Mereka yang sudi.......

Thursday, December 30, 2010

A sad... sad.... day

As I'm writing this blog my heart is still full with anger and frustration.Somebody stole my laptop from the office today.This stupid lady came to the kindie with a teenage girl and a 3 yrs old girl pretending to register the anak for next year.As we  always welcome  parents especially this time of the year for registration, I taught that she is 1 of those parents.Its a long story if I want to write it here.To cut it short with all the drama that she did in my office today she managed to took only the laptop.Thank God.But I have lost all the info and all my school work,with only 3 more days to go before the school start.So just imagine my frustration.
While I was at the police station making a report another kindergarten operator came to make a report abt the same story.Oh my God...... She is a pro.How I wish the police will be able to catch this idiot..But I know the truth is my wish will only be a wish.
So I won't be able to update my blog this few days as now I"m using my hubby 's computer.I need to spent the next 3 days to get all the documents ready before the school opens.What a headache.!!!!!
So the moral of the story is always be alert and never to trust anybody.....
Wishing you an early Happy New Year in case I'm not able to blog for the next few days.

Tuesday, December 28, 2010

Cucur bilis and breadcrumb

Salam semua.Baru balik dari opis so malas nak masak.Sementara tunggu semua org siap nak gi makan tulis dulu what we have for breakfast today.Cucur ni semesek aja nak buat (semesek tu bahasa org klate maknanya senang banget seh!)hi hi hi.Layar saja ya....nanti dia orang pergi makan tak bawa Puan Ros  lapor la kita nanti...


Bahan-bahannya
2 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan air (1 Cawan air suam + 1 cawan air biasa )
5 sudu kecil breadcrumb
1 sudu besar baking powder
1 biji telur
Bawang besar hiris nipis sebanyak yang disukai
Daun bawang sebayak yang disukai
1 keping kiub ikan bilis
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar butter cair
1 gengam penuh ikan bilis bersaiz kecil
Minyak secukupnya untuk mengoreng


Cara-caranya
1- Bancuhkan 1 cawan air suam dengan kiub pati bilis.ketepikan dan biar sejuk.
2- Dalam mangkuk masukkan gandum,baking powder,serbuk kunyit dan breadcrumb.Campurkan bawang besar,daun bawang dan ikan bilis.Gaul rata.
3- Masukkan air pati ikan bilis dan kacau sebati.Masukkan telur dan kacau lagi.
4- Campurkan butter cair kedalam adunan dan kacau. Masukkan air yang lagi 1 cawan sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan adunan yang betul.(air boleh ditambah dan di kurangkan ikut keadaan adunan)
5-Gorenglah cucur dalam minyak yang panas sampai garing.


pagi-pagi dia dah mengadap laptop listening to her favourite korean song called sorry-sorry by super junior.I'm really sorry to hear the song as sorry-sorry sound like shory-shory to me when they sing the song....




Kari pekat lamb shoulder

Salam.semua.Ini resepi diner malam tadi.Biasanya lamb shoulder ni Puan Ros buat lamb chop,tapi hari ni permintaan istimewa 2nd princes suruh masak kari.So kita pun gedok-gedok apa yang ada.Ini kari versi tak pedas sebab takut hana tak makan.Ala oii dia jerit kat kakak I dont want kambing....................!!!Ayo dia tahu kambing pun daging jugak... so dia makan nasi dengan telur goreng aja.Sapa-sapa suka pedas boleh tambah serbuk chili / lada hitam.

Bahan-bahannya
5 keping shoulder lamb.
2 cawan susu segar
4 cawan air
1 1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 batang serai
2 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar sour cream
2 sudu besar tomato puree
1 pokok daun parsly
kayu manis.bunga lawang  dan buah pelaga
Garam,gula secukup rasa
4 sudu besar minyak untuk menumis(boleh dicampur dengan minyak sapi jika suka.
Cara memasak
1- Basuh daging kambing dan toskan airnya
2- Panaskan minyak,tumis  bunga lawang ,kayu manis dan buah pelaga kemudian masukkan bawang putih,bawang besar.halia dan serai yang dimayang halus.Tumis sampai naik bau dan masukkan rempah kari dan tomato puree.Goreng sampai garing.
3- Masukkan pula lamb shoulder kacau sebentar dan masukkan 4 cawan air.kacau sebati.Tutup periuk dan biarkan daging mendidih lebih kurang 1/2 jam.kacau dan balikkan daging sekali sekala.
4- Setelah setengah jam,masukkan susu dan sour cream.kacau sebati dan masukkan garam dan gula .Biarkan diatas dapur dengan api sederhana kecil.masukkan pula bawang goreng dan hirisan daun parsly.Masak hingga kuah pekat dan pecah minyak.
5- Rasalah asam garamnya sebelum dihidang kan bersama nasi panas. Tambah apa-apa perasa yang patut ikut selera masing-masing


















































