Mereka yang sudi.......

Monday, January 31, 2011

Kerabu timun bersantan

Salam makan malam. Kerabu timun ni Puan Ros buat 2 hari lepas My favorite.Laling akan tumpang sekaki kalau masukkan banyak-banyak cili padi.Ini salah satu resepi mak kat kampung.Tapi P. ros dah modified la sikit ikut perubahan zaman.
Bahan-bahannya
1 biji timun saiz agak besar dibuang kulit,digaru dgn garpu dan potong bulat
1 ekor ikan yang direbus (kembong/selar)
1 biji tomato-potong dadu
200ml santan dalam kotak
beberapa biji cili padi-potong halus
1/2 biji cili merah-potong nipis
2 batang daun parsly-potong halus
1 biji bawang besar-1/2 potong nipis dan 1/2 ditumbuk dgn ikan
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
Cara memasak
1- Rebus ikan dan ambil isinya.Tumbuk bersama bawang besar gula dan garam
2- Masukkan santan kedalam periuk dan didihkan bersama isi ikan tadi diatas api sederhana.Angkat dan sejukkan
3-Dalam mangkuk masukkan timun dan diramas sedikit,biar timun patah-patah.Campurkan semua bahan hirisan .
4- Bila campuran santan dah betul-betul sejuk masukkan kadalam timun tadi dan dikacau.Tambah lah apa-apa yang patut ikut selera masing-masing.

Sunday, January 30, 2011

Red velvet cake ( Sis-inlaw b-day)


Salam semua. Today is my sis-in law b-day. Happy B-Day Kak Ita.May you live a happy life always. Apa?????????????? nak sekeping ,tunggu dulu b-day girl belum tengok lagi. Party at 3 so later will update the photos again ya. For time being layar gambar kek tu dulu .
Ok party dah habih doh, dan baru balik so sapa-sapa nak makan boleh sambil tu tengok gambar skali ya.
 Sorry baby farel dont feel well today... so cannot smile
 Nenek today your b-day ehhh????  Not mine?????
 Excuse me......can i have some..
 Is the cake for me nekngah???
Tengok la kek yang merah menyala ni. Rasanya boleh tahan with the cream cheese.Kek pun lembab dan lembut
sorry la dah makan habis baru teringat nak ambil gambar


Red Velvet Cake Recipe
Source: Joyofbaking
2 1/2 cups (250 grams) sifted cake flour (P.Ros used normal flour)
1/2 teaspoon salt
2 tablespoons (15 grams) cocoa powder (P.Ros put 1 1/2 only)
1/2 cup (113 grams) unsalted butter, at room temperature
1 1/2 cups (300 grams) granulated white sugar
2 large eggs
1 teaspoon pure vanilla extract
1 cup (240 ml) buttermilk – see recipe below (P.Ros used milk + lemon)
2 tablespoons liquid red food coloring (P.Ros added 3 tablespoon)
1 teaspoon white distilled vinegar
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon double action baking powder (P. Ros added this)
Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C) and place rack in center of oven. Butter two – 9 inch (23 cm) round cake pans and line the bottoms of the pans with parchment paper. Set aside.(Puan Ros guna acuan love shape dan potong kek kepada 2 bahagian sebelum sapu cream ditengah)
In a mixing bowl sift together the flour, salt, and cocoa powder. Set aside.
In bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the butter until soft (about 1-2 minutes). Add the sugar and beat until light and fluffy (about 2-3 minutes). Add the eggs, one at a time, beating well after each addition. Scrape down the sides of the bowl. Add the vanilla extract and beat until combined.
In a measuring cup whisk the buttermilk with the red food coloring. With the mixer on low speed, alternately add the flour mixture and buttermilk to the butter mixture, in three additions, beginning and ending with the flour.
In a small cup combine the vinegar and baking soda. Allow the mixture to fizz and then quickly fold into the cake batter.
Working quickly, divide the batter evenly between the two prepared pans and smooth the tops with an offset spatula or the back of a spoon. Bake in the preheated oven for approximately 25 – 30 minutes, or until a toothpick inserted in the center of the cakes comes out clean. Cool the cakes in their pans on a wire rack for 10 minutes. Place a wire rack on top of the cake pan and invert, lifting off the pan. Once the cakes have completely cooled, wrap in plastic and place the cake layers in the freezer for at least an hour. (This is done to make filling and frosting the cakes easier.)
Buttermilk Recipe
Add 1 tablespoon of white distilled vinegar, cider vinegar, or lemon juice to 1 cup (240 ml) of milk. Let this mixture stand 5 to 10 minutes before using.
Cream Cheese Frosting
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cup confectioner sugar
Mix everything in a big bowl and whip the cream until stiff peaks formed.
Assemble: With a serrated knife, cut each layer in half, horizontally. You will now have four layers. Place one of the cake layers, top of the cake facing down, onto your serving platter. Spread the cake layer with a layer of frosting. Place another layer of cake on top of the frosting and continue to frost and stack the cake layers. Frost the top and sides of the cake. Can garnish the cake with sweetened or unsweetened coconut.
 P/s Puan Ros made own recipe for the cream. Next time will write the recipe  ok.

