya.pai akan nampak lebih cantik.Kurang cantik sikit tak apa la ya, janji sedap dimakan.Jom tengok resepi...

Bahan-bahannya
* 5 biji apple hijau - buang kulit dan dihiris sederhana nipis
* 2 cawan tepung gandum + 2 sudu besar tepung gandum
* 200 grm butter sejuk dari peti
* 1 cawan brown sugar.- boleh kurangkan sikit jika tak suka manis
* 1 sudu kecil serbuk kayu manis
* 1 biji telur
* secubit garam

Cara-cara membuat pai
1- Dalam mangkuk campurkan 2 cawan gandum dan butter.Ramas sampai menjadi breadcrum.Masukkan telur dan gaul menjadi doh yang lembut.
2-Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan bungkus doh dengan plastik dan masukkan kedalam peti sejuk selam 30 minit
3- Selepas 30 minit keluarkan 1 bahagian doh dan masukkan kedalam pai pan dan tekan rata.cucuk lubang pada seluruh doh mengunakan garpu.Setelah siap,masukkan semula kedalam peti selama 20 minit lagi.
4- Keluarkan pai pan dari peti dan tuang filling kedalamnya.Ambil bahagian doh yang kedua digelek nipis dan letakkan doh diatas filling tadi dan pastikan menutupi seluruh pai pan.
5- Buat lubang mengunakan garpu diseluruh permukaan pai.Bakar selama 30 minit atau pai keperangan dalam suhu 170C.
6- Sejukkan sebentar sebelum dipotong.
Cara membuat filling
1- Apple yang dipotong tadi dicampur brown sugar serbuk kayu manis dan secubit garam.Gaul rata dan masukkan 2 sudu besar gandum.Gaul lagi sampai sebati.Tuang filling kedalam kulit pai.



Saturday, February 26, 2011

Chocolate Water Cake

Salam petang.Chocolate water cake for tea time.I am actually looking for the recipe that I can get my little laling (Hana) involved in making it.She is making so much noise and drive everybody up the wall.Since today is saturday she must be really bored without nothing much to do.I came across this recipe  a few days a go while doing blog walking. The method and ingredients is easy and simple.Hana is having fun stirring the batter and mixing the sugar and coco powder.She also managed to pour a whole cup of sugar into the sink hole after mixing it with water.Manis la muka semut semut kat bawah tu hari ni.....bila mulut dah tutup tapi tangan dan kaki pula bergerak lagi parah sebenarnya..satu dapur dah berkecah...sabar....sabar....
This cake is very delicious as it tasted like brownies on top and a very rich chocolate and heavy fudge syrup at the bottom.Memang mabeles la..hidangkan dengan cream atau icecream terlebih-lebih la mabelesnya. I copy and paste kan kat sini ya.Tapi gambar yang 10 sen tu tetap kita punya.Maalum la camera pun yang 10 sen punya.
chocolate water cake
source: Cake Whiz
 Ingredients:

    • 1/2 cup milk
    • 2 tablespoons vegetable oil
    • 1 teaspoon vanilla extract
  • 1 cup all-purpose flour
    • 1 3/4 cups hot water
  • 3/4 cup white sugar
    • 1 cup packed brown sugar
  • 6 tablespoons unsweetened cocoa powder
  • 2 teaspoons baking powder
  • 1/4 teaspoon salt

And here are the steps:
Step1:
In a bowl, add flour, white sugar, 2 tablespoons cocoa, baking powder, and salt. Mix with a big spoon.

Step 2:
Now, add milk, oil, and vanilla extract and mix with a spoon until smooth.

Step 3:
Spread the batter in an ungreased Pyrex dish.

Step 4:
In a separate bowl, add brown sugar and 4 tablespoons cocoa powder and mix with a spoon. 
Step 5:
Sprinkle this over your batter in the dish.
Step 6:
Pour hot water over everything in your dish but  DO NOT stir.
Step 7:
Place your dish in the oven and bake at 350 degrees  for about 40 minutes.

Fried Dumpling / Dumpling Soup

Salam makan tengahari.Pagi tadi kita mengepau tapi pau kita jadi bersepai dan kena tapau.Tak tahu knapa tangan ni pantang buat pau,mesti tak brapa nak naik dan gebu.Lepas tu pikir apa nak masak for lunch,Buka peti dan nampak kulit wantan.Dah 2 minggu rasanya beli kulit wantan ni.So terjadilah fried wantan/dumpling dengan apa-apa aje yang ada dalam peti untuk bahan inti.Separuh dumpling di goreng dan separuh dibuat soup. Hari ni nak tulis pasal buat dumpling saja dan bukan pasal soup.Sebenarnya P.Ros buat beef kuewtiau soup dan masukkan dumpling kedalamnya.Resepi soup tu lain kali ya.Hari ni Puan Ros guna sarang untuk buat dumpling ni.Tak ada sarang tak apa, buat aja macam nak buat karipap.