Monday, December 27, 2010

Meehoon goreng perisa tomyam

Salam semua.This morning ringannya kepala tak payah pikir apa nak masak for breakfast.Yesterday 1 of my my friends bagi sebungkus pau kaya (Yik Mun).Pau ni memang femes kat Tanjung Malim.Sarapan dah ada tinggal kukus je kejap.So geledah peti nak tengok apa yang boleh dimasak for lunch.Later need to go marketing since today Puan Ros off..nak gi mana ye? Tesco,Giant,Hero? Tesco,Giant,Hero?hemmmmmmmm rasanya nak beli puff pastry so Tesco will be a better place!Setelah kerja korek mengorek peti selesai dapatla idea nak goreng meehon perisa tomyam bila nampak ada sebatang bunga kantan.Tukang masak kena creative kan? Jom Masak


Bahan-bahannya
1 bungkus meehon
150 gram daging
2 ketul kiub tomyam
3 sudu makan fish sos 
1 sudu makan sos tiram
4 batang sawi
1 batang bunga kantan

1/2 batang carrot
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji telur
Garam dan gula secukup rasa
Cili padi atau cili giling jika mahu(Puan Ros tak masukkan)
cara memasak
1- Rendam meehon dalam air suam selama 1/2 jam dan toskan airnya.
2- Daging dipotong nipis and dicuci besih.Toskan airnya
3- Panaskan 3 sudu besar minyak.Pecahkan 2 biji telur dan dikacau sampai telur hancur.Angkat dan ketepikan.
4- Dalam kuali yang sama tambah 2 sudu minyak dan tumis bawang putih hingga garing.Masukkan daging dan kacau. Goreng  sampai air daging kering.
5- Bancuh kiub tomyam bersama sedikit air dan campurkan dengan daging tadi.masukkan semua sos dan masak hingga sos mendidih.
masukkan meehoon dan kacau rata.Kecilkan api sedikit.
6- Masukkan sawi,carrot dan bunga gantang.Masukkan juga telur goreng tadi dan kacau rata.masak sampai meehan lembut.
7- Rasalah masin manisnya dan tambah apa yang patut.
8- Taburkan daun bawang atau daun saderi semasa menghidang.












Sunday, December 26, 2010

Daging Black Pepper

Salam makan malam. Dua tiga hari ni Puan ros asyik Postkan resepi breakfast and lunch aja kan.Sebab sebelah malam most of the time tak masak  diner.So malam ni rasa rajin pula nak masak sebab balik awal dari opis.Jom tengok resepi daging ni ya.
Bahan-bahannya
300 gram daging
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang puteh
8 keping halia yang dihiris nipis
1 1/2 sudu makan kicap cair
3 sudu makam sos tiram
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan lada hitam
Daun bawang atau daun parsly
sedikit air
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa(jika mahu)
Cara memasak
1- Daging dipotong nipis.Basuh dan toskan airnya.Campurkan daging bersama kicap cair,sos tiram dan tepung jagung.Perap dalam 1/2 jam atau lebih.
2- Panaskan minyak tumis bawang putih diikuti hirisan halia.Goreng sebentar dan masukkan daging .
3- Goreng hingga air daging keluar dan mendidih.Masak lagi selama 10 minit sambil dibalik-balikkan daging.
4-Masukkan lebih kurang 1/2 cawan air kedalam mangkuk perapan daging tadi. dan dikacau bersama sos yang masih melekat dimangkuk.Tuang kan air kedalam kuali dan goreng daging hingga empuk.Masukkan bawang yang yang potong besar-besar dan juga daun parsly.
5-kacau daging dan masukkan lada hitam,kacau hingga kuah kelihatan agak pekat, tambah sedikit garam jika suka,(Puan Ros tak masukkan garam sebab rasanya dah cukup masin).Boleh tabur potongan daun bawang sebelum dihidangkan