Saturday, January 29, 2011

Buffalo wing

Hi semua, buffalo wing! betul ke dia ada wing???????????Tadi  pergi giant dan round-round tempat rempah dan nampak mccormick buffalo wing seasoning mix.Senang dan cepat cara nak sediakan chicken wing ni.Oh... chicken wing rupanya!! Bila dah siap masak boleh tahan juga rasanya.Masam-masam pedas gitu..... jom layar ya..
Bahan-bahannya
10 keping chicken wing (dipotong sikunya jadi dapat lah 20 keping.)
1 paket buffalo seasoning mix (baca aja cara-cara mengunakanya)
1 sudu kecil minyak makan (P.Ros tambah sendiri)
sedikit timun untuk hiasan
Cara-caranya
1- Bersihkan ayam dan keringkan sedikit.Masukkan rempah dan gaul rata.Masukkan minyak masak dan gaul lagi.
 2- Letakkan foil diatas loyang pembakar dan atur chicken wing diatasnya. Bakar dengan kepanasan 200c sehingga chicken wing masak keperangan. Hidang dengan sedikit timun.

Thursday, January 27, 2011

Spaghetti meatball

Salam semua. Baru dapat bersiaran sebab malam ni Puan Ros masak.Malam tadi they all gi makan steak kat satu restoran yang baru dibuka tak jauh dari rumah.Restoran western food ni jual all the fresh meat also.So Puan Ros beli 1 paket meatball bawa balik.Hari ni guna meatball tu untuk masak spaghetti .Jom layar
Bahan-bahannya
1 paket spaghetti direbus (makan sebanyak yang nak aja,yang lebih tu esok godek resepi lain pulak)
1 botol kimball spaghetti sos perisa cendawan (350g)
1 tin cendawan butang (separuh potong nipis dan separuh biarkan bulat-bulat)
15 biji meatball (sedap meatball restoran ni buat)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar minyak masak
garam gula secukup rasa
kepingan cheese jika suka

Cara memasak sos
1- Panaskan minyak dan masukkan kesemua meatball.Tutup periuk dalm 5 minit.Lepas tu buka tudung periuk dan goreng meatball sambil dibalik-balik kan. Goreng sampai meatball keperangan.
2- Masukkan cendawan dan goreng sampai cendawan layu sedikit.
3- Masukkan pula sos spaghetti dan kacau sekejap.Masukan air kedalam botol dan goncang-goncangkan biar semua sos sebati dgn sebotol air,curahkan kedalam periuk tadi.
4- Sebelum sos mendidih masukkan 3 sudu sos cili serta sedikit garam dan gula secukup rasa .Puan ros masukkan lebih gula sebab laling tak brapa suka sos yang masam.
5- Biarkan sos masak mendidih beberapa minit lagi.Angkat. (sos boleh dimasak awal )
p/s Untuk hidangan : Puan Ros masukkan spaghetti kedalam pinggan dan curahkan sos serta letak sekeping cheese dale diatasnya. Masukkan kedalam microwave selama beberapa saat dan makan masa panas



Wednesday, January 26, 2011

HILLTOWN Pau

Salam semua.Dah 2 -3 hari tak masukkkan N3.Masak biasa-biasa aja so tk payah tunjuk la. Yang ni ..... pun tak ada resepi.
Hilltown pau is 1 of my family favorites. But not all the supermarket sell it. I saw it at giant last week.Boy am I glad to see it.I dream of a day when I can make pau this good. Hello boss any vacancy at your factory??????
I know my laling will be very happy to see what I cooked for breakfast today. Laling pau tu bukan mama  yang buat beli je...dan kukus. sorry ya! Tak nak makan pau tak apa. makan oren tu. Jangan batuk,sakit tekak dan sakit perut dah ok. Dah makan pau mengidam nak makan dimsum la pulak......CNY....CNY.....

Sunday, January 23, 2011

Macaroni Soup

Hai... dah makan? Just a simple lunch today. Macaroni soup. Dah habis semangkuk (eh... agak2 la bukan mangkuk ni la...Mangkuk ni kita sayang ,my sis inlaw carried back all the way from London untuk kita.) baru ingat dlm peti ada garlic bread.Ayo.......

Bahan-bahannya
1 1/2 cawan macaroni
1 keping ayam (Puan Ros guna whole leg)
1 batang celery
1/3 biji capsicum kuning dan 1/3 biji capsicum merah dipotong dadu
1/2 biji bawang besar didadu
seketul bunga kubis sebab tak ada carrot
3 ulas bawang putih dipotong halus
1 sudu besar butter
1 keping kiub ayam
1 sudu teh oregano flakes
4-5 cawan air
sedikit lada sulah
Cara memasak
1- Panaskan butter dan goreng bawang putih hingga terbit bau.Masukkan kesemua sayuran  bawang besar dan serbuk oregano..Kacau sebati. Masukkan kiub ayam dan kacau lagi.
2- Masukkan air dan ayam.Biarkan sup mendidih dgn api sederhana salama 30 minit.Keluarkan ayam dan sejukkan.
3-Masukkan macaroni.. Pastikan api perlahan. Tambah air jika perlu Pada masa yang sama carikkkan ayam halus-halus.Masukkan semula ayam bersama tulangnya kedalam periuk.
4- Renih sup hingga macaroni masak dan lembut.Masukkan lada putih dan garam sebanyak yang diperlukan ikut selera masing-masing. Taburkan daun bawang. Angkat dan hidang semasa panas.
p/s Kalau sejuk sup akan kering dan macaroni jadi bengkak dan mengembang.