Bahan-bahannya

* 1 bungkus Wantan 
* 200 grm minced chicken atau 100 grm ayam + 100 grm isi udang yang dicincang
* 1 biji arrow head di parut (kebetulan nampak 3 biji benda tu dalam peti) kalau tak ada tak payah masuk
* 1biji Lobak Merah diparut
* 1 tangkai daun bawang
* 1biji cendawan hitam yang direndam air panas dan dipotong halus
* 1sudu kecil Serbuk Lada Hitam 
* 1 sudu kecil minyak bijan
* garam secukup rasa 
* sedikit tepung jangung dicampur sedikit air untuk buat gam

Cara-caranya
1- Dalam mangkuk campurkan semua bahan kecuali kulit wantan.
2-Ambil sekeping kulit wantan dan letakkan atas sarangnya. Letakkan  pula inti atas kulit wantan.
3-Sapukan sedikit tepung jagung untuk melekatkan bahagian tepinya dan tutup sarang wantan dan tekan kemas-kemas dan pastikan tepinya juga tertutup kemas.
4-Goreng dumpling hingga garing keemasan atau masukkan kedalam soup.Jangan rendam dumpling terlalu lama nanti kembang pula.
5-Hidang dumpling goreng bersama sos.

Thursday, February 24, 2011

Tuna Quiche

Salam semua.Dah 2 3 hari tak update blog.Memang terlebih malas.Asyik makan kat luar aja.Tapi malam ni terlebih rajin pulak.Buat 2 resepi skali gus.Tengahari tadi makan nasi ayam,malam tadi makan nasi briani.Laling tanya tonight nasi lagi ke???????? So I decided to cook this simple tuna quiche and boxing chicken for diner tonight.Jom layar resepi ni.

Bahan-bahan untuk shortcrust pastry
* 1 cawan tepung gandum
* 120 grm butter sejuk (dari dalam peti)
* 1 biji telur gred A dipukul sedikit (P.Ros guna separuh saja)
Cara-caranya
1- Campurkan gandum, dan butter dalam mangkuk.Dengan mengunakan hujung cari ramas butter dan gandum sampai jadi breadcrum.Masukkan telur dan gaul sampai menjadi doh. Sekiranya doh agak lembik selepas dimasukkan telur,tambah sedikit gandum supaya doh tak melekat dijari.Bungkus dalam plastik dan simpan dalam peti selama 20 minit.
2 - Selepas 20 minit keluarkan doh dan masukkan dlm Quiche pan.Tekan adunan agar sama rata dan sama tebal.Buat lubang pada seluruh adunan dengan garpu dan masukkan quice pan kedalam peti selama 20 minit lagi.
Sementara menunggu dough didalam peti bolehlah sediakan bahan-bahan untuk filling.

                                                Our diner tonight
Bahan Filling
* 1 cawan susu segar atau cream
* 1 tin tuna dlm air( hancurkan isi tuna dan pastikan airnya betul-betul kering )
* 3 keping chicken meatloaf yang dimasak dlm microwave sekejap dan dipotong dadu (Tak nak masukkan pun tak apa)
* 3 biji telur
* 10 batang daun kucai dihiris halus
* 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
* 1/2 tin cendawan butang dipotong nipis 
* 1 cawan cheddar or parmesan cheese
* sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
Cara buat filling
1- Campurkan susu dan telur dan pukul sebati.
2- Masukkan semua bahan lain dan kacau rata.ketepikan.
Cara memasak quiche
1- Panaskan oven dgn kepanasan 200 c.
2- Keluarkan quiche pan dari peti dan letak kertas minyak atau perchment paper diatasnya.Letak kacang hijau/merah diatas kertas dan bakar quiche selama 20 minit.Keluarkan kertas dan kacang.Bakar lagi selama 3 ke 4 minit,jangan sampai menjadi perang.
3- Keluarkan quiche dari oven dan tuangkan filling kedalamnya.Bakar lagi dalam 30 minit atau bahagian atas filling kelihatan perang dan masak.Biarkan sejuk sekejap sebelum dipotong dan dihidang.





































Boxing Chicken


Salam semua.Hidangan ni Puan Ros hidang bersama tuna quiche .Agak senang membuatnya.
 Bahan-bahannya
  * 14 keping Drumet Ayam
  * Tepung Jagung (2 sudu besar)
  * Serbuk Roti (1 cawan)
  * 1/2 biji telur dipukul bersama 2 sudu besar susu segar atau guna 1 biji terus(P.Ros guna telur dan susu)
  * 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  *  Garam secukup rasa


Bahan sos

* 1 sudu besar mayo
* 1 1/2 sudu besar cili sos
* 1 sudu besar tomato sos
Campur semua bahan dalam mangkuk dan hidangkan

Cara-cara memasak ayam
1- Bersih dan Kikis isi ayam ke bahagian bawah tanpa memisahkannnya dari tulang. 
2- Campurkan ayam bersama garam, lada hitam, tepung jagung, telur, dan serbuk roti. Biarkan selama 15 ke 20 minit sebelum digoreng.
3- Panaskan minyak masak dan pegang bahagian tulang ayam dan bulatkan sedikat bahagian bawahnya.masukkan kedalam minyak secara perlahan dan goreng sampai garing.