Baked potato

Hi,We have blueberry pancake for breakfast and I'm cooking this baked potato for lunch today.This is also a hit in my family.From small laling to senior laling and the 2 princess.lets cook.
Bahan-bahannya 
7 biji kentang (Russet potato)
150 gram minced chicken
3 sudu besar butter
4 sudu besar sour cream
5 sudu besar susu segar
1/2 bawang besar
1/2 sudu kecil wochestershire sauce
1/2 sudu kecil garam
Mozzarella cheese
Cara memasak
1- Basuh kentang bersih bersih dan keringkan airnya.Cucuk kentang dengan garpu.(pastikan keseluruhan kentang dicucuk)
2- Campurkan 1/2 sudu kecil minyak masak dan 1/2 sudu kecil garam.Lumurkan pada kentang.
Bakar kentang dgn suhu 220c lebih kurang 1 jam.
3- Sementara menunggu kentang masak,Panaskan 1 sudu besar minyak makan dan goreng bawang besar hingga naik bau.Masukkan daging ayam dan goreng sebentar.Masukkan sos wochester dan garam.Masak hingga air ayam kering.Angkat dan sejukkan.
4-Bila kentang sudah masak,biarkan sebentar (jangan tunggu sejuk nanti susah nak lecek).Potong dua kentang dan korek keluar isinya mengunakan sudu.
5- Dalam mangkuk masukkan isi kentang dan butter.Lecek kentang hingga hancur dan halus. Masukkan susu,sour cream dan gorengan daging ayam tadi.gaul sampai sebati.Tambah garam jika perlu.
6- Isikan kulit kentang dengan adunan isi kentang tadi dan taburkan mozzarella cheese diatasnya.
7-Bakar dalam suhu 180c selama lebih kurang 1/2 jam dan warna cheese keperangan.





Blueberry Pancake

Salam morning.Today we have something light for breafast ya,since last night already have a heavy xmas dinner .All this instan food can sometime make our life easy.We can always be more creative with it and then wa..laa...its done!


1 paket pillsburys pancake mix
1 ke  11/2  cawan air(boleh ikut kepekatan yang dikehendaki atau ikut saja arahan dikotak)
3 sudu besar blueberry pie filling
butter untuk mengoreng 
Cara memask
1- Masukkan Campuran tepung kedalam mangkuk,campurkan air dan kacau sebati.Masukkan blueberry filling.
2-Panaskan kuali ,masukkan sedikit butter dan masukkan sesenduk kecil adunan.Masak sehinnga kedua-dua belah pankcake garing.(Pastikan pancake nampak seperti berlubang diatasnya sebelum dibalik).
3- Hidangkan pancake bersama syrup dan kopi o.


Saturday, December 25, 2010

Red velvet cake

Hi, every one.Merry Xmas to all my Christian friends especially the parents and kids at Tadika Sinaran Intelek.This year we have a very quiet xmas as all my in laws are overseas and didn't come back to Malaysia for xmas.Apart from Xmas today is actually a special day for Puan Ros and hubby.Today is our 24th wedding anniversary.Every year orang sibuk celebrate xmas kita pun sibuk la nak celebrate our anniversary.Dapat la tumpang semangkuk dan lebih memeriahkan suasana.Puan Ros baked  this red velvet cake for us to eat.This cake supposed to be very red but rupanya salah baca resepi campuran coco powder dan food coloring ,so jadi la kek ni merah kecoklatan.Tapi tetap boleh makan. Nanti Puan Ros tuliskan resipinya later ya.Baru balik dari jalan-jalan cari makan and to night ada xmas dinner pulak.
                                                          
                                   I LOVE YOU LALING!








Friday, December 24, 2010

baked macaroni With Cheese

Salam.Today oven bekerja bersambung-sambung.Puan Ros buat Tuna Pinwheel for breakfast.now nak bake macaroni with cheese for lunch.Lepas tu nak masuk office.baru la lega hati bila dah ada breakfast and lunch for laling-laling at home.Yang ni pun senang aja nak buat.jom tengok resipi.

Bahan-bahannya
300 gram macaroni
1 1/2 cawan susu segar
1 tin sup cendawan cambell
1/2 labu bawang besar
3 sudu besar butter 
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil garam
sedikit lada sulah
1 cawan cheese cheedar/mozarella
sedikit serbuk roti(optional)
cara-caranya
1- macaroni direbus dan toskan airnya
2-panaskan butter dan tumis bawang besar hingga layu.masukkan tepung gandum dan masak hingga gandum masak.
masukkan susu dan kacau hingga gandum dan susu kelihatan smooth.masukkan sup cendawan.kacau lagi.
3-Masukkan garam dan lada sulah.Tutup api,masukkan cheese dan kacau hingga cheese melted sepenuhnya.
4- Masukkan macaroni yang telah direbus tadi kedalam sos dan kacau sebati.Tuang macaroni kedalam mangkuk kaca tahan panas .Taburkan sedikit cheese diatasnya dan bakar dalam suhu 180c lebih kurang 20-30 minit atau hingga cheese masak keperangan.