Sandwich cream crackers sardin goreng

Salam pagi . This recipe came just at the right time to my kitchen. Hana forced me to buy a tin of cream crackers when we went to giant last few days. After she ate a few pieces I have no idea of what to do with it because the two princess and laling don't really fancy the cream crackers.I"v found this recipe kat dapur Along Roz.Thanks Roz for sharing this recipe.But..................................... my laling still not very fond of the cream crackers tapi dia hentam 2 keping sandwich tu, and he asked, mama can you try with tuna next time? Sabor aja lah..................................Hello...laling esok masak breakfast sendiri boleh?????????????????


Source: HaSue and Roz@HomeKreation
Bahan-bahannya
Biskut Cream Cracker
1/2 biji Bawang Besar - potong dadu 
1 tin kecil Sardin - hancurkan
2 sb Cili Mesin (Tak ada so kita guna serbuk kari)
1/2 biji Limau Kasturi
3 sb Tepung Beras (Tak ada so Puan Ros guna tepung jagung)
3 sb Tepung Gandum
1/4 st Serbuk Kunyit
Garam

Cara memasak
1. Tumis bwg besar dlm sedikit minyak.
Masukkan rempah kari dan masak sebentar sehingga wangi.
Masukkan  sardin.
Masukkan garam dan perahkan limau & tutup api.
2. Sapukan inti sardin ke atas cream cracker dan lapis dgn 1 keping cream crackers lagi
Buat sampai inti sardin habis di gunakan.
3. Dalam bekas lain,satukan tepung gandum,tepung jagung, kunyit serbuk, garam & air seperti adunan tepung pisang goreng.

4. Panaskan minyak yg banyak untuk menggoreng.

Celupkan cream creakers kedlm adunan tepung dan goreng sehingga kekuningan dan ranggup.
Angkat, toskan dan potong bentuk segitiga.

 

Prosperity Burger

Salam to all.I,am still with my new year mood. Tonight diner nak masak prosperity burger.Macam yang kat MacD tu.Takkan lah biar dapur MacD aja yang prosper ,dapur kita pun mesti prosper jugak kan?? MacD punya dapur dah terlebih prosper pun so transfer sikit ke dapur kita. Dapat resepi ni dari dapur cik Norma dan sosnya Puan Ros buat ikut resepi sendiri.Mari kita ramai-ramai prosperkan dapur kita ya...... laling kata yum-yum maalum la perut dia pun dah prosper!


Bahan Daging
•400g daging cincang
•1/2 biji bawang besar - cincang
•1 biji telur
•1/4 cawan tepung gandum
•3 sudu besar breadcrumbs
•beberapa keping cheese
•2 sudu besar susu segar -
•serbuk lada putih
•garam
•1/4 cawan air- utk steam daging
Cara memasak Burger 
 Satukan semua bahan2 daging kecuali cheese utk membuat hamburger. Gaul sebati. Ambil segenggam, penyek2kan di atas tangan, kemudian masukkan slice cheese yg telah dicarik kecil2. tutup kemas dan bulat2kan seperti bentuk humburger (you can do what ever shapes u want)
•Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Seeloknyer guna kuali non-stick. Balik2kan hamburger sehingga 3/4 masak.
•Masukkan air 1/4 cawan tadi. dan cepat2 tutup kuali (kaedah nih utk steamkan daging agar masak rata dan daging lembab serta juicy)biarkan sehingga air kering dan buka penutupnya.Tambahkan sedikit lagi minyak dan goreng burger sebentar lagi agar ke2 belah nampak perang.Angkat dan ketepikan.(Puan Ros guna periuk kaca 4segi dan masak 9 keping burger skali gus.

Bahan Sos Lada Hitam
•2 cawan stok ayam- guna 1 kiub ayam + air
•1-2 sudu besar lada hitam yang dah hancur..agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
•1/2 biji bawang besar -mayang
•3 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
•1 sudu sos tiram
•2 sudu besar butter
•2 sudu besar tepung gandum
•garam dan gula - jika perlu
Cara-cara memasak sos
1- Panaskan butter dgn api sederhana dan masukkan bawang.Goreng hingga bawang layu dan masukkan tepung gandum.Kacau hingga tepung gandum nampak sebati dng butter.
2- Tuangkan stock ayam.Kacau rata.Masukkan kicap dan sos tiram.Masak hingga kuah mendidih dan masukkan lada hitam.Kacau dan rasa. Tambah apa-apa yang patut(Garam ke ,gula ke kicap ke lada hitam ke.. ok).Masak hingga kuah pekat dan tutup api.
Cara menghidang
Sapu sedikit butter pada roti dan bakar sekejap. Celupkan burger kedalam sos dan diletakkan diatas roti.Tabur bawang besar yang dipotong dadu diatas burger.Boleh ditambah apa2 yang disukai seperti mayo ke salad ke dan siap untuk dihidang.

Saturday, January 22, 2011

Cewy Goey Brownies

Hai , masa tulis ni mata pun dah ngantuk.Esok Hana ada appointment dgn ENT.So Kita copy  paste aja resepi ni dari dapur Along Roz.Thank u ya.Harap harap tak ada semut gigit mulut malam ni sebab dah makan brownies ni panas-panas tadi.


(Makes 8" square)
 
INGREDIENTS:
125g Butter*
200g Chocolate* (* melted & mix together)
3 Eggs
145g Brown Sugar
1 tsp VE(vanila essense)
45g Flour**
50g Coco Powder** (** sifted together)
50g chopped Nuts (I skipped)_ Puan Ros masukkan pecan

METHOD:
1. Beat eggs, sugar  VE until sugar is dissolved.
Add in melted chocolate & butter.
Add in flour & cocoa mixture.
Add in nuts.