Sunday, February 20, 2011

Beef Enchilada

S

 Salam makan malam.Well two nights in a row we have western food for diner.Last night we have baked chicken with potato and vegetables.To night is this enchiladas.Teringat masa  kat USA bertahun-tahun dulu kot.Anyway for lunch tadi we all makan nasi goreng kampung.So kami masih tetap org kpg walau pun laling kita pure city boy (KL mari) , tapi hati dia selalu kat kampung.Caya la....anyway enchiladas ni lebih kurang sama dgn buat lasagna.Kebanyakan resepi tak guna sos putih tapi hari ni P.Ros nak buat sos putih. jom zasss resepi ni..


Bahan-bahannya
* 10 keping tortilla (boleh beli kat pasarraya bahagian roti)
* 1 tiub minced beef
* 1 botol sos sphagetti (jenama kimball)
* 1 labu bawang besar.
* sedikit minyak untuk menumis
* 1/2 botol air panas (guna botol sos yang sama)
* 3 sudu besar sos cili
* 1/2 sudu besar gula (untuk hilangkan sikit rasa masam sos)
*1 packet cheddar cheese
*1 packet mozarella cheese

Bahan untuk sos putih
* 3 cawan susu segar
* 4 sudu besar butter
* 3 sudu besar gandum
* secubit lada putih(tak nak masuk pun tak apa)
cara memasak sos putih
1- Panaskan butter dan masukkan tepung gandum.Kacau jangan sampai hangus.
2- Masukkan susu sedikit-sedikit dan kacau seabati diatas api sederhana panas.Biar sampai sos mendidih sekejap dan tutup api.Masukkan 2 sudu cheddar dan 2 sudu mozarella cheese. Angkat dan sejukkan (sos ni boleh dibuat lebih awal).
(tak payah masukkan garam sebab dah ada cheese).
Cara memasakdaging
1- Panaskan 2 sudu besar minyak masak,dan masukkan bawang besar.Goreng sampai terbit bau.
2- Masukkan daging dan goreng sampai masak dan airnya kering.Angkat dan sejukkan.(tak payah masuk garam sebab sos dah ada perasa dan cheese pun dah masin).
Cara memasak enchiladas
1- Dalam mangkuk besar tuang sos, masukkan 1/2 botol air panas dan campurkan dalam sos tadi.Tambah 3 sudu cili sos dan gula.Kacau rata.
2- Ambil sekeping tortilla dan masukkan kedalam sos tadi,Biar tortillas dibasahi sos.Letakkan tortilla dalam pinggan,letakkan 1 1/2 sudu besar daging dan masukan sedikit cheese.Gulung tortilla dan masukkan kedalam mangkuk kaca tahan panas yang telah disapu dgn sos merah dan sos putih.
3- Gulung semua tortilla sampai habis dan susun 5 tortilla dibahagian bawah dan sendukkan sos putih keatasnya.Boleh juga ditabur lebihan daging jika ada.Susun 5 lagi tortilla dan tutup semua tortilla dgn sos putih.Tabur campuran kedua-dua cheese diatas sos.
4- Bakar selama 40 minit dengan suhu 180c.Pastikan atasnya perang sebelum diangkat.

Ikan goreng bumbu air asam

Salam makan malam.Puan ros pernah masukkan resepi ni dulu,cuma yang ni tambah sana sikit sini sikit.Malam ni terasa pula nak makan yang masam-masam.Hidang dengan nasi dan tumis labu air yang ditambah tofu lembut kedalamnya.Ini favorite my laling.
Bahan-bahannya
* 4 ekor ikan kembong
* 3 batang serai-potong halus
* 1 biji cili merah- potong halus
* 10 biji cili padi- potong halus
* 1 labu bawang besar warna merah/6 biji bawang merah
* Halia sebesar ibu jari - dipotong nipis dan memanjang
* 2 ulas bawang putih- dicincang halus
* 1 sudu besar pes asam jawa jenama adabi
* 1 mangkuk kecil air
* 1 sudu besar gula
* garam secukup rasa jika perlu 
* sedikit kunyit serbuk

Cara memasak

1- Cuci ikan bersih-bersih.Gaul bersama kunyit dan garam.Biarkan sebentar dan goreng ikan hingga garing.Angkat dan ketepikan.
2- Buangkan separuh minyak goreng ikan tadi dan masukkan bahan-bahan yang dihiris halus tadi. Goreng hingga terbit bau dan agak garing.
3- Campur pes asam jawa dan air.Masukkan kedalam kuali.Goreng lagi hingga mendidih.masukan 1/2 sudu gula.Rasa masam manisnya.Tambah apa yang perlu (gula atau pes asam jawa) ikut cita rasa.Biarkan sos mendidih dan sedikit kering.masukkan ikan dan kacau rata.Tutup api dan angkat.Hidang bersama nasi putih.
p/s ini resipi malam khamis ,hari ni baru dapat update.







Saturday, February 19, 2011

Baked Potato pancake

Salam semua.Ini Breakfast pagi tadi sebelum gi Mydin kita sempat masak ni dulu.Nasib pula hari ni pagi-pagi pergi Mydin tiba-tiba nampak Aznil duk tercangut kat depan Mydin ,sesi jumpa peminat.Nasib baik baru pukul 9 pagi, belum ramai org lagi, dapat la little laling bersalaman dgn pakcik tom-tom bak tu.Suka la dia,on the way back dia tanya ,mama do u think Aznil will remember me aah after this?(Never thought she will ask that kind of question).Of course... you already told him your name kan??? or he will remember u as a little girl with the hairband on the forehead (Kalau pakai hairband mesti atas dahi)ok la tu janji dia ingat ya little laling.Now kita layar resepi pulak ya..


