Salam pagi semua.Ini pagi selepas concert malam tadi. Lega rasanya semuanya berjalan lancar walau pun ada sedikit kekurangan sana sini. Puan Ros harap ibu-bapa pun faham . Children are still children kan. Janji semua enjoy. Sekarang cuba buat resipi ringkas ni untuk breakfast mesti anak-anak suka.Ringkas ,cepat dan sedap......
Resepi: P.Ros @ SinaranMenu
Bahan-bahannya
*1 tin tuna in water or oil.(buang airnya)
*1/2 biji bawang besar dipotong dadu
*3 sudu besar mayonis(nak lebih tambah)
sedikit serbuk lada putih
*5 keping prata jenama kawan (frozen)
mozzarella cheese
Cara memasak
1- Potong 2 setiap roti prata
2- Didalam mangkuk campurkan tuna,bawang besar.mayonis dan serbuk lada putih. kacau sebati
3- Pratha yang dipotong tadi dibuat kelongsong dan masukkan 1 sudu makan tuna.Letakkan sedikit cheese diatasnya
4- Bakar dalam suhu 180 selama lebih kurang 20 minit atau sampai prata kekuningan.
*-boleh sapukan susu segar atau kuning telur sebelum dibakar. Puan Ros terlupa nak sapu tapi sedap juga.