2. Line tin with non-stick baking paper extended over the 2 sides.(Puan Ros guna mangkuk kaca macam dalam gambar kat atas)
Bake at 160C for 45 min.








Friday, January 21, 2011

Nasi goreng cina

Salam semua.Puan Ros tengah tunggu brownie masak ni. Baunya dah semerbak.Sebelum air liur meleleh baik sibukkan diri tulis resepi nasi goreng yang senang dan lenang untuk dimasak ni.masih lagi pasal CNY mood dan continue memasak masakan orang-orang laling kita. Kami makan nasi goreng ni dgn kropok. Melayu  + cina la tu.macam kita. Jom masak


Bahan-bahannya
Nasi yang dah dimasak dan disejukkan.(Cukup untuk 5-6 orng makan
5-6 batang kachang panjang dipotong halus dan bulat
1/3 labu bawang besar dimayang halus
6 keping chicken meatloaf dipotong dadu atau sausage
3 biji telur bersaiz besar 
3 ulas bawang putih
Sekeping  kiub pati ayam
5 sudu besar kicap cair
sedikit garam jika perlu
minyak untuk mengoreng

Cara memasak
1- Panaskan dalam 5 sudu besar minyak.Pecahkan 3 biji telur kedalamnya dan kacau telur hingga hancur dan masak.Angkat dan ketepikan. Tuangkan lebihan minyak dari telur kedalam kuali.
2- Dalam kuali yang sama masukkan bawang putih dan goreng sekejap.Masukkan pula chicken meatloaf dan kacau rata.
3- Tambahkan kicap cair dan kiub pati ayam.Goreng sampai semua bahan mesra dan kacau lagi.
4- Masukkan nasi dan kacau rata. Masukkan pula kacang panjang   bawang dan telur .Kecilkan sedikit api dan kacau nasi sampai sebati. tak payah tunggu kacang layu  supay bila dimakan dapat rasa kerangupanya.Rasalah sedikit dan tambah garam jika suka.Angkat dan hidangkan.
P/s Nasi goreng ni tak payah dibuat masin sangat sebab Puan Ros hidang dengan cili padi yang direndam dalam kicap cair dan juga keropok goreng.
Ting! bunyi oven .Brownie dah masak! emmmm.....



Thursday, January 20, 2011

Fortune Prawns

Hai semua..CNY dah makin hampir.Bau-bauan is in the air.Puan Ros pun dah mula teringat makanan-makanan yang biasa kita orang makan during new year diner.Kebetulan hari ni ada udang so this is what I cooked for diner tonight. Tak la sehebat yang dimasak kat hotel tu, tapi cukup sedap la untuk hidangan kat rumah ni.But my laling prefer butter prawn than this prawn. Nanti kena la masak butter prawn pulak jawabnya!
Ya la laling........ udang ni makan dgn lagi 1 masakan cina .Lettuce goreng dgn sos tiram.


Bahan-bahannya
24 ekor udang sederhana besar
4 biji yolk telur masin (dikukus dalam 10 minit dan di lenyek hancur)
3 ulas bawang putih potong halus
halia sebesar ibu jari potong halus
4 biji cili kering digunting nipis
5 biji cili padi dipotong kecil 
2 sudu besar butter
1 sudu besar gula
1 keping kiub ayam
1/2 sudu kecil lada sulah
secubit garam

bahan perap udang
1 biji putih telur
2 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung

Cara memasak
1- Udang dibuang janggut dan dibasuh bersih.Toskan udang dan masukkan dalam mangkuk. Campurkan putih telur dan tepung gandum kedalam udang.Kacau sebati.Dalam mangkuk lain masukkan tepung jagung.Toskan udang tersebut dalam mangkuk tepung jagung.
2- Panas kan dalam 1/2 cawan minyak dan goreng udang sampai bertukar warna merah.Angkat dan ketepikan.
3-Dalam kuali yang sama keluarkan semua minyak dan masukkan  2 sudu butter dgn api sederhana dan masukkan bawang putih dan halia.Goreng sebentar.Masukkan pula cili kering dan cili padi.
4-Masukkan telur yang dilenyek tadi dan goreng hingga semua bahan mesra.masukan gula ,kiub pati ayam dan lada sulah. Goreng lagi dalam 3 minit.
5- Masukkan pula udang dan goreng hingga semua bahan mesra dalam 5 minit lagi sambil dikacau-kacau.Rasalah masin manisnya dan tambah garam jika perlu.
6-Angkat udang dan taburkan daun bawang,hidang semasa masih panas.









Wednesday, January 19, 2011

Puding Roti Karamel Embun


Salam semua.Puan Ros buat ni for tea time today. Copy paste dari dapur Hana.Malas rasanya nak masuk dapur tapi kesian laling tak ada benda nak makan for tea time.Roti pun ada dlm 5 keping.Nampak pula resepi ni.Apa lagi berasap la dapur...... thank u hana and tuan punya resepi yang asal ya.Tulisan biru tu samaada bahan yang Puan Ros guna atau cara yang di edit sikit.Boleh lah ya....Puding ni tak brapa manis dan..... enak diminum bersama tea.....Gardenia..........(Memang pun guna roti gardenia so boleh la nyanyi lagu tu.......