Tuna Prata Pinwheel

salam pagi.Breakfast today is just a frozen prata with tuna . Very simple to make.

Bahan-bahannya:
1 tin tuna chunk in water
2 sudu makan mayonise
1 sudu kecil savour cream (optional)
6 keping frozen plain prata
1/3 labu bawang besar potong dadu
sedikit lada sulah
cheese secukupnya (dalam 1/2 cawan)
Cara-caranya
1- Hancurkan tuna dengan garpu.masukkan bawang besar .mayo.sour cream dan lada sulah.kacau sebati.
2- Ambil sekeping roti prata yang dah di difrost dan letakkan kedalam pinggan.Letak 1 sudu besar campuran tuna tadi keatas roti prata dan taburkan sedikit cheese.Gulung prata dan potong lebih kurang 1/2 inci tebal setiap 1.
3-Letakkan potongan roti prata tadi kedalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit minyak. sapukan sedikit susu segar diatasnya.Bakar dalam suhu 180c selama lebih kurang 20 minit atau roti prata kuning keemasan.



Thursday, December 23, 2010

Roti Silang Berdaging

Salam semua.This 2 days no new N3. 2011 is just around the corner .So Puan Ros agak busy kat kindy.buat preparation untuk murid-murid baru.tak sempat nak masak.beli aja kat luar.N3 ni pun Puan Ros baked 2 days ago for my niece to take home with her back to my mother house.Resipi boleh cari in the older post under roti silang inti cendawan.Cuma yang ni puan ros tak masuk cendawan sebab tak ada.Bahan lain semuanya sama aja.

Tuesday, December 21, 2010

Ayam percik

Salam.Semalam Puan Ros off, so bawa anak-anak and anak buah gi ronda-ronda di the curve.having lunch at paddington pancake rest. Kalau dekat-dekat krismas ni memang nak kena bawa little laling gi ronda tengok krismas deco dan kena juga shopping for xmas gift.balik pun dah lewat petang.Masuk dapur kena pikir apa yang cepat dimasak.And this is for me 1 of the easiest recipe to cook.Dah siap buat sos yang simple tu masuk aja dalam oven.Kalau masak ni teringat bonda kat kpg.Every time we made a trip to hometown berjejar la ayam percik atas meja makan,my bonda will masak ni for my laling (hubby) sebagai tanda sambutan keberangkatan pulang menantu dia.My bonda masak cara traditional la berasap-asap dapur ,satu kpg boleh bau.Puan Ros punya hentam aja la.............


bahan-bahannya
3 keping ayam
400ml instan santan cap ayam brand
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/4 sudu cili giling (sikit aja)
asam keping
gula dan garam secukup rasa
Cara memasak
1- Ayam dibersihkan ,masukan kedalam periuk bersama hirisan sebiji bawang merah air dan secubit garam.Rebus hingga air mendidih.Angkat dan keluarkan ayam.
2-Blend bawang merah .halia dan cili giling.masukkan kedalam periuk bersama santan.masak santan hingga mendidih.
3- Masukkan asam keping garam dan gula secukup rasa.Biarkan santan diatas api kecil sehingga pekat  dan kering sedikit.
4-Setelah santan pekat dan kering masukkan ayam kedalam santan tersebut dan letak atas rak besi dan letakkan dalam dulang pembakar.Buat yang sama dengan ketiga-tiga ayam.
5- Panaskan oven 190c dan masukkan ayam tadi kedalam oven.Keluarkan ayam setelah 5-10 minit dan masukkan semula kedalam periuk santan tadi Letakkan semula ayam diatas rak besi dan bakar bahagian yang lagi satu.Bakarla selama 5-10 minit lagi.keluarkan ayam dan masukkan sekali lagi kedalam santan.
6-Atur semula ayam keatas rak besi dan tuankan semua santan keatas ayam tadi.masukkan semula kedalam oven dan bakar hingga santan dan ayam kekuninngan.Hidangkan panas-panas.
p/s tak sempat tunggu ayam tu garing sangat sebab budak-budak ni semua kelaparan.










Nak tayang gambar sesi ronda-ronda dan makan-makan ya Everything  is served with pancakes!