Bahan-bahanya
* 5-6 biji kentang bersaiz kecil - diparut
* 1 biji carrot - diparut
* 1/2 biji bawang besar  - diparut
* 1 mangkuk kecil potongan daun bawang dan capsicum merah
* 3 biji telur gred c
* 6 keping chiken meat loaf dipotong dadu atau boleh diganti dgn minced chicken or beef
* 4-5 sudu besar tepung gandum  (tengok kepekatan adunan ketika membancuh) 
* 1 keping chicken stock.

Cara memasak
1- Kentang dan carrot yang diparut disatukan.Perah keluar airnya seperti memerah santan kelapa.Perah keluar sebanyak mungkin airnya.
2- Dalam mangkuk campur kentang,carrot dan semua bahan sayuran.Kacau sebati.Hancurkan serbuk pati ayam dan gaul lagi.
3- Telur dipukul sedikit dan campurkan kedalam adunan tadi.Masukkan pula chicken meatloaf dan tepung gandum.Kacau biar semua bahan sebati.(tak payah masuk garam sebab chicken meatloaf dan pati ayam dah ada perasa)
4- Sapu sedikit minyak pada dulang pembakar dan Ambil segengam adunan dan letakkan diatas dulang.Tekan dgn penekan burger biar dia menjadi leper dan agak bulat.Buat la sampai habis adunan.
5- Bakar pancake dgn kepanasan 220c selama 20 minit dan turunkan suhu ke 180c,bakar lagi dalam 10 minit atau lebih dan pastikan tepi pancake betul-betul garing dan crispy.
6- Boleh dimakan begitu saja atau dihidang bersama sos cili dan mayo.





Friday, February 18, 2011

Ayam goreng kurma


Salam semua.Ini lah ayam yang ditinggalkan dalam sinki semalam.Nasib baik sempat juga godek-godekkan ayam goreng yang sempoi ni.Makan dengan nasi lemak.Berbaloi-baloi la jugak.....Semalam kita dah mengomel panjang,hari ni pendek dah la ya.


Bahan-bahannya
*10 -12 keping paha ayam
*2 sudu besar rempah kurma
*1 sudu kechil rempah kari/serbuk cili
* sudu kecil ketubar
* sudu kecil jintan manis/putih
* 1 sudu besar garam(kurangkan jika suka)
* 1/2 sudu kecil kunyit serbuk
* 3 sudu besar tepung gandum


Cara memasak
1- Cuci bersih ayam.Masukkan kedalam periuk.Tutup periuk dan rebus ayam tampa air dengan api sederhana(saja P.Ros rebus dulu takut masa goreng nanti kat luar dah garing tapi dalam belum masak)Balik-balikkan ayam , bila ayam dah nampak separuh masak tutup api.Angkat periuk dan masukkan air sejuk kedalam periuk dan buang airnya (ini pula untuk buang darah-darah yang keluar dari ayam jika ada.Biarkan ayam sejuk sedikit.
2- Masukkan semua bahan-bahan rempah dan garam.Akhir sekali masukkan tepung gandum dan gaul rata.Biarkan ayam dalam 1/2 jam. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.









Coklat Rice Bubble

 Salam petang.Hari ni Cap Goh Meh ya.tak ada pa-apa yang istimewa kat umah ni.My sis in law dah balik ke negara masing-masing.malam ni nampak pesen kena habiskan la limau mandarin tu.
Tukar topic pula ya.Dua tiga hari lepas kecoh betul pasal valentine day kan.Rasanya masing-masing punya pandangan sendiri pasal valentine.For me I'am just glad to have both of my princess at home on valentine night.Kalau tak boleh susah hati juga dibuatnya.Good enough to know that we are  your valentine (mama,papa and your little sister).Ya ke girls?????????????????
Berbalik pada resepi petang ni, sebenarnya resepi ni adalah acara nak habiskan susu pekat dan rice bubble yang masih berbaki kat dapur tu dan nak cari project untuk Hana buat.My Little laling ( Hana) is making so much noise since balik skolah.Actually today dia ada swimming lesson kat tadika so now tired and ngantuk.Macam-macam la dia punya request dan amukan.Tak nak nasi for lunch....uwaaa...uwaaa...uwaaa... nak maggi (dia dah makan nasi lemak kat kindie).My stomach is so empty,i need to eat maggi kata dia.(old laling have no choice but went to the shop and bought some maggi).uwaaa....uwaaa...uwaaaa...I dont want you to cook mama, not nice.... I want papa to cookk........uuu...uuu...uuu... dia dah buat dah... (old laling got no choice but to cooked the maggi).uwaa...uwaaa...uwaaa... papa wait for me ,I want to help you with the newspaper.(old laling tengah tunggu old newspaper man) mama...mama... uncle give me 1 ringgit (sebenarnya ada 4 ringgit dalam tangan dia). Alhamdullillah dah settle la tu.
Puan Ros teruskan dgn resepi didapur.belum sempat benda tu sejuk.Uwaaa....uwaaa....uwaaa....my stomach is so pain I need to eat what you cooked just now.Please la mama I'm so hunggry! Elok juga bagi dia buat project ni.Puan Ros masuk store room gledah acuan buat biskut dan nampak acuan love shape.So for a while she is busy and having fun cutting the coklat rise bubble.Uwaaa...uwaaa...uwaa.... mama please go upstairs with me, I'm tired.uwaaa...uwaa..uwaa...read the book for me mama, I dont know how to read(tapi Peter & Jane book dah baca buku no 8 dan dah mula baca subtitle kat tv) uwaa.uwaaa...uwaa....maka kita pun bacalah buka crita yang memang dah banyak kali dibaca untuknya dan dia sendiri tau baca.  zzzeee.....zzzeeee.......zzzzeeeee....(dah lelap pun) Now 5.45 pm.Malam ni naik hantu la dia tak ngantuk (tak apa papa ada).Masa tulis ni dia tengah sedap berdengkur dapat la P.Ros dgn laling rilex sekejap dan masuk dapur nak prepare apa-apa for dinner.After 15 minutes uwaaa....uwa.....uwa.... mama where are you??? I want you.....I love you mummy(eh dah jadi mummy pulak!) Sorry la ayam duduk la engkau dalam sinki tu. uwaaa...uwaaa....uwaaa....my stomach pain,because I drank the swimming pool water papa uuu  uuuu  uuuu .(old laling panic..did you drink alot? ) Little bit only but i think alot la papa..uwaaa....uwaaa..uwaa...Saja nak buat papa shahdu la tu...
Rupanya dia sakit perut. bagi makan ubat dan sapu minyak angin (angin agaknya).Dah malam baru reda.Tidor sampai pagi.Amin
Jom la tengok resepi child friendly ni ya.