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL EMBUN ROSALIZA
resepi asal :
rosaliza@embunkasih
source :
HaNa's FamiLY

Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja (kita punya pukulan tak brapa manja) dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
  • 1 cwn susu pekat manis - hana buh kurang sedikit 3/4cwn (cwn metrik yg 200ml)
  • esen vanilla (1sk)
Cara-cara
  1. Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus........kemudian ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. (lupa masukkan)
  4. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - Puan Ros kukus 30 minit je dan  tapis lagi sekali semasa masukkan kedalam loyang)

Tuesday, January 18, 2011

peria & arrowhead goreng ranggup (kerepek)

Salam petang semua.2 jenis gorengan makanan yang represent 2 bangsa.Peria goreng is my whole family favorite whenever we go for banana leave rice for dinner or lunch at Indian rest.1 of the must order dishes . Arrowhead is something that you can find in Chinese recipe.Since Chinese new year is just around the corner I'am searching for some chinese recipe and found this in a few food blog.I've decided to give it a try and it's realy yummy  as a titbit. This is why we can called ourselves  1Malaysia nation.Enjoy each other food..... and appreciate each other culture.... Peace to all!

Peria goreng
1/2 batang peria
4 sudu besar tepung jagung 
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu besar rempah kari (boleh tambah cili powder jika mahu)
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan air
Cara memasak
1- Potong peria nipis-nipis dan rendan didalam air garam dlm setengah jam.Tos dan keringkan
2- Masukkan tepung jagung ,tepung gandum,rempah kari dan garam dalam sebiji mangkuk.Masukkan air sedikit demi sedikit sehinnga menjadi adunan seperti membuat lempeng.
3- Panaskan minyak secukupnya untuk mengoreng.Guna sudu untuk memasukkan peria kedalam minyak  panas sekeping demi sekeping. Goreng hingga garing.


Kerepek arrowhead
1- Arowhead yang di kupas kulitnya.Suka masing-masing berapa biji nak buat.
2- Basuh bersih dan potong nipis-nipis.
3-Panaskan minyak dan gorenglah kerepek hingga garing.Angkat dan toskan minyaknya.Tabur sedikit garam kedalam kerepek. Sedia untuk dimakan.











Sunday, January 16, 2011

Popia chicken meatloaf

Morning everyone.Having this for breakfast this morning.Sitting alone with my laling for morning coffee and hot popia.It"s a nice feeling.I love kopi oooo...............................


Bahan-bahannya
kulit popia secukupnya
1 paket chicken meatloaf dipotong dadu(Puan Ros guna ayam dinding brand)
2 biji telur
1 batang carrot
10 keping cendawan
1/2 labu bawang besar potong dadu
2 pokok daun bawang
2  ulas bawang putih
1/2 biji capcicum merah dipotong dadu
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
Cara memasak
1-panaskan 2 sudu makan minyak dan tumiskan bawang putih.Pecahkan 2 biji telur .Kacau telur sampai hancur dan masak
2- Masukan chicken meatloaf dan kacau sebati.Masukan semua sayuran dan bawang.Tambah garam dan sedikit gula secukup rasa.Angkat dan sejukkan.
3- Ambil sekeping kulit popia ,masukan sesudu besar inti dan gulung kemas-kemas.Sapukan air dihujung kulit popia untuk melekatkannya.
4-Goreng popia sampai garing.Hidang bersama cili sos yang dicampur dengan mayonis.



Little laling dah makan habis inti sebelum kita siap gulung semua popia. pagi-pagi dia dah lapar.bukan inti saja dimakan, kek dan 1/2 botol kek deco dimakannya. Sabar...sabar..... Sebab dia dah kenyang maka dapatla kita duduk berdua-duan dgn laling minum kopi.



Saturday, January 15, 2011

Birth-day cake (lemon velvet cake)



Good morning everyone. My morning start as early as 4.30 a.m today.  I baked this cake for my 1st princes b-day. The color theme is green because her favorite color is green.Beside the cake I also cooked roti jala (which is also green + yellow) and chicken curry for brunch .Today is Saturday so by the time they all wake-up it's going to be late morning.So breakfast and lunch become 2 in 1 la.This is just a simple lemon velvet cake. using the red velvet topping recipe .

Untuk kek
1 kotak pillsburry lemon kek.(ikut saja cara memasak seperti dikotak kek)

Topping
1 cawan susu segar
5 sudu tepung gandum
1 cawan gula icing (kurangkan separuh kalau tak suka manis)
200 grm butter
1 sudu vanilla
Cara-caranya
1- Masukkan susu kedalam periuk dan ayakkan 5 sudu tepung gandum kedalamnya.Masak diatas api sederhana besar.Kacau sepanjang masa hingga adunan pekat.Angkat dan sejukkan
2-Putar butter.gula icing dan vanilla hingga kembang dan lembut.masukkan adunan susu dan tepung tadi. Putar lagi hingga kembang dan lembut.
3- Masukkan apa-apa warna yang disukai dan kacau rata.Hias kek ikut idea masing-masing.


Resipi roti jala
2 cawan gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 sudu kecil garam
cara memasak
1- Campur semua bahan dan blend sehigga halus.Biarkan 1/2 jam sebelum dimasak.
2- Sapukan sedikit minyak pada non-stick pan dan kirai la roti jala.
 HAPPY B-DAY MY DEAR DAUGHTER. MAY GOD BLESS U WITH ALL THE HAPPINESS THAT YOU CAN GET IN THIS WORLD



Friday, January 14, 2011

Ikan Bawal Goreng Taucu

Salam makan malam.Ikan bawal goreng dengan taucu, itu resipi malam ini .Rengkas dan cepat.Makan dengan nasi panas.Sedap.........