Sunday, December 19, 2010

Pai Ikan Dan kentang


Afternoon every one.Ini menu untuk lunch tadi.Something that you just throw everything in and put it in the oven so i can go and get ready to go to work.During  school holidays ni office buka pukul 11 pagi so sempat la masak breakfast and lunch.Dinner saja yang kadang-kadang curi tulang...hi hi hi


Bahan-bahannya
5-6 biji kentang russet
1 1/2 kilo (lebih kurang 3 keping) isi ikan dory
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
200 ml cream
1 cawan fresh milk
cheese secukup                                                 
3 sudu besar butter 
3 sudu besar tepung gandum
garam
lada hitam

Cara-caranya
1- Kentang dikupas dan dipotong bulat dan nipis-nipis. Rendam dalam air sejuk bersama sedikit garam lebih kurang 20 minit.Tos kan airnya.
2- Ikan dipotong dadu sederhana besar.Basuh bersih dan toskan airnya.
3- Panaskan 3 sudu besar butter dan goreng separuh dari bawang besar yang dipotong dadu,.masukkan tepung gandum dan kacau rata.
4- Masukkan ikan,kacau sekejap.Tuang setengah cawan susu,masak diatas api sederhan..Masukkan 1 sudu kecil garam..Masak lebih kurang  5 minit.angkat dan ketepikan.
.5- Dalam mangkuk besar masukkan kentang dan 1/2 labu bawang besar yang dipotong nipis.Tuang susu dan krim kedalam mangkuk.Masukan 1 sudu kecil garam dan lada hitam, dan gaul rata.
6- Dalam mangkuk kaca tahan panas masukkan separuh dari ikan tadi,dan ratakan.Letakkan pula lapisan kentang diikuti lapisan ikan.dan lapisan kentang sekali lagi.Tuangkan semua sos dari campuran kentang tadi..Letakkan sedikit butter dicelah-celah lapisan kentang.
7- Taburkan cheese diatasnya dan bakar dalam oven dengan kepanasan 180c selama 30 minit atau lapisan kentang garing dan perang.























Aiskrim goreng 2

Salam.Just a repeat N3 as I made this for my newphew and keep it frozen for 3 days.This time Puan Ros used  vanilla choclate aiskrim and 2 sweet roll for 1 fried aiscream.Please see the older post if you want the recipe ya......

Pau Sardin

Morning semua.Lately the N3 is all the breakfast recipikan?.Actually everyday balik dari kindy after 6.So lazy to cook.Normally Puan ros will cooked something simple or something yang N3nya dah dimasukkan before this.Jadi tak payah lah nak buat sesi ulang tayang banyak-banyak kan.Pagi ni nak buat pau.Dah 2 3 kali buat tapi tak brapa cantik.So pagi ni mengepau lagi. Idea resipi dari blog DTS (thank you Che Mat)They all buat guna mesin.Puan Ros guna mesin cap jari jemari ku aja.Doh pau ikut che mat punya resipi tapi inti sardin tu hentam sendiri aja (ikut apa yang ada kat dapur la).kali ni alhamdullillah jari jemari ni berjaya menghasilkan pau yang gebu dan lembut.  Jom kita mengepau........Puan Ros gandakan resipi dibawah sebab cuti-cuti malaysia ni ada extra tukang makan la....makan ramai-ramai ni memang meriah..

 Bahan untuk pau
240 grm tepung pau
1 camca teh double-acting  baking powder
25 grm shortening (lemak sayuran)
1 sudu teh yis
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh cuka*
30 grm gula halus*
100 ml air suam* (campur dan kacau rata)
cara-cara membuat doh
1-Campurkan tepung pau,yis,shortening dan garam hingga menjadi seperti bread crumb.
2- Gula, cuka dan air suam dicampur dan kacau hingga gula hancur.Masukkan kedalam adunan tepung,
3- Uli adunan sehingga lembut,tutupkan mangkuk  dan biarkan
selama 45 minit hingga doh naik sekali ganda.
5-Selepas 45 minit keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk sedikit.Bulat-bulatkan doh(Puan Ros dapat 17 biji doh pau).Rehatkan lagi 20 minit.
6-Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tangan.masukkan inti dan letakkan doh diatas sekeping kertas atau daun pisang.
7-Kukus doh didalam kukusan yang betul-betul panas selama 12-15 minit.
bahan inti sardin
1- 11/2 keping sardin (King cup size besar)-Tak habis pun boleh guna sekeping aja jika mau
2-1/2 labu bawang besar
3- 1 pokok daun bawang 
2 ulas bawang putih
1 1/2 sudu besar rempah kari
garam secukup rasa
2 sudu minyak untuk menumis
cara memasak
panaskan minyak dan tumis bawang putih diikuti bawang besar.Masukkan rempah kari dan kacau sebentar.Masukkan sardin yang telah dihancurkan dan daun bawang.kacau dan masukkan sedikit garam. Bolehlah diangkat dan sejukkan. 