Bahan-Bahannya
*2 ke 2 1/2 cawan rice bubble
*125 grm butter
*3 ke 4 sudu besar serbuk koko
* 1/2 tin susu pekat manis
* sebiji telur bersaiz kecil


Cara memasak
1- Cairkan butter diatas api sederhana panas.Bila butter dah cair masukkan susu dan serbuk koko.Kacau sebati.Kecilkan api dan masukkan telur yang dah dipukul sedikit.Kacau lagi sampai sos nampak masak dan sebati.
2- Tutup api dan masukkan rice bubble.Kacau hingga semua rice bubble sebati dgn coklat sos.Sendukkan coklat rice bubble kedalam loyang dan tekan-tekan biar sama rata. sejukkan sekejap.Boleh masukkan dalam peti selama 1/2 jam sebelum dipotong.
3- Boleh di potong mengikut bentuk pilihan masing-masing. Simpan didalam peti sejuk jika suka.
p/s sebenarnya ini N3 semalam.Hari ni baru dapat update sebab banyak sangat uwaaa...uwaaa...uwaaa...
 Nampak tak mulut org yang bad mood tu.Camera pun dia tak nak pandang.Biasanya dia pantang tengok camera.uwaaa..uwaa..uwa...

Tuesday, February 15, 2011

Spaghetti Kuah Putih

Hai semua..Menu makan malam yang simple.Kalau tak payah tumbuk menumbuk atau banyak potong memotong tu kira simple la ya.Malam ni masak spaghetti kuah putih bersama ikan dory. Sebenarnya nak balas dendam sebab tak cukup masa makan ni kat rest Breek last week. Order 1 set Little laling ngap sampai habis,kita dapat jilat kuah yang ada kat sudu aja.Selalunya macam tu lah apa yang kita order itulah yang dia akan makan dan apa yang dia order dia suruh kita makan.Tang ni memang buat the 2 Chair-chair naik angin(kerusi ke?) ha...ha.. ha..masa tulis ni my laling ada sebelah so secara spontan  I tanya how to spell kakak in chinese dan secara selambanya dia jawab Chair-Chair?????????hai yak laling.....susah la kahwin cina yang tak brapa practise cakap cina ni!
Apa-apa pun resepi ni tak ada la setanding kat restoran tu, tapi sedap la untuk tekak kita. Jom layar..


Bahan-bahannya
* 1/2 Spaghetti direbus
* 3 keping ikan dory dipotong sederhana besar
* 2oo ml cream
* 3 cawan susu segar
* 1/2 labu bawang putih potong dadu
* 2 sudu besar butter
* 2 sudu besar tepung gandum
* 1 biji telur di pukul sedikit
* 1 sudu kecil dhil
* 1 sudu kecil oregano
* 1 Packet cheese (Pilihan sendiri) guna sebanyak mana yang disukai saja.
* garam dan lada sulah secukup rasa


Cara memasak
1- Panaskan butter atas api yang sederhana dan masukkan bawang besar.Goreng hingga terbit bau.Masukkan pula tepung gandum dan kacau sekejap.
2- Masukkan susu dan cream.Kacau selalu supaya susu tak mendidih dan membuak.Bila susu dak nampak panas, masukkan potongan ikan.kacau seketika dan biar kuah mendidih sekejap.
3-Kechilkan api dan masukkan telur dan dikacau lagi.masukkan serbuk oregano dan dhil.Tambah 1 sudu garam dan serbuk lada sulah.
4- Tutup api dan masukkan cheese.kacau sampai cheese larut dalam kuah yang panas tadi (cheese bergantung pada kepekatan kuah yang disukai).Tambah garam jika perlu.