Bahan-bahannya
1 ekor ikan bawal
1 paket taucu
1/2 labu bawang besar dihiris nipis
1 biji cili merah dipotong serong
1 biji cili hijau dipotong serong
4/5 biji cili padi dipotong halus
1 biji bawang putih
1 sudu besar cuka makan
garam dan gula secukup rasa
1 cawan minyak untuk mengoreng ikan
Cara memasak
1- Bersihkan ikan ,kelar dan sapukan secubit garam dan kunyit serbuk(garam sikit saja sebab taucu dah masin)
2- Goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.Dalam kuali yang sama tinggalkan lebih kurang 1/3 dari minyak tadi.Masukkan bawang putih,goreng sebentar.Masukkan pula bawang besar dan hirisan cili.Kacau rata.
3- Masukkan taucu,gula dan cuka.Rasa masin manisnya dan tambah apa yang patut ikut selera masing-masing.Goreng sehingga semua bahan mesra.Angkat dan curahkan keatas ikan tadi.














My murtabak

 
Salam semua. This is our diner last night . I cooked the murtabak using prata and buy the curry at kayu nasi kandar.Jeruk bawang tu warna kuning sebab tak ada pewarna merah.kuning pun sedap juga.Merah kuning warna tadika .Go go TSI.............
Bahan-bahannya 
2 paket roti prata jenama kawan
200g minced chicken
1 biji kentang bersaiz besar dipotong dadu
1 labu bawang besar dipotong dadu
4 biji telur 
1 sudu besar rempah kari (boleh tambah jika suka)
2 ulas bawang putih
1/2 cawan air
garam dan gula secukup rasa 
minyak sapi secukupnya
minyak masak untuk menumis
Inti murtabak
1-Panaskan  3 sudu minyak makan dan tumis bawang putih hingga terbit bau.Masukkan ayam dan kacau sebentar.Masukkan pula rempah kari dan kentang.kacau selama 2 ke 3 minit dan masukkan air.Tambah garam dan gula.
2-Kacau bahan inti dan masak hingga kentang empuk dan air kering.Angkat dan sejukkan.
3- Bila kentang sudah sejuk pecahkan 4 biji telur kedalamnya dan kacau sebati.
4- Dalam kuali panaskan sedikit minyak dan masukkan sesenduk kecil bahan inti.masaklah seperti masak telur dadar.Puan Ros dapat 6 biji semuanya.
Cara membuat murtabak
1- Defrost roti prata. Ambil sekeping prata dan letakan diatas papan .Taburm sedikit gandum dan gelekkan prata hinga menjadi sedikit nipis dan saiznya besar  sedikit. Masukkan inti dadar tadi dan tutup prata menjadi seperti murtabak
.2- Panaskan sedikit minyak sapi dalam kuali yang tak melekat dan goreng roti prata hingga garing kedua-dua belah.Guna 2 batang sudip untuk mengoreng prata secara menegak agar garing sekelilingnya.
bahan untuk jeruk bawang
Mayang bawang basar.Didalam mangkuk masukan cuka makan,gula dan sedikit garam.Titikkan sedikit pewarna(Suka masing-masing warna apa).Masukkan bawang dan kacau rata.Biarkan sekurang-kurangnya 1 jam.

p/s : murtabak tu boleh dibuat 2 lapis jika suka . Masak dulu lapisan pertama dan bungkus lagi sekali dengan lapisan kedua.Puan Ros buat dua-dua jenis-1 lapisan dan dua lapisan so dapat 6 biji semuanya.



I'am ok now.No more allergic! just a small spot at the corner of my mouth. Now i can enjoy the murtabak...




Thursday, January 13, 2011

Cili crab

Hai semua.I cooked this for diner yesterday night.The crab is delicious but never want to cook it again.I never let my little laling (hana ) eat crab before this.Last night, she really enjoyed herself eating the cili crab, tapi bawa padah.I have to rushed her to medical center because she got allergic after eating crab. My poor little laling, her eyes  bengkak macam mata ikan mas.Alhamdullilah nothing serius so tak payah masuk wad .Doktor just give the medicine sebab dia nangis tak nak cucuk.Hoi ketam......ketam......sesedap mana pun engkau tak adalah lagi nak masak ketam! So for the first and the last kita tuliskan resepi ketam ni.

Bahan-bahannya
5 ekor ketam dibasuh bersih dan dipotong 2
4 /5 tangkai cili kering
1 biji cili merah
2 batang serai
1/2 labu bawang besar /beberapa biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji telur
4 sudu makan minyak masak
beberapa helai daun kari
1 biji tomato dibelah 4
2 sudu sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak
1- Blend cili keirng,cili merah,bawang , serai dan 1/2 biji tomato.
2- panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang diblend bersama daun kari.Biar sampai masak dan kacau-kacau sedikit.Masukkan  1/2 cawan air.Masukkan garam dan gula.biar kuah mendidih.
3- Masukkan ketam kacau dan balik- balikkkan ketam.Tutup kuali sekejap.Selepas lima minit buka penutup kuali dan kacau dan balikkan ketam.Pasti kan semua ketam bertukar warna merah.masukkan potongan tomato.kacau sekejap.
4- Kocokkan sebiji telur dan tuangkan kedalam ketam tadi.kacau lagi sehingga telur masak dan kuah nampak pekat.Rasalah masam manisnya nya dan tambah apa yang patut.