Saturday, December 18, 2010

Cinnamon Bread

Morning every one.Cinnamon bread for breakfast! Yes my laling love it.Me too...with the coffee emmm...
Got the recipe from allrecipes.They used bread machine I used my tangan only! No cheese in the house so cream cheese tu tak buat.tapi masih sedap!!!!!!!!!!!!!!!

Bahan-bahan untuk roti
1 cawan susu suam
2 biji telur
1/3 cawan(75 grm) margarine(Puan Ros guna butter)
1/2 cawan gula halus
4 1/2 cawan tepung roti (High protein flour)
2 1/2 sudu kecil yeast
1 sudu kecil garam
Bahan tabur
1 cawan gula perang
2 1/2 sudu kecil cinnamon
1/3 (75 grm) butter lembut
bahan untuk cream cheese
 85 grm (3 ounce cream cheese)
1/4 cawan butter
1/1/2 gula icing
1/2 sudu vanilla
secubit garam

Cara memasak
1- campukan susu suam bersama yis dan biarkan selama 10 minit
2-Dalam mangkuk besar,campurkan semua bahan roti dan masukkan campuran yis.Uli doh selama 10-15 minit. Tutupkan mangkuk doh dan rehatkan doh selama lebih kurang 45 minit.
3- Keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk sedikit sebelum dicanai.tabur gandum atas tempat mencanai dan canaikan doh pada ukuran 21 x 16 inci.
4- Dalam mangkuk kecil campurkan gula perang dan cinnamon
5-Sapukan butter lembut diatas doh yang telah dicanai tadi sehingga habis.Taburkan pula campuran gula dan cinnamon keatas doh sama rata.
6- Gulung doh kemas-kemas dan potong doh menjadi 12 potongan cinnamon roll(P.Ros dapat 15 biji).Atur doh dalam dulang yang disapu sedikit butter.Rehatkan doh selama 20 minit.
7-Bakar dengan kepanasan 180 C sehingga roti kuning keemasan lebih kurang 15 minit.


.




Friday, December 17, 2010

Tuna Horn 2

Hi there, This few days is going to be a ulang tayang of  the previous N3..My nephew(which is like a son to me is around for semester break).So will like to cook a few recipes that I cooked before for him to eat.To start with.today I made us this tuna horn for breakfast which is everybody's  favorite.You can check out the recipes in the older post.

Thursday, December 16, 2010

Roti Goreng Inti Sosej

Salam pagi semua.I need to think of something simple and fast to cook for breakfast today.nak bawa little laling gi klinik.Musim batuk la pulak....huk huk huk So tak boleh bebel lama-lama ya .got to go.....


Bahan-bahan
4 batang sosej (dibelah 2)
8 keping roti
3 biji telur
secubit garam
minyak untuk mengoreng


Cara Memasak
1- Pecahkan telur didalam mangkuk.masukkan secubit garam dan kacau dengan garpu 
2- Ambik sekeping roti dan masukkan sebelah potongan sosej.Gulung roti bersama sosej dan celupkan kedalam bancuhan telur.
3- Masukan 1 sudu minyak didalam kuali, dan goreng roti tadi. balik-balikkan sehingga kedua-dua belah garing.


Wednesday, December 15, 2010

Karipap sardin

Salam semua.Ini resipi sarapan pagi semalam.tak sempat nak masukkan entry.Karipap ni senang nak buat.Nak buat untuk minum petang pun boleh.Ada kopi o emmm..... lagi la sedapnya.

Bahan Doh
500 grm tepung gandum
4 sudu besar butter
4 sudu besar minyak masak
1 mangkuk air(lebih kurang)
secubit garam 

Bahan inti sardin
2 ekor ikan sardin
1/2 labu bawang besar
1 sudu besar serbuk kari
1 ulas bawang putih 
 sedikit minyak masak

Cara memasak sardin
1- Hancurkan sardin mengunakan garpu.
2- Panaskan minyak masak.Tumis bawang putih sekejap dan masukkan serbuk kari.
3- Masukkan sardin kacau dan masukkan bawang besar.dan juga secubit garam.Masak sardin hingga sedikit kering .Angkat dan sejukkan.