Roti poket

Salam Maulidul Rasul to all the muslim out there.Pagi ni P.Ros masak Roti poket untuk sarapan.Masa mula-mula nampak resepi ni dalam beberapa blog masakan memang terus rasa nak buat.Bila baca bahan2nya yang senang dan caranya yang agak kreatif wah semangat nak buat lagi la tinggi.Proses mengorengnya memang buat P.Ros teruja bila melihat roti menggelembong naik macam masak puree.Wah magic betul,macam yang along Roz tulis magic pocket bread. Roz kata resepi ni dapat dari Rabiatun.Tq to both of you ya. Intinya memang boleh dipelbagaikan.Pagi ni P.Ros buat telur goreng bersama kobis ,bawang besar dan lada capsicum.Roti poket ni rasanya boleh dimakan waktu pagi.tengahari atau malam bergantung pada filling yang kita masukkan.So untuk makan pagi ni saja P.Ros buat filling yang simple.Mama-mama mesti cuba ya!


Bahan-bahannya
*12 keping roti
*2 biji telur putih
*1 1/2 cawan serbuk roti
* Minyak untuk goreng terendam


Cara memasak
1-Satukan 2 keping roti dan digelek nipis
2- Letakkan sebiji manggkuk atau gelas diatas roti dan potong bulat
3- Celup roti kedalam putih telur dan celup pula kedalam serbuk roti.
4- Goreng roti sampai ia mengelembung dan garing.Angkat dan toskan minyaknya.
5- Potong roti pada 2 bahagian dan masukkan filling pilihan kedalam poket roti.

p/s untuk filling tu guna la kreativiti sendiri ya.Boleh masukkan ayam ke nugget ke.sausage ke bersama salad dan sos.

Sunday, February 13, 2011

Butter Prawn

Salam semua.Hari ni adalah 1 hari yang malas.Pagi tadi masak cucur bilis aja and afternoon they bought nasi ayam for lunch.Tonight for diner kena masak kot.malam tadi pun dah diner kat rest.Sambil tengok tv tiba-tiba teringat juadah2 yang dimasak untuk CNY hari tu belum pun masukkan N3 nya. Lagi pun salah 1 sebab blog ni tercipta adalah untuk jadi tempat rujukan for the 2 princess in future.So I must make sure  I keep this recipe as this is 1 of their favorite food.

Bahan-bahannya
* 20 ekor udang
*4 biji kuning telur
* 1 biji putih telur
* 2 sudu besar butter
* 3 ulas bawang putih potong halus
* 10 biji cili padi merah dan putih potong halus
* 2 tangkai daun kari
* 2 sudu tepung jagung
* 2 sudu besar rempah kari
* 1 sudu besar gula/susu pekat
* sedikit lada sulah
* 1/2 cawan minyak
* 1 sudu garam


Cara memasak
1- Cuci udang dan potong janggutnya.Perap udang bersama putih telur,rempah kari ,garam,lada sulah dan tepung jagung selama 1/2 jam.
2- Panaskan 4 sudu makan minyak masak bersama 1 sudu besar butter.Masukkan udang dan goreng sampai udang bertukar merah dan agak masak.Angkat dan ketepikan.
3- Dalam kuali yang sama tambah minyak dan butter.Bila minyak panas masukkan bawang putih.cili padi dan daun kari.Goreng sebentar.Bila terbit bau masukkan kuning telur yang telah di pukul bersama gula atau susu pekat.Semasa telur dimasukkan kedalam kuali pastikan tangan yang lagi 1 mengacau telur dengan laju.Goreng hingga bahan berbuih dan masukkan semula udang kedalam kuali.Kacau sebati hinnga telur agak garing.Rasa sedikit sebelum diangkat.Tambah garam jika perlu.Angkat dan toskan sekejap diatas kitchen roll.
4- Hidang bersama nasi panas.







Saturday, February 12, 2011

Roti goreng sosej

Salam pagi.Yang ni menu pagi tadi. Pagi-pagi bangun tak tahu nak masak apa for breakfast.Anak buah pun baru sampau dari Uitm kedah subuh-subuh tadi.Kita buka laptop la do the blogwalking and jumpa resipi ni kat citarasawan blog dan rasanya pernah tengok kat dapur che normah.Tak tahu la resepi ni siapa punya.Yang pasti bukan kita punya.Tumpang masak ya...tq

Bahan-bahan
* 10 keping roti digiling dng rolling pin sampai nipis
* 10 batang sosej
* 3 biji telur - Asingkan 1 biji telur putih,yang lain boleh dicampur dan 
   dipukul sedikit

* 1 cawan serbuk roti.(guna yang warna kuning)
* Minyak masak untuk mengoreng


Cara memasak
1- Sapukan telur putih pada sosej dan letakkan diatas sekeping roti.Gulung sosej dan roti kemas-kemas.Buat semua sepuluh biji.Gunakan juga telur putih sebagai gam dihujung roti.
2- Roti yang telah siap di gulung dicelup kedalam telur dan digolekkan kedalam serbuk roti.
3- Panaskan minyak dan goreng roti sampai garing dengan kepanasan api sederhana.Balik-balikan roti semasa mengoreng supaya roti garing pada semua bahagian.Angkat dan toskan minyaknya.
4-Boleh makan dgn cili sos jika suka.
p/s kami ngap macam tu aja sebab disamping roti sosej ni ada juga nasi goreng.