Tuesday, January 11, 2011

Kari Ikan Sedap & Cendawan goreng rangup

Salam semua .kari ikan sedap, memang sedap ! boleh buka restoran la pulak. Hari ni kita masak kari ikan , kangkung masak cincaluk dan cendawan goreng lada hitam.
Sebenarnya ada cerita disebalik kari tu.Puan Ros setiap 2 minggu sekali order roti canai dari restoran Anuar maju untuk anak-anak dikindie makan.Biasanya dia orang akan bagi 3 bungkus dal dan 1 bungkus besar kari. Anak-anak kebanyakannya makan dhal so yang kari tu mak-mak la makan.Ada lebih boleh la bawa balik. So hari ni kebetulan kuah kari ada , ikan pun ada sebab semalam gi pasar tani.Temukan lah mereka didalam periuk.Jadi lah kari ikan sedap.Memang sedap............................. kata laling.
Sebenarnya tak ada  resepi kari, yang ada hanyalah resepi cendawan! marah ke???? Tak apa nanti Puan Ros bawa gi blanja makan kat Anuar maju ya.Dekat Putra Heights ni semua orang tahu kat mana restoran tu.Jumpa disana ya....
Cendawan goreng ni ,kadang-kadang kalau beli kat pasar malam dah lembik.Jom kita masak sendiri.Makan panas-panas . Rangup mangup beb.........


15 keping cendawan (Oyster mushroom)
100g tepung jagung
1 biji telur
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
1/2 cawan air
50-60grm serbuk roti (Puan Ros guna brand nona.dia tulis serbuk roti japan )
2 cawan minyak untuk mengoreng


Cara memasak
1- Cendawan dipotong tangkainya sedikit.(jangan dibasuh,cendawan tu dah bersih)
2- Dalam mangkuk, campurkan tepung jagung,telur, garam dan lada hitam.kacau sebati. masukkan air sedikit demi sedikit.kacau hingga bancuhan cair seperti adunan lempeng.Tambah atau kurangkan air jika perlu.
3- Masukkan serbuk roti kedalam pinggan. Celup cendawan kedalam adunan tepung dan kemudian salutkan  dengan serbuk roti.
4- Panaskan minyak dan goreng cendawan sampai warna bertukar kuning keemasan

5- Boleh dihidang dengan cili sos atau makan begitu sahaja sebab lada hitam pun dah terasa pedasnya.
P/s -kari tu Puan Ros masukkan ikan ,cili hijau yang dipotong dan fish ball goreng.

Sunday, January 9, 2011

Kuetiau goreng

Salam tengahari.tadi pegi pasar tani,so dah penat la ni.nak masak yang senang aja for lunch.Senang and simple
.Apa dia?Yang dah ditulis kat atas tu la...Jom masak


Bahan-bahannya
2 bungkus kuetiau
200g udang kertas
20 sen taugeh
1/2 ikat daun kucai
7 biji fishball potong nipis( Puan Ros guna fish ball goreng)
2 biji telur
3 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
2 sudu besar cili giling 
2/3 ulas bawang putih-ditumbuk kasar
1 labu kecil bawang besar-separuh dihiris nipis dan separuh ditumbuk kasar
3 besar sudu minyak untuk mengoreng
garam dan lada sulah jika suka
 Cara memasak
1- panaskan minyak dan pecahkan telur didalam kuali,kacau cepat-cepat.Bila telur dah masak,masukkan bawang putih dan bawang brsar yang ditumbuk kasar.Kacau sebentar dan masukkan cili giling.Goreng lagi 3 minit.
2-Masukkan semua sos dan kacau rata.Masukkan udang dan fish ball.Kacau sebati semua bahan dalam  kuali. dan goreng sampai udang masak.
3- Masukkan kuetiau yang dah dilerai-leraikan.Kecilkan sedikit api.kacau kuetiau sampai sebati dengan sos.Biarkan sekejap diatas api.
4- Masukkan taugeh,kucai dan bawang besar .Kacau sekejap dan boleh lah rasa masin manisnya dan tambah apa-apa yang patut ikut selera masing-masing.Angkat dan hidangkan bersama lada jeruk .

Resepi kayu keramat


Salam pagi .Masa kita tengok gambar resipi ni terus ingat kat chakoi.Puan Ros suka chakoi dgn kopi.Lagi pun itu kan makanan kegemaran keturunan bangsa laling kita.Dia suka kita pun suka ,baru hidup aman bahagia.............kan? Ini first time nak buat ni.Jumpa resepi kat dapur Doktor Inahar.Dia kata copy paste dari dapur hana.Tumpang sekaki ya... tq.Tapi kayu kramat ni kat dalam isinya penuh bukan kosong macam chakoi. Cicah sambal ikan bilis musim hujan ni memang sedap kot. Kita tetap nak cicah kopi,laling pun sama.love you laling......