Cara membuat doh. 
1- Masukkan gandum kedalam mangkuk.campurkasn secubit garam.
2- Panaskan minyak bersama butter hingga butter cair.Campurkan kedalam tepung .gaul mengunakan sudu.
3- Campurkan air sedikit demi sedikit  dan uli mengunakan tangan sehingga menjadi doh yang lembut.
4- Buat doh bulat-bulat (boleh dapat dalam 12 biji).Canai nipis doh dan masukkan intinya.Klim tepi karipap
5- Panaskan 1 1/2 cawan minyak masak dan goreng karipap hingga kuning keemasan.




Paru goreng kicap manis

Salam semua .ini resipi malam tadi.Mentang2 la kita dah welcome kan mr cow to the hse berderet-deret la pula resipi yang membabitkannya kan.Alang-alang beli daging belila paru sekali.Dah lama tak makan ni..mari kita layar.....


Bahan-bahannya
600 grm paru
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 biji cili merah dipotong nipis
1 biji cili hijau dipotong nipis
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili giling
4 sudu besar kicap manis
garam secukup rasa
2 sudu pati asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Cara memasak
1- Paru direbus bersama pati asam jawa dan garam bersama air secukupnya.Rebus lebih kurang 1/2 jam..Balik-balikkan paru semasa merebus.
2- Angkat dan sejukkan .Potong paru nipis-nipis dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam.Paru boleh dimasukkan sekejap dlm microwave(high for 2 minutes) sekiranya masih ada bahagian bewarna merah.
3- Panaskan 3 sudu makan minyak masak dan tumis bawang putih  dan cili giling hingga sedikit garing.Masukkan paru dan kacau sebentar.masukkan kicap manis.dan kacau sebati.
- Masukkan bawang besar,cili hijau dan cili merah.Goreng sekejap.masukkan sedikit garam jika suka. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.








sherperd pai

Salam 1 Malaysai la pula hari ni ya This N3 suppose to be the day before the nasi daging but tercicir......We are inviting Mr. cow back to our hse today.Sapa-sapa yang tak tahu crita kena la baca the older post regarding this Mr. cow story.
Welcome back-welcome back!tapi this time kita mula dengan mince beef dulu not the daging pejal sebab tak nak hana tanya Is this a cow again.
Pai ni memang kegemaran seisi keluarga.Some people will add the mix vege in their sherperd pai.But for us we like it plain.This time Puan Ros masukkan sedikit carrot.You can put other kind of mix vege if you want.Kalau pai dah sejuk panaskan sekejap dalam microwave sebelum dimakan.Panas-panas baru sedap.kalau dah sejuk daging pun beku so tak brapa sedap.Letakkan juga cheese diatasnya jika mahu.Today kat dapur ni tak ada cheese.


Bahan-bahanny lapisan daging
400 grm minced beef
3 sudu besar tepung gandum
1 labu bawang besar potong dadu
1 keping stock ayam
75 grm butter
1 sudu kecil wochestershire sos
1/2 cup water

Bahan-bahan lapisan kentang
13 biji kentang kecil
6 sudu besar fresh milk
100 grm butter
sedikit lada sulah
Cara memasak
1- Panaskan butter dan masukkan tepung gandum.goreng sekejap.
2- Masukkan danging kacau sebentar.Masukkan kiub ayam yang dicampur dengan 1/2 cawan air dan kacau rata.
3-
4-Masukkan wochesteshire sos dan kacau sampai daging masak.Angkat dan ketepikan.
5- Rebus kentang sampai empuk.lecek kentang sampai hancur.masukkan susu,buteer dan lada sulah.Lecek sampai halus.Lakukan ini ketika kentang masaih panas.
6-Masukkan lapisan daging kedalam tray kaca tahan panas dan letakkan kentang lecek diatasnya.Bolehlah ditaburkan cheese jika mahu.Gunakan garpu dan buat garisan lurus diatas lapiasan kentang.
7- Bakar dalam suhu 170 selama lebih kurang 30 minit.



Monday, December 13, 2010

Nasi Daging

Salam mama-mama yang suka memasak.Puan Ros memang suka masak tapi kadang-kadang hantu malas melanda diri.kalau malas Puan Ros suka cari resepi 2 in 1.Resepi ni dapat dari dapur norma .dah cakap dgn dia nak cut and paste kat sini. Katanya silakan dan sharing is caring.How sweet. Nasi ni memang sedap.Selain resepi air asam tu Puan Ros buat acar kubis mentah.Semua makan nasi bertambah-tambah.memang dah tahu dah so Puan Ros masak 2 kali ganda dari resepi asal.Puan ros tak tabur daun pasley sebagai hiasan sebab my niece yang sorang ni kata dia tak suka bau daun tu .Rasa pening dan tak suka makan.So masuk sikit aja masa masak nasi.resepi ni mama-mama semua patut cuba , memang sedap. 2 thums up to the owner of the resepi.