Wednesday, February 9, 2011

Kerutuk Daging Tampa Santan

Salam.Puan Ros masak ni untuk makan malam ni.Kerutuk daging tampa santan.Tetap sedap.nak makan dengan roti pun boleh dengan nasi pun boleh.Jom masak
Bahan-bahannya
* 500-600 grm daging- daging dipotong besar dan direbus bersama 5 cawan air
* 1 paket rempah kerutuk
* 1/2 biji bawang besar dimayang
*4 biji bawang merah dihiris nipis
*3 ulas bawang putih dihiris halus
*1 inci halia dihiris halus
*1 biji tomato dibelah 4
*1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang
*Garam dan gula secukup rasa
*1/2 paket kerisik
*1/3 cawan minyak masak
Cara memasak
1- Rebus daging sehingga agak masak.Ketepikan
2 - Panaskan minyak dan tumis kayu manis,bunga lawang,dan kesemua bawang sampai terbit bau.Campur rempah kerutuk dengan sedikit air dan tumis bersama bawang tadi hingga rempah agak garing.
3- Masukkan daging bersama air rebusannya.Masak sampai mendidih.Masukkan potongan tomato.Biarkan seketika.
4- Tambah garam dan gula serta kerisik.Kecilkan api,biarkan kerutuk mendidih dan kuahnya agak kering.Rasalah asam garamnya dan tambah apa yang patut.
Boleh dimakan bersama roti atau nasi panas.

Tuesday, February 8, 2011

Hari jadi yang bukan hari jadi

Salam makan-makan.Sebenarnya Sebelum CNY lagi Puan Ros teringin nak buat kek ni.Tak tahu knapa asyik tak jadi aja.Dah lama tengok kek ni kak dapur hanamemories.Hari ni dah sampai seru agaknya menjadi pula kek ni.Tapi mak datuk..bila dah siap masak ada orang claimed hari ni hari jadi dia.Dia dah buat announcement later ada party hari jadi untuknya.Nak tak nak hias la kek tu sikit.Nasib baik ada lilin,dia siap kira cukup tak 6 batang.Kalau tak mesti ada org kena paksa gi kedai...Nak ooi your bday in June la! Tiup la lilin tu,janji bahagia.Dah nyanyi lagu bday dan tiup lilin,kena paksa makan kek pula.Walau pun semua masih kekenyangan lepas diner terpaksa la makan kek tu.makan jangan tak makan,nanti bising satu rumah dibuatnya.Jom layar resipi yang dicopy and paste ni.


RESEPI KEK COKLAT KUKUS MUNIRA
source :
kak.noormasri@coretandaridapur

Bahan-bahan
Bahan A
  • 1 cawan gula pasir - hana dan kak.noor letak 3/4 cawan aje(P.Ros pun)
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair - hana gune susu segar
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde(Ni P.Ros tak letak) 
      • semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.
Bahan B - di ayak
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C
4 biji telur - diblender
(tapi kak.noor pukul hingga kembang) - hana juga-P.Ros pun
  

Cara-cara
  • Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje.
  • Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
  • Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.  
  • Untuk coklat topping 
    200grm cooking coklat dicampur dgn 3 sudu besar fresh milk.Puan Ros masukkan saja dlm microwave untuk beberapa saat.Keluarkan dan kacau sebati.Tuang aja atas kek dan buat garisan dgn garpu.Dah siap.

Sunday, February 6, 2011

Nasi Ulam

Hai semua.Hari ni masak nasi simple ni for lunch.Tanak nasi,potong ulam dan gaul semua skali.Tak payah masak sayur dan lauk pauk.Tapi P.Ros goreng kepak ayam untuk makan dengan nasi ni.
Ingat tak crita Hana demam semalam.Rupanya dia kena chicken pox.hari ni dah mula keluar kat badannya.Harap-harap tak melarat dan cepat baik.The 2 kakak is so worry that she will pass the chiken pox to them.Nasib la girls kalau kena.Tak dapat den nak menolong.......... minta2 kita semua tak kena la ya.Mari kita buat nasi ulam dulu.
Bahan-bahannya
Nasi suam yang baru dimasak-untuk 4-5 orang
2 genggam udang kering-digoreng sekejap tampa minyak dan dimesin halus
1 batang bunga kantang-dipotong halus
2 pokok  daun kesom-dipotong halus
1/2 labu bawang besar-dipotong halus
1/2 biji kelapa putih-digoreng tampa minyak hingga sedikit garing
1/2 biji cili merah-potong nipis
5-6 biji cili padi-dipotong halus
garam dan gula secukup rasa
Cara memasak
1-Nasi dimasukkan kedalam mangkuk yang agak besar.Masukkan semua ulam.dan udang kering.gaul rata.
2-kelapa goreng dicampur 1 sudu garam dan 1 sudu gula.Mesin sekejap dalam blender untuk bahan-bahan kering.Bila siap campurkan kelapa kedalam nasi.
3-Gaul nasi dan semua bahan sehingga betul-betul sebati.Rasa dan tambah garam atau gula jika perlu.Siap untuk dihidang.
p/s kalau ada kropok lagi ummm ni....