Bahan-bahan
  • 500g tepung gandum
  • 1 camca soda bikarbonat
  • 1 camca teh yis mauripan
  • 6 sudu makan gula
  • 2 camca makan butter(Puan Ros guna shortening sebab kehabisan butter-sesuatu yang jarang-jarang berlaku dirumah ini.Sebab biasanya kita beli 3/4 ketul butter bila pergi marketing.
  • 300ml air suam - masukkan sedikit2
  • garam 
Cara-cara
  • Yis dibancuh dengan sedikit air suam dan biarkan yis kembang seketika.
  • Bancuh gula dengan air lebihan yis tadi.
  • Tepung digaul dengan planta sehingga sebati kemudian masukkan soda bikarbonat dan digaul rata.
  • Kemudian masukkan air yis dan air gula yg dibancuh tadi sedikit demi sedikit.
  • Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang 2 kali ganda. (anggaran 1jam lebih)
  • Tumbuk2an doh, dan potong memanjang lebih kurang 5-7cm.-Puan ros tekan dengan chopcstik ditengah-tengah selepas digentel memanjang dan biarkan sebentar lagi.
  • Panaskan minyak. Tarik doh sedikit dan pusingkan kemudian goreng hingga kekuningan.
  • Hidangkan. Enak dimakan dengan sambal tumis ikan bilis.




Saturday, January 8, 2011

Telur Ikan Goreng


Salam.Malam ni Puan Ros masak masakan paling sempoi.But this is one of my favorite food.Masa kecil-kecil dulu ini kira makanan mewah.bila ayah bawa balik telur ikan, wah bestnya..Dulu-dulu telur ikan mahal harganya.Tapi sekarang murah aja.I realy like telur ikan but my anak-anak ,tak payah cerita la........cerita pasal puff baru senyum lebar.What ever la girls ,mama love telur ikan ! Kalau pegi kedai nasi kandar kita mesti order telur ikan.Tak payah dengan nasi ,ratah aja.Lepas tu minum kopi o ais.....meletup

Bahan-bahannya
3 keping telur ikan
1 sudu kecil garam
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu kecil kunyit
1 biji cili hijau dipotong serong
1/2 labu bawang besar
beberapa biji cili padi
daun kari (ikut suka hati masing-masing)
minyak secukupnya untuk mengoreng
Cara memasak
1-Basuh bersih telur ikan dan potong kecil.
2-Campur garam,kunyit dan rempah kari,Lumur rata pada telur ikan.
3- Panaskan minyak, goreng telur ikan sampai garing.Masukkan daun kari,bawang dan cili.Goreng lagi sampai bawang agak layu.Angkat dan hidangkan,

Kek Suji


Hai. Lepas buat puff tadi kita godek kek ni pulak.Dah lama beli tepung suji ni entah kenapa asyik tak jadi aja nak buat.tadi ingat nak ikut 2 princess gi ikea,Tapi small laling (hana) asyik ahchi ahchi.... je.so cancel and dok rumah with her aja.Resipi ni baca dari dapur kak Ina.Dia kata dapat dari dapur che mat.Dua dua thank you la ya,nak buat kat dapur kita pulak tapi ikut barang yang ada aje la.

Bahan-bahanya
250 grm butter (Puan Ros guna 200grm )
170grm gula halus
2  sudu besar madu
4 biji telur gred A (Puan Ros masuk 5 biji gred B)
100 ml susu
2 sudu teh esen vanilla
170 grm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
100 gram semolina(tepung suji)
secubit garam
Cara memasak
1- Tepung gandum + baking powder dan ayak.Masukkan tepung suji dan garam.Ketepikan
2- Telur,susu dan esen vanila disatukan dan dikocok hingga sebati.Ketepikan.
3- Putar mentega,gula halus dan madu hingga kembang .Masukkan bancuhan telur tadi sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga gebu.
4-Pada kelajuan rendah masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.Gaul rata.
5- Tuangkan aduna kedalam loyang dan bakar dalam oven dengan kepanasan 175c selama 45 minit.

Puff Bantal Peluk

Salam pagi semua.Wah pagi sabtu ni ....... leganya rasa.Dapat la luangkan masa untuk memasak apa yang nak dimasak.First week of school is busy and tiring! and now time to distress.......and for me the way to do it is cooking la.Bangun pagi-pagi to prepared breakfast and something for tea time.Lunch??? The two princess nak gi ikea and kita nak ikut so tak payah la masak.Laling tak ikut so dia boleh tapau lunch for himself. Puan Ros buat bolognise puff for breakfast tapi kita nak namakan dia puff bantal peluk.Sebab?????? now musim hujan, ada bantal peluk kan best!ha ha ha ...


Bahan-bahannya
6 keping puff pastry
400grm daging hancur
1 tin kechil tomato puree (100 grm)
2 sudu sos cili
3 sudu besar sos tomato
1/3 bawang besar potong dadu
1 tin cendawan butang potong nipis
1 sudu kechil oregano(optional)
secubit garam
1 keping stock ayam
2 sudu besar minyak
Cara-cara meembuat sos
1- Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga terbit bau.Masukkan daging hancur dan masak hingga airnya sedikit kering.
2- Masukkan tomato puree,tomato sos dan cili sos.Kacau sebati.Masak hingga kuah mendidih.Masukkan cendawan dan oregano.masukkan secubit garam.
3- Masak hingga air daging kering.Angkat dan sejukkan.
Cara membuat puff
1- Ambil sekeping puff pastri  bersama plastik pengalasnya.Letakkan diatas dulang .Letakkan 3 ke 4 sudu sos daging tadi.Gulung puff kemas-kemas dengan menolaknya mengunakan plastik pelapik tadi.Cantumkan setiap hujung puff.Boleh dipotong diatasnya atau biarkan kosong.
2- Sapukan sedikit minyak atas dulang pembakar dan letakkan puff yang telah siap digulung.Dapat 6 puff bantal peluk kesemuanya.Sapu dengan susu atau telur kuning diatasnya.
3- Bakar dalam suhu 200c selama lebih kurang 1 jam atau puff dah nampak perang keemasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info