Bahan-bahan:
* 250 gm daging (hiris sederhana dan rebus dengan halia hingga lembut)
* 2 cawan beras (dibersihkan)
* 2 cawan air rebusan daging
* 1/4 cawan susu cair (Puan Ros guna fresh milk)
* 1 sudu besar rempah kurma (dibancuh) Puan Ros lebihkan sikit rempah ni
* daun pandan
* 1/2 tomato (dicincang)
* garam dan gula
* daun ketumbar
Bahan tumis:
* kulit kayu manis
* 1 kuntum bunga lawang
* 3 kuntum bunga cengkih
* 3 kuntum buah pelaga
* 1 bawang besar (dimayang)
* 1 ulas bawang putih (diketuk)
Cara-cara:

1. Panaskan minyak zaitun.(Puan Ros guna minyak masak)
2. Tumis kesemua bahan tumis sehingga naik bau
3. Masukkan rempah kurma, biar sehingga wangi
4. Masukkan air rebusan daging, daging, tomato, susu cair, daun pandan gula dan garam. Biar sehingga mendidih.
5. Masukkan beras. Biar sehingga masak
6. Taburkan daun ketumbar dan hidang bersama air asam.
Resepi air asam.

Bahan A: (blend)
* asam jawa
* cili padi
* tomato
* belacan (tak masuk sebab belacan buat muka princess2 kita berjerawat)
* kerisik
* gula
* garam
Bahan B : (potong)
* tomato
* bawang besar
* cili padi
* beberapa helai daun kesum-dihiris halus (ini pun tak masuk sebab tak ada)
Cara2:
1. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata.




Roti pisang berwalnut


Good morning every one.I love everything with the walnut in it.And this recipe is one of it.It can actually be a roti or a cake. Sometime kalau tak ada walnut Puan Ros ganti dengan choclate chips.Pricess-princess lebih suka yang ni la sebab bercoklat.Today sorry la bonda princess yang nak makan dan walnut ada 1 paket besar dalam grobok kat dapur tu.
cerita pasal princess kat sini nak buat iklan kasut sekejap.School holiday ni kat mana-mana pun ada sale.Kasut-kasut ni dibeli dengan bayar harga asal untuk kasut pertama dan beli kasut kedua dengan  harga 50 sen.macam-macam gimik ya......So jadilah mereka model kasut untuk seketika.Apa-apa pun kita layar resipi roti pisang ni dulu.Roti tu terlebih bakar sebab hana buat hal.tapi rasanya marvelos.........dan krup krap krup krap dalam mulut.jangan takut tak pahit.....sedap.Cubalah buat.
Bahan-bahannya
3 biji pisang berangan
1/2 cawan gula merah + 1/2 cawan gula putih
1/2 cawan fresh milk
4 biji telur
2 cawan  tepung gandum
2 sudu kecil baking soda

2 sudu kecil baking powder
1sudu kecil garam
1 sudu kecil Cinnamon
1 sudu vanila
100 gram walnut dipotong sederhana besar
Cara memasak
1-Pisang dibuang kulit dan dilenyek halus.
2- Campurkan butter dan gula kacau sebati.Masukkan telur ,susu dan vanila kacau lagi hingga semuanya nampak smooth
3-Gandum, garam,baking soda,baking powder dan cinnamon 
 dicampur  terlebih dahulu.
4- Masukkan campuran gandum tadi kedalam bancuhan butter dan kacau sebati.
5-Tabur walnut kedalam bancuhan dan kacau dgn senduk kayu.Tuangkan bancuhan kedalam tray pembakar.
6-Potong bulat dan nipis sebiji pisang dan letakkan diatas adunan tadi sebagai hiasan.Taburkan juga sedikit walnut hancur keatasnya.
7- Bakar dalam suhu 170 selam lebih kurang 25-30 minit (ikut oven masing2).
Iklan kasut......
 kasut ni sebenarnya dibeli sebagai hadiah for the two princess yang dapat dean list untuk exam this semester.So laling hana and their cousin dapatlah juga sorang sepasang sebab bayar 50 sen je satu..
 Model-model berkaki tembam!!!!!!!!!!!! (banyak sangat kasut kat kedai dia orng rambang mata)
nak juga tayang kasut baru dan beg baru sebelum skolah buka.kasut tu bayar 50 sen aja.Beg tu emmmm ...........kurus semangat








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info