Kueh Bakul Goreng Keladi (Ning Ko)

Salam pagi.This is one of the recipe that I learned from my late mom-inlaw.Kat kampung we all call this kueh bakul. Masa kecik2 kat kpg kalau raya cina memang banyak la benda ni kat rumah,pemberian nebor-nebor.Dulu-dulu kita makan macam tu aja,sana-sini org bagi kueh bakul.Now dah besar eh... dah tua dah kahwin pula dgn laling baru la tahu rupanya boleh diimprovisekan cara memasak dan memakannya.Skarang nak makan kueh bakul kenala beli, tapi mak ooi...harganya terkejut arnab kita dibuatnya.1 biji yang kecil harganya RM7.90.Mak datuk dulu dapat free aja.Skarang ni ada ke benda free dlm dunia ni????
Apa-apa pun  pagi-pagi makan ni masa panas dan minum kopi ,wah memang nikmat.....but little laling said ,mama i dont like this...not nice.....sabar aja la pagi-pagi ni.Maka terkial-kial la buat breakfast lain untuk dia.Jom makan.
bahan-bahannya
1/2 biji kueh bakul -potong nipis
1 biji keladi sederhana besar potong nipis
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh kunyit serbuk
1 cawan air guna sebanyak yang diperlukan
secubit kapur sireh
Minyak masak secukupnya untuk goreng terendam 
Cara memasak
1- Dalam mangkuk campurkan gandum,tepung beras ,garam, kapur dan kunyit serbuk.Masukkan air sedikit demi sedikit.Kacau hingga semuanya larut dan jadi seperti tepung goreng pisang.
2- Tapiskan bancuhan tepung tadi kedalam mangkuk yang bersih.dan kacau sebati.
3- Panaskan minyak.Ambil 2 keping hirisan keladi dan letakkan 1 keping hirisan kueh bakul ditengahnya.Celup keladi kedalam bancuhan tepung dan goreng hingga garing dan kuning keperangan.Angkat dan toskan minyaknya .


 cara dia org masak kueh bakul ni lebih kurang sama la dgn kita masak dodol.Skarang kat supermarket kita boleh tengok kueh bakul yang dijual dalam mangkuk plastik.Tapi P.Ros tetap cari yang dimasak dalam daun pisang.baru wangi baunya dan more traditional.

Saturday, February 5, 2011

3rd Day Of CNY


Salam makan malam semua. 3rd day of CNY P.Ros and the girls went out for lunch today.Laling tak ikut,need more rest at home.Princess blanja kita makan at The Full House Rest in Sunway Pyramid.We came back in the evening and decided to make pizza for dinner.Little laling hana insist that she'll be in charged of making pizza tonight.Sempena kerajinannya maka kita namakan ia hana's pizza.We only used roti prata jenama kawan untuk kulit pizza.Tapi sedap.Cuba la buat.Pizza and mandarin oren for dinner tonight. Boleh la ya.
Little hana ni sebenarnya demam dari semalam.Dah gi klinik dan makan ubat.so dah baik la. hari ni gi jalan 1 hari dia dah rasa macam nak demam semula.Pandai la pulak balik-balik terus cari koolfever dan tepek kat atas dahi dia.Tapi tetap nak buat pizza ......ya lah nak.....

Bahan-bahan Untuk Pizza
1 paket prata jenama kawan
sos pizza jenama kimball
1 paket beef salami
1 paket chiken meat loaf
1 paket cheese (Pizza topping)
1 tin cendawan butang dipotong nipis
1 labu bawang besar
capsicum merah,kuning and hijau.
Cara membuat pizza
sapu sos keatas kulit prata dan letaklah bahan yang telah disediakan sebanyak yang disukai keatas setiap keping pizza.Bakar pada kepanasan 180 hingga tepi pizza kelihatan perang dan masak.

Tuna Bun


Morning everyone.Today breakfast nak buat tuna bun since high protein flour that I bought the other day masih ada separuh lagi.Dalam grobok dapur pula ada 1 tin tuna.Guna saja resepi untuk basic sweet dough yang Puan Ros buat roti sardine few days ago ya. Hari ni cuma tukar intinya aja. Resepi yang senang dan sedap. Selamat mencuba...
Untuk Inti Tuna
1 tin tuna dicampur mayonnaise dan satu sudu kecil cili sos. Masukkan juga 1/2 biji bawang besar yang dipotong dadu dan lada putih jika mahu.Masukkan inti kedalam doh dan bakar.Dah siap.

Friday, February 4, 2011

2nd Day Of CNY

Hai semua, 2nd day of CNY is still a  makan-makan affair so tak payah masak. Tak payah masak means tak ada resepi la....Today we have a yeesang and dimsum at Grand Doorset (Sheraton)hotel Subang.This is normally a very happy occasion for my princess as they are collecting angpau from their aunties and cousins. But only 2 of their aunties in malaysia.2 aunties in London,1 in New York and 1 in Singapore. Tak banyak red packets ya girls.....but isinya berbaloi-baloi kan...Esok pun mama tak payah masak ,You 2 blanja makan ya! for now layar la gambar-gambar ni dulu .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info